Sunyi rasa. Entah la.
Kadang kadang bila sorang sorang, kita akan terfikir yang sebenarnya kita ni hidup sendiri. Apa yang sebenarnya kita rasa, kita lalui, kita telan, kita pendam, hanya kita & Allah je yang tahu. Kadang kadang boleh share, tapi tak semua dapat kita luahkan. Macam manusia jenis aku, memang jenis yang susah nak luah apa yang dirasa. Lama lama orang tengok cam takde pape pon, okay je. *senyum kelat dalam dalam*
Hidup.
Dan aku selalu senyum dengan hidup ini.
Hidup ini susah, banyak sangat dugaan, tapi memaksa aku senyum, supaya aku tak selalu rebah ke tanah.
Hidup ini ada masanya indah, lagi bertambah senyum aku padanya, tapi indah itu selalu datangnya seketika. Macam pelangi.
Kadang kadang rasa penat. Atau yang sebenarnya memang selalu penat dan memang dah penat.
Kadang kadang nak luahkan apa yang dirasa pada orang orang yang aku percaya, tapi dengan kesibukan hidup masing masing selalu buat aku rasa kisah aku tak lah sepenting mana untuk selalu diutamakan. Orang lain punya hidup lagi besar masalah yang menimpa dari hidup aku yang takda apa apa.
Maka, jadilah aku manusia yang menadah cerita dan manusia yang melihat perspektif hidup orang lain dengan mata sendiri. Aku belajar hidup macam tu. Sampai satu tahap lama lama aku dah tak cerita apa. Dan bila orang tanya kalau aku ada apa apa cerita, aku dah tatau nak cerita apa. Sebab aku rasa cerita aku hanya cerita biasa, atau bila aku rasa nak mula bercerita, end up aku yang akan dengar cerita. Aku. Macam tu lah. Cerita aku, aku ceritakan semuanya kepada hati. Sadis.
Aku sebenarnya takda kawan baik pun.
Kawan baik yang aku boleh luahkan rasa.
Aku tak punya kawan sebegitu untuk aku percaya aku boleh sandarkan rasa pada dia.
Dan aku rasa macam tu sebab bila aku cuba nak jejak, jarang yang punya kelapangan waktu. Atau cuba melapangkan waktu untuk aku.
*senyum*
Atau pun mungkin aku sebenarnya yang berlebih lebihan dalam meminta. Astaghfirullah.
Dan aku rasa macam tu sebab bila aku cuba nak jejak, jarang yang punya kelapangan waktu. Atau cuba melapangkan waktu untuk aku.
*senyum*
Atau pun mungkin aku sebenarnya yang berlebih lebihan dalam meminta. Astaghfirullah.
Aku tak ada orang yang kenal aku sebagai manusia yang lemah lalu dia berusaha untuk menitipkan kata semangat. Orang biasa melihat aku gagah dan kuat. Oh itu sungguh buat aku terharu tanpa prejudis. Dulu aku ada manusia manusia sebegitu tapi aku sendiri tatau kenapa mereka semua sudah menghilang. Semua anggap aku sudah kuat, sudah tidak ada apa apa yang perlu dirisaukan lagi. Senyum.
Segumpal rasa yang aku simpan sendiri selama ini, Allah je yang tahu betapa dalamnya luka di hati aku. Dah parah. Setiap hari bila bangun pagi, aku kutip balik hati aku yang dah pecah, balut dengan doa. Luka tu tak sempat nak sembuh, ditarah lagi dan lagi. Aku mengaji setiap hari, tadabbur ayat ayat yang aku baca, berharap benar aku diberi kekuatan. Masa lapang, aku pergi membaca. Aku blogwalking orang orang yang mengikuti tarbiyah, moga moga ayat ayat mereka dapat menjadi penyegar jiwa. Aku ingin sekali berkongsi rasa, tapi nyata, kekuatan itu tidak ada. Segala rasa, semuanya tersimpan dalam jiwa. Sakit.
Ujian Allah ada hikmahNya. Yang penting sabar dan percaya kepada Dia.
Bukan aku tak usaha, tapi aku sangat perlukan kekuatan. Aku ini, nama sahaja Izzah. Tapi bukan seorang Izzah. *nanges*
Haih. Sebak, pilu, sedih entah apa la punya rasa bersawang dalam jiwa. Syuhh. Syuhh. Semua orang pun diuji. Jadi apa bezanya dengan aku? Jangan mengeluh.
Tuhan, berilah petunjuk. Jangan biar aku sesat setelah Engkau berikan hidayah. Aamiin.