- aku ni anak mak. aku share macam macam cerita ngan mak aku. dan apa yang aku suka pon selalunya akan jadi kesukaan mak aku jugak. n vice versa. hubungan aku dengan mak sangat rapat sampai nak wat apa apa aktiviti pon selalu berdua. kami kawan baik yang sentiasa merindui, menyayangi dan memahami antara satu sama lain :D
- aku baru pas minom ribena. n aku suke gile minuman ni. n x ley x beli kalo da nampak. gahaaa
- kalau tengok movie, aku x suke tengok cite thriller seram nih. aku tengok movie nak relaks bukan bagi kepala otak aku mengecut tengok darah, muke hantu yang ntah apa apa. tapi kalo g wayang aku memang layan cite action, fiksyen, komedi. orang cakap tengok cite komedi ni buang duit je, tapi aku rasa x rugi laa tengok garfield 2 n open season kat wayang. tapi slek, aku gelak kuat gile. kantoiii...
- aku jadik kipas-susah-mati cite2 jepun pas aku tengok cite 1 litre of tears. bengkak mata tahap dewa sebab tengok cite tuh. kesan mendalam gila. a few reasons nape aku suke tengok cite kat sane selain hero hero die yang mencairkan jiwa raga hati dan perasaan aku nih, sebab cite dorang selalu nya based on family. pastu cam sopan sopan je semua. n kalo chentan pon x de lah jiwang jiwang pon kan. cam best la. banyak lesson bile tengok. n lagi satu episod dorang xde lah banyak sangat. standard dalam 10 or 11 episodes je. jadi xde lah letey mata aku nak menatap je movie tuh. haha
- aku selalu ada penyakit yang pelik pelik. masa sekolah mata aku selalu sakit sampai bila bergambar je mata aku yg sepet nih akan berganda ganda sepetnye. aku rabun pon sebab sakit mata senanya. tapi skang alhamdulillah dah ok pas aku refer kat hkl. (ini ubat mata aku-Fucithalmic® (fusidic acid)) aku pena gak ade masalah bila aku terkejut coz aku akan automatically kaku then jantung berdenyut kencang gila. dulu adik beradik aku slalu kena marah kalo dorg ngengade nak kejot2kan aku. agak kritikal gak la sebab even orang hentak kaki pon aku da ley berdebar gila. sakit woh. pastu aku alergic da tahap dewa kot ngan sabun. aku tatau laa cane tapi jari jari aku da luka luka dah skang. berair, berdarah, kulit menggelupas, gatal x payah cakap la. tension oh. 10 jari aku da macam hancur. huhu (ini ubat allergic aku-elomet cream)
- aku bukan jenis berkawan ngan ramai orang. aku ley kawan ngan semua tapi aku ley rapat ngan beberapa orang je. aku jenis kawan yang ketara orang akan nampak aku rapat ngan sape sebab aku bukan jenis berkawan dalam kumpulan. pastu aku nih memang berat mulut n x peramah. aku dah biasa da dengar orang cakap aku sombong masa mula mula nak kenal. tapi bila da kamceng aku la yang totet totet non-stop. sampai orang naik rimas pon ade kottt. adoyai..
- aku selalu ada masalah dalam komuniti. tatau laa badi apa yang ada kat aku nih tapi aku selalu cam x disukai dalam komuniti. maksud aku macam batch. masa sekolah, aku selalu dengar dak laki x suke aku. kutuk aku macam2. pastu, kena boikot masa form 5. kat uni pon aku rasa camtuh gak. sampai da ley pegang takhta miss kontroversi je rasanya. aku tak mahu tau reason kenapa dan x berminat nak tahu sebab mulut masing masing kan boleh laa cakap sesuka hati. semua ni bergantung kepada sejauh mana seseorang tuh percayakan aku dari rumors yang ntah dari mana sahihnya. dan disebabkan 'badi' ni aku rasa macam takut plak nak join dalam komuniti seterusnya. mana tahu bila continue study nanti plak kan. haih.
- aku trauma gila ngan air especially sungai. skang nih even tengok kat tv je pon view cam kat tengah laut ke, tasik ke sungai ke, memang dah wat aku meremang la. susah laa nak buang feeling nih. aku hampir hilang nyawa kot sebab lemas dalam pusaran mase berkelah ngan siblings aku dulu. trauma gila. sampai skang still ngeri bila tingat. kalau xde orang selamatkan aku time tuh, dah arwah kot..
- aku sangat sensitif bila kena marah. bukan lah nak cakap aku ni cam manja sangat ke ape sampai nak marah pon x bley tapi aku memang automatically meleleh bile tetibe je aku kena marah ngan suara meninggi tahap petala ke lapan. aku lebih senang berbincang dari cakap menengking nengking ni. kalau aku ngah marah sekali pon aku x suke directly lepaskan tros kemarahan aku kat orang yang bersalah tuh sbb nanti aku mesti rs bersalah n menyesal. jadi kalau aku marah aku akan cite kat kawan kawan aku dulu x pon try to calm down. kalau aku rajin aku tulis dalam buku buku conteng aku. pastu biasanya aku ok la. cume kalo aku kecik ati je makan dalam sket. huhu
- aku suke akim af7.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Isnin, 20 April 2009
a k u
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
hahahaha...last2 akim ek
hihi..it can't help...i likeeeee :D
akim?? xbest2,hihi~
mendengki laa tuh :p
Catat Ulasan