بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 28 Jun 2012

Thoughts of the Night.

Yang sebenarnya tak boleh tido. Dan tangan pun dah rasa merenyam renyam je nak update blog. Dan blog ni jadi terkurang update kejap since I know I have been stalk. Sape yang gigih sangat ni google google tulipchantek izzah blogspot? izzahsobki tulip? tulipchantek? tulipchantek blog? haaa sapeee? sapeee? Ayuh, perkenalkan dirimu dan mari kita berkenalan! 

K abaikan dulu.

Dan hasil bergolek golek ke kiri kanan dengan mata yang sungguh sungguh terpejam, datang satu quote ni dalam otak fikiran.

If he brings you closer to Him, then choose him. And don't forget to keep praying. But if he is does not, leave. Find someone who can brings you straight to Syurga. Choose the best. And leave the rest for Him to decide who is the most suitable for you.

Nak dapat redha Allah ni, usaha tak boleh hangat hangat tahi lembu je. Dan sama lah nak kawen, bukan sebab semata mata suka sebab orang yang kita suka tu baik, concern, kacak bla bla bla. Yang penting matlamat utama, nak dapat redha Allah. Sudi ke tak sudi nak taat pada seorang lelaki yang bergelar suami. Mampu tak nak pelihara diri daripada seret dia ke api neraka. Nauzubillah. Ni sebab baru lepas baca intro 'Satu Rasa Dua Hati'. Kena fikir diri kita ni dulu macam mana, sebelum fikir siapa yang akan jadi pasangan kita. Semua orang berimpian nak kawen kan? So saya ikut fitrah. *sighhh*

Haa dah fikir dalam sungguh cam ni camne la mata ni nak lena? =.=

Dan dah jadi macam habit jugak, sebelum tido fikir esok nak buat kerja macam mana. Macam mana nak jadikan kerja tu memudahkan masa depan. At least, bila meninggalkan tak menyusahkan orang kemudian. Serius. Cara kerja saya macam tu. Tak suka buat kerja yang menyakitkan mata orang yang akan buat in future, tak kisahlah diri sendiri atau orang lain. So lama lama otak pun serabut sebab macam dah gaya fikir nak buat sistem sendiri je. Aii, gigih dalam tak suka? Sobs sobs. Bila nak dapat pembantu yang boleh saya kerahkan tenaga beliau ni? At least, boleh serabot sama sama. Hikhik. Agak mencabar yang sangat mencabar, untuk graduan diploma perakaunan yang dah meninggalkan dunia itu empat tahun lamanya dan sudah mengikis ingatan terhadap kenangan yang ada. Mana laa nak disalurkan ilmu perbankan Islam ni ye?

And another thought yang dah lama tersangkut dalam otak, just tak sempat sempat nak diluahkan. 

Everybody dreams the same. Dream high. Dream to live in happiness. Don't we?

Ada ke orang yang tanak hidup bahagia? Kalau ada pun orang yang tabah hati hidup derita kat alam dunia, pasti dia usaha gigih nak hidup bahagia di alam akhirat. Bukan ke alam akhirat itu kekal? Alam yang selama lamanya. Dah takde mati mati dah. Dan kalau ada yang tak kejar alam akhirat, atau terkejar sangat bahagia di alam dunia, dia akan buat apa saja nak puaskan nafsu. Nafsu kan musuh kita yang paling ketat kalau tak dipelihara sebaik-baiknya?

Wahai adik adik, mengalir air mata akakk ni terlepas pandang derita hati adik adik sampai akhirnya adik adik turutkan hawa nafsu. Ikut hati akakk memang rasa nak marah jeee tengok adik adik akakk ni makin biadap ngan mak ayah, tanak solat, dedah aurat, ikut laki yang tak baik, balik lewat malam etc. Lagi akakk sakit hati bila akakk terkenang wajah mak ayah adik adik yang punya gigih dok berdoa atas sejadah tiap kali lepas solat moga Allah permudahkan hidup adik adik, bagi rezeki yang cukup, bagi kejayaan kat adik adik. Sebakk hati akak terkenang mak ayah yang dok solat hajat bila adik adik ditimpa musibah, adik adik nak exam, tapi lepas lepas tu adik adik tuduh mak ayah dok kongkong hidup, mak ayah tak paham hidup adik adik. Adik adik, nak tunggu sampai mak ayah tu rebah baru nak insaf ka? Kan akakk dah membebel panjang pulak ni haaa. 

Akakk nak cakap lebih lebih akakk tak pernah melalui hidup macam adik adik. Iya. Perjalanan hidup seseorang itu berbeza beza. Terpulang pada kita jalan mana yang kita mahu pilih. Dan memandangkan adik adik zaman sekarang ni lagi suka ikut cakap kawan laki dari cakap mak ayah, akakk mintak cari lah laki yang baik wahai adik adik. Takpe adik adik, akakk tak mintak perubahan drastik. Adik adikk suka kawan dengan laki, takpaaa kawan je lahh. Tapi adik adik jangan sampai terpedaya dengan laki yang bawak adik adik kua malam, dok pisahkan adik adik dengan mak ayah, pulak tu memang jauh sekali nak ingatkan adik adik tentang solat. Adik adik kot ye pun malas solat, jangan leee cari orang yang malas solat jugak sebagai kawan, teman apatah lagi pasangan. Carilah yang hensem bukan sekadar pada rupa, tapi pada agama dan akhlaknya jugak. Adik adik jangan diikut sangat hati muda tu. Bahagia alam remaja ni kejap jeee. Lepas tu tak best pulak tuu. Mai mai berfikiran matang sikit naa :)

Eheh dah terpanjang plak ni haa. Baik buat satu entri terus cakap pasal ni. Adoi. Mintak maap le adik adik. Sesungguhnya akakk kasih pada adik adik dan maafkan lah akakk, abangg dan mak ayah yang kalau kalau adik adik rasa terlepas pandang, terlepas tanggungjawab. Tapi wahai adik adikku, guna lah akal fikiran sebijkanya dan pulang lah ke pangkal jalan. Akakk sayang adikk! Sungguh!

Uhhh..should stop right here. Sambung bebel bebile lagi boleh? ^^



Notakaki: Otak saya memang almost jammed buat akaun. So I seeking for help from Jaja, Mama, and Yaya. And it touched my heart, when suddenly Yaya told me Mama did write notes for me, accounting notes something about statement yang me, blur tahap petala ke tujuh. Tapi tak sempat nak tunjuk kat saya sebab masa tu both busy, and now she's currently in London with her beloved husband. Terharunya! :') Thank you so much. You already help me a lot, but you still made time to write a note for me. Tolong pos dari London ke Gombak boleh? Hihi. May Allah bless you! Jazakillah khairan kathira dear bestie. :)

5 ulasan:

viorviolet berkata...

May Allah bless u too.:)


p/s: note tu entah hilang kemana~~~~~

cik tulip berkata...

oooo mentang2 laa dah ade di sisi suami..terus hilang kan note saye! :( haha. takpe la. I hire Yaya to be my next tutor. =p

AnneNadia berkata...

then pay me! haha

cik tulip berkata...

alamak. yaya dah muncul!!!

AnneNadia berkata...

apsal bunyi mcm nak lari. haha