JANUARI
Sememangnya meninggalkan kenangan yg cukup manis untuk aku. 26 Januari yg terindah dlm sejarah hidup. Aku, Nadia, Nur, Ili, Shaza, Hana n Hazim melakar kenangan di Genting Highlands theme park ms birthday aku yg ke-19. Tak lupa juga Tira & Andy yg join tp terpisah sebelum sm2 menjejak kaki ke Genting. Genting yg enjoy. Genting yg penuh memori. Tak mungkin aku lupekan jeritan ketakutan Nadia masa naik Pirate Ship. Larian Marathon Nur masa dikejar clown. Haha. Jgn mara kawan :). A moment we talked, laughed, taking pictures. Sweet sangat!!
Januari juga mengeratkan hubungan kami 8 beradik. Nur, Anis, Ili, Aku, Hana, Nadia, Dina sama sama merancang surprise party untuk Shaza masa birthday dia yg ke-20. Perancangan yg agak susah direncanakan sebab Shaza selalu datang bilik. dan juga dengan pelbagai idea utk menjadikan surprise itu betul betul menjadi kenyataan. Finally, we did it! Wakaf kat Tasik Shah Alam menjadi korban utk kami meraikan Shaza yg sememangnya tak sangka akan akan ada kejutan seumpama itu. so meriah. so happening. hopefully, kenangan itu juga menjadi yg terindah buat Shaza sepanjang 2008.
FEBRUARI
Gathering 3rd batch hostel SMKSP di Berjaya Times Square juga adalah kenangan yg cukup indah untuk kami setelah hampir 3 tahun x bersua muka. Especially aku yg suka bg alasan busy. Heheh. Ramai jugak yg dtg walaupun sebenarnya saje saje ajak jumpa. Main bowling kat Ampang Bowl. And aku antara orang yg tercorot dlm game tuh. Yeay yeay..I dun like boling. Alasan? Tangan saya yang punya jari pendek ni rasa bola mana mana pon berat. lagipon saya main macam buang duit je sebab bola saya cintakan longkang. That's why I don't play bowling..after dat kami g makan kat food court. dan masa tuh barulah terasa kemeriahan berjumpa. borak borak. taking pictures. as usual camera aku menjadi bahan penting. haha. x sangka plak aku sorang je yg bawak kamera. mentang mentang laa hangpa semua da pakai handphone canggih canggih, kamera pon jadi lupa bawak yer. haha. thanks a lot buddies. lepas balik gathering tuh rasa nak nangis pulak. bila lah lagi dapat jumpe korang lagi. sad. sad.
Aha..bulan ini jugak menyaksikan perselisihan faham aku ngan one of my best buddies, Nadia. Persengketaan yg tidak menggunakan kata kata. Hanya diam dan saling tidak mahu memandang. Egoistik. Dan akhirnya pertelingkahan ini berjaya diselesaikan masa awal intersesi, sekitar bulan lima kalau aku x silap. itupun dengan bantuan Hana. Hana selalu ajak aku datang bilik. Suro aku borak borak ngan dia. Aku pulak masa tuh rasa segan je sebab Hana and Nadia rumate. Sampai laa one day Hana ajak aku, Nadia n beberapa kawan lain sama sama pegi pasa malam. Bermula dari situ, persahabatan aku n Nadia kembali jernih. Yadda Yadda.
MAC
Awal bulan ini..aku dikejutkan dengan satu masalah besar yg ditimbulkan oleh ex bf best buddy aku. Rencana yg mampu menjatuhkan maruah dan mencemar duli seorang perempuan. Ikutkan hati mahu jugak aku tikam tikam lelaki itu x pon carik carik muka dia sebab berani sungguh ugut best buddy aku. lagi membuatkan aku gentar bila lelaki itu beritahu yang dia kenal abang aku sebab satu sekolah. wahh menggelupur itik aku cerita perihal lelaki itu terus kepada abang aku. Tak sanggup aku kalau aku pula yg difitnah dia. Maklumlah, aku pernah je gaduh ngan dia sampai dia kata nak datang Shah Alam sebab nak jumpa aku-satu satunya perempuan yang berani cabar dia. Ala last last die x dtg pon. Penat aku je menggelabah cuak. haha.
APRIL
Bulan exam kalau x silap aku. Exam yg menentukan layak ke tidak aku melangkah kaki ke degree untuk semester july 2008 nanti. Oh bulan ini juga ulang tahun pemergian arwah emak ke rahmatullah, 19 April 2003 yg lalu. dah 5 tahun mak pergi. isk isk isk. dan disebabkan malam itu aku agak sedih n emosional..aku mendapat perhatian yang sangat aku hargai...ketika itu aku ditemani sms sms dari ema, eddy, aizuddin imran, berry n ewang. ade yg menyentuh topic berkenaan arwah mak n condition aku tp aku lebih senang msg dgn eddy masa tuh. sebab kami bercerita tentang luar topic. bercakap ttg apa aku dah x igt tp bukan pasal arwah mak. din pon sama. thanks buddies :)
MEI
Cuti. Huh..makin susah pulak aku nak igt peristiwa peristiwa yg berlaku. urm kalau x silap bulan ini lah bermulanya intersesi. Aku rumate dgn Ili. Nur n Anis plak sebilik. Sebelah bilik aku je. Dina rumate ngan Shaza n Hana plak rumate ngan Nadia. Mase ni pon happening gak. Kawan ngan Nur, Anis n Ili memang meriah. Ade je bahan utk diborakkan, diusikkan. Kenangan..sweet sangat. Disebabkan kami berempat agak close mase tuh..ade plak panggilan tertentu utk kami. Anis sebagai Kak Long, Nur sbg Kak Ngah, Ili sbg Kak Chik n semestinya aku sbg adik yg bongsu. heheh. Xde sgt bende menarik yg blaku rasenye. Oh mase ni aku Class D kot...ke C? ntah. aku pon ingat ingat lupa. yang aku ingat aku classmate ngan Gee, Ema, Tira, Zirin dll. Asal habes class je Gee, Ema n aku laa org paling first kluar. Wajib! Ntah apa yg dikejar sangat pon aku tatau. haha.
Lupa, bulan Mei bulan sejarah untuk warga Fast Track Accountancy Batch July 2006. Kami adakan dinner di Hotel Quality, boleh jalan kaki dari Sacc Mall. Jujur, dinner ni best untuk org yg menganjurkan, yg dikenali, yg dpt makan banyak, yg photographer amik gamba dorg time pose cantik ensem, yg dpt anugerah, dan yg seangkatan dengannya. For me, I hate everything about dinner. Sorry kalau ada yang terasa.
JUN
Result untuk final sem diploma aku akhirnya diumumkan. Masa dpt result aku diam je. Aku x cerita pada siapa siapa. Bila jumpa kawan kawan, tengok mata mereka da bengkak bengkak menangis, aku masih diam. Pura pura macam aku x tengok lagi result aku. Jujur, aku susah sangat nak berterus terang. Akhirnya setelah semua desak desak suro aku tengok result, akhirnya aku mengaku. Failed 3 subject. Yadda yadda. Aku seorang je yg x nanges. Still diam macam biasa. Bila balik bilik malam tuh rasa sedih, kecewa mula merajai hati. setelah agak lama aku pendam kekecewaan tuh barulah aku lepaskan tangisan dalam kegelapan malam. kebetulan, rumate aku xde mase tuh. so line clear laa kalau nak nanges kuat kuat pon. Aku tahu result aku masa maghrib. dan aku simpan je rasa tuh sampai masa aku nak tido. Sumpah, sakit gila!
Mase bulan ni jugak diadakan farewell party untuk Zirin. Katenya, x continue study for degree. Nak keja dah. N geng aku plak masa ni berhadapan dengan konflik yg agak rumit. Misunderstanding. Haih. Malam tu jugak menjadi sejarah untuk aku n Dina. We're open tonight. Agak suspen pada mulanya. Kami berjumpa di hujung tangga blok mana ntah. Selepas sesi soal jawab dan jujur menjawab..akhirnya kami sama sama minta maaf dan menangis. Seday sangat rasa time tuh. dan macam biasa untuk aku yg semakin susah mengalirkan mata di hadapan manusia, aku hanya mampu bergenang air mata je. Ahaha. Sesi open ni aku rasa x sampai sejam pon tp kami berteleku kat tangga tuh hampir 3 pagi! Thats nothing to say, aku percaya Dina. Thats all. Habis bual bicara ngan Dina, aku sambung plak ngan geng aku yang lain. As a conclusion, malam itu kami semua menangis. Dan aku mengalirkan air mata ketika lampu dipadamkan, aku balut badan dengan selimut sampai tutup seluruh wajah, akhirnya aku teresak esak juga sekali lagi dalam kegelapan malam.
JULAI
Sem baru bermula. Aku tidak lagi bersama dengan kawan kawan masa aku mula mula menjejakkan kaki ke UiTM Malaysia ini. Mereka dah melangkah ke dunia sarjana muda perakaunan yang lebih mencabar. Cuma aku bersama beberapa orang teman yang ketinggalan dalam menyempurnakan diploma fast track yang menyesakkan jiwa. Mula mula melangkah masuk ke kelas junior punyalah malu. Kelas pertama aku adalah audit. Audit yang tak pernah mudah. Tapi aku bersyukur sebab aku dapat lecturer yang bagi aku sangat best n bagus. PM Zuraidah Mohd Sanusi. She's sporting, suke wat klaka dan x pernah didik kami bahawa audit itu mudah. Ahaha. The other two subjects pon dapat lecturer yang bagus. Pn Noor Aishah Anan untuk Law n Pn Norli Ab Talib untuk Investment.
Permulaan sem sangat merumitkan. Aku jadi rendah diri dengan kawan kawan yang pernah seangkatan dengan aku. Seboleh mungkin aku mengelak dari terserempak dengan mereka. Seboleh mungkin aku mengelak untuk memulakan bicara. Mereka x pernah pula pandang hina or sinis pada aku yang dah tertinggal ni tapi riak simpati mereka lebih membuatkan aku sedih. Asal jumpa je tanya kelas macam mana? lecturer ok? study ok? oh oh oh soalan soalan lazim itu sangat lah membuatkan aku rasa ada jurang antara aku dan mereka. kan lebih baik bercerita tentang sesuatu yang diluar topik itu. xpon kalau bertanya biarlah hanya sekali. tapi x ape, sy tahu kamu semua ambil berat kan? terima kasih.
Dan disebabkan pelbagai rasa negatif ini, akhirnya aku sendiri yang membina tembok antara aku dan kawan kawan satu batch. aku rasa aku x hipokrit ketika ini. semua orang nampak yang aku sentiasa mengelak dan lebih banyak diam bila diajak berbual.
OGOS
Ogos pula menyaksikan perselisihan faham antara aku dan Gee tentang cerita masa lalu. Terkejut cicak aku masa dapat msg dia yang tiba tiba berbaur marah. Tanpa sebarang sebab, tanpa apa apa permulaan tiba tiba aku dituduh menghasut seseorang supaya berhati hati dengan Gee. Aku tak ingat aku pernah cakap macam itu. Mungkin pernah. Mungkin ketika itu aku marah. Mungkin kerana aku tak puas ati. dan mungkin juga aku saja nak bergurau lantas terkeluar kata kata itu. Malam itu jugak aku settlekan dengan Gee. Alhamdulillah, setelah masing masing berkata benar (mungkin) aku dan Gee kembali berkawan seperti biasa. Jujur di sini, aku rasa terhina bila aku diperlakukan begitu. Mana mana pun orang suka mengata, mengumpat. Aku tahu jugak apa yang orang pernah cakap pasal aku, tapi xde la pulak aku nak serang. Lagi membuatkan aku sedih, malam sebelum aku menerima msg dr Gee, aku baru je merana sebab kamera aku rosak kerana terjatuh. Kamera tuh hang yang membuatkan aku fikir tamatnya riwayat kamera kesayangan aku. Mau tak menangis aku malam tuh. Siap hentak hentak barang lagi sebab terlalu marah. Aku tak salahkan Gee, cuma aku rasa terkilan kerana timbulnya cerita tentang itu. Mengapa? Sebab tak puas hatikah dengan tindakan aku yang tiba tiba pulang awal? yang tidak mahu berkata apa apa ketika majlis berlangsung? atau sebab layanan aku yang dingin ketika itu? untuk orang miskin macam aku, harga sebuah kamera digital yang dihadiahkan ketika ulang tahun kelahiran aku tidak ada galang gantinya. Thats why I am so sad n terus menangis di khalayak ramai!
Ok. Enough. Dah macam emo plak. Urm kalau x silap bulan ni jugak bermulanya al kisah aku dengan Persatuan Mesra Masyarakat (PERMATA). Aku sertai bersama Ema, Ja n Nadia. Mulanya agak kekok juga sebab selama ni aku hanya kenal student Accounting je n ada laa beberapa orang dari FSG n FKM. Tapi da lama lama ok juga. Program pertama aku bersama PERMATA, Warna Warni Malaysiaku sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-51. Aku jadi biro publisiti bersama Nadia, Iffah n Qila. Sumpah, penat. Pegi Pusat Islam, HEP, Seksyen 2, Kolej Anggerik, FSPU, DC yadda yadda. Memang amatlah penat tp pengalamannya tak mungkin aku lupa. Sayangnya bila program ini dianjurkan aku tidak turut serta. Aku berada di kampung ketika itu kerana keluarga aku mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah mak.
Bulan ini juga aku mendapat berita dari Abang Fadh yang Kak Ika (Rusyka Hana) telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya. Innalillah wa Inna Ilahi Rojiun. Sungguh aku tak percaya bahawa hilang sudah seorang Rusyka Hana yang ceria, salah seorang kawan yang agak rapat ketika aku bekerja dulu. Al-Fatihah.
SEPTEMBER
Sekali lagi gathering untuk 3rd Batch Hostel SMKSP. Tapi lebih kepada gals. Ala tak ramai mana pun. Masa ni Fara da nak fly. Saje kua ramai ramai jumpa borak. Yang datang masa tuh Hana, Aku, Shanad, Fat, Nazirah, Farah, Izzanis, Ein and adik Ein. Gather kat Pizza Hut KLCC, buka puasa together. Paling kenangan, aku belikan kek untuk Fara n Shanad. Shanad, untuk birthday dia n Fara sebagai tanda farewell. Then, staff kat Pizza Hut tu raikan bersama sama kami. Dorang nyanyikan lagu birthday. So so happening! Haa masa ni Ema n Nadia temankan aku tapi dorang gedik tamao makan sama sama jadi dorang berdua duaan buka puasa kat KFC. Huhu. Anyway, thanks to all yang melakar tarikh 6 September 2008 sebagai kenangan manis buat kita semua yang meraikannya :) termasuk juga untuk Cik Ema n Cik Nadia yang tanpa jemu menemani daku. Eceyh :p
Haa masa bulan ni 2 kali aku wat surprise kat Pizza Hut KLCC. Second time is for my beloved sis. Surprise for her birthday. Semua siblings aku ade termasuk bakal sis-in-law aka girlfriend Alang aku. Hoho. N since that bile makan kat sana je aku mesti cari sorang pekerja nama Dafi. Hoho, kalau awak awak pegi sana sampaikan salam saya kat Abang Dafi ye. Ekeke. Dia nampak biasa je tp saya suka. Lalala.
20 September pula sekali lagi aku menyertai program anjuran PERMATA. Kali ini diberi nama Tautan Ukhwah Permata yang diadakan di Rumah Orang Orang Tua, Kuang, Selangor. Kali ini aku memegang amanah sebagai Biro Program bersama Sarah di mana aku rasa aku lah biro paling x guna dan tidak menyumbang apa apa melainkan sentiasa hadir tiap kali ada meeting. Di sini juga aku sempat mengenali seorang nenek yang kami panggilnya Mak Lang. Uniknya, Mak Lang hanya mahu bercakap dengan aku je. Ketika aku mula mula datang dan kebetulan lalu depan katil dia, Mak Lang terus menunjuk ke arah aku dan mencium aku berkali kali. Pelik! Tapi aku biarkan sahaja. Mungkin raut wajah aku mengingatkan dia pada seseorang. Aku hanya mampu senyum dan cuba berbual bual dengan dia. Tapi Mak Lang lebih suka menatap wajahku yang ayu ni (ayat tambahan..hikhik) sambil terus mencium seluruh wajah aku. Mak Lang kate kan aku lawa, comey. Adoyai. Malu saya tau. Sebenarnya Mak Lang ni ada penyakit Alzheimer. Dah nyanyuk pon. Tapi Mak Long (tuan rumah) kata, Mak Lang memang penyayang. Cuma peliknya masa tu Mak Lang tak pulak aku nampak borak borak ngan orang lain. Ntah laa. Cuma aku harap Mak Lang diberi kesihatan yang baik dan teruskan kehidupan dengan hati yang tabah. Sedih tengok atuk atuk nenek nenek yang tinggal kat situ. Mereka cuba senyum walaupun dalam hati aku tahu semestinya mereka sedih menjalani ibadah puasa tanpa anak anak di sisi...
OKTOBER
Raya yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup. Buat pertama kalinya dalam hidup aku meluahkan apa yang aku rasa terhadap abah. Dan semenjak itu aku terus takut balik rumah. Haha. Sampai lah sudahnya kakak beritahu abah berpindah rumah barulah aku berani melangkah pulang. Abah tak marah pun. Tak ungkit apa apa pun. Aku je yang suke menggelabah kamben. Dan rasanya hubungan aku n abah pun bertambah baik kot selepas itu. Terkesankah dengan luahan hati seorang anak?
Rasanya bulan ni takde bende sangat kot. Dah nak final pon. First paper aku law, 29 Oktober. I'm struggling like a dog masa jawab soalan law. tak cukup masa pon. ada 1 soalan 15 markah aku x sempat nak goreng apa apa n ada 1 soalan 30@40 markah yang aku x sempat siapkan. Huhu
NOVEMBER
Bulan ni agak tertekan sebab still dalam mood final exam. Abes je final weekend tuh aku terus g jalan jalan kat Melaka dengan sis aku. Sebenarnya, aku temankan dia menjalani kursus di sana. Pendek kata, aku jalan sorang sorang la. Masa di sana aku banyak berhubung dengan Wan n Zirin sebab dorg je kawan aku dari Melaka. Hari pertama aku bersama kakak melawat Taman Mini Malaysia. Hari kedua, aku membuang masa di Melaka Mall kot name pasaraya tuh. Sangat bosan. Aku asyik ulang alik je dari Jusco n Melaka Mall. Last last aku tgk Igor. Wayang paling membuangkan masa yang pernah aku tengok. Haih. Esoknya pulak aku kua ngan Zirin pegi Bandar Hilir. Sempat laa aku g A Famosa, Bukit St. Paul, Istana Melaka dan shopping shopping complex yang ade di persekitaran dataran Pahlawan tuh. Tu je rasanya tempat yang aku sempat pegi kot.
Ha masa aku kat Melaka family aku dikejutkan dengan berita yang abang sulung aku dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mujurlah tiada apa apa. And aku x sempat pon nak melawat dia sebab bila aku balik KL dah kua hospital pon siap lepak lepak kat Johor lagi main ngan anak dia. Sabau je lah aku. Neway, Alhamdulillah sebab Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Abang.
DISEMBER
Bulan paling stressed sepanjang tahun. Tiga minggu pertama aku dibebani dengan masalah harga diri dan maruah seorang perempuan. aku sangat stressed sebab hari hari aku dengar kata kata yang macam mulia dari lelaki lelaki itu dan perempuan perempuan ini. Sampai pening aku. Jujur, aku x pernah berhadapan dengan masalah ini. Ketidaksucian. Aku rasa bingung bila sang lelaki dengan mudah berkata tentang perkara itu, dan yang perempuan pula mengaku. Tapi masih mengulang perbuatan yang sama. Masa ini juga aku mula tahu apa itu Pekida, Double 7. Dunia underground. Dunia penipuan lelaki dan perempuan. Dan aku tak sabar sabar nak keluar dari belenggu ini sebab sememangnya bukan masalah aku tapi aku pulak yang terbeban kerananya.
Minggu keempat, aku menjejakkan kaki ke Negeri Jelapang Padi. Lama sangat dah aku x pegi Kedah. Kali terakhir mungkin ketika arwah Mak Nyah kembali ke rahmatullah, 6 tahun yang lalu. Di Kedah, aku menempek di rumah Ema. Sempat lah kami jalan jalan di Pekan Rabu, Muzium Negeri, Muzium Padi dan Kuala Kedah. Sempat jugak tolong Ema bakar ikan kat umah dia. Menarek ^^, agak lama aku stay kat sana..lebih kurang 7 hari dan 1 hari aku habiskan bersama kakak. 25 Disember kakak bawak aku jalan jalan ke Langkawi. Seronok. Tapi amatlah letih. Macam macam tempat jugak kami pergi like Galeria Perdana, Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Pusat Kraf Malaysia, Pekan Kuah yadda yadda. Shopping coklat. best! Beli barang2 kamera, beg, amik gambar. All best! Naik feri, naik cabel car. Fuhh, syok! even penin penin sket. heheh. Hurmmm..Kedah meninggalkan kenangan manis yang x mungkin di lupa!
Finally, the hot story is coming. Yang aku rasa ramai orang tertanya tanya. Aku telah ditawarkan oleh UiTM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan bagi sessi Dis-Apr 2009 di UiTM Shah Alam. Aku sepatutnya mendaftarkan diri di DSB pada 27 hb yang lalu. The truth is, aku langsung x datang untuk mendaftarkan diri. Thats why I'm still here at home :)
Itu sahaja ceritera 2008.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca :)
18 ulasan:
sangat terharu dengan persahabatan kamu semua lapan beradik. seriously jini sangat jeles.
semuanya berjalan lancar bagi kamu semua. maybe sebab bila ada apa2, terus di selesaikan dan diluahkan. dan ada yang nak tolong selesaikan antara adik beradik. jini sangat jeles.
sebab kami lebih kepada memendam perasaan dan kadang2 hanya mendengar di sebelah pihak tanpa ingin bertanya dengan sebelah pihak lagi. bila semuanya jadi macam ni, jini tak tahu adakan jini diterima masuk geng?
kami tumpang rasa sedih for the friends who cant make it to degree sama2. dan we do care. jadi jangan rasa rendah diri dear! sebab bagi jini, its not the fact that sapa pandai atau tidak. semuanya berusaha tapi mungkin rezeki kamu lambat sikit untuk dikecapi. bagi jini pulak, jini jugak bukannya pandai, tapi ALHADULILLAH maybe jini tak setabah izzah untuk menghadapi kegagalan, jadi ALLAH tak utuskan dugaan itu untuk jini. remember, dugaan hanya ALLAH bagi untuk mereka yang mampu untuk melaluinya. izzah sangat tabah. kalau jini, mungkin dah lama end up bunuh diri. because i believe semua yg berlaku dekat izzah adalah sangat menguji dan besar dugaannya..
pasal gee, jini pun ada dengar. dan jini sependapat dengan izzah. bila marah ke, kita maybe akan tercakap yang tak sedap didengar padahal kita tak berniat nak bermusuh dengan dia atau nak merendahkan dia tapi people just dont understand it. nak buat macamana..
so, jini harap semuanya akan berjalan lancar lepas ni. sabar banyak2. even jini tak baik sangat dengan izzah kat luar, biar kita berhubung dalam blog pun kira ok.
hehe.
selamat tahun baru 2009. semoga semua impian akan tercapai. be strong!
uhh..sangat terharu dengan kata kta jini. sampai rasa nak bertakung pulak air mata ni. huhu
jini x perlu rs jeles dgn kami 8 beradik. dlm bersahabat, masalah x pernah lari. perselisihan faham semestinya ada. i dun noe how to explain, but I believe that we all very love each other! we care a lot. that's why mereka sentiasa ada dlm hati Izzah. walaupun zahirnya dah x kelihatan kami lepak sama sama, hang out sama sama tp kenangan yg ada, suka duka masa bersama tetap izzah ingati. so jini, pendam perasaan x salah sebab kadang kadang bila kita meluahkan boleh menimbulkan perselisihan kan? so just be friend with whom u can trust,u can depend, u can share ur happiness n sadness :)
terima kasih utk kata kata yg menyejukkan jiwa tentang ketabahan izzah. tabah ke? huhu. izzah percaya semua orang kuat. kerana semua orang ade ujiannya kan? cuma berbeza bentuk, atau besar kecil ujiannya. dan sejauh mana kita mampu mengharunginya. terima kasih sebab menambahkan keyakinan dalam menghadapi dugaan mendatang :)
berkenaan gee, i agree with u. it doesn't mean that we want to fight, or merendahkan diri sape2..but maybe the others do not understand it very well...
thanks a lot jini. u are the 2nd person pernah bg ayat2 camni kt izzah. sangat mengharukan dan menyejukkan jiwa. yeah, even kat lua kite x rapat but if we connecting in blog pon its fine ryte?
Happy New Year 2009 to u. May u have the most blossom n wonderful year! Chill ^.~
asal jeles?
izzah,
rindu rindu rindu rindu rindu ko n nadia. Rindu kenangan dulu.Kenangan di genting xkan dilupakan.Kenangan mase birthday aku lagi xleh dilupakan.terharu sgttttttttttt.
Aku pun xleh lpe kenangan kat genting.Gelak x hingat duniaa esp mase nadia menjerit tuhhh..mase naik cable car,mke nadia cuak pun klakar.Yang paling x sangka,patutnye jdi event class tpi tgk2 mcm event geng kte je lgi2 lepas andy n tira xdpt bsama dgn kte semua.
mse surprise bday aku plak..aku ingatkan korang kononye nak bgi hadiah mlm tuh jeee...rupenye ari keesookkan nye ade surprise lain..mmg tkejut sgttt..tpi aku nih kan x pndai tunjuk perasan depan org rmi. But believe me when i say i love you guys!
sem first degree nih dlm kelas x semeriah dulu..gelak tawanye x sekuat dulu..klu dulu lagi kuat..ahaha
Sorry sgt sbb asyik tanye soalan same tpi mcm risau gak sbb seriously kesian kat korang kena masuk dunia baru.Tapi Alhamdulillah korang ok n bjaya masuk degree kat shah alam. Tahniah...:)
ko tulis ko x daftar,so maybe ko x sambung ek? Anyways, goodluck in ape2 yg ko rancang lepas nih..and always remember,you can achieve whatever you want in life provided you work hard for it, Insyallah.
and jangan sekali-kali ingat ko x pandai coz aku sentiasa percaya semua org pandai cme maybe ade kesilapan teknikal skit or perlukan lebih usaha or maybe ade bende lagi elok utk ko.Lastly,xpyh kisah ape org lain akan kate asalkan diri sendiri happyyyyyyyyyy.
aku doakan ko bjaya n dpt jodoh yg baik.
:)
Shaza,
I miss u a lot too!! rindu sangat sangat! betul ni tak tipu. kadang kadang bley mengalir air mata bila ingat masa masa indah time kite sume berkumpul borak borak gelak gelak every weekend. huhu
genting so sweet n happening kan? memang boley gelak sorang sorang bila tingat! haha
urm..mengaku je laa..aku x continue degree in accounting. penat dah aku berdolak dalik ngan banyak org. ye, dengan ini sy membuat pengakuan, tamatlah sudah riwayat sy sbg pelajar perakaunan di uitm shah alam. insyaAllah. hoho
thanks for the words. semua org pandai. betol ckp ko. cuma pandai aku bukan dlm akaun kot. ahaha
aku pon doakan ko berjaya n dpt jodoh yg baik :)
tp knp tibe tibe ckp psl jodoh??? *pelik jap*
ahaha
sbb kahwin mcm besh..*gelak x hingat dunia*
wah wah wah...kalau macam tuh ko cepat cepat laa kawen..wat wedding of the year like mawi-ekin..hoho
aku x bley langkah bendul korg..gpon aku single ah..bile ntah sang jejaka nak masuk minang aku..wakaka *ketawa iblis*
adelah sebab tu enchey oscar!! hehe..
jini pendam, tapi bila marah jini tulis dalam blog. sebab jini tak suka nak sembur2 bila marah. bagi jini tak pe kalau jini sakit tapi jangan jini sakiti orang.
tapi kadang2 yang kita rasa tak sama dengan apa yg kita tulis dan kadang2 yang kita maksudkan dalam tulisan tak sampai maksudnya kepada si pembaca atau pun si pembaca faham kot lain. so, jadilah salah faham dan sekarang itu lah yg tengah terjadi. jadi jini sangat tak tahu mcmana nak selesaikan..
maybe thats why jini cakap walaupun diorang ada jini still rasa sunyi dan lonely..
wah, terluah perasaan dekat izzah plak..
nk nangis huuuuuu...
Genie-->>
mmg betol ape yg jini ckp tu..kdg2 apa yg kita nak sampaikan tu x sama maksudnya dgn apa yg org lain fahamkan. thats why life is complicated! huhu
skang ni ade salah faham laa yer? kalau jinie rase kate2 jinie nnt mungkin lg menambahkan kesalahfahaman, lebih baik biar masa yg pulihkan keadaan.
just go on with ur life, buddy! sape sape pon boley sala faham ngan kite even family sendiri..kan?
dan rasenye kadang2 kite pon susa nak faham diri kite kan?
go go chaiyok!! :)
yes dear.. genting yg mengeratkan kite sgt sgt... teramat happy hari tu.. hal aku kene kejar dgn badut yg mmg badut gile tu pun aku takkan lupa.. ahahah..
Bufday shaza mmg best.. happy sbb apa yg dirancang menjadi.. ahahhaha
Tentang hal tanya2 tu.. aku pun mintak maaf la.. sbb aku tanya sbb risau... just to show my concern to u...
Tentang kau tak sambung lg tu.. takpe... but,take care of yourself.. it's ok.. kau patut kejar minat kau.. tak perlu paksa diri..
Pape pun.. harap persabahatan kite sume takkan putus... harap kite sume akan still contact each other.. ok dear?
Lgpun kite ni kawan... macam mana pun kite gaduh,kite tetap kawan...
And whatever kau nak buat,kitorang sentiasa support kau.. and u can find us if u want...
Igt.. Tuhan menguji kite bila dia sayangkan kite n tau kite dpt melaluinya..
Waaa semua komen kat entri ni wat aku terharu n seday!!
terima kaseh terima kaseh terima kaseh specially for jinie, shaza n nur yg byk kasi semangat. isk isk isk :)
nur - badut gile tuh mmg buat ko lari separuh gila! ahaha.
eh2 pasal tanye tuh bkn ko n ahaza je..tp mane mane org pon suke tanye soklan tuh jugak. tertekan jiwa ragaku. huhu. tp xpe da lepas pon..hee
huhu..thanks sbb still accept aku as fren even aku ni 'jahat'.ekeke. aku sayang korang. ko, shaza, ili,dina, shaza..aku rindu sangat sangat senanye. tp sem lepas wat aku rs segan n tertekan. sorry sbb aku tau i hurt u all so much! sorry sorry sorry.
hurm betol ke setiap ujian tu datangnya sebab kita mampu melaluinya? aku rase kepala aku dah bengong dgn semua dugaan n cabaran yg melanda...
help me!!
one more thing u shud add in nov..
tyme besday ema, kita dapat disc 50 cents dari abang kat kedai 'boyfren' ko tu..hehehe
memang happening sampai abang tu pon gelak sakan...:)
tapi abang tu da tak der laa..huhu
korang pon tak der..
tak best nyer...huhu :(
haramak..abg pujaan aku da xde ke?
wah wah wah..abg tuh mcm tau tau je aku da xde kat sa..die pon bawak diri. eceyh :p
kedai die pon da xde ke?
oh tima kaseh sbb menambah cite. banyak sangat nak taruk sampai berbelit otak aku nak fikir. heheh.
rindu aku ye ja? ahad ni aku datang ye. insyaAllah :)
kedai tu ada lagi..
pakcik yang masak tu ada lagi..
cuma pembantu2 dia yg tak der..
:(
urm,ko datang meeting PERMATA tak ahad ni??
datang la..datang la...
setiap ari ahad ko datang ek...hehe
kedai tu ada lagi..
pakcik yang masak tu ada lagi..
cuma pembantu2 dia yg tak der..
:(
urm,ko datang meeting PERMATA tak ahad ni??
datang la..datang la...
setiap ari ahad ko datang ek...hehe
datang meeting Permata? ko dtg ke jaja oii? haha
da terbang terbang dah makan beradap ngan abg tuh semalam.
walla walla riang tak terperi!! *gedik*
datang meeting Permata? ko dtg ke jaja oii? haha
da terbang terbang dah makan beradap ngan abg tuh semalam.
walla walla riang tak terperi!! *gedik*
izzah, tq ko pyer gamba kat rumah kutai tuh membantu projek ak.. tapi sori ko nyer gamba tuh terpaksa aku cropkan sbb aku hanya nakkan material yg dipakai kat dinding tuh...hehehe... ak ade projek besar sem pendek nih~ untuk KAYU MANIS CONSULTANT... doakan kitorg menang dalam projek ni.. gabungan budak architect, landscape architect, quantity surveyor n interior...
hope u'll success too...
Catat Ulasan