بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 29 April 2010

Tadaima ^^,

I'm home already. Tatau nape rasa seronok sangat. Walaupun as usual, keadaan rumah tidak pernah membahagiakan jika bukan saya yang uruskan T_T

I'm just miss my room maybe. My big room. Haha.

Skang ni tengah cari keje. Banyak gak nampak bersepah sepah. But then bila nak tanya rasa segan+malu. dan rasa nak tampar diri sendiri berkali kali. hello, you already 21 years old lady. huh. so sudah sudahnya keep asking back nak keje printing. ngeh3. tatau la dapat ke tak. ingat tadi nak jumpa boss (kak ayu) malangnya dia tak datang laa plak today. urmmm.

tanak keje kat puchong weh. even abg joey da offer berkali kali. tanak tinggalkan umah. nak dekat ngan abah selalu. huhu. dari aku g puchong baik aku panjangkan langkah dok kampung takpun panjangkan sket g lepak kedah ngan kakak. oh kedah again? sure kat sana lebih panas yang amat. grrrrrr.

nak tahu, gombak lebih panas dari shah alam. keluar dari rumah je terus berpeluh cam lepas kene kejar anjing. panas sangat. tatau la bile balik shah alam bulan 7 nanti aku dah hitam legam. wawa.

kat umah kan, asyik tengok suju je. kikiki. again n again could not stop watching ehb. loves siwon :)

Selasa, 27 April 2010

Cuti Sudah Bermula~

hi stalker :)

saya baru habis exam semalam. dan last paper saya adalah marketing. senior saya cakap, marketing is easy. tak baca buku boleh score. dia menipu. hakikatnya, saya baca, faham dan ingat but at the end saya tahu marketing akan rosakkan result saya semester ini. disaster you know. mungkin jugak sebab last paper...dan otak saya pun dah penat asyik diperah perah sepanjang 5 hari ni, oleh itu saya hilang debaran nak jawab paper ni dan ditambah pulak saya dah tatau nak panik camne lagi. haha.

ape yang aku nak merepek ni?

okay, whatever pun exam dah habis. dan saya bersyukur dah boleh mula rehat :)

tapi skang saya masih kat shah alam. tak habis packing barang lagi. dan ditambah pula tergendala gara-gara ada family lipas bermastautin dalam rak buku saya -.- saya kemas selalu okay but since saya sedar ade kewujudan lipas dalam bilik tuh, saya tak pena sentuh2 dah rak tuh. tengok tengok tadi dah bermacam macam rupa lipas ade dalam tuh. geli+benci.

saya balik esok. weeee...rindu gombak soo muchhhhh >.<
******************************************

sabtu ni one of my buddy will get engage. macam yang saya dah agak dari awal awal dulu lagi. seru dah sampai kot kan, congrats btw. tapi macam pelik tetibe sms bagitahu yang dia nak bertunang dah sabtu ni. what a surprise again, miss? i'm not too excited to get to know about it at all..since i'm already guess that thing will be happen at this very short moment. cuma ingatkan hujung tahun ni..haha...ouh sabtu ni 1st may ke?

dan dan kemungkinan jugak hujung tahun ni ada sorang lagi sahabat nak menamatkan zaman bujang. weeeee. seronok dengar :)

tahun ni musim orang kahwin agaknye kan. tahun depan musim orang beranak plak. wahaaa.

yang penting semoga perkahwinan mereka semua ni dalam keberkatan Ilahi, keredhaan keluarga dan kawan-kawan..n hope binaan masjid ni kukuhlah hingga ke hujung nyawa. aminn. jangan kawen sorok2 sudaaa...

okay, cukup lah pasal kahwin. haha.

what else to be merepeking here? ohh cuti nak keje. seriously I need a job! kene beli handphone baru weh. tak gagah rasa nak guna handphone gelap gelita tuh. mau bertambah2 power mata ni kang. huuuu. tapi tanak keje cashier dah. sebab i am wonder duit gaji yang dapat tuh halal tak if sales & profits of the company comes from hasil jualan liquor n pork selain dari barang2 yang lain? rasanya dah perlu fikirkan faktor faktor ni jugak. so u think?

okay lah, nak continue wat keje. all da best for ur exams, gambatte kudasai. always remember He's always by your side. InsyaAllah, u'll find the way :)

will miss my semester 3 memories T_T

Jumaat, 23 April 2010

exam oh exam

hari ni dah settle 4 paper. dalam perasaan yang sungguh mengecewakan.

pagi tadi paper fiqh muamalat. tengok soalan je terus rasa cam nak tutup balik n anta kat pengawas peperiksaan dengan alasan,

"saya tak faham apa soalan ni nak"

tapi memang tak lah kan aku berperangai begitu. huuuuuu. soalan tak la susah sangat kot...tapi fizikal n mental aku ni dah letih sangat. masa tengah jawab pun dah terasa letih. tulisan jangan cakap weh. boley bertanding ngan doc kot...tapi aku lawa sket la. hooo.

banyak yang aku tak ingat. sebab x sempat nak revise semalam gara gara terlalu letih. dan kurangnya semangat. sempat revise sket je. yg aku tak revise tuh laa yang die tanye. kantoi tak engat impediment to subject matters sebab aku sempat tang contracting parties n sighah je. riba pon setakat riba al qard, riba jahiliyah n riba an nasiyyah. tapi yang masuk riba al fadl -.-

kecewa tahu.

haa sebelum nak exam tuh sempat lak tuh salah tempat. mana lah saya terer environment art & design. pena exam kat situ pon sekali je. kat auditorium. yang tadi pun auditorium gak tapi auditorium seni halus. tatau kat mana. tsk. tsk. menggelabah gile time tuh. jam dah 8.15 exam kul 8.30. nasib la masa sampai tuh x kena masuk dewan lagi. tak suka saya nak exam datang lambat lambat ni.

abes exam teros meroyan royan ngan azie. paper paling susah antara 4 paper ni. seriously dah hilang tenaga. tak boleh nak fikir. tak boleh nak absorb. bak kate mas, memang kecewa sebab paper yang boleh score jadi camni. kire cam x berkesan gak la kan dapat fullmark first test ritu T_T

balik bilik kecewa lagi. tak dapat terima hakikat rasanya tak mampu buat paper tadi. cuba tido untuk hilangkan kesedihan, takde makna.

huh, need to work hard for next two papers -->> research methodology (25/04) and marketing (26/04)

Ya Allah, berilah kekuatan fizikal & mental kepada hambaMu yang lemah ini. Amin!

Sabtu, 17 April 2010

melepas rindu~

rindu nak berblog. kekeke.

final lagi 4 hari weh...T_T
tapi badan da rasa letih sangat. letih sebab awal2 pagi dah pegi fac..petang nak ke malam baru jejak bilik. bile kat bilik masalah lain lak datang. bertambah tambah penat jiwa aku ni. tengah cuti plak la tuh. lagi la terasa jauh ngan Tuhan. isk. isk.

minggu ni hari hari ada kelas. even sampai jumaat. jumaat siap ade test jepun lagi. rasa cam kantoi gila :( tak sempat nak revise sebab sibuk sangat nak wat drama n study subject lain. dan akibatnya, banyak kotoba yang aku da lupe...tsk. tsk. tapi jepun sem ni sangat memberansangkan. aku pun terkejut. assessment mark da chantek dah - 37/40. last sem dapat 32 je kott..hopefully sem ni jepun dapat A :)

pasal drama tuh..really thankful. walaupun just bertiga je ngan azie n mas, drama x banyak masalah. even masing2 otak x brape nak kreatif but finally rasanya not bad jugak. sensei suka. hee. hee. sensei kate gamba pon cantik, pandai cameraman ni amik...arigato gozaimasu, jaja yang paling comey :) skrip bagus..bla3...sampai kitorang rasa sensei ni bias ke...then dapat usha markah sensei bagi...skrip 8/10, performance 17/20...ehem ehem..so boleh laa kitorang jadi actress plak pasni. kikiki... jadi mendengarkan dan melihatkan ini, rasanya dapat gak la aku senyum segaris untuk minggu yang menyesakkan napas ni. huahuahua.

banyak bende berlaku senanya 2,3 minggu ni tapi x sempat sempat nak update. isk. isk. sem ni cam banyak kesedaran. aku pun tatau datang dari mana. rasanya sem ni agresif betol bila tang buat assignment. memang pantang la group aku kalau ade yang main2 ni. cam akibatnya, kitorang g delete nama 2 orang group member HR yg kitorang rasa x contribute ape2. lepas tu cuak x brani nak jumpa. pasal keje financial pon g report kat lecturer gak. pastu lecturer pon cam terpengaruh je ngan kitorang. bila gal tuh present lecturer asyik bangkang je. oh jangan lah begitu. kitorang cuma nak kerjasama yang baik je. walaupun aku yang paling panas hati sebab terpaksa siapkan keje die. huhu.

aku tension dengan rumet. aku x faham ape yang berlaku. mungkin aku yang terlebih pressure tapi keadaan perlu jadi camni? dah lima hari x bercakap. katanya, xde ape2. tapi sentiasa mengelak. hari tuh kantoi kan jam 3 pagi?

aku cemburu tengok orang lain rilek2 je boleh online berjam jam, layan facebook sampai berderet deret update, boleh gayut2, boleh lepak kat dc borak borak ngan member, boleh kua dating..aku nak on fb pon if sempat laa aku g lab. tu pon just tgk notifications aku je. x sempat nak g tgk page orang. nak sosial pon by sms je. tu pon more on studies. jarang orang nak sms ngan aku skang ni. haha. oh ja masih rajin. trimas :)

ade kawan pon x dapat nak borak even just for a stupid things. Semua serious. Haha. Harap2 ade orang sms aku pon yang antanya sebok plak nak cakap pasal feeling. Tetibe nak membebel pasal life style aku ni yang x pena ade boifren..guna hp biasa yg even radio pon xde..apatah lagi kamera kan..paling kuang hajau siap tuduh aku ni lesbian. What? Lesbian?! Sebab aku ni asyik kawan ngan pompuan je. Xde taste kat lelaki. Seriously, kau ni bodoh kan? Huh. Geram gile aku. Pastu suke laa nak calling2 time tgh2 malam di mana ketika itu aku dah di alam mimpi..pastu mule la nak anta msg aku tak sudi la, x suke dia la, aku hina die la…letih aku. Last2 aku malas nak reply die msg gak lagi..berjela jela panjangnye. Aku bace sekali pastu lupe terus. Die tulis lak balik ayat tuh kat fb. Haha. Psiko u know. Malas nak layan. Apsal plak aku hina die? Aku jaga diri aku sebagai seorang gadis muslimah je. Dan memang pun, aku tak percaya dia. So?

Dah senyap yang sorang ni datang lak lagi sorang. Pandai kan dorang ni pilih timing. Kagum laks aku. Yang ni tak abes abes la nak ajak kua. Duduk kat seksyen 7 tuh je. Seb bek laa x penah jumpe. Huhu. Aku rasa dah cukup cukup lah dunia skandal ni. Dah rasa segan tergedik gedik ngan laki. Oh pasal mamat yang menuduh aku hina dia tuh, dia cakap aku x pena call dia. Aku sombong. Lupe kawan. Apsal plak? Aku memang jarang pun call orang. Selalu pun kalau x gajah kecik, anne. Xpun vior or keira. N syira. Aku ulang2 orang yang sama je kot. Dah x kenal tuh x payah la nak menuduh. Haih.

Aku pun dah malas nak fikir bila nak ade bf ke..bile nak kawin ke..(kawin?woooshhh)…tp xde laa sampai x usaha langsung..kikiki…cume aku rasa better laa focus kat study…dari aku gembirakan family aku ngan calon menantu yg baik (cewahhh…) baik aku wat dorang tersenyum bangga ngan kejayaan aku dalam akademik. Dah lama rasanya aku tak jadi kebanggaan keluarga.

Aku nak berjaya dalam bidang yang aku ambik skang. I do love Islamic Banking. And I have no regret meninggalkan dunia accounting. Haha. So I need to work hard laa kan? 

Gambatte!!!

Ahad, 4 April 2010

April Fool

first, nak show off sket jadual kehidupan bulan ni T_T

010410 - submit assignment marketing (individual & group)

050410- test 2 fiqh muamalat n submit group assignment human resource

060410 - test 2 research methodology

070410 - test 2 marketing

090410 - writing test & listening test 2 japanese langguage II. submit group assignment islamic financial planning (EONCAP Islamic)

120410 - test 2 human resource

130410 - test 2 islamic financial planning

160410 - submit report japanese. yg drama tuh.

170410-200410 - study week

210410 - FINAL EXAM: human resource (pg)

220410 - FINAL EXAM: hubungan etnik (pg), islamic financial planning (ptg)

230410 - FINAL EXAM: fiqh muamalat (pg)

250410 - FINAL EXAM: research methodology (ptg)

260410 - FINAL EXAM: marketing (ptg)

sila buat semayang hajat untuk aku o_O

menarik kan kehidupan aku? redha je lah..jadual final memang...uhhh...can't say...n hopefully xde bende2 lain yang mengganggu mental aku cam sem lepas. aku hampir fail okay paper usul fiqh sebab sehari before nak exam tetibe dapat email n message dari 2 orang berlainan serentak. even aku memang salah pun tapi bagi aku try hold laa dulu. sume orang pressure nak exam so jangan lah campak pressure sendiri kat orang lain..isk.

sebenarnya takde masa nak cite panjang kat sini. berderet deret aktiviti aku next week ni haa. nak membebel sangat pun malas lah kan. kang nampak cam asyik merungut je. astaghfirullah.

anyway, sonok bergelak ketawa semalam. but nobody knows deep inside my heart is crying. haha.

suke suki kau je suh aku kawin..bia ade orang yang tul2 caring kat aku...belasah kang...

Jumaat, 2 April 2010

Meroyan~

  1. handphone ade kemungkinan pergi buat selama lamanya sebab petang tadi hujan yang teramat lebat..handphone kena air time on the way nak balik dari kelas. dah jemur. bukak segala tapi still icu. handphone, awak akan tinggalkan saya? please jangan. kite dah bersama hampir 5 tahun..takkan semudah ni awak nak tinggalkan saya kesunyian? tsk. tsk. saya tak sanggup kehilangan awak. please..please..sedarkan diri awak...huhu
  2. dan disebabkan hal ini aku gagal mengawal emosi dengan baik jadi aku pun mengonlinekan diri setelah cam agak lama rasa tak bersosial. kekeke. kat bilik takde orang lagi laa parah jiwa aku. nak balik umah ari ni tak jadi plak sebab abah takde. pegi bagan serai katenye.
  3. aku adalah seorang kerani. kekeke. best tol da 'keje' skang. manjang jadi tukang compile n edit assignment. takde lah kesah sangat sebab aku suka.tapi yang menjadikan aku meroyan bila group ngan hamba2 Allah yang pandang remeh ngan assignment. buat cincai. jawab cam budak nak amik PMR. sangat lah menyakitkan hati & mata. tsk. tsk. ari tuh group aku sangat lepas tangan nak wat report dgn alasan busy sesangat nak present bel. eceyh..macam aku tak penah amik bel. dah tahu banyak keje takyah la nak berhibur bagai. pandai2 la bahagi masa. ni senang2 je lepas tangan. tak tulih nama kang baru tahu.
  4. assignment islamic financial planning pon aku dapat 2 org member baru. susah ati gak nih. due2 suke ponteng kelas. cane la ley sesat tetibe jadi grup member aku? nak contact payah..nak jumpa susah. haih. hopefully bile dorang submit nak compile nanti xde la just bagi segaris ayat je cam dak2 grup hr aku buat. suruh bagi problem statement...btol2 haa die bagi segaris ayat problem without explanation. !@#$%^&* darah tinggi you. sian azie.die yang kene compile plak kali ni.nak sound lebey2 tak bley. kang kene serang kat facebook. ganas betol. huhu
  5. minggu depan test berderet deret kecuali kames. n plus submit assignment skali. menarik kan life aku sem ni? non stop keje. terasa belaja. wakaka. n once again aku bertugas utk compile assignment planning. hope group aku tak menambah susahkan aku. please la. be professional doing your work. aku tak suka alasan banyak keje ni.semua orang sama okay.
  6. ade satu perkara yang mampu buat aku senyum hari ni. tadi sensei bagi tengok assessment mark japanese. setakat quiz 1 & 2, oral test n reading test, aku dapat 28.5 over 30. syukran. syukran. Alhamdulillah :D