بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 31 Januari 2011

Birthday Gift :)



Sangat sangat suka.
Really unexpected.
Sangat sangat terima kasih.

Speechless.

Rabu, 26 Januari 2011

Thanks Love! :)

Alhamdulillah.
Umur dah meningkat mencecah 22 tahun.
Syukur masih diberi nikmat nyawa untuk melalui tarikh yang berbahagia ini.
Terima kasih ya Allah...
Terima kasih sangat sangat buat semua yang wish via phone & facebook.
It's really amaze me!
Tak pernah dapat wish yang banyak berderet deret macam tuh.
Thanks for the doa...semoga Allah perkenankan dan dibalas doa2 itu untuk kebahagiaan & kesejahteraan hidup awak semua...insyaAllah..
take care! ^^

~semoga izzah di dalam diri menjadi kemuliaan dan kekuatan buat insan kerdil ini =)



thanks for those who did text me on phone. so I put your name there :)



bubble tea chocolate & choc cake! :D



A face of 22nd years old young lady :)

26 January 2011
11.37 pm
Wednesday
.LOVE.

Selasa, 25 Januari 2011

21 Tahun Bernyawa

Alhamdulillah...jika diberi nikmat umur yang panjang, esok bertambah setahun lagi umur aku di dunia. Dah 21 tahun diberi nikmat nyawa, apakah aku ini di bumi Allah?

Teringat dulu masa tingkatan 1, dapat tawaran sekolah agama. Punyalah tanak duduk asrama, belajar bahasa arab, pakai tudung labuh, tangan bercekak yadda yadda, tarik muncung panjang aku tanak terima tawaran. Tapi abah yang beria pujuk, seronok sangat anak bongsu dia dapat sekolah agama. Dan akhirnya aku kalah, dengan hati yang tak rela dan tak suka, bertahan lah jugak 5 tahun aku kat situ. Tapi bila segalanya selesai, bila aku dah melangkah ke alam universiti, bila umur dah menginjak dewasa, rasa bersyukur sangat aku bersekolah kat situ. Kat situlah aku menambah ilmu agama, kat situ lah bila aku sedih, lemah & kecewa, aku boleh lepak surau lama2 baca mathurat sampai rasa tenang dalam jiwa walaupun masalah tak selesai selesai. Kat situ lah aku jumpa cikgu cikgu yang baik, yang sangat prihatin dengan aku, yang boleh keep in touch, yang boleh borak macam kawan. Kat situlah adanya cikgu cikgu yang begitu prihatin dengan pencapaian aku dalam pelajaran, sampai datang bertanya kat aku, jumpa 4 pasang mata, semata-mata tanak tengok aku kecundang dalam beratnya dugaan hidup. Mana aku nak balas jasa mereka mencurah ilmu, berkongsi pendapat, menghulur kasih & perhatian, macam mana nak balas?

Di situlah belajar mengenal erti kawan dan lawan. Siapa di sisi masa susah dan senang. Siapa yang ingat bila aku jauh, siapa yang dok sibuk call aku tanya khabar. Siapa yang gagah di sisi walaupun masa tuh semua orang tak suka kat aku. Siapa yang bagi semangat masa orang lain sibuk dok maki aku depan orang ramai, malukan aku masa berhimpun, dan macam2 hal lagi. Walaupun mungkin hanya seorang atau dua, tapi di situlah aku belajar sesuatu tentang hidup.

Bila dah masuk universiti, cabaran dah jadi bertambah besar. Dari alam remaja bertransformasi ke alam dewasa. Belajar erti persahabatan. Masa ni baru kita boleh nilai siapa yang boleh terima baik buruknya diri kita. Kalau aku, buruk lagi banyak dari baik. Baru kenal macam mana susahnya belajar, susahnya nak cari ilmu, nak save dalam kepala, nak apply masa exam. Lepas tu gagal. Jatuh bergolek2 tertinggal jauh kat belakang. Baru sedar kejayaan masa silam tak menjamin kejayaan masa hadapan! hoheh. Mungkin jugak belajar mengenali cinta? Jatuh cinta, bahagia, dikecewakan, jadi benci, cuba lupakan, tapi tak boleh sebab rindu, lepas tu jatuh cinta balik. Love is a cycle, right?

ah banyak sangat yang aku jumpa sepanjang 21 tahun seorang izzah melihat dunia ini.

aku belajar bahawa,
sahabat bukan sekadar ada masa susah & senang walaupun jasad dia jauh beribu batu, tapi sahabat jugak orang yang berani condemn kita bila kita sebenarnya buat salah dengan bahasa yang sangat direct sampai rasa macam nak bagi penampar sebab kenapa masa tu dia tak bagi semangat?! sebab sahabat yang baik tanak tengok kite kecewa di kemudian hari dengan lebih teruk. takpelah kita sedih menangis meroyan hari ni sebab esok hari baru akan bermula.

Aku belajar bahawa,
mengenali seseorang adalah mudah. Samaada untuk suka atau tak suka adalah pilihan.

aku belajar bahawa,
sekiranya jatuh cinta dan gagal, just cry. try to limit the feelings, build the boundaries. Sebab tak payahlah usaha macam gila untuk orang suka kat kita, macam mana kita tak suka orang usaha cam gila nak dapatkan kita. dan dengan memberitahu bahawa kite in a relationship dan show off kat dunia betapa bahagianya kita adalah suatu tindakan yang kurang ajar sebenarnya. tambah2 pulak kalau kita cerita kat sumone yang kite tahu die suka kat kita. tapi kalau dah sampai seru mendirikan masjid, bagi je la tahu dengan cara yang paling elok sebab orang yang suka kita, dia mampu terima hakikat yang mengecewakan tu. tak pernah rasa? dan dalam proses mengecewakan orang yang suka kat kita, treat lah dia seadanya. bukan sengaja nak sakitkan hati dia. means, kalau dia contact, jangan layan selalu tapi jangan sampai ignore terus. sebab orang tak plan pun nak fall kat kita yang banyak kelemahan ni, dan bukan senang2 abc je nak campak perasaan tu. buat2 biasa. lama2 dia boleh faham & terima kenyataan, yang kita adalah lebih baik diletak sebagai kawan. Jangan tamak okay? si dia kau nak, yang suka kau pun kau nak sekadar mengisi masa lapang.

lepaskan lah perasaan itu. perasaan pada orang yang tak mampu menghargainya. perasaan pada orang yang tak suka kita ada perasaan tu. learn to let go. InsyaAllah, hikmahNya akan terhijab bila tiba masanya.

Aku belajar bahawa,
dalam suatu hubungan, kepercayaan adalah keutamaan. lepas tu diikuti kejujuran dan keikhlasan. tapi semua ni perlu kena tempat dan caranya. Percayalah pada dia instead of listening to others. Sebab cara kita mengenali dia tak sama dengan cara orang lain menilai dia. Secara jujurnya, aku banyak kali kawan dengan bf orang. Dan aku tak suka. First, secara senyap2 aku akan dapat title, nak rampas bf orang. Second, aku menyusahkan hati gf orang if hubungan aku dgn bf orang lebih baik dari hubungan gf bf. Third, kedudukan aku macam 'perempuan simpanan'? But it depends on how we manage the relationship thingy & friendship thingy. Kita perlu jaga hati dia, dan jugak hati kawan. Tu pun kalau kita nampak nilai erti seorang teman. Dan aku pilih untuk percaya orang yang aku kenal instead of follow what the others said about him/her.

Aku belajar bahawa,
ilmu perlu dicari. dalam hidup perlu banyak persoalan dan kita mesti usaha untuk cari jawapannya. but don't over the limit. hidup banyak cabaran, banyak dugaan. Tapi itu bukan halangan untuk berjaya. Gagal adalah perkara biasa. Ia hanyalah rezeki yang tak berpihak pada kita.

Aku belajar bahawa,
bukan senang nak jadi seorang izzah. Bukan senang nak cari dan kekalkan izzah dalam diri.

It's not easy to be strong. To accept the fact that hurt me the most. But I learned.


Tapi yang paling aku fikir dalam kepala,
apa tujuan aku hidup di dunia ni?

Isnin, 24 Januari 2011

Omong Kosong 24012011

Ah..blog aku dah jadi terlalu comel? hakhak :p

Banyak sangat benda nak cerita. Banyak sangat benda nak update. Tapi tak sempat sebab tak cukup masa nak feel. Hoheh.

Kerja banyakkkk. Dan masalah pun banyakkkk. Tapi meh aku cite bende yang best je okay? Masalah & kerja kite campak tepi sat :)











Tapi sebenarnya takde bende best pun.


Aku tetibe rasa tertekan dengan incik M dan tetibe aku rasa perlukan bantuan seperti pendapat or idea or nasihat daripada kaum adam.

Tapi jangan bagi idea suruh aku tuka nombor telepon okay?


Aku rasa gemuruh semacam bila cik A masih setia menghubungi aku ajak nak jumpa la bagai la. Aku bukan tanak jumpa okay. Tapi aku takut kena simbah dengan cuka getah. Ah...imaginasi terlalu tinggi? Sungguh lah aku dah tak larat dah tak mampu nak hadap cerita pasal inche UM yang tak pernah pernah habes. Sampai bila? Tambi la kau. Tak perlu berusaha nak kasi aku jealous or sentap hati okay? Takde effect.

Kawan, tak perlu berpura pura. Buat2 rajin contact aku konon kau kawan yang tak pernah lupakan kawan even aku ni la manusia paling jahat yang pernah kau jumpa kan. Kau sebenarnya tak pernah concern pun kat aku sebab dalam mind kau hanya ada inche UM je. Kau contact aku selama ni pun cerita pasal korang dua je kan. Tak perlu test aku. Jangan sungguh2 sangat nak korek rahsia aku kalau diri sendiri tak bersedia nak terima hakikat realiti kehidupan yang banyak menipu ni. Aku bukan nak jaga hati kau. Tapi ada sesetengah perkara yang lebih baik kita tak tahu. Tolong lah lepaskan aku dari belenggu kau-aku-inche UM. Aku dah tertekan gila kau tau tak?

Kau takkan tahu dan tak pernah nak ambik tahu. Takpe la. Selagi aku gagah.

Ah tekanan dah menjadi dua kuasa lima. o_O

Orang cakap, kalau kita suka kat seseorang tapi dia tak suka kat kita setelah kita berusaha sehabis baik nak tackle hati dia, move on. Ataupun kita suka kat seseorang tapi dia already have someone dalam hati dia, then kena move on jugak. Ataupun kita already in a relationship dengan dia tapi jodoh takat tu je, so kene move on sekali lagi. Tapi move on bukan senang. Move on pun kena ada usaha. Macam sebelum ni kita usaha cam nak gila nak dapatkan dia, camtu jugak lah kita kena usaha nak lupakan dia. Hey, we could not forget someone who's already have a chapter in our journey of life. Isn't it?

Aku normal. Aku pernah rasa. Pernah dikecewakan dan mengecewakan. Sebab manusia ni tak mampu capai setiap impian dan penuhi setiap harapan. Okay aku tak pandai cakap hal cintan cintun relationship etc ni. Just persoalan yang selalu bermain dalam kepala aku sekarang,

"andainya sekarang (dalam condition cam tak mampu dari segi physically, mentally, economically untuk berkahwin) jatuh cinta, dan tak boleh nak pendam terpaksa gak bagitahu kat seseorang itu dan berita baiknya orang itu pun rasa perasaan yang sama, maka apa yang harus berlaku?"

Aku ni hamba Allah yang lemah. Mak aku dah takde dan abah aku pun dah lanjut usia. Diri aku sendiri pun dosa tak tertanggung banyaknya. Kalau aku mati sekarang tatau la berapa banyak dosa yang aku tak sempat nak taubat. Aku sayang sangat kat mak abah aku walaupun kehidupan aku tak lah seindah yang disangka. Aku punya connection dengan arwah mak melalui doa je. Tu pun tak tahu lah sampai ke tak. Tapi aku ni sebagai manusia yang pelupa, kadang2 aku tak 'sempat' bagi doa banyak2 kat arwah. Sebab tu arwah selalu 'ingatkan' aku. Aku nak jumpa dia kat Syurga sebab once aku jumpa dia nanti aku nak peluk dia erat2 sebab tersangatlah rindu masa hidup kat dunia ni. Abah aku pulak, aku tanak bebankan dia dengan dosa2 aku. Kalau nak kenang pengorbanan seorang abah kat anak banyak songeh macam aku ni, tak cukup air mata rasanya aku nak tangiskan apatah lagi nak balas jasa beliau.

Jadi untuk menjawab soalan dalam kepala aku ni, boleh ke aku bercinta? Lol. Zaman sekarang bercinta bukan salah pun. Dari dulu tak salah. Tambah2 kalau kita bercinta sambil ingat mengingati aka tazkirah. takpun bila maher zain datang malaysia kita pegi konsert dia. pakai baju sopan2, kita jangan pegang tangan. alaa couple islamik gitu.

Sorry. pemikiran aku ni kolot dan konservatif.




Cinta yang aku cari tetap cinta selepas nikah.


Aku tak mampu nak cakap sayang Allah dengan megah sebab Dia aku tak nampak, hanya boleh rasa tapi aku sayang mak abah aku so aku nak jaga diri aku elok2. tu je.


Jom renung2kan entri yang ini? Oh. Renungan untuk aku Y_Y

notakaki: eh nape entri aku tak reti nak pendek2? lol.

Khamis, 20 Januari 2011

20012011

Oh sangat lah rindu nak membebel kat sini walaupun sebenarnya jadual kehidupan sangatlah sibuk. Ahaks.

Okay update laju laju.

Hari ni kan, UiTM black out! Dari pagi around 8 am sampai lah 8 pm. Bangun awal hari ni sebab tido berpeluh. Ingatkan mimpi seram ke ape rupenya kipas kat siling dah berhenti berkhidmat! Sabor je lahh. Lepas tu terus bangun siap mandi yadda yadda around 11 pg hangout ngan Nadia kat 3 serangkai. Eheh. Nadia?

Ya. Nadia was here. Dalam bilik kecik tingkat 4 ni. Dia sampai semalam & tumpang tido kat sini. Hee. Macam mimpi. Excited bukan main. Bercakap tak berhenti sampai nak dekat jam 3 pagi. Sampai rasa macam mulut je yang gerak. Mata pejam mulut bercakap. Tuh la. Nak jumpa selalu susah. Masing masing ade hal sendiri nak kene settle. Sekali jumpa memang macam ni lah gayanya.

Really. It's quite difficult for me to move on here without her besides me. Bestfriend. Banyak sangat susah bersama. Maka, kadang2 bila face difficulties here, macam agak blank tak tahu nak buat apa. Tapi tu lah realitinya kan? Hope both us gagah, tabah & cekal for the time being. For her, doing the practical training. And for me, doing my best for this final semester. Hopefully, this friendship remains strong and we keep support each other no matter how difficult this life we need to face.

Bahasa Inggeris aku makin teruk? Abaikan.

Cite pasal assignment plak. Oh ingatkan nak tabahkan hati siapkan kerja AAM masa petang tadi sebab beliau nak handwriting tapi memang tak tabahlah nak buat kerja berpeluh bagai. Bahang sungguh. Kerja MFK memang tak lah nak handwriting. Haruslah proper kan. So tunggu punya tunggu nak ade elektrik balik, da nak dekat Isyak baru lah boleh start. Banyak gile plak haa keje MFK bagi. Esok presentation. Lucky tak lucky je la kene present ke tak. Random kate beliau. Tapi potensi nak kene present macam agak tinggi since beliau tak tahu lah kenapa dari last sem suke benor kat group aku. Mengapakah?

Takpe lah en faizal. dah siap dah pun. kerja last minute. sangatlah tak suka.

Attitude aku sangat teruk semester ni. Maka itu menjadikan aku susah hati dengan sikap diri sendiri. Sila muhasabah, berubah, dan bertaubat.

Okay lah. Ngantuk. Esok kelas pagi. Always kelas pagi. Ha-ha.

Oyasumi nasai.


Selasa, 11 Januari 2011

11.1.11

Oh tarikh cantik sekali lagi. Selamat hari lahir, kak siti nurhaliza. isteri kesayangan datuk khalid tu haa.

Rajin aku updet blog skang ni. Macam kurang percaya pulak rasanya. Eheh. Hari ni takde kelas lagi senanye. For the whole day again. Tapi malas pulak nak show off kat facebook. So aku online je la bila bintang dah keluar. Eheh. Bintang? :p

Tiga kelas cancel hari ni. Macam nak menganga ke melangak dah aku rasa. Seronok la kot kan. Tipu betul kalau student kata tak seronok takde kelas. Kan? Tapi jujur ni. Tak best takde kelas. Walaupun encik inspirasi dah takde, tapi semangat nak belajar tuh masih tinggi. Eceyh. Seronok apa dengar nasihat2 free dari para lecturer. Kadang2 sharing pasal hukum relationship tuh, celik mata tau. Ni dah 2 hari tak jejak fakulti. Huu semacam je rasa. Penat gosok baju licin2. Eee ayat overdose gile.

Oh mungkin jugak rasa semangat nak belajar sebab ade aura dari seorang guru yang suka & semangat nak mengajar maka terberi aura nak belajar kepada pelajar seperti aku? ade kaitan?

Skarang ni fb musim describe2 orang kan. Menarik gak eh. Tapi aku baru mintak berapa orang je. Cam segan je nak mintak ramai2. Hoheh. Jap ek. Tunjuk Seket :)

syg dia dua kuasa lima! haha
ah nak baca aku punya pasal dia pegi la sendiri kat sini :p
dia memang sahabat all the time :)

yang ni aku rasa jujur sangat terlebih gula.
fakta last sekali agak tepat tapi sekarang mungkin dah tidak kot. eheh.
btw, unik ek suka simpan apa yang dirasa? ke pelik? haha



okay, ade sape2 lagi sudi nak komen pasal aku? tapi yang 3 ni je la yang aku publish. oho. nombor aku 261 :)

inbox facebook okay if u want me do the same too ;p

Isnin, 10 Januari 2011

Rumet :)

Eheh. Aku ni tak rajin nak updet cerita banyak kali. Ramai dah ni tanya rumet baru camne. Okay ke tak okay. Course ape. Budak mane. yadda yadda. Jadi di sinilah ceritanya. Takde ulangan okay.

Katil depan aku, budak sains gunaan. amik bio-composite merangkap junior cik kenit, ex rumet aku last semester. dia asal perak. tapi macam tak ingat pulak celah mana. yang pasti bukan kuala kangsar atau ipoh laa. muda setahun dari aku. okay dia lawa. dan ramah.

katil sebelah aku, amik QS - quantity surveyor. haha. maafkan lah aku kalau salah eja. huhu. urm umur dia macam tua 4 tahun dari aku tapi tak panggil akak la pulak. oghe kelate. dan mendengarkan loghat die tuh membuatkan aku rasa cuak. baru aku tahu rupanya kefahaman aku tentang loghat kelate ni sangat lemah! yelah. biasa dengar pun orang KL celup cakap sane. mudah lah sikit nak faham kan. macam english orang malaysia compare dengan english pure orang kat UK. kan beza tuh. die pun ramah jugak. tinggi orangnye.

rumet lagi sorang pulak, amik mechy. yang ni tua setahun. ni la yang paling rajin sembang ngan aku yang overdose pendiam ni kot. adehh. malas betul nak bercakap. bukan senang kot nak sharing2 ni. blog ni pun, aku tak gemar kalau jadi fofular. takde ape pun kan. cerita kebanyakan pasal melankolik seorang gadis kesepian je. euwww geli gile. okay berbalik kepada rumet yg ini, dia asal selangor la lebey kurang. kat branang tu. dia baik. heheh. dalam makna tu tau. sebab iron die pasti akan selalu menjadi mangsa pinjaman aku. hehe.

kesimpulannya, aku rasa dapat rumet yang baik2 lah jugak. Alhamdulillah. Yang boleh la nak ajak sembang2. dan soalan2 lazim seperti 'esok kelas pukul berapa' akan mula berkumandang di dalam bilik ini. eheh. janggal rasanya.

tu je la kot nak cite. malas nak cite panjang2. (saje nak tunjuk aku busy. oheh.)




nadia,
esok kau kelas pukul berapa?



haha.

Isnin Yang Boring

Hari ni takde kelas. Sepatutnya ada jam 2.10 sampai 6 petang. kelas berisiko tinggi & qawaid fiqhiyyah. tapi cancel sebab lecturer meeting. Esok pun kelas berisiko tinggi cancel. jam 2 petang. kelas advance fiqh esok pun cancel jugak. jam 8.30 pagi. yang mungkin ada kelas islamic banking & financial services. tu pun kalau en faizal berkobar2 nak mengajar sebab beliau pun meeting gak esok. aigoo. nak buat ape takde kelas ni?

Okay. sebenarnya aku ade kerja. google google grameen bank kat bangladesh tu, amik tahu sikit pasal fractional reserve banking yang deposit2 money tp boleh withdraw tu haa, baca tafsir yang berkaitan dan soalan paling best sekali nak kena jawab, apa yang bertuahnya aku dan kamu dilahirkan sebagai seorang Muslim? dan sambil2 itu aku google pasal haid wanita - senggugut. okay, aku post nanti bila dah dapat info cukup dan olahan yang menarik. eheh.

busy kan aku? tipu betul cakap isnin yang boring. haih.



Ahad, 9 Januari 2011

Ada Mak?

Aku takde.

Mak aku dah lama meninggal. Dah 7 tahun 8 bulan lebih kurang. Aku dah ulang cerita ni banyak kali. Dan kali ni aku nak ulang gak buat kali ke berapa belas kali tah. Mak aku sakit dari umur aku 9 tahun dan meninggal 5 tahun kemudian. Sakit kanser.

Takdir perjalanan hidup aku memang dah tersusun macam tu kan? Walaupun masa kehilangan dia aku baru berusia 14 tahun dan lagi berapa bulan je nak exam pmr. Mati bukan boleh dilambat2kan. Dan mungkin itu yang terbaik buat mak kan dari terus menderita sakit. Takpe. Aku dah lama terima hakikat ni. Mak aku dah takde. Lame dah.

Kadang2 aku rasa basi bila cerita pasal mak. Sebab cerita yang sama akan berulang. Takde yang baru. kan? cerita yang sama. kronologi yang sama. dan berakhir pada tarikh yang sama. lepas tu terkenang2. itu je. memang takkan ade cerita aku balik rumah borak ape dengan mak, mak masak makanan faveret aku, jalan2 dengan mak sana sini, mak itu mak ini. memang takde. dan semakin lama semakin rasa janggal nak cakap pasal mak. sebab orang yang dengar pun maybe dah boring dengar cerita sama je ulang2 tak habis. sebab kenangan aku dengan dia tak bertambah. berkurang mungkin. bergantung pada ingatan.

aku pmr tanpa mak. spm tanpa mak. diploma tanpa mak. konvo tanpa mak. degree tanpa mak. tunang, kahwin, beranak pinak, mati semua tanpa mak. aku tak tahu perasaan2 ade mak tu camne bila time2 camtuh. sebab yang aku rasa semuanya kehilangan, kerinduan & kekosongan. ade pernah nampak gambar konvo aku kat mana2 aku publish? takde kan.

macam mana lah agaknya perasaan ada mak?

Aku hanya dapat rasa rindu & sunyi.


Gambar terakhir bersama masa mak masih sihat. MRSM Balik Pulau. Tahun 2002.
Gambar paling sentimental value yang tak pernah takde dalam purse aku.
Senang. Bila rindu boleh tatap gambar ni puas2. Nak 3G dah tak boleh.
Muka mak happy sungguh time ni kan?
Nampak sihat.
Tapi beberapa bulan lepas tu mak jatuh sakit dan seterusnya pergi buat selamanya.
Kalau tahu boleh amik gambar banyak2 sikit. kan?
Siapa sangka gambar paling sweet kali ni jadi yang terakhir rupanya?

Oh abaikan keselebetan aku ketika itu.
Umur baru 13 tahun kott.

*******************************************

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakilibonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihatnya
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dahulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami phonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Ke Makam Bonda, UNIC.....

Jumaat, 7 Januari 2011

Takut Pensyarah

Betul lah. Dah berapa lama aku belajar kat sini, tak pernah lagi jumpa pensyarah yang buat aku rasa cuak gila sampai macam ni. Cuak sampai terus drop class die on the spot!

Macam lawak je kan. Dah part 5 kot. Dah jadi yang paling senior kat fakulti kot. Dah alah bisa tegal biasa kot. Konon je la tuh kan. Tapi hambik kau. Dapat pensyarah yang ni kecut terus.

Macam mana nak cite ntah?

Pagi hari yang hujan itu, aku dengan kawan aku datang lah kelas pensyarah ni. aku pakai baju kurung n kawan aku pakai jeans & t-shirt beserta kardigan. kelas dia start 8.30 maka jam 8.15 pagi kami pun tiba. ade beberapa orang classmates lagi kat luar. tapi malas plak nak lepak ngan dorang so kami pun masuk je la dengan confidennye sambil memberi salam. pensyarah tuh dah ade kat dalam. beserta rehal & alqurannya. trademark tuh ye. budak2 fakulti aku mesti kenal. ngeh3. dan sejurus je beliau terpandang kawan aku, (aku mase tuh tengah bukak pintu dan baru sebelah kaki je dalam kelas...tersentak jap) die terus sound.

"dah xde baju yang lebih labuh lagi ke?"

dengan suara garau yang kedengaran begitu menakutkan telinga bagi perjumpaan pertama. oh beliau tak jawab salam pun. dan beliau langsung tak pandang saya yang kat pintu ni. maka, kawan saya yang terkejut dengan situasi yang tibe2 ni hanya mampu terkaku kulat di situ tak tahu nak jawab apa.

"pergi cari baju lain yang lebih sopan. balik."

seraya mengalihkan pandangan dan meneruskan bacaan. tak izinkan masuk kelas die. blank terus. tuh belum lagi die sound aku yang tak pakai kad matrik ni. baik cepat2 blah kan. maka terkeluarnya kami dari kelas itu, terpacaklah pula sekumpulan classmates yang sedang lepak2 tadi.

"eh kenapa tak masuk?"

"kena halau."

pensyarah ini sangat pentingkan disiplin. dan semua muka terus cuak. yang pakai sandal tetiba nak labuhkan kain kot2 tetibe kena pakai kasut plak kan, yang pakai baju selain baju kurung (baju kebaya etc) menggelabah dah tak boleh ke pakai baju ade cutting, yang simpan kad metrik dalam purse macam aku nih dan2 buat magic muncul tali tetiba dan sepantas kilat sarung kat leher ataupun pinkan dengan brooch dan begitu begini lah. dan selepas buat persediaan yang ala2 segera ni, dorang pun masuklah dengan rasa ala2 confiden.

tetibe dengar suara garau tuh lagi. kuat kot...

sorang student laki keluar.

"nape lak nih?" tanya kami beramai2.

"kena halau."

sebab pakai jeans...ngaaaaa. menganga habis kau orang yang ade kat luar. aku & kawan aku yang mule2 tadi tuh pun tak habis blur lagi. maka terjadilah perbincangan sok sek sok sek antara mangsa2 pensyarah itu dan beberapa org lain yg sedang tergerun2 nak masuk kelas ke tak. dan sejenak orang sebelah yang tak kenallah siapa, course ape ke etc bertanya soalan subjek apakah kelas ini dan siapakah yang mengajar?

setelah diberitahu subjek apakah, dia tergelak.

"mesti pensyarah dot dot dot ni. semua orang kenal dia. dia memang garang. kalau boleh tuka kelas dia lebih baik tuka. tak kenal ke dia? yadda yadda."

ishh..garang camne? normal la tuh kot kadang2 dapat pensyarah garang2 ni. tak normal ke? dan memang benarlah tak kenal. mana pernah jumpa pensyarah straight gila macam ni. ke aku duduk kat gua? langsung tak tahu gosip2 panas sebegini? wuhuuu..penipuss kann..

maka perbincangan diteruskan dan semakin lama semakin ramai classmates yang kat luar. sebab hari tu khamis, ramai ladies yang tak pakai formal & for sure guys major pakai jeans laa kan? jadi dah tahu tak dapat masuk kitorang pun duduk je la kat luar discuss2. dan sepanjang hari tu memang topik pasal pensyarah ni la yang paling tip top. dan antara yang jadi sebutan,

~pensyarah ni very very punctual. start class on time dan habis kelas juga begitu. oleh itu, tepat jam 8.30 pagi dia terus lock pintu dan tiada siapa lagi dibenarkan masuk. hatta walau hanya ade seorang je pun pelajar dalam itu, who's ever late, no excuses for them. huuuu. dan pernah terjadi suatu ketika pada semester lepas (sebenarnya tak ingat dah pun...tp dah ungkit2 balik jadi ingat) kelas bel aku selalu menumpang kelas yang mane2 kosong. sebab subject tuh xde bilik yang specific jadi agak leceh la setiap kali kelas terpaksa ronda2 fakulti cari yang mana available. maka suatu hari itu kami menumpang kelas yang dimana selepas kelas yang kami tumpang itu adalah kelas pensyarah ini. tepat on time, pensyarah itu tanpa mengetuk pintu terus buka dan berkata, "times up. can u please leave now?" kelamkabut semuaorang kemas barang nak keluar. even my lecturer pun takut okay dengar suara dia yang bernada begitu serius itu. dan ketika kami tengah kelamkabut nak keluar pun beliau sempat lagi suruh kami bergerak pantas. wajah tanpa riak. suara tanpa nada. wuuu...takottt.

~kalau dah berada di dalam kelas beliau, wajiblah duduk tegak dan menguap adalah satu kesalahan besar! apatah lagi tersengguk kan? jangan ditanya apa akibatnya... dan jika beliau bertanya soalan, haruslah menjawab dengan kebijaksanaan bukannya jawapan main pakai hentam. kalau tidak, rasailah...macam kelas hari jumaat tadi, dorang kene baca notes selama 2 jam kott sebab jawapan tak memuaskan. gerun gila sampai tak angkat muka...keluar dari kelas je semua mula lah nak dok meroyan2 kan...

~dekan fakulti kami, adalah bekas pelajar pensyarah ini. dengar khabarnya, dekan pun tak berani dengan beliau. haa yang ni memang fakta paling tak boleh blah la kan. kalau dekan pun takut kami yang student apatah lagi. kalau student laki yang selamba2 tuh tetibe bertuka skema, student perempuan pulak jangan ditanya. hoooo

~dan macam2 lah cerita yang buat semua rasa kecut semacam je nak masuk belajar dengan pensyarah ini.

maka aku, sebagai salah seorang mangsa yang di sound direct pagi itu, terus mengadakan perbincangan kilat dengan group member - tukar group. tak sanggup. serius tak sanggup. dah lah cepat lemah semangat kalau kena2 marah ni. ni pulak dengan suara garau tanpa nada itu mahu sepanjang 2 jam dalam kelas dia otak mengecut sebab takut, bukan sebab nak terima ilmu. huuu...tokse gitu deh. belajar bukan 2 jam je. seminggu jumpa 2 kali itu dah jadi 4 jam. sebulan? satu semester? oh mahu beremosi tinggi lak jadi nantinye kann..dan kerana ketangkasan pemikiran seorang teman, teruslah dapat kami mengalihkan jadual dan bertukar group. sangat laju okay menaip masa tuh. sampai nak terketar2 dah sebab ramai2 berebut2 nak register kelas lain. dan Alhamdulillah ade rezeki kami, muat2 kami 3 orang je untuk masuk group lain. Lega.

Tapi kesian kat kawan2 lain. Susah nak tukar jadual sebab clash dengan subject lain. Tapi sampai ade lah jugak yang sanggup tukar jadual sampai terpaksa datang kelas petang jumaat demi tanak kelas pensyarah itu. yelah. kelas petang jumaat yang jam 3-5 tuh, siapa yang nak? tapi demi pensyarah itu, relakan aja. dan mujurlah, jadual aku tak effect sampai macam tuh. petang jumaat still takde kelas. Alhamdulillah. Masalah aku settle je dah sebenarnya, tapi saje nak cite panjang2 kan? huuuu

dan pendapat aku sendiri mengenai pensyarah itu, apa yang beliau tegur tu memang tak salah. dan memang betul pun. subjek yang dia ajar ni subjek untuk student2 final sem sebelum pergi practical training next semester. memang dah seharusnya lah proper attire. ade ke orang pegi opis pakai jeans (x kisah lah laki ke perempuan kan) atau kardigan selamba je? belajar dalam bidang professional tapi attire tak menunjukkan profesionalisme pun. lepas tuh tak punctual. kalau dah kerja nanti camne? xde disiplin? dan beliau sebagai orang yang memberi ilmu pasti la nak rasa suka pada orang yang menuntut ilmu. dan haruslah jugak beliau nak rasa selesa melihat pelajar berpakaian sopan mengikut sahsiah. ah rumuskan sendiri. dan barulah ilmu yang diberi itu menjadi berkat?

Namun aku dari sudut seorang pelajar iaitu orang yang menuntut ilmu pula, sangat lah berharap dapat belajar dengan rasa aman & tenang supaya keinginan untuk mencari ilmu itu semakin bertambah setiap kali bertemu dengan guru yang tanpa lelahnya sentiasa sudi berkongsi ilmu. ya. selama setahun setengah amik degree ni, memang rasa gembira dengan ilmu yang aku dapat walaupun bukanlah semua lecturer yang aku dapat tersangat best. kena marah, kena tegur, adatlah. dididik untuk menjadi yang benar. penting mendapatkan keredhaan seseorang yang mendidik ini supaya senang kita nak faham, nak terima ilmu yang dia ajar. macam kita mencari redha Ilahi, ada rasa tenang dalam jiwa kan walau ditimpa musibah. tak susah nak ikut syarat pensyarah itu. ngeee. tapi tanaklah pergi belajar sebab rasa terpaksa, otak pun jadi liat nak kerja sebab asyik fikir takut dengan dia. tapi kalau takde pilihan gak, terimalah kan. yakin je lah dengan hikmahNya. mana tahu leh dapat A+ ke kan..hooo.

kita baca kitab suci alquran. tapi kebanyakan kita mungkin tak faham. jadi ada antara kita baca tafsir. baca, faham dan amal. kita solat, tapi tak semua kita ingat makna2 bacaan solat yang kita perform 5 kali sehari tu. kan? ade orang tinggi ilmu nya dari sudut itu, ada yang tinggi dari sudut ini. kesimpulannya yang aku nak taipkan kat sini, ilmu yang lebih, kita kongsikan. ilmu yang kurang, kita tambahkan. tapi bila kita jumpa yang jahil, boleh tak jangan pandang rendah?

Selasa, 4 Januari 2011

Dunia Survival Sudah Bermula

Dah masuk musim exhausted overdose. Hari ni dah register kolej tapi tak pindah barang lagi la. Dapat bilik level 4 again, selang sebuah je dengan bilik roomate lame. bilik jauh ke hujung dekat dengan fakulti engine as compared to sem lepas agak lah dekat dengan tangga nak keluar. mula2 rasa macam sedih la jugak dapat bilik jauh kott..level 4 tuh tak lah kisah sangat sebab dah kate rayuan kan jangan nak lebih2. tp bila fikir balik, bagus gak dapat bilik sekarang ni. at least takde la nampak sangat bayangan roomate sem lepas kan. bila lalu bilik 3b0439 tadi rasa macam tacing plak haa..

tension betol. mana2 bahagian kat uitm ni semua ade kenangan dengan diorang. tu belum lagi jejak fakulti engine tuh. nak sedih tak boleh. nak gembira lagi macam tipu. plain je rasa. petang tadi pegi seksyen 7 lagi la rasa macam sebak. sebelum ni kalau pegi sini selalunye dengan diorang, n plus luqman kadang2. beli stationery, makan2, jalan2, discuss pasal permata. alahai. terbayang bayang. agaknye cam ni la kot kan feeling yang fik selalu rasa. yang aku selalu buat2 tanak rasa walaupun memang tengah je berlaku dalam diri. sebab lagi sedih jadinya kalau sama2 sedih. macam kelakar je haa bila lalu kedai cd ternampak bayang luqman dengan nadia suka gado2. pastu pernah sekali aku dengan nadia meroyan2 kat situ sebab permata. nampak bayang je la kan. orangnye takde pun. lepas tu makan kat barra tapi kali ni bukan dengan nadia n luqman lagi. teringat2 nadia yang selalu tak habis makan, lepas tu luqman akan kutuk2. luqman suka makan roti naan pastu kitorang pau die. eheh. dah takde dah semua ni ye?

s.e.d.i.h.

dah terasa kesukaran & cabaran2 yang akan mendatang bila dah jadi student part 5 ni. dengan high expectations dari lecturer lagi la buat terasa cuak. adoiii ape ni..tak start lagi dah negatif. tampa laju laju kang. Allah dah permudahkan jalan pun boleh rasa lemah semangat lagi ke? astaghfirullah. kalau nak compare aku dengan mas, lagi kesian kat die. tadi terpandang raut wajah die yang selalu tenang & selamba tu aku plak yang terasa tabahnya hati die. mas tak dapat kolej sem ni so sama macam aku die kene merayu. dia buat rayuan lagi awal dari aku tapi sampai skang still tak dapat result. kesian. takde tempat nak pergi. first day dia terpaksa dok hotel dekat ngan jakel tuh. skarang tumpang rumah kawan kat sek 7 plak. dulu masa aku melalui hidup macam tu mane tahan kot. meroyan je manjang. tapi mas memang cool habis walaupun die sangat susah hati. makan tak lalu. register course tak settle. banyaknya dugaan dia. Ya Allah, permudahkan lah. harap2 ade rezeki die esok. aku lak rasa sebak tengok orang terlebih cool ni. huhu.

kena cari ayat penyembuh semangat. tetibe rasa down sampai kerak bumi dah ni. T___T


Isnin, 3 Januari 2011

Hari Pertama Sekolah.

Mencabar. Kelakar. Gembira. Dan sangat penat.

1. Hari ni tatau dah boleh buat rayuan kolej. So dengan segala kegelabahan dan kecuakan yang ada terus mintak tolong abah datang shah alam bawak slip gaji sebab takut2 dah takde rezeki nak duduk kolej kalau2 lambat apply. orang sangat2 ramai yang mintak nak duduk kolej. so lepas habis kelas jam 12, terus naik bas pegi kolej tunggu abah. sebelum jam 1 petang dah settle buat rayuan dengan perasaan macam harapan terlebih tipis nak dapat kolej. Sungguh. Orang ramai sangat2. Fenomena betul. Then lepas habis kelas pukul 6, datang balik Melati nak tengok nama yang baru tampal. Sedih okay. Tak tersenarai.

2. Masalah course registration adalah lumrah sejak amik degree. Jadi seperti biasa di pagi2 isnin mula la nak datang ziarah bilik ketua program. kagum. takde sorang student pun dalam tuh. eheh. takde sape dah ek ade masalah lumrah ni kecuali kami? so lepak2 kat bilik puan sembang2 seronok bagai dah 2 bulan kan tak jumpa. hoho. puan siap cakap muka kitorang ni tak sah kalau tak jumpa dia setiap awal sem. biasalah tuh. budak floating kott..borak2 punya borak jam dah pukul 10.25 am. kelas kul 10.30. otai kan? keluar dari bilik puan sempat lagi tuh singgah pejabat akademik nak tanya pasal course tapi misi gagal sebab orang tu tak dapat tolong. then jalan sopan santun ayu ayu gitu pergilah kelas. islamic capital market. dapat lecturer encik amirul. habislah. macam seram -_-

3. Hari ni sangat penat. Ulang alik fakulti-kolej melati sampai 3 kali. Pagi datang sebab nak tengok dah boleh buat rayuan ke tak. Tengah hari datang sebab nak merayu-rayu then tolong Mas pindah barang. Hujan plak tuh. Petang datang lagi sebab nak check result rayuan. Melayang 6 hengget macam tuh je kat pakcik rapid. Macam mana nak cakap ek die punya jauh? budak uitm sila paham. huhu. oh tapi tak ponteng kelas hari ni. sangat kagum ngan diri sendiri. ngaaa. hari ni kelas agak pack la. dari kul 10.30 sampai 6 petang. penat gilo T___T

4. Secara jujurnya rasa sangat janggal dan pelik sebab tetibe dah takde sms dari jaemanadia tanya pasal kehidupan harian kat sini. Dah terbiasa tanya keadaan masing2 pasal jadual kelas, balik pukul berapa, esok kelas start jam berapa, buat rayuan sama2, tanya ade kat mane bila nak balik kalau2 ada yang lambat datang, lunch/dinner sama2 dan segala macam lah aktiviti harian. oh biasa hari pertama datang shah alam akan berkumpul buat sesi luahan hati. eheh. dah takde semua aktiviti ini. aneh betul rasanya. malam pertama macam agak sebak mengenang nasib diri yang menumpang sorang2 dan lagi sedih terkenang pulak saat susah dengan ja dulu. nangis tiap2 malam babe. jiwa sangat tak kental. tapi sekarang sepatutnya dah alah bisa tegal biasa? haha. just rindu the moment menggelabah menggelabi nak hidup kat mana bila tak dapat kolej. saat susah bersama sama.

5. semester ni tak dapat kelas yang en nizam ajar so agak kecewa di situ. tapi masih dapat en faizal untuk islamic banking & financial services. confirm la lepas ni kena aktif menggoogle. En Amirul ajar islamic capital market. Pn affiaine plak untuk risk management. nampak gaya lecturer ni yang macam paling best. lepas tuh dapat ustazah untuk qawaid. macam garang. wuwu. cuma advance fiqh dengan strategic management je laa tatau sape yang ngajar. ah tak kisah lah kan sape pun yang jadi lecturer yang penting kene selalu setting niat datang kelas nak gali ilmu. kene belajar untuk suka walaupun susah. KP dah btau awal2 subject qawaid ngan advance ramai fail. aiseh. seram kot.

oh cukup lah tuh laporan hari pertama sekolah. haha.

btw,
setelah melihat result rayuan sebanyak tiga kali, saya mendapati nama saya ada terselit rupanya kat kertas cantik tu tapi belah bawah. Ya. Kertas tu sangat cantik sebab berjaya memuatkan nama saya untuk menduduki kolej lagi pada semester ini. Alhamdulillah! Berjaya rayuan kolej walaupun submit lambat. Rezeki. Rezeki. So tak perlu laa nak susah hati tacing tacing bagai terpaksa hidup menumpang ni. Ya Allah! Happy sangat sampai tersenyum sungging sepanjang masa. Terus text abah bagitahu berita gembira ni :)

masalah course registration pun dah selesai. tak pernah pun selama ni boleh settle dalam masa satu hari. puan sangat baik cepat2 besarkan kelas lepas kitorang mengadu tak boleh register. Ya Allah! Leganya...tak payah nak tumpang2 kelas orang lepas ni. Boleh datang kelas dengan hati yang lapang tanpa gusar2 dapat register ke tak. Jadual pun not bad. Hari Isnin memang letih sikit tapi Jumaat takde kelas petang. Weee...tak pernah rasa sebelum ni sepanjang amik degree. Hari rabu plak kelas sampai 12.30 je. Best. Best. Syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan :)

Cukuplah dengan dua berita gembira ini. Sangat melapangkan hati, mendamaikan jiwa. Syukur sangat2. Agak smooth perjalanan semester 5 ini. Habis hilang segala kegelisahan, kerisauan, kepenatan yadda yadda. Terima kasih ya Allah!

oh lagi satu, sangat gembira bila jaja jelita call malam tadi. gayut 3 jam! haha. panas telinga. rindunya. rindu sangat sangat. nak borak depan2. cerita macam2. wahhh lebih2 lak kan. huhu. orang tuh jauh kott. ngeee. selamat menerokai umur 22 tahun, sahabat! semoga perjalanan kehidupan cik jaja jelita dipermudahkan Allah dalam landasan yang diredhaiNya. Dimurahkan rezeki dapat kerja yang bagus dan gaji yang melambung. dan juga dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik yang selalu didoakan. amin :)

oh nak tambah lagi. danial dah start masuk sekolah asrama esok. kat kajang. tapi sedih2 rindu skpks sumer. cikgu2 la, budak2 nakal la..alahai. akak dulu pun cinta habis kat sekolah rendah akak. tapi nak buat camne. dah cukup umur. kene lah teruskan langkah. huhu. hope die jumpa kawan2 yang baik untuk melalui zaman remaja bersama2. dan hope jugak die pandai pilih kawan. tapi roy sekolah kat mana la pulak ya? langsung tak dengar kaba. balik sabah dah ke haa. takpe laa. yang penting hopefully adik2 ni boleh la survive kat sekolah menengah masing2. rindu2 sekolah lame tuh biasalah kan. yang penting kuatkan hati. kat mane2 kita hidup kat sudut dunia ni pasti ade kenangan. ade pertemuan, ade perpisahan. hukum karma. kan?

ape2 pun harap2 kite semua diberi kekuatan hati yang kental dalam menghadapi setiap dugaan hidup. jangan sampai kita jadi hamba yang dibenci Allah. sebab bila Allah benci Allah akan bagi apa yang kita suka. Takut nanti kita jadi hamba yang kurang bersyukur. Diberi nikmat pada perkara yang tak elok. Bahagia di dunia belum tentu lagi bahagia di akhirat. tapi jalan derita di dunia insyaAllah membuka jalan bahagia ke akhirat sekiranya kita ini hamba yang sabar dan beriman. Wallahualam.

:)

Sabtu, 1 Januari 2011

1.1.11

Oh tarikh yang cantik. Dah 2011 rupenye ya. Tahun ni InsyaAllah tahun terakhir bergelar pelajar universiti. Dah nak masuk tahun kelima di bumi UiTM Shah Alam. Semester 5 ni, semester terakhir bergelar pelajar skema. Lepas tuh mungkin boleh sandang gelaran pekerja skema pulak. Apaper jer la.

Oh disebabkan tahun ni macam ala2 touching sebab tahun terakhir kat UiTM kan..sebab lepas ni mungkin dah tak rasa dah fenomena rebut2 bas sampai pernah tercabut kasut pinky sweet cutie saya tuh yang kemudiannya disepak sekumpulan pelajar lelaki tanpa sengaja. Sangat memalukan okay. Mungkin tak rasa dah fenomena meroyan2 tengok jadual final exam yang gap sempit2 tuh, fenomena menumpang2 bilik orang setiap kali bukak sem sebab kena merayu2 nak duduk kolej, fenomena tertekan nak siapkan assignment bila dapat lecturer yang suka bagi banyak2 kerja dalam satu masa, fenomena menggelabah menggelabi nak mengadap test yang bersusun2, fenomena rebut2 tempat kat cafe time lunch sambil menjeling tajam mana2 manusia yang tak reti2 nak blah bila dah habis makan, dan macam2 lah segala macam fenomena yang lain. Fenomena fenomena seorang student seperti aku. Ngeh.

Okay lah. Cuba belajar sikit buat entri pendek2.

So tahun ni dah set azam awal2 sebelum berakhirnya 2010. Nak azam satu benda je dalam satu ayat.

FOKUS BELAJAR & PRAKTISKAN ILMU YANG DIPELAJARI
DI SAMPING MENJADI ORANG YANG BERJAYA DENGAN FIKIRAN YANG POSITIF DAN OPTIMIS!


notakaki: belajar kat sini tak bermakna belajar takat akademik je. Tapi merangkumi semua. Dunia & Akhirat. InsyaAllah.



Selamat Tahun Baru Masihi 2011 :)