بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 22 Jun 2011

Yang Tersayang

Sejak mak pergi 8 tahun lalu, hidup memang banyak berubah. Banyak yang hilang, banyak yang tiada, tapi aku malas nak jadikan itu semua alasan untuk jatuh & kalah. Aku dapat kenal mak kejap je. Lebih kurang 14 tahun 3 bulan. Tapi aku tak rasa rugi mahupun menyesal sebab dengan kasih sayang yang sekejap cuma itu lah yang memberi aku nafas untuk hidup tabah & cekal sebegini. Jika mak masih hidup, aku orang yang beruntung. Masalah jiwa pun mungkin tidak berat sebegini untuk ditanggung sendiri, gelak tawa juga mungkin lebih ceria, lebih banyak untuk di kira kalau nak dibandingkan dengan deraian tangis & kecewa. Tapi itu semua hanya ilusi. Ilusi menggembirakan tapi bukan kenyataan. Mendoakan kesejahteraan mak, menatapi & menyentuh barang barang mak yang masih bersisa, menggamit kenangan ketika masih bersama, mengingati kekuatan & ketabahan di sebalik senyumannya, cukup lah itu untuk membahagiakan hati. Ya, aku rindu mak. Sentiasa. Tanpa sehari pun gagal.

Mak pergi bersama jasadnya tetapi mak tinggalkan kasih sayang & cinta yang tiada galang gantinya. Abah & adik beradik. Abah, orangnya pendiam, jarang sekali bercakap apatah lagi nak diajak berborak. Tapi abah bekerja keras untuk keluarga ini. Walau hidup tidak semewah mana, tapi tiada yang kurang abah tunaikan. Bila mak pergi, rasanya abah lah orang yang paling sepi. Mak dikebumikan di kampung, Perak dan kami tinggal di Gombak. Setiap minggu abah balik kampung, semata mata untuk berziarah ke kubur mak. Pasti untuk melepaskan rindu yang berbuku bukan? Tapi abah tak pernah tunjukkan kesedihannya, apatah lagi dunianya yang menjadi sunyi & sepi setelah perginya seorang isteri buat selamanya.

Masa mak pergi, aku budak sekolah lagi. Baru tingkatan tiga. Dan aku tahu abah lah orang paling risau dengan keadaan aku. Semua orang tahu aku anak bongsu, dah confirm yang paling rapat dan manja dengan mak. Tambah pulak aku satu2nya anak yang tiada di hari2 penghujung usia mak sebab aku belajar kat asrama. Masa tu abang & kakak dah kerja, abang2 kembar pulak baru habis matrik. Lepas mak pergi, setiap kali aku balik rumah bila cuti, abah pasti takkan tinggalkan aku sendirian di rumah. Mungkin dia tak mahu aku sunyi ataupun rindu pada arwah. Jadi setiap kali itu juga abah akan bawak aku pergi rumah makcik2 aku, tinggal sekejap dengan mereka sementara abah pergi bekerja. Oh abah, kasih sayang mu begitu ketara! Kerja2 yang biasa dilakukan mak, abah tiba tiba menggalasnya. Datang sekolah ambik report card, datang asrama bagi duit & makanan, abah, langsung tak bagi peluang aku nak rasa susah. Abah terima bodoh pandainya aku seadanya. Tiada mengeluh. Bukan sebab abah tak kisah, tapi aku percaya abah yakin dengan aku, bahawa aku tak mudah mengalah dengan hidup. Mungkin abah langsung tak fikirkan ini. tapi cukuplah aku mengandaikannya supaya ia menjadi inspirasi untuk kekuatan aku.

Abah menjaga aku dengan baik sehingga kini walaupun pernah terjadi ‘perang’ antara kami. Walaupun abah memberi sepenuh perhatian kepada aku, tapi aku orang yang dingin. Jarang sekali aku nak berborak dengan abah sampailah bila aku bangkit dari dunia kegelapan, bila aku dah mula nampak masa depan, alhamdulillah masa tu hubungan aku dengan abah pun menjadi bertambah erat. Aku cuba sikit sikit cerita dengan abah kisah kisah hidup aku walaupun semuanya dalam bentuk ringkasan. Aku ceritakan tentang kawan kawan aku, siapa mereka, kenal dimana, yadda yadda. Aku ceritakan jua kemana aku pergi dan kadang2 aku kongsikan juga kesusahan yang aku alami sepanjang aku belajar di universiti kecuali masalah dengan kawan2 dan pelajaran. Pernah suatu ketika aku tak dapat duduk kolej, dan itu memaksa aku untuk menumpang setiang ruang yang ada. Bertukar bilik ke bilik, menyewa di rumah yang seram semacam, menumpang rumah entah siapa, berjalan lewat malam di tasik kerana tiada tempat nak pergi, menumpang tidur di surau, hanya abah yang tahu susahnya aku ketika itu. Ia memakan masa hampir seminggu. Dan kerana abah orang yang tenang, abah langsung tak menambah tekanan. Sejak peristiwa tu aku tahu abah lah orang yang paling risau bila aku tak dapat kolej dan abah lah orang yang paling gembira bila aku bagitahu rayuan kolej aku berjaya. Bukan sebab kos sara hidup yang jauh lebih rendah, tapi sebab abah tak mahu tengok aku susah.

Abah, abah…usianya sudah lanjut tapi masih gagah bekerja tanpa jemu. Masih tak gagal untuk menggembirakan hati anak2nya, sekurang2nya aku merasa. Abah kini semakin ramah, rajin bercerita jika ditanya. Kalau tak tanya pun abah suka nak cerita. Bab kereta, memang takkan habis abah kongsikan. Aku dengar je. Walaupun bukan paham sangat. Bila aku balik, ada di rumah, aku tahu abah suka. Abah memang mahu aku duduk lama di sini. Cuma aku, liat semacam. Banyak yang pahit terpaksa di telan untuk hidup di dalam rumah ini. Kalau bukan kerana abah dan kenangan yang bersisa, mungkin dah lama rumah ini aku tak jejak. Baru baru ini abah bagi hadiah kepada aku sebab keputusan exam hari itu. Resultnya biasa sahaja tapi abah menghargainya. Malu & terharu aku dibuatnya.

Abah, terima kasih. Ija tak mampu nak balas jasa pengorbanan abah dengan wang kerana sehingga kini pun Ija masih menagih duit belanja dari abah. Maafkan Ija sebab masih selalu menyusahkan abah dengan pelbagai kerenah Ija yang banyak songeh ini tapi Ija harap abah mengerti – abah sentiasa diperlukan dalam keluarga ini terutama sekali Ija. Walau kita hidup tidak serumah, tapi Ija nak abah tahu kehadiran abah sangat berharga, diperlukan, dinantikan walau cara yang Ija guna memang mengada ngada. Abah, Ija anak yang masih lemah dari segi fizikal dan ekonominya, tapi Ija tahu Ija mampu bahagiakan abah dengan menjadi anak yang baik & kembalikan susah payah abah hantar Ija belajar sampai dah nak hampir genggam segulung Ijazah ini dengan segelung kejayaan. Ija memang tak pandai macam kakak, tak ambik kursus yang hebat macam alang & chik, tapi Ija takkan sekali mahu kecewakan abah. Itu janji Ija. Selagi Ija hidup, Ija nak terus menjadi anak yang baik untuk abah & mak. InsyaAllah.

Terima kasih kerana abah & mak lah yang menjadi sumber kekuatan, ketabahan, dan kecekalan Ija pada hari ini. Walau kita bukan orang senang, tapi abah jarang sekali kecewakan Ija. Ija sayang abah. Selamanya.

Abah & Ija. Jogjakarta. 050311.


.







Jumaat, 17 Jun 2011

Entri 321: Alhamdulillah..Segala Puji Hanya PadaMu, Ya Allah!

Saya sudah bertemu inche result!

Serius hampir menitis air mata dibuatnya melihat keputusan yang tertera di hadapan mata. Lulus semua. Itu yang paling penting. Dan subjek yang paling mengerikan pun boleh dapat B+! Ya Allah, besarnya hikmahMu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Smile

Tapi yang sebenarnya pointer jatuh. Ohohoho. Tapi tapi bila direnung betapa susahnya perjuangan di medan exam hari tu, dengan carry mark yang rendah tak beragak, rezeki berpihak kepada saya! Terima kasih Ya Allah, membuka pintu hati para pendidik saya untuk memberikan keputusan yang baik kepada saya. Alhamdulillah. Dengan carry mark serendah 35/50 saya masih mampu memperolehi A. Am I deserve for it? hihi. I have no idea. But I believe I deserve for this > result Strategic Management yang pernah di’sumpah’ oleh lecturar saya itu hampir2 menjadi kenyataan. Sebab tu pointer jatuh! Sleepy smile

Walaubagaimanapun saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada para pendidik saya yang tanpa jemu mencurahkan ilmu, bersabar dengan kerenah kami yang pelbagai, dan masih bermurah hati memberi keputusan yang baik kepada kami. Dengar dengarnya macam ramai dapat result yang baik. Alhamdulillah.


Terima kasih ustaz Heizal Hezry, pensyarah kursus Advance Fiqh Muamalat di mana telah menilai hasil kerja saya dengan begitu adil, yang bagi saya ustaz menghargainya dengan baik walaupun saya pernah melakukan kesilapan yang jelas di hadapan kelas. Terima kasih ustaz. Saya pasti merindui keikhlasan ustaz dalam menyampaikan ilmu, dengan kesabaran yang tinggi kepada kami.

Terima kasih puan Affianie Ahmad, pensyarah Risk Management kerana dengan murah hatinya meluluskan saya dengan keputusan yang sungguh tidak disangka-sangka. Saya dah hampir yakin saya fail! Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Terima kasih encik MFK, pensyarah Islamic Banking & Financial Services. Walaupun menjelang hari nak exam baru saya datang berziarah ke bilik sir untuk bertanya ilmu ilmu yang saya kurang faham, sir telah menjelaskannya dengan sebegitu baik untuk kefahaman saya yang rendah ini. Terima kasih jugak kepada groupmate, Remie & Ina, serius koranglah yang banyak bantu saya score subjek ni! Thanks sangat sangat! Open-mouthed smile

Terima kasih encik Amirul Afif, pensyarah Islamic Capital Market. Memang, saya hampir nak pengsan masa jawab exam hari tu. Susahnya soalan, hanya Allah yang tahu perasaan kami macam mana. Thank you sir. You helped me a lot. Frankly speaking, memang rasa nak melompat tengok result ICM. hehe. Rolling on the floor laughing

Terima kasih ustazah Amal Hayati, pensyarah Qawaid Fiqhiyyah. Saya yakin ustazah tak kenal pun saya. Maklum lah bila di kelas sentiasa sahaja duduk di belakang sekali, tak pernah participate. Result test pun entah apa apa. Carry mark? Memang saya terima dengan redha. Dan Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati ustazah to mark me well. Alhamdulillah. Saya tak sangka pun ustazah. Terima kasih sangat sangat Smile

Dan tak lupa, terima kasih PM Puteri Norasyikin, pensyarah Strategic Management. I’m gonna miss your words, your kindness, your understanding. Thanks for marking me well. Saya rasa carry mark saya mesti sangat sangat teruk. Al maklum lah quiz tak ambik, class selalu ponteng, assignment tak hantar but you really helps me. Thanks to you. Thanks a lot.

May Allah bless all of you, my precious lecturers. Thanks for the lessons and thought you had share. I bet, I’m gonna miss all this so muchh. See you soon. Nerd smile

Notakaki: Saya hampir terlupa, terima kasih buat rakan rakan seperjuangan terutamanya ct mastura, en ahmad & zuraidah kamissan yang selalu bersama sama saya di medan perjuangan tempoh hari. Kite meroyan bersama, share notes, tak tidur malam, dan paling penting to support each other. Thanks so much. I wish you all the best. Mudah mudahan result cemerlang sahabatku! Winking smile

Khamis, 16 Jun 2011

512

Dia seorang kenalan yang saya suka sangat sangat. Saya admire dia dari tahun 2009 sampai lah ke hari ini, masih sama. Dia mungkin tahu, tapi buat buat tak tahu. Tak mengapa. Itu lebih baik. Tetapi saya tahu, dia telah menghargai saya dengan cukup baik sebagai seorang kenalan, menjaga batas pergaulan dengan sebaiknya, membantu bila diperlukan, meluangkan masa untuk mendengar bila saya ditimpa musibah. cuma saya, gedik terlebih. maafkan lah saya.


saya mengenalinya secara kebetulan. melalui seorang teman. kami bukan diperkenalkan atau berkenalan, tapi menyedari kewujudan masing masing setelah beberapa kali terserempak. wahhh ayat nak ala karangan spm la pulak. kali pertama saya menyedari kewujudannya, ketika saya melihat senyumannya yang ditujukan kepada saya. senyuman yang menunjukkan bahawa dia telah menyedari kehadiran saya melalui temannya. dan saya menyambutnya dengan rasa terkejut. sejak itu dia sering senyum pabila kami berhadapan tetapi saya jarang sekali membalasnya. sebab hati saya dah membalasnya awal2. hihi.


perkenalan saya dengan dia, tiada rasminya. terserempak sekali sekala dan dia sering melemparkan senyuman manisnya. sekadar menunjukkan mesra. kami tidak pernah berbual apabila berjumpa cuma kadang2 bertegur sapa. itu sahaja. akhlaknya baik. dan saya pasti ramai muslimah di luar sana yang mahu mendampinginya. kenapalah ketika dia ada di hadapan mata dulu saya gedik sangat?


saya mengenalinya dari seorang yang biasa biasa sehingga lah dia menjadikan dirinya semakin luar biasa. kami banyak berhubungan melalui sms dan ym. itu pun sangat lah kadang kadang. dia selalu sibuk dan saya sendiri berasa segan untuk memulakan bicara sekiranya tiada isu untuk dibangkitkan. saya mengkaguminya. dia pernah berkata kepada saya, saya masih belum mengenali dirinya dengan lebih dekat. masih banyak yang saya tidak tahu tentang dirinya. benarlah. kerana sehingga kini saya masih nampak yang baik baik sahaja tentang dirinya. dan saya tidak pernah terfikir bahawa kebaikan dirinya adalah suatu kepura-puraan. cuma benar kata dia, saya belum mengenalinya secara dekat. tapi cukuplah bagi saya untuk menyedari dan mengkagumi sifat sifat baik yang ada pada dirinya agar saya belajar sesuatu yang baik dari kebaikan dirinya. kan?


Sudah lama saya tidak menghubunginya. Dan begitu juga dia. Blognya juga sudah lama menyepi. Ke mana kah dia? Saya terasa rindu mahu membaca cerita cerita dia, kata kata nasihat dia. dan kata kata dia yang selalu menggamit ingatan saya, "teruskan istiqamah"


ya. teruskan istiqamah menuju kebaikan dalam hidup yang dikelilingi dosa. teruskan istiqamah dalam mencari redha Ilahi, dalam memperbaiki kelemahan diri. Saya telah lama lalai. Kata nasihatnya ringkas dan mudah, tapi cukup untuk membuatkan saya kembali mengingati Yang Maha Esa. Semoga Allah selalu meredhai dan merahmati dirinya dalam perjuangannya di bumi Allah ini. Dan semoga dia juga, teruskan istiqamah. InsyaAllah.

Jom Make Up Blog: Tukar Favicon!

Hihi. First try nak buat tutorial blog. Saje nak menambah koleksi entri. Hoho. Okay. Okay. Untuk permulaan jom lah kite tukar favicon dulu. Apakah itu favicon?
Tadaaa!
Ini contoh favicon facebook. Yang icon warna biru ada huruf 'f' tuu Smile
So tutorial yang pertama ni, saya nak share camne nak tukar icon tu kot2 korang rasa boring lah kan. tapi bukan favicon fb ye, yang sebetulnya favicon blog memasing. Eheh.
So langkah pertama, korang haruslah ada any picture yang selayaknya nak dijadikan favicon. Tak kisah lah gambar ape pun, gambar muka korang pun boleh kalau rasa nak bagi orang senang cam blog sape kan. Hoho. Dan pastikan jugak korang kecikkan gambar tu! Sebaiknya dalam 32x32 pixel la. Baru chantek. Lepas tu jangan lupe upload kat mane2 imagehosting macam photobucket, imageshack etc sebab korang memerlukan direct link untuk menjadikan favicon korang menjadi. Yeah?
Tapi nak create sendiri pun boleh. Macam favicon saya yang baru ni, saya buat sendiri. sebab tu buruk. Saya buat kat sini http://www.favicon.cc/. So boleh lah korang curahkan segala idea kreatif korang tu kat sini. Yang dah siap pun ade kot nak copypaste. hihi. Dan jangan lupe save favicon korang tu dalam format png. Tak kisah lah korang buat sendiri atau ready made.
So dah ade dah favicon?
Step seterusnya, pegi kat design > edit html dan cari code ni <b:skin><![CDATA[/* (sila jangan julingkan mata anda! gunakan ctrl+f untuk mencari code dgn mudah! hehe)
Lepas tu...copy pulak code yang ni
<link href='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsGlSSnUAoR4rDGMykKVKijvWLS7QCEpke5qeYU8KZ0LndDGhYN_EsrfRi-kK9WAbNy3t3hZJSgoA25Be1xdZm1hIaYUci83KUvvNMo-KdpPI0bFx554uoSQjg4p0yqOQ6QmnuPv3lg8o/s1600/rainbow.png' rel='shortcut icon'/>
letak kat atas code  <b:skin><![CDATA[/* tadi.
Dah? Dan step yang terakhir, tadi dah pesan kan upload favicon kat mane2 imagehosting? So copy direct link untuk favicon anda itu dan replace dengan code yang dah dihighlight merah itu.
Preview & save. 
Done! Flirt male
Notakaki: Okay tak tutorial ni? Next time boleh share tutorial yang lain pulak. Hihi.

Rabu, 15 Jun 2011

Menghitung Hari

Haih. Tak pernah lagi ni cuak gile vavee nak dapat result. Adakah ini petanda bahawa aku akan mengalami kegagalan buat kali kedua? Sad smile 

Serabut nye otak ni haaa. Mood pun sampai dah nak tanak je ade. Hari hari check email yahoo. Hari hari bukak student portal. Hari hari tengok post kat event. Huwaaa. Sejak bila aku jadi terlebih concern ni? Haila.
Result paling takut nak tengok - Risk Management. Urmmm. Last paper selalu buat spoil result. Tatau la ape mende yang aku jawab masa paper risk ritu. Dah macam nak sewel dah tahan ngantuk. Dah la yang jage tu ustaz Advance Fiqh. Tak bersemangat betol jadinye. Uuuu. Carry mark? urm. 37 over 50. tak tinggi lah. huwaaaa. jangan lah fail. jangan lah fail. Crying face 

Result kedua takut nak tengok - Islamic Capital Market. Tapi paper ni berjemaah kot cuak. So takpe lah kot. Cehh konon. Sekali orang lain semua pass tetibe aku terkantoi. Camne??? *sigh* Carry mark cukup2 jalan je. Same cam risk. Tapi jawab cam gile.  

Strategic Management? Haih. Rasa macam boleh jawab. Tapi dulu lecturer penah cakap half of this class will fail during the final exam. Dan salah seorang yang terkena tu is me! Sebab? Tatau jawab soalan. Kena sebijik pop quiz terus menganga nak hentam ape pun tak buleh. Dah la suke ponteng kelas, assignment tak hantar, quiz tak ambik, camne lah nak score? Mati laa aku camni...carry mark langsung tatau plak tu. Test? Haih. Macam budak tak pernah belajar. Sleepy smile 

Qawaid Fiqhiyyah. Boleh la. Tapi carry mark pulak rendah gile vavee. Alahai tensionnye aku macam ni! Paper yang boleh buat, rasa macam score tapi carry mark pulak rendah macam nak tersungkur. Bila takleh nak jawab, carry mark pulak tinggi. Tapi bagus lah yang tak leh jawab carry mark ok, ye dak? Urmm.  

So dari enam subjek yang aku ambik, kirenya 2 paper je la yang aku macam konfiden? advance fiqh muamalat dan islamic banking & financial services. yosh! tu pon belum tentu dapat A noks. Camane la nak naikkan pointer kalau jawab exam pun tak yakin? Camne nak dapat 2nd class upper ni? Haih. Tension.Annoyed 

Bagi result exam tu laju laju sikit boleh tak UiTM?Disappointed smile

Abah Rindu Ija Ye?

Ija rindu abah jugak. Sobs Sobs. Crying face
Wait till friday then Saturday morning we will meet okay? Hihi.
My sis jealous uols encik abah asyik call anak bongsu die ni. Tanye bile nak balik. Tengah buat ape. Dah makan? Auwww. It never happened before! Segan silu tersipu-sipu rasenye~ Be right back
Tapi yang kurang best, encik abah kerap tanya,
“result dah keluar?”
psycho tahu. psycho.
Alien
notakaki: saje try post guna windows live writer. thanks kak kiena! Winking smile

Jumaat, 10 Jun 2011

Sehari di Danok :)





Alhamdulillah..diberi peluang melihat bumi Allah di negara Thailand. Heee. Pegi dengan kakak je. Jalan kaki dari Bukit Kayu Hitam, sekilometer jugaklah lebih kurang. Jalan pulak dibawah terik cahaya matahari kan, maka sekilometer tuh dah rasa macam berkilo kilometer! -_-"

Saje je pon jalan2 pegi Danok. Satu pekan kecil di negara Siam. Betul2 kat imegresen negara sana. Sampai je kat situ, perkara pertama yang kami lakukan adalah dengan memalukan diri di kaunter imegresen negara Thai. Adoyai. Dah la tak faham bahasa sana, yang pakcik imegresen tu pulok bukan main kerek. Ish. Takde arrival card je pun. Kena halau dari kaunter. Elok pulak time tu ade segerombolan rombongan entah datang dari mane, aduhai malu la macekkk wei orang lain semua lancar je cop passport tengok2 kitorang lak sangkut. phewww. lepas tu bercakaplah macam ayam itik dengan sape2 yang kitorang jumpa tanya mana nak dapat arrival card tuh. Alahai. Depan kaunter imegresen je pun. Malu dua kali. Cis.



Setel kat imegresen, maka berjalan kaki lah lagi di pekan yang terhampar di hadapan mata itu. Lebih kurang macam Petaling Street, Masjid Jamek macam tu lah kot. Tapi rasanya barang2 dia jauh lagi murahhh la kot. Kat situ banyak jual baju, beg, buah dan yang paling utama.....pulut ayam! Ahaaa...pekan Danok ni memang fofular lah gitu dengan pulut ayam dia. Memang sepanjang jalan tu ade jelah orang berniaga pulut ayam ni kat gerai dorang yang kecik tu. So kitorang pun nak gak la jakunis makan pulut ayam tu. Not bad lah. Sedap je lah kat lidah tapi sos die pedas sikit la. Oh harga RM 6 kalau amik ayam yang besar. Tu paling mahal lah kot. Dan yezza, transaksi boleh menggunakan duit ringgit malaysia ya. Maka tak perlu nak susah2 tukar duit Baht. :)

Ni lah pulut ayam nye. Sedapppp. Tapi jangan lupe cari yang halal ye tuan2 dan puan2 =)


Okay, settle makan pulut ayam yang memang terlebih kenyang tu..*aduhhh...mula la operasi berjalan2 di bazar yang terbentang. Majoriti peniaga kat sana pandai cakap malay tapi loghat kelate la pulok maka saya terasa sedikit kompius di situ. Iye lah, Danok tu sempadan Kedah kot bukan sempadan Kelantan..kan? Tapi takpelah. Asal faham sudah. So dapat lah jugak beli baju etc dengan hati yang gumbira sebab tak perlu nak keluar duit. Hihihi. Kakak I belanja uols =p Bazar die boleh tahan gak lah besar sebab siap ade cam kompleks gitu. Mulut jangan lupe manis2kan sikit time nak tawar menawar tu. Hoho.


Salah satu pemandangan bazar. Yang kat dalam kompleks lupe nak amik gambar. Fokus shopping =p


Oh selain dari aktiviti membeli belah dan makan pulut ayam itu, sempat jugak lah pegi salon. Tak boleh blah kan? Gedik nak pegi salon time orang lain tengah dok sakan shopping. Aishh. Tapi service die memang the best la wa cakap sama lu. Ahaha. Pegi situ just cuci rambut & blow je, RM13. murah kan? Dah la blow cantik gile sampai rasa macam nak ter'free hair'! Okeh. Itu tipu. Tapi serius best la kat situ. Name salon lupe puloks kalau tak leh recommend. Hehe. Tapi yang kelakarnya kat situ, the hair styler langsung lah tak reti cakap english apatah lagi malay. Yang kitorang ni pulak lagi la harammm kan nak reti nak cakap siam. So sudah2 ade lah gaya macam lembu cakap dengan kambing. Haih. So cara terbaik nak communicate? Sign language! ahaksss :)

Okay lagi pasal Danok. Selain dari barang2 dia yang murahhhh dan pulut ayam yang besttt, Danok jugak fofular dengan tempat dimana korang akan lihat banyak ayam berkasut tumit tinggi di jalan raya. So kena banyak hati2 ye kat sana. Oh tempat mengurut pun banyak dan kebanyakannya menawarkan khidmat seks. So tak beranilah kan nak masuk. Bagi para lelaki yang beriman, kukuh kah lah iman anda ketika menjejakkan kaki di sane yeah.

Lagi ape nak cerita? Urmm tu je lah kot. Pegi pun kejap je. Petang tu balik dah dengan berbungkus2 beg plastik terisi baju dan 2 kilo laici! weeeheee mane pena tengok laici fresh berkulit depan mata wei. harus lah beli. kat sane memang banyak pun laici dan harga yang paling murah boleh la dapat dalam RM 5 sekilo. Murahh kan? :)

Laici!!! Sedapnyee laici susu! slurp. slurp. tapi yang ni makan begitu saja lah kan. cantik kan? lepas edit =p

So kawan2...kalau rasa nak menambah cop kat passport korang tuh, boleh la ke Danok. Parking je kete kat Bukit Kayu Hitam pastu naik lah teksi ke, motor ke g sempadan Siam takpun jalan kaki macam kitorang. Haha. Nak bawak masuk kete pon boleh tapi dengar cite kena amik geran pulak. Tapi kalau rasa nak jalan takat Danok tu je tak payah la gedik nak drive yeah? Kot nak g Hat Yai, Golok, Bali, Medan etc takpelah jugak :)

Gedik la pulak kan semangat nak amik gambar 'welcome to Kedah' haha. adoyai =p

Notakaki: setakat ni sempat lah rasa pegi dua negara jiran. Indon & Thailand. Dah tengok gaya hidup, dan yang paling penting agama, rasa bersyukur sangat sebab hidup kat Malaysia. Ni cerita kat entri lain :)



jakunis lah pulak kan bila nampak "welcome to MALAYSIA" ni haaa...celah mane wei nak jumpe menatang ni kalau bukan kat sempadan negara? haha =p

Selasa, 7 Jun 2011

Random 070611




~inche result akan menunjukkan wajahnya lebih kurang 10 hari lagi. Mak oiii dekat dahh rupanye! harap harap handsome kacak menawan hati lah kan. tapii tapii entah lah labu. rasa macam kena jumpa inche result lagi pun ade. haih. entah ape lah yang aku merepek masa jawab exam ritu. paper risk. rasa macam tu yang paling teruk selain islamic capital market gamaknya. tak tido malam time tu. cuak sangat. last2 masa jawab mengantuk gile tenggiling. huwaaa...tamao ingat dah! tunggu je la 17 jun nanti ye. tolonglah berwajah kacak wahai inche result pujaanku...ecehhh!



~bila cuti, memang jaranglah aku ni wujud kat kota. macam pelik kan? rumah kat gombak tu je haa. ayah pun duk sane. tapi bila cuti je aku dok bertenggek kat kampung takpun kat negeri jelapang padi ni haa. tahan pulak budak bandar macam aku ni dok kampung ye? dulu aku tak macam ni pun. bila cuti ade je aku terpacak kat rumah. beronggeng ronggeng bagai. tapi segalanya berubah sejak tahun 2009. setiap kali cuti semester memang aku akan tinggalkan gombak. dan balik pun selalunya bila dah dekat2 nak abes cuti. so cuti pun cam tak guna gak la tak dapat nak jumpe member2 lame, bile time belajar memang lagi mimpilah nak jumpe bagai kan. haha. so secara lebih jelas dan nyata, sejak aku amik degree, cuti sem aku memang dihabiskan di luar kota. walaupun hakikat yang sebenarnya aku rindukan kehidupan di gombak. rindu nak jumpe nanad, syira, nazira yadda yadda. tambah2 lak skang ema ngan nadia pun ade kat sane tapi apakan daya... =)


gambar yang tak berapa nak berkait rapat *sigh*


~dah seminggu batuk teruk plus sakit tekak. sakitnya hanya Allah je la yang tahu. memang sampai termuntah2 jadinya bila dah batuk teruk sangat. tidur jadi tak lena. makan minum pun susah rasa macam nak tersedak je manjang. ade sekali tu kahak sampai berdarah. tak tahu la. dah brape jenis ubat dah habis kena telan. makan madu dengan perahan limau nipis, makan gula2 woods, ubat batuk klinik, fisherman's friends, hurix's, minum air suam etc tapi rasa macam batuk semakin teruk je mengape??? sakit hoo dada ni menahannya. pergilah wahai penyakit batuk! T____________T


okbai.