Malam tadi..
kau cakap yg kau kecewa dengan aku sebab aku dah hancurkan kepercayaan kau pada aku..
kau kata jua yg kau akan kembali pada dunia gelap kau..
kau mahu lupakan cita cita kau untuk berubah..harapan kau untuk kembali pada jalan yang lurus..
dan aku hanya diam..
jujur..bukan aku orangnya untuk menyatakan kau salah dan aku betul..
bukan aku orangnya untuk memberi nasihat ataupun galakan..
sebab aku sendiri lemah..aku sendiri terumbang ambing..
dan yang paling nyata bukan aku orangnya untuk bercakap secara terus terang tentang apa yang aku rasa..pendapat aku..dan segalanya..
aku lebih senang bicara sendiri dalam buku buku aku..
kau kata tentang kecewa dan kepercayaan...
mungkin..aku dah rapuhkan kepercayaan itu..
tapi bagaimana dengan kau?
sekian lama kau tipu aku..kau gunakan aku..tp aku diam je..
kau buat maksiat..kau berzina..tp aku masih mampu berdiri sebelah kau..
bagi semangat supaya kau kembali ke pangkal jalan..
aku rahsiakan dari pengetahuan orang tua kau sebab aku tahu betapa kecewanya nanti mereka disebabkan kesilapan kau..
bila kau menangis..bila kau kena marah dengan dia..bila dia maki maki kau..aku masih mampu back up kau..
pernah tak aku marah kau? x pernah kan?
tapi kau tahu macam mana rasa kecewanya aku bila tahu semua ini?
kita ada maruah..jangan gadaikan kerana nafsu..
dan semalam bila kita sama sama meluahkan apa yang kita rasa..
akhirnya kita sama sama menangis..
sedih..kecewa..malu..semuanya bercampur menjadi satu..
aku nak kau jadi kuat..kembali ke pangkal jalan..
bukan aku yang boleh ampunkan dosa kau tapi bertaubatlah pada Yang Maha Kuasa..
maafkan aku kerana aku juga insan biasa tidak lari dari membuat silap..
jadikan malam semalam malam kenangan buat kita..
supaya kesilapan itu dapat sama sama kita tebus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan