بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 27 Januari 2009

Birthday Wishes

24.01.09 jam 0728, from Hotlink...
Selamat Harijadi! Nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 26-01-09. Ganjaran Hotlink untuk pelanggan setia kami. Caj biasa dikenakan untuk servis lain.
(haha. saya memang menantikan 'hadiah' nih! siap buat list wey nak call sape. hoho)

25.01.09 jam 2358, from Nadia...
Hmm..hapy 21st opps,20th bsday..! Haha..Hope hr2 yg m'dtgakan wat ko lbh tbh n ceria! :-)
(terima kaseh. hope u too always be happy wif ur new life. huhu. bile laa nak jumpe kamu agy..)

26.01.09 jam 0000, from Ema...
(ade gambo bear bwk lori kot) PON!! PON!! Awak sangat bertuah mlm ni sbb saya sanggup turun perak nak celebrate besay awak. haha. Selamat Hari Jadi. Sweet 20. Moga2 ditemukan jodoh dgn lelaki soleh. amin.
(die tipu. karut gile tetibe turun perak. haha. anyway, thanks jugak. semoga dapat laa bertemu ngan lelaki soleh ye. eceyh. mcm x saba nak kawen je...haha)

26.01.09 jam 0001, from Eddy...
Hepi b'day my frenz.. =)
(terkejot i tau mamat nih wish on time. haha. thanks buddy)

26.01.09 jam 0004, from shanad...
Dear besti, happy 20th bday! may Allah bless u owes n may u have wonderful year ahead. Hee. Happy2 slalu ye. Luv ya! :-)
(thanks dear. luv u too ^^,)

26.01.09 jam 0006, from Zairy...
Hepi besday. Wish u alwyz have a happy day n blessing life.
(yang ni pon aku x sangka die wish. mcm selama nih x pena wish pon. huhu. anyway, thanks for da wishes!)

26.01.09 jam 0011, from Jihan...
Happy Birthday Izah! Smg panjang umur, murah rezeki n all the best in ur future undertakings. :)
(haha Jihan pon wish ak awal..ermmm..thanks buddy! gudluck to u too! ^.~)

26.01.09 jam 0014, from Nur...
Happy bufday babe..! Semoga panjang umur n dimurahkan rezeki. dptkan apa yg anda mahu
(i'm not thinking about it now. anyway, thanks for remember my important date! ^^,)

26.01.09 jam 0034, from Jaja...
wherever u are, hope that...the NUR from Allah surrounds u, the LOVE of Allah enfolds u, the POWER of Allah protects u, the presence of Allah watch over u~ Happy birthday! =)
(besh. besh. thanks!!)

26.01.09 jam 0235, from Nazirah...
Hepy bday to u. hepi bday to u. hepy bday to my fren izah, hepy bday to u! :-D may all ur dreams come true izah, suweet 20!
(yg ni pon wat i terkezot bg msg kul 2.30 pg..haha..ms nih i kat dapo..ngah tunggu caramel masak. hik. thanks buddy. sedap sore kamu nyanyi kuat2. hehehe)

26.01.09 jam 0241, from Fatin..
(she send me a mms. maaf lah yer. hp biasa je. x dpt nak accept. huhu. anyway, thanks sis)

26.01.09 jam 0642 (waktu moscow), from Han...
Hepi bday! ooo! u r awaking me from sleep..sleepy!
(haha. die igt ak hapal ke kat sane br kul brape. x sangke lak seawal pg. har3. thanks han. membazir 20 sen. haha)

26.01.09 jam 0801, from Celcom...
Selamat Harijadi! Nikmati 7 hari PERCUMA panggilan/sms ke 8pax mulai sekarang. pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan.
(yeay! sy mmg menantikan ini. terima kaseh celcom! heheh)

26.01.09 jam 0912, from Dina...
Izah hepi birthday yg ke 20 hehe.. semoga pnjg umur & dimurahkan rezeki..gudluck 4 bidang yg diceburi..be happy always n friends forever :-)
(friends forever dina. im gonna miss u so much. thanks for everything u have done for me. gudluck for ur future undertakings ^^,)


Rabu, 21 Januari 2009

Hai,

hari ni balik kg. Maybe sampai selasa or rabu depan.

Going off for a while.


Oh, jangan lupa hari jadi saya 26 Januari neyh.

I'm becoming 20. Ohoo macho

Anyway, jangan lupa wish ok. haha cool2


p/: esok nak 'date' ngan nadia. heheh.

Selasa, 20 Januari 2009

Story For Today

Hari ini,

saya telah menyiapkan resume saya.

dah submit kpd company yg berkaitan.

malangnya email message saya kene blocked sebab ada image.

resume bukan ke memang kene letak gambar? haih

jadi, sekarang, saya fikir, perlu submit gaya pos eh?

weee tak pernah lah hantar resume. nak wat resume pon tanya kakak juta juta kali.

ermmm..tgk lah camne nanti.

oh ya kalau dah submit resume, mesti pas tuh kene interview lak kan?

haiyoh. cuak nya!!

bg tips sikit :)



p/s: hari ni, masa tunggu bas nak balik umah, ade due orang uncle neyh. cina n india. uncle cina ni agaknya tanye kat uncle india tuh macam mana nak pegi somewhere. aku rasa dia nak gi selayang kot. dari tempat aku memang susah sket nak g selayang kalo xde transport sendirik. so uncle india ni explain la ngan sungguh sungguh cara macam mana die nak pegi tempat tuh. dan uncle cina nih pon tanye macam macam gak la. aku tengok je la kan. tibe tibe kan uncle india tuh ajak uncle cina tuh lintas jalan. tau x dia watpe? die tolong bawakkan terus uncle cina tuh g tempat yg die nak pegi guna transport awam. aku sempat la gak dengar uncle cina tuh kata x payah tp uncle india kate doesn't matter. tetibe terdetik dalam hati, 'bagus kalau orang malaysia ade sikap macam ni especially bangsa aku sendiri kan?'

Isnin, 19 Januari 2009

Your Words Inspiration Me A Lot!!

Seorang sahabat berkata ini kepada saya,

"I believe you have made a right decision"

Dan seorang sahabat lagi memberikan kata kata ini kepada saya,

"Izah, ko tukar course bukannya bermaksud ko gagal. ko berjaya pe..dpt sambung degree kat sini (shah alam), cuma ko rasa akaun tak sesuai ngan jiwa ko..sebab tu ko nak tukar. Ko tak rugi pon sebenarnya..ko akan rasa lagi rugi bila ko blaja pe yg ko x minat langsung. Chaiyok my friend! Banyak lagi peluang yang ada..yakin lah Allah pasti akan tolong ko!"

Wooo..kata kata ini sangat lah memberi inspirasi kepada aku.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.


Aku post ayat keramat dari 2 orang sahabat nih sebab aku nak ingat sampai bila bila :)

Dan aku yakin, Allah pasti aku tolong aku selagi aku memohon pada Dia.

Cita Cita Yang Terhalang

Masa kecik kecik, aku dididik untuk bercita cita menjadi seorang pensyarah. masa tuh aku tatau pun pensyarah itu apa. tapi tiap kali ada orang tanya bila aku da besa nak jadi apa, aku akan jawab, "nak jadi pensyarah."

Kemudian, bila aku darjah 3, mak mula sakit sakit. setahun lepas tu mak disahkan mengidap sakit kanser. Sayangkan mak, aku tukar cita cita nak jadi doktor. Tapi tak lama sebab lepas tuh aku fobia dengan darah. Setiap kali nampak darah mesti rasa cuak semacam, kaku. Dan selain itu, aku juga benci bau ubat & hospital. Maka profesion doktor sangat x sesuai dengan jiwa aku dan apa apa yang seangkatan dengannya.

Bila masuk sekolah menengah, datang pulak minat dalam bidang penulisan. Senanya dari kecik lagi aku da suka menulis. Buku conteng aku memang banyak gila. Haha. Cikgu cikgu bahasa malaysia selalu puji aku punya karangan bagus. maka semakin bertambah tambah la rasa berkobar kobar aku nak jadi seorang penulis. Jadi, aku bagitahu mak bila dah besar nanti aku nak jadi penulis. Mak tak kisah. Yang penting aku ada minat, mak galakkan je. Paling penting, aku berjaya dengan apa yang aku ceburi. Itu kata kata mak. Tapi kakak aku pelajar sains. Masa tuh bidang sains amatlah market. Kakak pun menentang hasrat aku nak jadi penulis. Kenapa nak amik sastera sedangkan aku ada masa depan dalam bidang sains? Itu kata kakak. Tapi aku tak amik peduli sangat pon. Yang penting mak bagi galakan. Tapi lama lama minat aku dalam bidang ni semakin menjauh. Dan aku semakin hilang semangat nak menonjolkan penulisan aku bila ada orang ejek ejek hasil penulisan aku, bagitahu kat ramai orang kemudian gelakkan aku. Aku rasa mereka jahat. Selalu gunakan aku bila memerlukan penggayaan bahasa kemudian memperlekehkan aku. Lama lama aku pun berhenti menulis. Dan aku percaya bahawa yang aku sememangnya xde bakat dalam penulisan. semua pujian yang aku dpt adalah palsu. aku percaya sampai sekarang.

Bila nak masuk tingkatan 4, aku decide nak amik akaun. Semangat aku berkobar kobar gila nak belajar akaun sampaikan buku rujukan pun aku dah beli awal awal lagi walaupun hakikatnya aku adalah seorang pelajar sains tulen. Sekali lagi aku mendapat tentangan keluarga. Masa ni mak dah jadi arwah. Dorang tak galakkan aku amik akaun sebab dorang percaya masa depan aku mesti ada dalam bidang sains. Aku budak cerdik, pandai kenapa nak amik sastera? kat sekolah aku, akaun dikire kelas sastera. amik perdagangan, sains. Tapi aku tak kisah pun. kalau aku amik kelas tuh nanti aku jadi bodoh ke? Aku nak drop biologi, nak amik akaun. Pergi tuisyen akaun. kakak kata kalau macam tu takpe. Aku pon bgtahu cikgu. Dari aku tingkatan 4 sampai aku nak daftar spm masa tingkatan 5, aku selalu jumpa cikgu termasuk kaunselor sekolah aku yang aku nak amik akaun n nak drop bio. Tapi dorang x bg aku peluang sebab dorang kate aku budak pandai, aku boleh buat sains. Aku pun musykil macam mana la dorang ni yakin sangat kenal aku lebih dari diri aku sendiri? Dorang kata rugi kalau aku drop bio sedangakan akaun tuh subjek biasa je. Setelah gagal berbahas dengan cikgu cikgu aku yang sememangnya power, maka aku pon amik je lah bio untuk spm. dan aku sememangnya pandai bio pon sebab aku x fail tapi aku dapat 7D. pandai lah tuh kan. hurmmm.

Setelah cita cita nak jadi penulis & akauntan terhalang, aku tak macam orang lain yang semangat nak buktikan boleh berjaya dengan bidang yang dorang minat. Tapi masa tuh aku rasa give up.Aku rasa give up nak punya cita cita.Result kimia,fizik n biologi aku semuanya kantoi. Aku dapat A dekat subjek teras n Add Math je.Jadi harapan yang ada kat Add Math je lah masa tuh.Bidang sains memang aku simpang gila la.Aku minat bisnes.Tapi minat aku lebih mendalam dalam bidang komputer.Komputer nih rumit.Tambah tambah lak bab coding.Tapi yang tu lah best.Rasa terbelit kepala otak ni nak faham tapi puas hati sebab kita minat.Kan?Macam biasalah, tentangan lagi. Kali ni aku digalakkan amik akaun sebab dulu aku yang berkobar kobar semangat nak amik akaun.Tapi semangat aku dah tawar.Rasa nak belajar pun jadi malas sebab ade je halangan halangan nye.

Tapi untuk upu, aku apply jugak la akaun, first choice. Aku nak masuk uia tapi kat sana x silap aku xde akaun kot. ada ekonomi. so aku pilih la uitm n akhirnya dapat. aku sangat bertuah sebab dalam usia 17 tahun aku dah masuk universiti, amik diploma perakaunan, fast track dekat main campus, shah alam. ikut plan, aku habiskan diploma dalam masa 2 tahun dan terus sambung degree. kira kira umur 21 aku dah ada segulung ijazah. woo gila muda!tapi walaupun aku diberi peluang dengan tawaran yang cukup bagus, semangat aku dah lama mati. aku tatau aku nak jadi apa bila aku dewasa nanti.dan dunia fast track aku semakin mencabar.tiga semester pertama aku x pernah fail & cgpa aku maintain 3.tapi bila masuk semester 4 aku akhirnya kecundang dengan fail 3 subjek.bende ni amatlah membuatkan aku stress sebab tertinggal dengan kawan kawan, terpaksa pulak masuk kelas junior n macam macam hal lagi.walaupun demikian, ketika aku extend aku percaya aku seorang pelajar yg sangat gigih dalam menaikkan semula cgpa aku yg da jatuh below 3.dan usaha aku berbaloi sebab akhirnya aku dapat jugak naikkan balik cgpa aku mencecah 3 & ditawarkan untuk menyambung pengajian ke degree account kat shah alam. Malangnya tawaran itu telah ditolak dengan konfidennye sebab semangat aku yang dah mati tuh memang tak mampu nak dihidupkan balik.

Maka, terduduklah aku disini, mengadap laptop saban hari, memikirkan masa depan aku seterusnya bagaimana.

Aku tahu setelah pemergian mak, aku mula menghargai kenangan terutama gambar. Memori aku bersama arwah aku simpan dalam ingatan tapi lama lama ada jugak yang akan tercicir kan. Jadi untuk membuktikan betapa cintanya aku kat arwah mak, aku korek segala album yang ada wajah dia dan aku abadikan dalam satu album yg aku beli khas sbg tanda memperingati arwah. Dan ketika kakak hadiahkan aku kamera sebagai hadiah pmr aku, minat aku mula mendatang dalam bidang fotografi ni. tapi aku x pasan pon mase tuh. bila habis sekolah, masuk universiti, momen momen ceria masa ambik gambar ngan kawan kawan menjadi satu inspirasi dalam diri aku. bila haikhal lahir, aku semakin suka ambik gambar. dan aku selalu refer kat dia cara nak amik gambar, edit gambar, sebab aku amat suka dengan bakat dia :)

Aku suka amik gambar sebab di situ ada kenangan. Apa pentingnya kenangan? Sebab suatu hari nanti bila kita dah pergi, kita hanya tinggalkan kenangan. harta akan habis tapi kenangan tak pernah pergi. bila tengok gambar aku rasa damai. aku rasa gembira tengok senyuman mereka yang ada dalam gambar. disebabkan hidup aku lebih banyak sedih dan menangis, bila tengok gambar yg bahagia n ceria yang dirakamkan dari sudut pandangan aku sendiri, buat aku sendiri rasa gembira. dats y i really love photography. aku xde dalam gambar pon xpe yang penting ade wajah wajah yang aku sayang :)

tapi faham faham lah bila seorang perempuan nak jadi seorang photographer, mestilah x brape seswai kan. bidang tuh banyak laki la, lasak la, sosial la, yadda yadda. dan merujuk kepada diri aku sendiri, x layak. tu pendapat pendapat berani laa yang orang cakap kat aku. terima kaseh.

jadikan hobi je lah.

aku nak tido lah. penat nak fikir bidang apa aku nak amik. nak buat istikharah asyik x jadik je. haih.




p/s : meet uncle hussain menang AJL-23 dengan Lagu Untukmu. Wohoo satu mase dulu aku amatlah meminati lagu ini tapi lama lama aku tak tahan nak dengar sebab bingit sangat. Haha. Anyway, congrat MUH! :)

Ahad, 18 Januari 2009

Ramai orang tanye,

"kenapa x continue degree in account?"

dan tiap tiap kali aku dapat soklan nih biasanya aku akan diam dulu. tatau nak bg jawapan apa yang paling sesuai, tepat & boleh mematikan soalan soalan seterusnya.

Aku rasa mungkin student yg amik account kot yg boleh bg jawapan ala ala tepat sket. terutama student fast track. paling tepat yg extend macam aku. dan paling sesuai orang yg rasa perjalanan hidup aku. tapi ade ke orang tuh selain aku sendiri?

Mungkin, aku sedikit rugi kalau nak compare dgn rakan rakan seangkatan aku. Mungkin rugi besar. Tapi aku buat keputusan ni bukan tibe tibe je. Aku da fikir lama. Aku da nekad nak tuka course masa malam dinner batch lagi. lama gila dah. dalam bulan mei 08 kot.

"kenapa nak tuka course?"

Aku give up.

Aku tak suka cakap aku give up. Sebab word tuh hanya utk org org yg kalah je. tp bile fikir fikir balik, aku sememangnya dah lama give up. Banyak perkara buat aku give up. Tapi aku go on je walaupun dalam hati memberontak.

So, aku fikir untuk masa depan aku, biarlah account aku setakat nih je. Sebelum aku menangis nangis sebab kegagalan yang aku ciptakan sendiri nanti. Aku tahu kalau berusaha insyaAllah berjaya. Tapi aku nak amik ayat ini-
aku belajar bahawa sehebat mana pun usaha kita, kalau takkda rezeki takkan kemana pun.

Mungkin rezeki aku bukan dekat akaun kot. Lagi pun cuba berhenti provoke aku untuk continue ngan akaun. Aku da lama dah tolak surat offer tuh. Aku tak terfikir pon nak patah balik. Susah nak cakap.

Sekarang ni, aku sedang merancang kehidupan aku. Tapi aku tanak lah kecoh kecoh perancangan aku apa.

Aku tak fikir sebagai student account, future aku hanya ke bidang tuh je. Tapi aku tahu account relate ngan banyak benda. dan aku nak bagitahu aku tak rasa menyesal pun blaja account. cuma rasa menyesal sebab x pandai. haha.

aku teringin nak buat sumthing yang aku suka, yang aku minat, yang mampu menenangkan hati aku, sebelum aku mati.

Sabtu, 17 Januari 2009

Lagi Lagi Tentang Aku. haha :p

Youniverse Personality TestYouniverse Personality Test

Taggi Taggi

taken from 13may :)

5 things I would do if I were a millionaire:-

  • hantar abah g Mekah
  • buat upah haji untuk arwah mak
  • pergi buat haji n umrah
  • bina rumah anak anak yatim
  • beli rumah yang lengkap dgn studio untuk fotografi, n dapur yg besa n complete utk bakery :)

5 bad habits:-

  • gigit kuku. since umo aku 7 taon agy. atau lg awal. not sure. haha
  • aku selalu gagal kemas barang barang aku. dats y aku akan peruntukan mase utk mengemas. hoho
  • aku slalu biakan org pijak pale aku sampai da kene ceramah brape kali ntah ngan abg aku n kawan2. adoyai..
  • aku boley online tanpa henti even da tatau nak watpe. haha
  • susah tido malam.

5 things I hate doing:-

  • sempurnakan kerja orang lain
  • buang sampah yg dah bau macam lori sampah
  • dipaksa buat sumthing yg aku tak suka
  • jawab soalan yang menyesakkan kepala
  • main boling. haha

5 things I'll never do:-

  • bunuh diri
  • berzina. mintak dijauhkan sangat sangat.
  • minum arak
  • clubbing
  • pegang babi.

5 fave toys or thing:-

  • kamera
  • ipod
  • laptop
  • album
  • cd jepun

5 people I choose to do this:-

  • shanad
  • nur
  • anisa
  • genie
  • kamu :)

Khamis, 15 Januari 2009

Ada satu manusia kat dunia ni yang aku langsung tak ingin nak faham.
Perasaan dia, masalah dia, atau apa apa sahaja pasal dia.
Aku dah pernah cuba nak kenali dia tapi aku tahu sekarang yang semua tu sia sia.

Bagi aku, pengorbanan menjaga seorang ibu yang sakit adalah hadiah paling bernilai dari seorang anak buat insan yang telah membawanya ke dunia ini. Kalau aku boleh putarkan masa, aku nak tolak tawaran masuk asrama masa aku form 1 dulu supaya aku dapat duduk rumah, jaga arwah mak. Kalau aku x dapat putarkan ke masa itu, aku nak pergi masa aku form 3. Aku nak keluar hostel, duduk kat rumah, jaga mak. Kalau masa yang itu pon aku x dapat pergi, sekurang kurangnya aku nak putarkan balik masa sehari sebelum mak aku pergi. Supaya aku dapat pegang tangan dia, bgtahu dia yang aku sayangkan dia. dan tak mahu dia tinggalkan aku. Sekurang kurangnya aku dapat jaga dia walaupun hanya sehari. Aku x faham kenapa ada anak yang rasa benda ni suatu beban, menyusahkan. ok, mungkin susah nak jaga orang yang sakit. Tambah tambah pesakit kronik macam mak aku, sakit kanser. Tapi seingat aku, mak mengeluh kesah pon masa mula mula dapat sakit tuh. Sakit selepas pembedahan. itu je. apa yang aku lihat dan ingat selepas itu, mak sangat kuat dan tabah dalam melawan penyakitnya. cuma bila mak dah nak pergi, makan minum pakai mak perlu dijaga. itu je. x lama pon. kurang sebulan aku rasa. jadi, nak jaga mak dalam masa yang sekejap pun satu beban? beban sebab x dapat hang out ngan kawan kawan dan buat aktiviti aktiviti lain? hah, anak jenis apa la kau ni agaknya.

aku tak suka tau orang cakap aku selalu bersuka ria dengan kawan kawan pergi hang out sana sini, makan sedap sedap, sayang kawan lebih dari family dan macam macam lah kata kata bodoh yang lain.

kau yang x mengerti apa yang aku rasa, kau diam.

Macam mana kau tak suka orang tuduh kau, macam tu jugak aku, dan siapa siapa pun. kalau kau rasa apa yang orang cakap tuh tak betul, buktikan lah. manusia tak dilahirkan bodoh, tapi manusia sendiri yang melahirkan diri mereka supaya bodoh dan menyusahkan orang lain. macam kau.

oh. no wonder la dah lama aku berhenti cakap dengan kau. sebab macam tu rupanya cara kau berfikir. instinct aku tak pernah salah.
Saya nak kenal dengan seorang photographer.

Tak kisah lah student atau pun betul betul dah jadi seorang photographer.

Tolong kenal kan saya seorang.

Please.

Thank you.



p/s : suh die email sy kat irienna@yahoo.com ok :)

Ahad, 11 Januari 2009

Macam Kelaka....

Aku usha entri entri lame aku tadi..terbaca balik plak entri 18 November 2008...haha mase tuh mcm dah excited sgt je nak masuk degree account. last last aku quit jugak. Maybe account memang bukan untuk aku kot. ke aku yang gedik gedik nak elak? ahaha. I am not too strong laa nak go on ngan account. xde semangat langsung.

Well, dunia baru akan bermula esok. InsyaAllah..

I've completely decide nak tuka course. Cume x brape nak ready je nak gtau kat blog. Nanti nanti lah ye.

Skang ni hari hari g website uitm, upu n yang seangkatan dengannya. dah rasa macam budak lepas spm lah plak kan. haha.



* sedih. sedih. sedih. tapi nak senyum n gelak jugak macam biasa. degil.

Jumaat, 9 Januari 2009

hApPy hApPiEst 21St BiRtHdAY

Nur Shazana Ibrahim Kamal
9th January 1988


* Selamat Hari Jadi, sahabat yang sentiasa memahami diri ini :D*
*I am so lucky because once in a lifetime I've met you and we become friends :D*
*Even how apart we are, hopefully it never make a distance in our friendship :D*

I love you, buddy.
Please always cheer up yourself and take care.





kecil hati

Kalau aku datang sini sebab nak tengok
kau moody,
diam seribu bahasa,
cakap macam orang berchenta,
kan lebih baik aku balik je cepat cepat?
memori kita akan mati bila tiba ahad ni.
sementara aku punya masa,
aku cuba nak grab peluang peluang yang ada untuk sama sama ketawa dan gembira dengan semua
grab peluang nak jumpa orang orang yang pernah tinggalkan memori dalam hidup aku.
walaupun aku mungkin akan ada di sini,
haluan kita dah tak sama.
Maaflah atas segala keterlanjuran atau apa apa je yang menyakitkan hati.

kau buat aku rasa menyesal datang ke sini.

Rabu, 7 Januari 2009

My Personality Type

Introvert, iNtuitive, Feeler, Judger (INFJ)
INFJs represent between 1 and 3% of the U.S. Population

INFJs inhabit a world of ideas. They are independent, original thinkers driven by their strong feelings, and personal integrity. Sensitive, committed, hardworking, and perceptive, INFJs are often excellent listeners, skilled at generating enlightened and creative solutions to people’s problems. Thoughtful and careful decision makers, INFJs prefer to have plenty of time to let ideas “percolate” before taking action. Because they value harmony and agreement, INFJs like to persuade others of the validity of their viewpoint. They win the cooperation of others by using approval and praise, rather than argument or intimidation. INFJs go to great lengths to promote fellowship and avoid conflict. They are also often perfectionists highly focused, and driven to accomplish their goals. Rather formal and reserved, INFJs can be difficult to read, but it is critically important to them that their values, needs and concerns be understood and respected.

Some satisfying career fields for INFJs include: Creative, Arts, Education, Counseling, Religion, Health Care, Organizational Development, and Technology.

Rindu

I miss my old friends.

Kawan kawan yang pernah gelak tawa sama sama.

Kawan kawan yang pernah kongsi duka lara.

Kawan kawan yang aku tak pernah rasa malu nak kongsi cerita.

Rindu nak sms.

Rindu nak borak borak.

Rindu nak ketawa.

Paling penting, rindu nak menangis.

Aku nak cerita. Tapi semua orang ada masalah masing masing. Dan kadangkadang aku rasa cerita mereka lebih penting dari apa yang aku nak sampaikan.

Kelmarin, seorang kawan lama call. pukul 2.30 pagi. 2 kali. tapi sekali pon aku x dengar. Aku tahu die ada masalah. Tapi mungkin sebab masa aku tanye da hampir petang, die kate die da ok. Tibatiba aku rasa aku ni kawan tak guna. Bila dia perlukan aku, aku xde pun masa untuk die.

Haih, izzah. Kau ni jahat lah.

Sorry.

Sabtu, 3 Januari 2009

HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY!!!

Siti Zakirah Mohd Noor
3rd January 1989

Dearest Jaja,
Happy 20th birthday to u!
Semoga bertambahnya umur baru ini akan menjadikan ko lebih matang dan cekal dalam mengharungi segala dugaan n cabaran hidup. Sorry, sebab tak dapat raikan bersama sama masa hari bersejarah ko ni. Nanti bile aku datang Shah Alam, kite celebrate same same ea. Anyway, aku nak ucapkan a lot lot of thanks sebab accept aku as one of your buddy. Jangan lupe kenangan kenangan kite especially mase jadi rumate dulu. 'Malam berhantu', rebut rebut main game, tengok movie kat KLCC, jalan jalan kat Times Square, ko aja aku MGT yg membosankan tuh smpi aku dpt A, urm macam macam lah lagi. Pastu, aku harap ko success dgn bidang yg ko amik skang, accounting. walaupun skang haluan kite dah x sama tapi aku harap kite sama sama berjaya dengan bidang yg kite ceburi. mungkin keputusan aku akan ada silapnya tapi aku harap aku kuat la nak lawan. so, wish me success ok!

Ja, aku suke kawan ngan ko.
Aku mesti rindu kate kate nasihat ko.
Gossip gossip panas.
Cerita cerita lawak.
And yang paling penting,
aku akan rindu seorang Zakirah.

Thanks for everything.

Jumaat, 2 Januari 2009

Cherita Zaman Sekolah : Surat Misteri

Satu hari, masa aku kemas barang barang dalam kotak, tiba tiba jumpa satu surat bertulis begini;

*****

kepada : Izah Sobki

Assalamualaikum,

Dah sihat dah ke? Tengok2 muka pucat je...harap2 dah sihat le..ye. Kat sini saya nak komen sikit pasal awak masa waktu pembelajaran waktu Kimia. Saya tengok awak diam saje dan saya nampak awak tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Awak sepatutnya melupakan semua masalah luar selain waktu Kimia. Jadi saya nasihatkan awak supaya jadi periang dan beri tumpuan. Sekian.

Benar,
Secret

*******

Wehhh!!!! Sape ntah makhluk yang bg surat misteri neyh?? siap main main secret laa plak. Masa aku bace surat nih kan terkejot gila kamben kot. Apsal aku x pena ingat langsung eh pasal surat nih? Dah tu xde idea plak sape laa yang mengirim ni. Hee wondering plak rasenya. tatau laa surat ni mase form 4 ke form 5. Tak sangka I ms tgh blaja ade org usha usha la plak kan. Aku tengah ada masalah ke eh time tuh? ke sebab aku mmg x minat kimia jadi x concerntrate? No idea why this person so care about it. Tapi dulu ms skolah aku mane kamceng pon ngan dak laki kelas aku. Setakat cakap bende bende penting je. Erkk aku rase yg bg ni dak laki laa kot. Kalau gal mcm pelik semacam je. Haha. Sape lah agaknya beliau ni? Haih. Ape pon tima kaseh banyak banyak for your care. Eceyh :p

Tag : I Lay My Love On You

Tag copy from Shanad. heheh

and here goes the tag~

Instructions:
a. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
b. For each question, press the next button to get your answer.
c. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN, NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
d. Put any comments in brackets after the song name.
e. Put this on your blog.


1. If someone says, "Is this okay?"
** Subhanallah~OST Hikmah (ok ape bende ntah? tp jawapan cam seswai je. heheh)

2. How would you describe yourself?
** Kau Ada Dia~The Lima (wey, aku cool la! apsal lagu ni cam nak kenekan aku? cait.)

3. What do you like in a guy/girl?
** Sebelum Terlena~Hijjaz (nampak ensem ke? pelik betol)

4. How do you feel today?
** I'm With You~Avril Lavigne (erkk..mcm tau tau plak aku bersesi luahan ngan Nadia tadi. musykil2)

5. What is your life's purpose?
** C.I.N.T.A~XPDC (ye2..sy hidup kerana sy mencintai mereka yang hadir dlm hidup sy ^^,)

6. What is your motto?
** Tak Bisa Memilihmu~Sixth Sense (wakaka..berguling aku jap. adoyai)

7. What do your friends think of you?
** konayuki~remioromen (erkkk...they think I am snow powder??)

8. What do you think of your parents?
** Jauh Kau Pergi (Tinggal Kenangan)~Caramel (macam seswai sangat je. hukhuk. sedaynye hatiku...)

9. What do you think about very often?
** Take A Bow~Leona Lewis (hoho)

10. What is 2+2?
** Mockingbird~Eminem (soalan math jwb dlm bentuk bahasa?haha)

11. What do you think of your best friends?
** Tanpa~6itxh Sense(betol betol. daku x bisa hidup tanpa teman ^.~)

12. What do you think of the person you like?
** Kenangan Terindah~Samsons (benar. kamu kenangan terindah dlm hidup sy ^^,)

13. What is your life?
** Rimas~The Fabulous Cat (tepat sangat)

14. What do you want to be when you grow up?
** Hapus Aku~Nidji (Hoiii!! Kejam gila!)

15. What do you think of when you see the person you like?
** Bawaku Terbang~The Fabulous Cat (haha. lama dah x rasa feeling ni)

16. What will you dance to at your wedding?
** Twins(Knock Out)~Super Junior (nak suroh aku mampos??)

17. What will they play at your funeral?
** Mengenangmu~Kerispatih (terima kasih. terima kasih. terima kasih :)

18. What is your hobby/interest?
** Unfaithful~Rihanna (Obviously not me!! S***)

19. What is your biggest fear?
** Tercipta Untukku~Ungu (jika yg tercipta itu tak berkenan di hatikah? wuwu)

20. What is your biggest secret?
** Tapi Bukan Aku~Kerispatih (ha bukan aku laa tuh yang dituduh tuduh selama ni.haha)

21. What do you think of your friends?
** Innocence~Avril Lavigne (Alahai baiknya kawan kawan aku :)

22. What will you post this as?
** I Lay My Love On You~Westlife (haha)


and i am tagging EVERYONE on my list sebab tag ni macam best. hee


p/s: memang best mase jawab tag ni. nak tergelak aku bila dpt jawapan yg mcm tepat je kena. haha. i'm enjoy it! thanks buat cik shanad yg mempromosikan tag ini :)

Tag : 16 Perkara Paling Rawak

taggi oleh Nur Hazrini yang banyak memberi inspirasi :)

rules and regulations :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

........

16 perkara paling rawak tentang saya :

  1. Saya akan menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-20 pada Chinese New Year nanti bersamaan 26 Januari 2009. Heheh :p
  2. Saya sedang melakukan operasi mengemas rumah setelah hampir sebulan saya meninggalkannya :(
  3. Saya ada tabiat paling buruk iaitu menggigit kuku. Hoho ^^
  4. Saya memiliki tangan yang manja iaitu tidak boleh selalu bermain sabun dan sangat alergi dengan makanan laut yang bercangkerang. Harap maklum :)
  5. Saya pernah bercita cita untuk menjadi seorang penulis. Hee
  6. Saya fanatik cerita cerita jepun dan saya x berminat dengan cerita korea. Jadi kalau pasal drama korea, jangan lah tanya saya. I know nothing. Huhu
  7. Saya pernah jadi pelajar cemerlang add math masa saya sekolah di MRSM Yt Besut. *riak*
  8. Saya x pernah bercinta. *kesian*
  9. Saya berangan angan nak kawen sebelum usia mencecah 25 tahun. Means, less than 5 years from now. Agaga
  10. Saya kehilangan arwah ibu ketika berusia 14 tahun.
  11. Saya suka warna hitam, putih, coklat dan hijau :)
  12. Coklat faveret saya adalah sneakers and vochelle ^^,
  13. Anak saudara saya yang bernama Haikhal itu adalah nama pilihan saya. I love that naughty boy so so much!!
  14. Saya akan menangis setiap kali menonton drama "One Litre Of Tears" *dasat betol*
  15. Saya suka menghabiskan cuti dengan berjalan jalan (melancong). Kalau kaya, mesti dah jejak overseas. haha
  16. Saya tidak menyambung Diploma perakaunan saya ke peringkat Ijazah. this is a true fact.

16 insan sangat bertuah:

  1. Shanad
  2. Shabby
  3. Nisa Rashid
  4. Fast Track :)
  5. Izzanis
  6. Oscar
  7. Nur
  8. dan
  9. pada
  10. semua
  11. yang
  12. rasa
  13. nak
  14. buat
  15. tag
  16. ini :)

Khamis, 1 Januari 2009

"SELAMAT TAHUN BARU 2009"

** Semoga tahun ini memberi lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup kalian **
** Semoga semua semakin matang, tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan hidup **
** Semoga semuanya dikurnia kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan **
** Semoga kejayaan dengan diiringi keberkatan menjadi milik kita semua **
** Semoga menjadi muslim sejati yang tidak pernah lupa pada Ya Rabb **


"Walau macam mana berat sekali pun dugaan yang kita hadapi,
beranikan lah menghadapinya kerana hanya kita yang boleh menyelesaikan masalah kita dengan bantuan Ilahi, kerana hanya kita yang tahu siapa kita, kerana hanya kita yang tahu apa yang ada dalam diri kita, selain Allah SWT."