Aku paling suka pemandangan hijau sawah padi dan birunya langit. Walaupun sepanjang kat negeri jelapang padi ni hampir setiap hari aku dapat tengok pemandangan ini, tak pernah rasa jemu. Sentiasa mendamaikan. Tenang.
Lebih kurang 2 minggu kat rumah kakak, tak pergi berjalan mana pun. First weekend, balik kampung pegi kenduri kahwin kak Irni & abg Razmy. Second weekend, masak2 since tak jadi pergi jambatan gantung. Third weekend, aku kat kampung. Lagi laa duduk terperap je langsung tak ke mana. Fourth weekend, pegi Penang. Yang ni je la rasa berjalan. Pergi DinoTrek 2 kat Seberang Prai & makan Char Kuew Teow kat Sungai Dua. Oh marvelous! It's okay then. Since the moment we are together is more precious than everything else. Oh kenapa kakak kerja jauh? Balik lah KL. Balik!!
Sila lah jangan emo.
Dan beberapa hari kat kampung, betul2 buat aku rasa sangat rindu. First time rasa bila balik kampung ramai anak dara. Biasa anak teruna je yang bersepah sepah. Aha. My niece, Tikah n Timah dah besar. Dan pandai kerek ngan maksu dorang. Sabar je lah. Aktiviti harian kat rumah tu ape je. Tengok Putera Katak, rebut2 nak online (walaupun laptop aku privately own by myself tapi haruslah consider since aku guna wifi free kot kat rumah tuh...hoho..so tak boleh selfish la kan...), buli Toy & Bulat sampai aku rasa Toy bila nampak aku je akan rasa tension. Ngeh. Kucing rasa tension? Aha but I'm so in love with Toy gedik yang sombong. Dia tak suka oh orang nak belai2 dia, main2 ngan dia. Bajet hilang macho la tuh kononnya. Pastu muka nak control je manjang. Cett. Geram aku. Tapi bila lapar memang tak boleh blah. Mula la nak datang dekat, gesel2 sampai habis melekat bulu2 dia kat baju seluar aku..adoii..dan paling kritikal kalau tak layan dia time tuh, sure dia akan cium pipi! Auwww...gatal la Toy ni! Dan Bulat, kucing yang sentiasa membebel. Dari kecik, sampai dah berapa kali beranak, still bising. Tapi comel :)
Okay. What else aktiviti di desa indah permai? Pergi kubur mak, jalan2 pusing kampung. Jalan berdua ngan Ayang. Dan baru perasan dah lama rupanya aku tak berjalan2 melihat desa ni. Tau2 je kalau balik dok umah Mak Long. Teruk betul la. Borak2 ngan Ayang, cerita kenangan2 lama masa kecik2. Raya pusing satu kampung la, takut dengan labah2 la, dan paling yang confirm aku ngan Ayang takkan lupa, kitorang pernah jatuh basikal atas kubur lama. Sebenarnya tak lah seram pun sebab masa jatuh tu bukannya tahu pun jatuh atas kubur. Tapi yang menjadikan seram tuh sebab aku langsung tak cedera apa2 tapi kat betis aku ada kesan tapak tangan yang sangat besar! Aku ingat lagi lelaki2 dalam rumah semua dok compare size tapak tangan tu but seriously, its too big! oh seriau kott. Btw, Ayang is my cousin. Nama dia Nadia.
Jalan nak menuju ke rumah Mak Long. At the end of this road, is the house :)
Dan dan aktiviti paling best dengan sepupu sepapat dan anak saudara, masa tidur. 5 orang tido berhimpit dalam satu bilik yang katil dia besar sikit dari single tapi tak sampai ke size queen. kaki pun sampai terjulur keluar. Tapi yang muat atas katil 4 orang je la. Haha. Sempit gile. Langsung tak boleh nak kalih tapi kitorang okay je tido dalam keadaan macam tuh. Borak2 as usual before masing2 pengsan ke alam mimpi. Ajak tido bukan main awal tapi biasa dah dekat pukul 2 baru la senyap. Borak tak habis2. Sambil2 online, dengar lagu dan main game. Memang hebat! Really. I miss that sweet moments. tido sama2, bangun sama2. Never feel lonely. Tengok cerita hantu kat youtube sambil pejam2 mata, pura2 busy ade keje nak buat (aku laa tuh sebab tak suka tengok cite camtuh tapi dipaksa tengok...warghhh). haih. I miss Ayang much since most of the time I spent with her more. Takpe laa nanti balik kampung or dorang datang KL boleh je jumpa kann.. *smile*
****************************
Masa kat rumah Ema, tak banyak sangat aktiviti yang dapat dibuat. Plus aku kat sana kejap je. Tapi sempat lah g jalan2 kat Pekan Rabu & City Plaza lepas tunggu bas hampir sejam lamanya sampai rasa nak terbakar belakang badan..panas sungguh. Tengok Ngangkung. Kelakar. Tapi ending tak boleh blah. Banyak masa habis kat rumah. Borak2 semestinya. Haha. Bunyik cam aku ni talkative person plak. Maybe with the whom I'm comfortable with... :) Tengok movie sama2 kat laptop. Listen to each others stories and updates. Ema, my first best friend bila jejak kaki kat UiTM empat tahun lalu. She is one of the best person that have come to my life. And I am so glad she is one of the chapter of my life. Terima kaseh, sahabat :)
****************************
Now, I'm badly missing my sis. My only sis in this world. And hereafter. Kakak yang dah banyak berkorban untuk adik dia yang senget ni. Dari aku kecik sampailah sekarang. Especially bila mak dah takde, she's the one yang berkorban untuk kebahagiaan adik2. Tanak adik2 hidup susah. I know it. I realized it. Long time ago. She's the only who always ask for my opinions, the one who will listening on what I'm going to say. We share the same interests, we love to do things together. Walaupun beza umur jauh. 10 tahun. I'm glad that currently, she comes to me when she have difficulties through life. I am a woman after all right? dah dewasa. Dah boleh faham cabaran hidup menjadi seorang dewasa. Walaupun mungkin kadang2 masih immature & budak2. Still, I am a young 21 years old lady. Haha. Dan bila aku bagitahu kakak yang dah tiba masa untuk aku kembali ke Gombak ini, she's being upset. Even she's never show it. She's trying her best to spent much more time with me while it still left. Dan hari terakhir itu, kami sempat tengok cerita Kak Limah walaupun I'm not happy at all. Lawak la kan. Takkan la tak lawak. Lepas tu kakak belikan aku kasut baru as she promised me before. Oh sure. I really love that sweet cutie shoes! It's simple but it's value. That the most important for me. Terima kaseh, kakak. Terima kaseh sangat2. Kakak sangat berat hati nak bagi aku balik malam Isnin tu so it makes me really sad okay. Dalam bas dah bergenang dah tengok kakak kat luar tunggu sampai bas gerak. But it's time now. I need to go home to prepare myself for the next semester..course registration etc. Lagi lambat aku balik lagi la tertekan agaknya nak lawan rindu. So I hope I will feel better after this. InsyaAllah.
Pusat Sains Cawangan Utara :)
Biasalah kan. Perpisahan itu lumrah hidup. Aku bersyukur adanya pertemuan. Pertemuan untuk aku menghargai hidup dengan lebih baik. Pertemuan yang sekejap tapi cukup berharga.
Semoga orang2 kesayangan bahagia selalu :)
4 ulasan:
b'jalan sakan ye.... =)
toy kdengaran spt sgt comel n memikat hati. :)
anis: ngeh3..bukan selalu nak rasa cuti panjang :)
zyra: hehe. toy gemok cam garfield. cume die x makan lasagna la. haha. bulu kembang :D
ni dah mcm jurnal kehidupan ni..waa jealous ko jln2..nak g kedah gak!! hehehe... :)
Catat Ulasan