بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sabtu, 25 April 2009


Aku suke main ngan Momo.

Mandikan die. Berus badan die. Bagi die makan.

Suke tengok die happy.

Pastu bawak die g stadium. Lumbe lari ngan kawan kawan die.

Bila menang, Momo happy sesangat.

Setiap hari Momo akan jenguk kawan kawan die.

Bidin, O-chan, Milly, Bubu, BelangKit, Ryuu, Kim. Itu antara kawan kawan paling Momo suka.

Comel comel semua.

Seronok layan Momo.

Buat aku rasa happy je.

Gelak gelak tengok aksi dia. Comel sangat.

Heheh

hoping

Last but not least,

wanna THANKS a lot kat orang orang nih :

.Afif.
.Nanad.
.Iee.
.Jaja.

Sebab korang selalu ade masa untuk aku even korang semua ngah busy gile2 kan.

Thanks borak borak.
Thanks gelak gelak.
Thanks gado gado.
Thanks buli buli.
Thanks.


Aku nak balik Ipoh.
Jadik tutor jap. Eceyh.
So, maybe lama x online.
Huhu.
Tolong jage kan Momo eyh.

bye

Good Luck For Your Final Exam, Afif & Jaja.

Nanad, jangan berkerepot wat report okeh. Ganbatte!! :D

Jumaat, 24 April 2009

Hari Hari Saya Main Ngan Momo ^^,

Ini pet saya. Nama die Momo. Comey gile kan die. Suke. Suke. Hikhik.



Ini plak rumah Momo yang da latest. Hijau punya. Ikut taste tuan die lah kan. Hohoh.

Tapi x cukup duit lagi nak beli sofa yang cun cun sket. Adeyhh.


Momo kuat lari tau. Ni gambo die mase ngah melompat nak sampai garisan penamat.

Adoyai..comey gile laa Momo bile senyum. Lalala~



Ni plak saat saat kejuaraan Momo. Menang dapat duit weh.

Haaa...masa ni Bidin kalah tau. Tengok laa muka kekecewaan Bidin tuh.

Padan muka Bidin. Hak hak hak.



Tapi...

Yang sebenarnya...

Momo tetap 'setia' dan 'chentakan' Bidin sorang je.

"Bidin, kawin jom :D"

.

.

.

.

.

Ok. Ok. Masa untuk tidur.

Selamat Malam Semua.

Tido pon comey. Haih :D

Khamis, 23 April 2009

Mari Tengok Video Ini Supaya Kita Sama Sama Insaf...


Ataupun ley click kat sini.

This video is credited to Afif.

Thanks for sharing

sedih2

Ganbatte Ikimasshoi!!!

Hari ni kawan kawan start exam.

Paper Tax.

Good Luck Semua.

Ganbatte Ikimasshoi!!! :D

.

.

.

.

.

Rasa macam tak sabar plak nak blaja balik.

study

Lepas tu, jadi macam ni....

.

.

.

stress

Heheh

Selamat Malam

happy


Isnin, 20 April 2009

a k u

  1. aku ni anak mak. aku share macam macam cerita ngan mak aku. dan apa yang aku suka pon selalunya akan jadi kesukaan mak aku jugak. n vice versa. hubungan aku dengan mak sangat rapat sampai nak wat apa apa aktiviti pon selalu berdua. kami kawan baik yang sentiasa merindui, menyayangi dan memahami antara satu sama lain :D
  2. aku baru pas minom ribena. n aku suke gile minuman ni. n x ley x beli kalo da nampak. gahaaa
  3. kalau tengok movie, aku x suke tengok cite thriller seram nih. aku tengok movie nak relaks bukan bagi kepala otak aku mengecut tengok darah, muke hantu yang ntah apa apa. tapi kalo g wayang aku memang layan cite action, fiksyen, komedi. orang cakap tengok cite komedi ni buang duit je, tapi aku rasa x rugi laa tengok garfield 2 n open season kat wayang. tapi slek, aku gelak kuat gile. kantoiii...
  4. aku jadik kipas-susah-mati cite2 jepun pas aku tengok cite 1 litre of tears. bengkak mata tahap dewa sebab tengok cite tuh. kesan mendalam gila. a few reasons nape aku suke tengok cite kat sane selain hero hero die yang mencairkan jiwa raga hati dan perasaan aku nih, sebab cite dorang selalu nya based on family. pastu cam sopan sopan je semua. n kalo chentan pon x de lah jiwang jiwang pon kan. cam best la. banyak lesson bile tengok. n lagi satu episod dorang xde lah banyak sangat. standard dalam 10 or 11 episodes je. jadi xde lah letey mata aku nak menatap je movie tuh. haha
  5. aku selalu ada penyakit yang pelik pelik. masa sekolah mata aku selalu sakit sampai bila bergambar je mata aku yg sepet nih akan berganda ganda sepetnye. aku rabun pon sebab sakit mata senanya. tapi skang alhamdulillah dah ok pas aku refer kat hkl. (ini ubat mata aku-Fucithalmic® (fusidic acid)) aku pena gak ade masalah bila aku terkejut coz aku akan automatically kaku then jantung berdenyut kencang gila. dulu adik beradik aku slalu kena marah kalo dorg ngengade nak kejot2kan aku. agak kritikal gak la sebab even orang hentak kaki pon aku da ley berdebar gila. sakit woh. pastu aku alergic da tahap dewa kot ngan sabun. aku tatau laa cane tapi jari jari aku da luka luka dah skang. berair, berdarah, kulit menggelupas, gatal x payah cakap la. tension oh. 10 jari aku da macam hancur. huhu (ini ubat allergic aku-elomet cream)
  6. aku bukan jenis berkawan ngan ramai orang. aku ley kawan ngan semua tapi aku ley rapat ngan beberapa orang je. aku jenis kawan yang ketara orang akan nampak aku rapat ngan sape sebab aku bukan jenis berkawan dalam kumpulan. pastu aku nih memang berat mulut n x peramah. aku dah biasa da dengar orang cakap aku sombong masa mula mula nak kenal. tapi bila da kamceng aku la yang totet totet non-stop. sampai orang naik rimas pon ade kottt. adoyai..
  7. aku selalu ada masalah dalam komuniti. tatau laa badi apa yang ada kat aku nih tapi aku selalu cam x disukai dalam komuniti. maksud aku macam batch. masa sekolah, aku selalu dengar dak laki x suke aku. kutuk aku macam2. pastu, kena boikot masa form 5. kat uni pon aku rasa camtuh gak. sampai da ley pegang takhta miss kontroversi je rasanya. aku tak mahu tau reason kenapa dan x berminat nak tahu sebab mulut masing masing kan boleh laa cakap sesuka hati. semua ni bergantung kepada sejauh mana seseorang tuh percayakan aku dari rumors yang ntah dari mana sahihnya. dan disebabkan 'badi' ni aku rasa macam takut plak nak join dalam komuniti seterusnya. mana tahu bila continue study nanti plak kan. haih.
  8. aku trauma gila ngan air especially sungai. skang nih even tengok kat tv je pon view cam kat tengah laut ke, tasik ke sungai ke, memang dah wat aku meremang la. susah laa nak buang feeling nih. aku hampir hilang nyawa kot sebab lemas dalam pusaran mase berkelah ngan siblings aku dulu. trauma gila. sampai skang still ngeri bila tingat. kalau xde orang selamatkan aku time tuh, dah arwah kot..
  9. aku sangat sensitif bila kena marah. bukan lah nak cakap aku ni cam manja sangat ke ape sampai nak marah pon x bley tapi aku memang automatically meleleh bile tetibe je aku kena marah ngan suara meninggi tahap petala ke lapan. aku lebih senang berbincang dari cakap menengking nengking ni. kalau aku ngah marah sekali pon aku x suke directly lepaskan tros kemarahan aku kat orang yang bersalah tuh sbb nanti aku mesti rs bersalah n menyesal. jadi kalau aku marah aku akan cite kat kawan kawan aku dulu x pon try to calm down. kalau aku rajin aku tulis dalam buku buku conteng aku. pastu biasanya aku ok la. cume kalo aku kecik ati je makan dalam sket. huhu
  10. aku suke akim af7.
love


tido dulu. oyasumi nasai.

sleep

Ahad, 19 April 2009

Far Far Away

Dah 6 tahun.

Celik mata je hari ni, air mata terus meleleh.

Tak cool langsung.

Mesej ngan kawan kawan. Gelak tak berhenti.

Pura pura lah konon.

Kuat lah izzah.

Bila dah mati nanti jumpa jugak.

Kalau macam tu,

aku nak mati lah.

Sabtu, 18 April 2009

Medsi!!

Baru je amik exam nih tadi kat SMK Gombak Setia. Cey mangat gile terus nak wat report ^^,

Err..soalan die ade 300...jawab dalam masa sejam. Takde lah susah tapi bosan sebab tanye pasal feeling. Adoyai. Psikologi btol.

Ada satu soalan tuh dia tanya.."saya pernah mencintai seseorang".
Wahahaha. Kene jawab either sangat tepat, tepat, tidak tepat atau sangat tidak tepat. Sengih aku tengok soklan tuh.

Ouh sempat gak berkenalan ngan due orang kawan baru, Liza n Fadilah. Kenal macam tuh je la. Borak borak before exam.

Pas exam ni ade interview la plak. Haih.

Ngantuk la. Tak tido malam aku gemuruh nak g exam nih tadi. Huhu.

Err..untuk yg tatau..medsi is ujian untuk mereka yg apply profession perguruan..entah layak ke tak aku nih? Gahaaa








Jumaat, 17 April 2009

April Itu Menyakitkan

Haih.

Bila masuk April, perasaan selalu jadi kosong.

Tiba tiba jadi lupa untuk gembira, ketawa dan senyum.

Segala rasa menjadi kosong.

Hanya satu perasaan je yang wujud. Dan bukan palsu.

Rindu.

Aku rindu mak.

Aku tanak melalui ahad ni.

Aku mahu pejam mata dan tidur sepanjang hari.

Hari ahad ni aku mesti menangis macam biasa.

Haih.

Rabu, 15 April 2009

Membebel Ntah Apa Apa :p

Aku g melepak kat umah kakak last week. Habeskan masa dengan baca manga, tengok movie+anime and most of the time main game. Gila lah santai aku nih. Adoyai...

Aku baru tengok cite Twilight. Sadis kan aku? Orang lain sume dah lame daa dok addicted kat Edward tuh aku baru lah nak tengok si vampire tuh. Haha. Not bad. Menarik. Tapi xde la sampai addict kot. Hoho


Aku baru main game Virtual Villagers - The Secret City. Main dalam seminggu je. Tinggal satu puzzle je agy tak settle. Haih. Tapi dah malas kot nak main. Malas nak pikir dah cane nak settle. Yang bestnye main game tuh, orang orang kampung aku semua aku letak nama kawan kawan. Haha. Tapi dalam game tuh, name aku dah mati la. Siot je. Pendek umo tol.

Aku da tengok Knowing. Best. Best. Best. Cite pasal ramalan sorang budak tentang peristiwa peristiwa besa yang akan blaku dalam tempoh 50 tahun akan datang melalui nombor. Sampai kiamat tau. Api telan Bumi. Gila lah sakit kalau mati macam tuh. Huhu


Kakak aku ade koleksi manga Gempak Starz banyak gila! Ni semua sebab pengaruh aku lah nih. Haha. Bagus gak. Selamat duit aku. Takyah beli manga dah baca manga yang die beli je laa pas nih. Hoho. Tapi antara semua tuh aku paling suka Good Morning Call. Gelak gelak aku bace manga tuh. Tapi kat kakak aku ade sampai volume 3 je. So terpakse laa aku donlod sendirik yg seterusnya. Xpo. Xpo. Cite best :D

Good Morning Call: Uehara Hisashi & Yoshikawa Nao. Kawaii!!! :D

Paling penting, aku terus mabuk pas tengok anime Itazura Na Kiss. Adehh..penangan die cam pas tengok 1 Litre Of Tears oh. Terkenang kenang aku. Tapi yang anime nih happy ending lah kan. Cite pasal Aihara Kotoko suka kat best student skolah dia, Irie Naoki. (Aku memang suka la nama Irie ni sebab cam dekat dekat je ngan nama Irienna kan?kan?heheh). Irie Naoki nih plak sombong gila, yelah cold-hearted person lah katekan. Die memang direct gila la cakap tak suka si Kotoko ni sebab minah ni cam bodo bodo sket & cam tak sepadan laa ngan dia yang cam 'superstar' tuh kan. Tapi dengan coincidences menarek yang blaku dalam hidup dorang, lama lama Naoki mula suka kat Kotoko. Ahaha. Perjalanan cite nih memang sweet je. Ade gembira, sedih, kecewa, kelakar yadda yadda.

Itazura Na Kiss : Irie Naoki & Aihara Kotoko. Pon kawaii gak!!! :D

So skang nih aku ngah addicted nak baca manga Itazura Na Kiss and Good Morning Call. Pastu nak tengok cite It Started With A Kiss dan They Kiss Again. Oh memang menjuling laa aku nak abeskan semua. Sebab aku kene settle semua ni cepat cepat coz next week aku nak tinggalkan kl agy. Huhu


Ok.Tu je nak membebel. Bye.





Jap. Aku dah tahu dah lelaki yang cane aku suka. Dan aku memang menanti laa kewujudan lelaki camtu. Semalam da discuss dah ngan Nanad. Haha. Semangat je weh. Gahaaa

Selasa, 14 April 2009

Campus Life

The last day of exam. Rooftop FKM.
15 November 2008

With Jaja. Rooftop FKM.
15 November 2008
masa join 'Program Tautan Ukhwah Permata' kat Rumah Penjagaan Warga Tua Seri Tanjung.
20 September 2008.
With Nadia. On the way g Rumah Penjagaan Warga Tua Seri Tanjung.
20 September 2008
Kenangan paling manis. Genting Highlands.
26 Januari 2008
The 8 sisters. Ili, Izzah, Dina, Nur, Hana, Anis, Nadia, Shaza (the photographer)
9 Januari 2008
Celebrate birthday Shaza kat Tasik Shah Alam.
9 Januari 2008
Fizah teman aku g spital. Jalan2 kat Times Square.
4 Januari 2008
Futsal. Faculty of Accountancy.
8 Januari 2008
With Ema. Tasik Shah Alam.

Foyer. Semester 2.
With Nur. Semester 2. Semangat kan aku sengeh? :D

Dalam kelas. Izzah, Nadia & Dina. Semester 2.

Tiga sahabat baik. Shaza, Nur, Nadia. Semester 2.

BBQ. Intersesi semester 2. Dina, Izzah, Ema, Gee, Jaja, Anis & Nad.


Dan, selain gambar gambar kat atas nih,
ada banyak lagi "shoot" yang masih terpahat dalam ingatan aku.
Dalam "kamera otak" aku.

Aku dewasa bersama mereka.
Dina, Ili, Shaza, Hana & Nur.
Juga Jihan, Zul, Gee & Anis.
Dan sahabat yang masih setia mendengar keluh kesah aku,
Nadia, Jaja & Ema.
Aku harus mengucapkan terima kasih pada mereka semua.
Kerana mereka aku yang sering berduka ini,
tertawa riang di kala ati sedang gusar.
Kerana mereka aku yang pendiam ini,
jadi seorang yang tak reti nak berhenti bercakap.
Terima kasih.
Mereka paling banyak membuatkan aku menangis, kecewa dan terluka.
Tapi kerana mereka lah aku jadi seorang yang kuat, tabah dan cekal.
Mereka mengisi hari hari yang kosong dengan nilai persahabatan yang kuat.
Menyokong dalam diam.
Dan air mata ini selalu mengalir saat terkenang detik bersama mereka.
Ia mungkin pengakhiran yang mengecewakan,
tapi,
boleh tak kalau aku mahu memadamkan ingatan tentang itu?

Aku masih ingat,
masa part 1,
aku rapat ngan Dina je.
Sebab dia kawan satu sekolah aku.
Dina kawan yang very soft-spoken.
Sangat susah nak tengok die marah.
Dan die slalu support aku.
Even skang dah tak rapat sangat
but still keep in touch.
Kalau jumpa Dina, ada je gossip nak share. Haha
Maybe dah terbiasa kot.

Bila masuk part 2,
aku mula rapat dengan classmates yang lain.
Jihan, Ili, Hana, Nadia antara kawan2 yang awal awal aku rapat.
Pastu jadi satu geng ngan Nur, Shaza, Dina, Nadia, Ili, Hana, Jihan, Zehan, & Nad.
Ramai gile. 10 orang seyh.
Zaman tuh, banyak lah gambar.
Kat kelas, kat Ptar, kat foyer, kat DK, kat mane2 je lah.
Kameranya, handphone Jihan n Nur.
Masa tu tudung pon selebet agy.
Sengal sengal semua.
Semua stok happening je.
Tapi aku suke gamba masa tuh.
"Friendship Forever!!!"
Itu lah moto kami.
Then ade gak aku ngan Jihan create video gamba gamba kami.
Sweet sangat masa tuh.
Wat video tuh kat umah Jihan.
Aku carik lagu. Susun gambar.
Jihan plak arrangekan slide nak kua cane.
Siap dalam satu hari je. Hoho.

Inilah videonya, "SEMUA TENTANG KITA"


Masa aku banyak gak dihabiskan ngan rumate aku.
Especially Ja & Gee. Ema pon skali la.
Setahun aku rumate ngan dorang.
Tapi ngan Ema masa part 1 je la.
Gee & Ja masa part 2 n part 3.
Dan peristiwa paling kenangan kami mestilah masa "malam berhantu"
Sampai skang aku rasa serik nak cite pasal hantu tengah2 malam.
Ni semua Ja punya pasal lah ni. Haha.
Kejadian tu lebih kurang camni la.
Borak2 cite pasal kitorang masa blaja kat mrsm dulu.
Cite punye cite sampai lah masuk part cite2 seram kat skolah.
Then masa nak tido, dalam kul 2 lebih la,
something happened.
And since that, bilik tuh slalu laa macam kene 'kacau'.
Bila masuk semester depan,
baru kitorang tau yang bilik tuh selama ni xde penghuni.
Tegak bulu roma weh!

Skang nih tengah study week kan?
Tingat plak dulu bile time nak final ni,
rajin lah aku g melepak kat Ptar (library).
Especially masa semester akhir.
Tapi g Ptar Engine la.
Dengan Ja.
Pegi pagi dalam kul 9 balik plak dalm kul 11 malam.
Hampir hari hari.
Walaupun masa tuh aku amik 3 paper je.
Study sampai mereng.
Tapi Ja slalu support aku.
Yelah. Final sem. Tanak lah slack agy kan. Huhu

Banyak sangat peristiwa peristiwa manis, sedih, lucu n macam2 lagi ngan dorang ni semua.
Ingatkan cam nak cite agy tapi cam da terpanjang sangat plak.
Letey gak aku menaip ni. Adoyai.
Tu laa asal aku yang menulis mesti nak melalut panjang panjang.
Bad habit betol lah.

Apa apa pun,
aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kat korang semua.
Ape ape kate kate aku yang mengguris hati, jiwa n raga tuh hope korang dapat lah maafkan ye.
Biasa lah. Kadang kadang bile tulis blog time tengah serabut, emo tuh akan lebey. Huhu
Sorry tau.
Especially yang rajin get update kat blog aku nih kan :D
n halalkan jugak makan minum aku selama kita berkawan nih.
And even skang kite da jarang contact,
hope kite still jadi kawan for each other k.

Last but not least,
I wish u all,
ALL DA BEST FOR YOUR FINAL EXAM.
GANBATTE IKIMASSHOI!!!

Jangan tension tension kay.
Tarik nafas dalam dalam, hembus.
:D