بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 15 Jun 2011

Menghitung Hari

Haih. Tak pernah lagi ni cuak gile vavee nak dapat result. Adakah ini petanda bahawa aku akan mengalami kegagalan buat kali kedua? Sad smile 

Serabut nye otak ni haaa. Mood pun sampai dah nak tanak je ade. Hari hari check email yahoo. Hari hari bukak student portal. Hari hari tengok post kat event. Huwaaa. Sejak bila aku jadi terlebih concern ni? Haila.
Result paling takut nak tengok - Risk Management. Urmmm. Last paper selalu buat spoil result. Tatau la ape mende yang aku jawab masa paper risk ritu. Dah macam nak sewel dah tahan ngantuk. Dah la yang jage tu ustaz Advance Fiqh. Tak bersemangat betol jadinye. Uuuu. Carry mark? urm. 37 over 50. tak tinggi lah. huwaaaa. jangan lah fail. jangan lah fail. Crying face 

Result kedua takut nak tengok - Islamic Capital Market. Tapi paper ni berjemaah kot cuak. So takpe lah kot. Cehh konon. Sekali orang lain semua pass tetibe aku terkantoi. Camne??? *sigh* Carry mark cukup2 jalan je. Same cam risk. Tapi jawab cam gile.  

Strategic Management? Haih. Rasa macam boleh jawab. Tapi dulu lecturer penah cakap half of this class will fail during the final exam. Dan salah seorang yang terkena tu is me! Sebab? Tatau jawab soalan. Kena sebijik pop quiz terus menganga nak hentam ape pun tak buleh. Dah la suke ponteng kelas, assignment tak hantar, quiz tak ambik, camne lah nak score? Mati laa aku camni...carry mark langsung tatau plak tu. Test? Haih. Macam budak tak pernah belajar. Sleepy smile 

Qawaid Fiqhiyyah. Boleh la. Tapi carry mark pulak rendah gile vavee. Alahai tensionnye aku macam ni! Paper yang boleh buat, rasa macam score tapi carry mark pulak rendah macam nak tersungkur. Bila takleh nak jawab, carry mark pulak tinggi. Tapi bagus lah yang tak leh jawab carry mark ok, ye dak? Urmm.  

So dari enam subjek yang aku ambik, kirenya 2 paper je la yang aku macam konfiden? advance fiqh muamalat dan islamic banking & financial services. yosh! tu pon belum tentu dapat A noks. Camane la nak naikkan pointer kalau jawab exam pun tak yakin? Camne nak dapat 2nd class upper ni? Haih. Tension.Annoyed 

Bagi result exam tu laju laju sikit boleh tak UiTM?Disappointed smile

2 ulasan:

ZainurulFarah berkata...

dah jadi!!!!!yeayyyy mekasih ya!!!

Tulip Chantek berkata...

hihi. great. tp awak komen kat entri yang lain pulak. huhu.

cantiklah favicon awak :)