بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 28 Jun 2012

Thoughts of the Night.

Yang sebenarnya tak boleh tido. Dan tangan pun dah rasa merenyam renyam je nak update blog. Dan blog ni jadi terkurang update kejap since I know I have been stalk. Sape yang gigih sangat ni google google tulipchantek izzah blogspot? izzahsobki tulip? tulipchantek? tulipchantek blog? haaa sapeee? sapeee? Ayuh, perkenalkan dirimu dan mari kita berkenalan! 

K abaikan dulu.

Dan hasil bergolek golek ke kiri kanan dengan mata yang sungguh sungguh terpejam, datang satu quote ni dalam otak fikiran.

If he brings you closer to Him, then choose him. And don't forget to keep praying. But if he is does not, leave. Find someone who can brings you straight to Syurga. Choose the best. And leave the rest for Him to decide who is the most suitable for you.

Nak dapat redha Allah ni, usaha tak boleh hangat hangat tahi lembu je. Dan sama lah nak kawen, bukan sebab semata mata suka sebab orang yang kita suka tu baik, concern, kacak bla bla bla. Yang penting matlamat utama, nak dapat redha Allah. Sudi ke tak sudi nak taat pada seorang lelaki yang bergelar suami. Mampu tak nak pelihara diri daripada seret dia ke api neraka. Nauzubillah. Ni sebab baru lepas baca intro 'Satu Rasa Dua Hati'. Kena fikir diri kita ni dulu macam mana, sebelum fikir siapa yang akan jadi pasangan kita. Semua orang berimpian nak kawen kan? So saya ikut fitrah. *sighhh*

Haa dah fikir dalam sungguh cam ni camne la mata ni nak lena? =.=

Dan dah jadi macam habit jugak, sebelum tido fikir esok nak buat kerja macam mana. Macam mana nak jadikan kerja tu memudahkan masa depan. At least, bila meninggalkan tak menyusahkan orang kemudian. Serius. Cara kerja saya macam tu. Tak suka buat kerja yang menyakitkan mata orang yang akan buat in future, tak kisahlah diri sendiri atau orang lain. So lama lama otak pun serabut sebab macam dah gaya fikir nak buat sistem sendiri je. Aii, gigih dalam tak suka? Sobs sobs. Bila nak dapat pembantu yang boleh saya kerahkan tenaga beliau ni? At least, boleh serabot sama sama. Hikhik. Agak mencabar yang sangat mencabar, untuk graduan diploma perakaunan yang dah meninggalkan dunia itu empat tahun lamanya dan sudah mengikis ingatan terhadap kenangan yang ada. Mana laa nak disalurkan ilmu perbankan Islam ni ye?

And another thought yang dah lama tersangkut dalam otak, just tak sempat sempat nak diluahkan. 

Everybody dreams the same. Dream high. Dream to live in happiness. Don't we?

Ada ke orang yang tanak hidup bahagia? Kalau ada pun orang yang tabah hati hidup derita kat alam dunia, pasti dia usaha gigih nak hidup bahagia di alam akhirat. Bukan ke alam akhirat itu kekal? Alam yang selama lamanya. Dah takde mati mati dah. Dan kalau ada yang tak kejar alam akhirat, atau terkejar sangat bahagia di alam dunia, dia akan buat apa saja nak puaskan nafsu. Nafsu kan musuh kita yang paling ketat kalau tak dipelihara sebaik-baiknya?

Wahai adik adik, mengalir air mata akakk ni terlepas pandang derita hati adik adik sampai akhirnya adik adik turutkan hawa nafsu. Ikut hati akakk memang rasa nak marah jeee tengok adik adik akakk ni makin biadap ngan mak ayah, tanak solat, dedah aurat, ikut laki yang tak baik, balik lewat malam etc. Lagi akakk sakit hati bila akakk terkenang wajah mak ayah adik adik yang punya gigih dok berdoa atas sejadah tiap kali lepas solat moga Allah permudahkan hidup adik adik, bagi rezeki yang cukup, bagi kejayaan kat adik adik. Sebakk hati akak terkenang mak ayah yang dok solat hajat bila adik adik ditimpa musibah, adik adik nak exam, tapi lepas lepas tu adik adik tuduh mak ayah dok kongkong hidup, mak ayah tak paham hidup adik adik. Adik adik, nak tunggu sampai mak ayah tu rebah baru nak insaf ka? Kan akakk dah membebel panjang pulak ni haaa. 

Akakk nak cakap lebih lebih akakk tak pernah melalui hidup macam adik adik. Iya. Perjalanan hidup seseorang itu berbeza beza. Terpulang pada kita jalan mana yang kita mahu pilih. Dan memandangkan adik adik zaman sekarang ni lagi suka ikut cakap kawan laki dari cakap mak ayah, akakk mintak cari lah laki yang baik wahai adik adik. Takpe adik adik, akakk tak mintak perubahan drastik. Adik adikk suka kawan dengan laki, takpaaa kawan je lahh. Tapi adik adik jangan sampai terpedaya dengan laki yang bawak adik adik kua malam, dok pisahkan adik adik dengan mak ayah, pulak tu memang jauh sekali nak ingatkan adik adik tentang solat. Adik adik kot ye pun malas solat, jangan leee cari orang yang malas solat jugak sebagai kawan, teman apatah lagi pasangan. Carilah yang hensem bukan sekadar pada rupa, tapi pada agama dan akhlaknya jugak. Adik adik jangan diikut sangat hati muda tu. Bahagia alam remaja ni kejap jeee. Lepas tu tak best pulak tuu. Mai mai berfikiran matang sikit naa :)

Eheh dah terpanjang plak ni haa. Baik buat satu entri terus cakap pasal ni. Adoi. Mintak maap le adik adik. Sesungguhnya akakk kasih pada adik adik dan maafkan lah akakk, abangg dan mak ayah yang kalau kalau adik adik rasa terlepas pandang, terlepas tanggungjawab. Tapi wahai adik adikku, guna lah akal fikiran sebijkanya dan pulang lah ke pangkal jalan. Akakk sayang adikk! Sungguh!

Uhhh..should stop right here. Sambung bebel bebile lagi boleh? ^^



Notakaki: Otak saya memang almost jammed buat akaun. So I seeking for help from Jaja, Mama, and Yaya. And it touched my heart, when suddenly Yaya told me Mama did write notes for me, accounting notes something about statement yang me, blur tahap petala ke tujuh. Tapi tak sempat nak tunjuk kat saya sebab masa tu both busy, and now she's currently in London with her beloved husband. Terharunya! :') Thank you so much. You already help me a lot, but you still made time to write a note for me. Tolong pos dari London ke Gombak boleh? Hihi. May Allah bless you! Jazakillah khairan kathira dear bestie. :)

Selasa, 19 Jun 2012

Izzah.

Izzah itu kekuatan. Dan kemuliaan.
Nak jadi Izzah bukan sekadar pada nama, tapi pada hati dan akhlak nya juga.

***************************************************

Tapi, yang sebenarnya bukan mudah nak jadi Izzah. Perkara yang baik, mana mungkin dugaanNya kurang?


Seteguh hati cuba nak tabah. Setabah jiwa redha dengan pilihan. Dan untungnya diri, punya sahabat sahabat yang mengasihi. Walau jauh di mata, doa mereka dekat. Syukur kepada Allah.


Bukan menangisi untuk menerima realiti. Sesungguhnya jawapan itu sudah lama dijangka di dalam hati. Dan saya terima dengan hati yang terbuka. Benar.


Saya telah jatuh cinta pada seorang lelaki yang baik. Atas sebab yang sangat mudah. Mengingati dia, membawa saya kembali kepada sejadah dan ayat ayat cinta Ilahi. Selalu hajat di hati nak berlumba lumba menjadi lebih baik daripada dia. (:


Dalam dunia ni ada ramai lelaki yang baik. Ada ramai lelaki yang cuba memahami, ada ramai lelaki yang cuba berkongsi rasa dan kisah, dan tak kurang ramai juga yang lebih soleh daripada dia. Mungkin. Allah lebih tahu. Tetapi kerana dia menjarakkan semua itu, kerana dia hanya berhubung untuk hal hal yang tertentu, maka jadilah dia yang selalu berada dalam setiap titipan doa. (':


I don't care about the jodoh anymore. Since I really put my faith on Him, that He will send to me my real imam at the right moment. And since I'm not in a rush, why I need to be bother about this?


Tarik nafas dalam dalam, hembus. And say, I'm strong to face this. He knows the best. (actually saya demam & sakit kepala yang teruk, but my mind is still in a better condition. nothing to worry about. InsyaAllah)


And this is a few things that I really wish from you, for the man that always treat me with a good manner, concern on the condition and sure, with your great understanding of the complicated me.


Please continue being good. He chose you. There are many people out there inspired by your drawings and words, please keep it up. Not only for us, but for yourself first. (:


Jaga pergaulan ya. I always thought that when you keep less talking with me, that because you are respecting me as a woman, and of course as a Muslimah. Even I might get it wrong, (just say talking with me is quite boring?) but please do the same with the other muslimah. They are worth to be respected for. Or am I did actually jealous uh? *smile* yes I do. Because I don't want this good man, without his realizing, he is so easily to be contacted with women, for unreasonable things. Sunnah nabi takde macam tu kan? He did treat women in a good manner, tapi Nabi kita bukan melayan aje mana mana wanita untuk hal hal yang tidak ada kepentingan kan? ayuh, perbaiki diri kita lagi. (:


And last but not least, I keep the words, kalau dah ditakdirkan jodoh seseorang itu, tak kemana. And whoever going to be our spouse in future, I pray for the best. Let's keep improving ourself to be a better for the right one at the right moment, as His plans is much more great than ours. (:



notakaki: This hurt feelings, Allah knows the best how to heal.


Katakanlah (Muhammad), "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau Dia menghendaki, nescaya kamu semua mendapat petunjuk". 
Al-An'am,6:149

Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan Dialah yang berkuasa atas hamba hambaNya. Dan Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.
Al-An'am,6:17-18

Allah nak saya lebih dekat dengan Dia. :')


Sungguh, telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab (Al-Quran) yang menjelaskan, Dengan Kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izinNya, dan menunjukkan ke jalan yang lurus.
Al-Ma'idah,5:15-16


Semoga semuanya berada dalam keredhaan Ilahi, dan semoga Allah tidak menarik balik hidayah yang dikurniakan ini agar kita semua terus dapat berusaha untuk istiqamah di jalan yang lurus ini. InsyaAllah. (':



Sabtu, 16 Jun 2012

Kadang Kadang


kadang-kadang,
kita tak tahu kebenaran. 
kerana kita belum sedia untuk mengetahuinya.

kadang-kadang,
kerana kita belum cukup kuat,

kadang-kadang,
kerana sebenarnya kita belum mampu, 
untuk tahu.

rasa ingin tahu memang menebal,
tapi masanya masih belum tepat.

mungkin kerana itu,
sesetengah kebenaran itu masih belum dapat kita ketahui.
masih tersimpan rapi,
dalam rahsia milik Ilahi.

terkadang,
kerana DIA ingin menguji,
keteguhan pengharapan dan kepercayaan seorang hamba.

dan terkadang,
kerana DIA lebih tahu,
bahawa sejujurnya,
kita belum mampu untuk mengetahui hakikat kebenaran itu.


Bersabar lah. Janji Allah itu pasti. 
Walau pahit mahupun manis.
Terima lah dengan hati yang penuh redha. 

Rabu, 13 Jun 2012

Kenapa Awak Pilih Saya?

Sebab awak bawa saya kembali pada Tuhan.

Dan dengan awak, saya rasa tenang.

*******************************************


Sejarah kita pasti jauh berbeza, perjalanan kita pasti jauh tak sama.
Tapi kita pernah hidup dalam satu dunia jahiliyyah yang mana hanya diri kita dan Tuhan yang mengerti.
Dan kita bukan manusia sempurna, untuk terus meninggalkan kejahilan kita selama lamanya. Tetapi saya yakin, bahawa kita berusaha keras untuk istiqamah, dan terus terusan memperbaiki diri. 


Dan cukup lah bagi saya, bahawasanya saya redha dengan agama dan akhlak yang ada pada awak, selama tempoh kita mengenali. 


Dan awaklah yang pernah saya lihat untuk menjadi imam, pemimpin kepada saya dan seterusnya. Dengan izin Allah SWT. Awaklah yang sabar dalam memberikan nasihat, awak lah yang kasih dalam meleraikan salah faham. 


Sungguh, saya tidak ada sebab lain untuk jatuh cinta melainkan awak lah yang saya lihat akan memimpin tangan ini bersama sama menuju redha Allah dengan agama & peribadi yang awak miliki. InsyaAllah.


Dan maafkan saya meminta untuk menjadi pendamping pada seseorang yang saya tidak yakini kedudukan saya selayaknya dengannya. Tetapi sedang saya berusaha memantapkan diri agar saya lah insan yang akan membahagiakan hati.


Semoga Allah izinkan.

Ahad, 3 Jun 2012

Rindu :')

I miss both of them :'(

Sejak dah kerja ni, dengan dorang lah mengadu meroyan dan sawan. Ema dan Jaja. And truly, I love them muchh. Orang yang paling banyak tahu rahsia hati, orang yang paling berkongsi rasa dan cerita. And now, both of them are not in front of my eyes, dan memang rare lah nak jumpa. Sobs sobs.

Jaja kerja kat terengganu, tapi sekarang beliau ada di Makkah menunaikan umrah. Alhamdulillah. But deep inside, jelesssnyeee. Okay rezeki dia. InsyaAllah, one day I will be there too. Amin Amin Aminnn. I used to call her bila tiba hujung minggu. Masa tu mesti siap siap kena prepare extra top up sebab mesti akan bercakap selagi bateri phone tu tak kong, atau kredit tak habis. Bergilir gilir. Punya gigih la kan nak update cerita memasing. Jaja banyak sangat bagi lecture jarak jauh tentang akaun, punya bersungguh nak tolong orang yang dah 4 tahun tinggalkan dunia akaun ni. Yang kalau ikutkan perkataan akaun tu pun dah hampir hampir tercicir dari kamus hidup. Punya lah trauma kan.

And once she gone on the 23rd of May, sedehhhh. Tapi happy sangat for her dapat lihat Kaabah depan mata. Handphone terus menjadi sepi. Kaba langsung tak kedengaran. But I know, she's safely there. Allah pasti lindungi hambaNya yang ikhlas beribadah keranaNya kan :) *harap harap Jaja tak lupa lah nak doakan untuk saya yang panjangnya dah macam karangan SPM dengan dua ribu patah perkataan. hee* Jaja, I miss you. I know once you arrived here, you will be definitely not the same Jaja. You will be much more better than before. Kan? :)

And once she arrived, mungkin sekarang ni dah dalam perjalanan balik kut, Ema pulak dah selamat sampai ke bumi Eropah. Alhamdulillah. But again, macam nak nangessss. Frankly speaking, tak pernah pun nak taching macam ni sebelum ni. A few days before she's fly, asyik dok mesej merepek2 konon2 nak simpan la mesej2 terakhir Ema sementara masih kat KL. Tak bulehh blahh. Ema je la satu satunya kawan uni yang ade hangout kat luar. Even dah habis belajar pun still contact. Walaupun Ema dah kawen tapi masih rasa, Ema is my bestfriend. InsyaAllah, till Jannah. 

I miss the moment we had shared, and go through together, Ema :'( Kita masak sama sama kat rumah awak lauk yang apa entah takde nama tapi sedappp kan. Hee :') Awak scrub muka saya guna Body Shop awak yang mahal tuu, automatically rasa lembut je kulit. Hee. :') Kita jalan jalan kat Sogo, teman awak shopping. Seronok tengok awak dah kerja. Dah mampu :') Kite pegi KLCC lepas tu lari dalam hujan sebab gigih sangat nak solat kat masjid. Habis lencun baju ngan kasut kite dua sebab awak sorang je yang bawak payung. Syukur masing2 tak demam masa tu. Okay okay, pasni saya beli payung kali ke 4. Huu. 

Lepas tu saya ingat we had the same feeling at the same moment, nak pakai inner neck. Terima kasih. Awak banyak bantu saya untuk berubah jadi yang lebih baik :') Awak teman saya pegi amik jubah konvo kat Shah Alam, dan masa tu la kita baru nak mengenali apa itu inner neck. Hihi. Alhamdulillah. Skang kita dah rasa agak selamat bila pakai tudung bawal. At least, leher kita dah tak kelihatan :)) Dan saya harap, tudung kita pada hari esok akan lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah  :')  Dan kali terakhir we had hangout together is on the 20th May, where I brought you to the place where my heart was taken, Masjid Negara :') Kita dapat jumpa kejap je, makan kat mamak sementara nak tunggu hujan berhenti. Kita plan nak jalan jalan kat Taman Tasik Perdana, tapi sebab hujan kita dapat teroka Masjid Negara je. Hee. Dan kita sempat solat berjemaah Asar time tu kan. Alhamdulillah. I wish to have that moment again with you, tapi takpelah takde rezeki buat masa terdekat ni :)

Dan lepas tu macam macam berlaku kan. Yang saya masih tak punya kekuatan untuk berkongsi cerita. Biarlah Allah yang menentukan. Sebab hanya Dia sebaik baik perancang setiap kejadian. InsyaAllah, aturan hidup yang berlandaskan perancangan Ilahi adalah yang terbaik buat diri kita, walau kita terpisah, walau kita terluka, sebab setiap kejadianNya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Saya yakin. :')

Saya kagum dengan ketabahan dan kekuatan awak sebagai seorang wanita dan isteri. Allah dah makbulkan doa kita semua. Dan sekarang awak dah selamat berada di pangkuan suami tercinta. Walau London dan Kuala Lumpur jarak tak macam Gombak pergi Shah Alam, tapi dengan ikatan ukhwah ini, insyaAllah persahabatan kita tidak akan terlerai. Aminnn. Doa saya sentiasa mengiringi awak, Jaja dan sahabat sahabat yang lain. Anyway, please bring back a lil cute baby girl bila balik Malaysia nanti tauuu. Hee. 

Okay, saya tak habis lagi rindu kat korang dua. Walaupun still boleh keep updates using facebook or skype or what so ever, but texting with you guys really made my day. May Allah bless both of you till Jannah. Dan diperkuatkan hati dan dipertingkatkan kesabaran dalam setiap ujian yang menimpa. Aminn.

Rinduuuu :')