بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 26 November 2012

Hati Seorang Muslimah


Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya menyampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia dan dirinya tetap menjadi seorang MUSLIMAH.

**************************
Buat jiwa jiwa yang terluka seperti aku,
Tabahkanlah HATIMU...
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin senantiasa dekat denganmu.

Sabar. Dan kembali senyum (:





Ahad, 25 November 2012

Ujian dan Ujian Lagi

"O Allah...bless me with everlasting PATIENCE and everlasting FAITH in You."

Aamiin.

Hati diduga lagi. Iman diuji lagi. Allah..Allah..Allah..semua ini punya hikmah. Semua ini berlaku atas izinMu dan kerana itu aku yakin ujian ini tidak lah suatu yang sia sia untuk hambaMu yang sabar dan bertaqwa. Dengan izinMu, jadikan lah aku salah seorang dari golongan itu, Ya Rabb.

Ujian kali ini, aku mahu menelannya. Menelan bukan bererti telah berputus asa, atau patahnya sebuah harapan, tapi aku mahu menjadi hambaMu yang redha. Aku telah banyak sekali diuji, dan aku telah banyak kali jatuh rebah ke lantai bumi. Tetapi kali ni ya Allah, jangan Kau tarik hidayah yang telah Engkau kurniakan atas kekhilafan diri aku yang serba hina dan banyak kekurangan ini. 

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia)"
Ali Imran,3:8

Terlena dan terjaga. Dan hati terkenang sebaris kata kata itu. Allah..Allah..Allah..dia seorang hambaMu yang baik. Dan Engkau mengizinkan aku mengenalinya sebagai seorang hambaMu yang baik dan beriman. Dan aku yakin dia sedang bermujahadah di jalanMu, sedang memperbaiki dirinya untuk menjadi hambaMu yang taat dan bertaqwa. Ya Allah, tetapkanlah iman di hatinya, dan masukkanlah dia dalam golongan hambaMu yang sabar dan kuat. Dan untukku ya Allah, terimalah aku sebagai hambaMu yang redha dan sabar dengan ketentuanMu. Sungguh, perancangan & aturan Mu adalah yang terbaik untuk aku dan dia. Ampunilah kekhilafan kami saat kami terleka pada nikmat duniawi. Ampunilah kami ya Allah :'(

Sabar, redha dan yakin. Itu kuncinya.
Jaga iman, jaga hati, jaga diri. 

Moga kasih & redha Allah milik kita. 

InsyaAllah.


Dann..[tak habis lagi..hoho]..inilah peluang yang Allah beri untuk aku kembali ke tikar sejadah, membasahkan lidah dengan zikrullah & mathurat, mendekatkan aku lagi dengan ayat ayat cintaNya, dan yang lebih utama, untuk merasa bahawa Dia sentiasa dekat. Lebih dekat dari siapa siapa pun. Allah..Allah..Allah..dalam ujianMu sentiasa ada nikmat cinta pada hambaMu. Terima kasih Ya Allah, kerana memilih aku untuk diuji :')

*******************************************************
aku seorang insan yang sedang bermujahadah...
agar ada Dia dihatiku...
aku belum sampai tahap menyintaiNya...
tetapi...
aku yakin aku telah memulai langkah...
untuk mencintaiNya..

terimalah aku Ya Allah.
Aaminn

 

Khamis, 22 November 2012

Berjanjilah

Berjanjilah,

Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah,
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA “kenapa”..

Berjanjilah,
Bahawa,
Walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya,
Bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
Seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
Bahawa,
Walau apa pun yang terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah,
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
Tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.

#Janji pada diri.

via seorang insan.


Selasa, 20 November 2012

Semalam

Semalam kita seriang kicau burung camar
Mengharapkan sesama ku dibelai manja
Di saat ini aku kesepian keseorangan 
Kau tiada lagi derai tawamu hilang di telan masa

Kini kau dan aku jauh terpisah
Entah bila dan di mana kita kan bersua
Akan ku doakan agar kau bahagia
Di samping yang Esa kau diredha, selamanyaaa
Oh ibu...

**********************************

Lagu nasyid zaman sekolah. Lagu ni kira dah lama la jugak since sekolah pun dah 7 tahun ditinggalkan. Nyanyi by kumpulan nasyid sekolah yang paling tip top lah time tu, An-Nusra SMKSP. Punya tacing & syahdu la lagu ni sampaikan dengar je dah nak meleleh. Sampai sekarang pun masih terngiang ngiang lirik nye. 

Masa mula mula dengar lagu ni, arwah mak pun baru je meninggal. Tatau la kalau sebelum tu dorang dah nyanyi sebab mungkin bila mak dah takde baru nak alert ada lagu untuk mak rupanya. Lagu ni macam tabah, but deep inside anak tu rasa sepi & alone tanpa wanita yang dipanggil ibu itu. Macam tuan punya blog ni lah lebih kurang.

Dah terpisah jauh sangat. Dan semakin jauh semakin rindu. Dah takde bende dah kat dunia ni yang boleh bawak dekat dengan mak. Baju baju dah takde bau mak. Otak dah tak ingat suara mak. Gambar gambar lama pun tak dapat nak dekatkan jarak yang jauh. Cuma ada satu je la, doa. Bila sedih, doa. Bila rindu, doa. Doa, pengikat hati. 

Rindu nak berkasih sayang dengan mak lah. Alahai.