بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 3 Mei 2012

Interview

Rabu depan, 9 Mei ada interview. Daripada institusi yang dah lama diimpikan sejak sebelum ambik degree. Dia punya terkejut tu tak payah cakap lah kan. Tergamam kejap. Tapi dah setengah jam baru ada rasa nak hepi tak hengat.

Ni la masalah bila jadi emotionless. Perasaan tu lambat datang. Kalau gagal exam pun camtu. Masa dapat result tu boleh je relaks cakap cool bagai lepas tu dok sorang sorang, meleleh. Sadis.

Back to topic. Sebenarnya dah sayang dengan kerja sekarang. Walaupun baru 3 minggu. Tiga minggu untuk menyembuhkan hati, tiga minggu yang buat diri rasa nak gila meroyan sawan mengadap nombor. Tapi memang mungkin tak jumpa dah la kot kat tempat lain yang staff2 lelaki rilek je boleh solat mana2 kat ruang office. Dan ramai je yang solat kat meja masing2. Tak pun kadang2 dorang berjemaah kat bilik bos, takpun kat depan meja receptionist. Dia punya kagum tu la kan, memang nak menitis la rasa. Subhanallah.

Lepas tu ayat ayat Quran tu meniti bibir dah macam menyanyi je dengar. Siap macam berlagu. Tiga minggu keje situ memang takde pon la nak berkenalan. Just tau nama gitu gitu main agak agak je. Borak borak laki pompuan apatah lagi, memang takde. Sungguh. Terpelihara. Cakap pun hal keje semata. Mungkin, agak boring lah kot? Camne hidup camtuhhh? Okeh je. Rasa macam sama sama saling memelihara dan menghormati. Sikit pon tak rasa rugi. Hopefully, dengan cara tu masing masing dapat mengurangkan koleksi dosa. Aminn.

Dua benda ni pon cukup dah nak kata, how great the environment. Tapi biasalah, nothing perfect in this world kan. Yang tak perfect, kite tak payah cite. Ok habis dah cite serba sikit pasal kerja sekarang, eksekutip akaun. 

Kerja yang akan datang ni pulak, pon eksekutip. Harap harap mampu la nak jawab segala jenis soalan putar belit putar belat interviewer. Dan dengan keyakinan. InsyaAllah. 


Gementar lah. Gementarrrrr.

4 ulasan:

hidhikariee berkata...

bestnye.environment camtu la best

Unknown berkata...

kannn? Alhamdulillah. :)

amier_fekhry berkata...

good luck.. usaha tangga kejayaan.

Unknown berkata...

terima kasih. InsyaAllah.