بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 3 Jun 2012

Rindu :')

I miss both of them :'(

Sejak dah kerja ni, dengan dorang lah mengadu meroyan dan sawan. Ema dan Jaja. And truly, I love them muchh. Orang yang paling banyak tahu rahsia hati, orang yang paling berkongsi rasa dan cerita. And now, both of them are not in front of my eyes, dan memang rare lah nak jumpa. Sobs sobs.

Jaja kerja kat terengganu, tapi sekarang beliau ada di Makkah menunaikan umrah. Alhamdulillah. But deep inside, jelesssnyeee. Okay rezeki dia. InsyaAllah, one day I will be there too. Amin Amin Aminnn. I used to call her bila tiba hujung minggu. Masa tu mesti siap siap kena prepare extra top up sebab mesti akan bercakap selagi bateri phone tu tak kong, atau kredit tak habis. Bergilir gilir. Punya gigih la kan nak update cerita memasing. Jaja banyak sangat bagi lecture jarak jauh tentang akaun, punya bersungguh nak tolong orang yang dah 4 tahun tinggalkan dunia akaun ni. Yang kalau ikutkan perkataan akaun tu pun dah hampir hampir tercicir dari kamus hidup. Punya lah trauma kan.

And once she gone on the 23rd of May, sedehhhh. Tapi happy sangat for her dapat lihat Kaabah depan mata. Handphone terus menjadi sepi. Kaba langsung tak kedengaran. But I know, she's safely there. Allah pasti lindungi hambaNya yang ikhlas beribadah keranaNya kan :) *harap harap Jaja tak lupa lah nak doakan untuk saya yang panjangnya dah macam karangan SPM dengan dua ribu patah perkataan. hee* Jaja, I miss you. I know once you arrived here, you will be definitely not the same Jaja. You will be much more better than before. Kan? :)

And once she arrived, mungkin sekarang ni dah dalam perjalanan balik kut, Ema pulak dah selamat sampai ke bumi Eropah. Alhamdulillah. But again, macam nak nangessss. Frankly speaking, tak pernah pun nak taching macam ni sebelum ni. A few days before she's fly, asyik dok mesej merepek2 konon2 nak simpan la mesej2 terakhir Ema sementara masih kat KL. Tak bulehh blahh. Ema je la satu satunya kawan uni yang ade hangout kat luar. Even dah habis belajar pun still contact. Walaupun Ema dah kawen tapi masih rasa, Ema is my bestfriend. InsyaAllah, till Jannah. 

I miss the moment we had shared, and go through together, Ema :'( Kita masak sama sama kat rumah awak lauk yang apa entah takde nama tapi sedappp kan. Hee :') Awak scrub muka saya guna Body Shop awak yang mahal tuu, automatically rasa lembut je kulit. Hee. :') Kita jalan jalan kat Sogo, teman awak shopping. Seronok tengok awak dah kerja. Dah mampu :') Kite pegi KLCC lepas tu lari dalam hujan sebab gigih sangat nak solat kat masjid. Habis lencun baju ngan kasut kite dua sebab awak sorang je yang bawak payung. Syukur masing2 tak demam masa tu. Okay okay, pasni saya beli payung kali ke 4. Huu. 

Lepas tu saya ingat we had the same feeling at the same moment, nak pakai inner neck. Terima kasih. Awak banyak bantu saya untuk berubah jadi yang lebih baik :') Awak teman saya pegi amik jubah konvo kat Shah Alam, dan masa tu la kita baru nak mengenali apa itu inner neck. Hihi. Alhamdulillah. Skang kita dah rasa agak selamat bila pakai tudung bawal. At least, leher kita dah tak kelihatan :)) Dan saya harap, tudung kita pada hari esok akan lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah  :')  Dan kali terakhir we had hangout together is on the 20th May, where I brought you to the place where my heart was taken, Masjid Negara :') Kita dapat jumpa kejap je, makan kat mamak sementara nak tunggu hujan berhenti. Kita plan nak jalan jalan kat Taman Tasik Perdana, tapi sebab hujan kita dapat teroka Masjid Negara je. Hee. Dan kita sempat solat berjemaah Asar time tu kan. Alhamdulillah. I wish to have that moment again with you, tapi takpelah takde rezeki buat masa terdekat ni :)

Dan lepas tu macam macam berlaku kan. Yang saya masih tak punya kekuatan untuk berkongsi cerita. Biarlah Allah yang menentukan. Sebab hanya Dia sebaik baik perancang setiap kejadian. InsyaAllah, aturan hidup yang berlandaskan perancangan Ilahi adalah yang terbaik buat diri kita, walau kita terpisah, walau kita terluka, sebab setiap kejadianNya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Saya yakin. :')

Saya kagum dengan ketabahan dan kekuatan awak sebagai seorang wanita dan isteri. Allah dah makbulkan doa kita semua. Dan sekarang awak dah selamat berada di pangkuan suami tercinta. Walau London dan Kuala Lumpur jarak tak macam Gombak pergi Shah Alam, tapi dengan ikatan ukhwah ini, insyaAllah persahabatan kita tidak akan terlerai. Aminnn. Doa saya sentiasa mengiringi awak, Jaja dan sahabat sahabat yang lain. Anyway, please bring back a lil cute baby girl bila balik Malaysia nanti tauuu. Hee. 

Okay, saya tak habis lagi rindu kat korang dua. Walaupun still boleh keep updates using facebook or skype or what so ever, but texting with you guys really made my day. May Allah bless both of you till Jannah. Dan diperkuatkan hati dan dipertingkatkan kesabaran dalam setiap ujian yang menimpa. Aminn.

Rinduuuu :')

4 ulasan:

viorviolet berkata...

touched T.T

P/S:nnti gua email gmba kt u yer.

it's about Me and You berkata...

touched jugak XX

cik tulip berkata...

hi..I miss you both :'(

AnneNadia berkata...

ehem :p