بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 19 April 2011

Dilarang Sedih

Hari ni ulang tahun pemergian arwah mak. Dah 8 tahun. Dan saya rasa saya dah cukup tabah, cukup redha menerima realiti ini. Saya tak mahu meminta2 arwah dikembalikan ke dunia yang penuh dosa ini, dihidupkan semula di dunia hanya untuk melepaskan rindu saya padanya. Saya percaya, arwah di sana pastinya lebih merindui saya dari saya merindui dia. Rindukan doa2 saya semestinya...kan? Takkan asyik nak mengenang tanpa memberi apa2...ye dak?

Setiap kali tibanya tarikh ini...ya..memang tak dinafikan..hari untuk mengenang2 bagai..terkenang2 saat pemergiannya..tapi tahun ni secara jujurnya saya tak perasan dah 19 april..mungkin sebab masa 18 safar ari tuh sy dah menangis teruk sangat. masa tuh tetibe rasa rindu sangat kat dia sampai menangis teresak2. mungkin mase tuh arwah rindu doa saya kot..tu yg jadi rindu sesangat...

Dulu saya tak suka post kat facebook kenyataan yang mak sy dah takde. Sebab saya tak sukalah nanti orang komen2 bagai suruh saya tabahkan hati, jangan sedih...sbb bila orang cakap macam tu akan menjadikan saya lagi sedih & menampakkan perbezaan bahawa mak saya telah tiada...tiada untuk didengari suaranya...tiada untuk dipeluk cium tubuhnya..tiada untuk disalami mohon restu darinya..semua tu hanya menggandakan kesedihan saya je. biasanya sy post status pasal mak ni kat ym je. Dan sampailah satu hari ada sorang teman komen status ym sy, dia kate,

"Iza dear..aku tau, kawan2 takkan mampu menggantikan seorang mak.. But, kawan boleh meneman kau dan bg support,kan? Be strong ya! Malam ni bacakan yassin..I will do the same.."

Bila dia cakap die pun akan doakan sekali...terus sy rasa gembira sangat. Sebab selama ni orang selalu pesan kat sy, 'sedekahkan lah doa kat dia..bacalah yassin..' 'xpayah lah sedih..arwah mesti tak suke tgk ko sedih2 camni' etc etc. Faham tak sy rasa mcm mana? Selama ni aku tak bagi doa ke kat dia? Selama ni pernah ke aku meratapi pemergian dia nangis meroyan2 cam orang gile? takde. saya tak selemah itu dan saya juga taklah sekuat mana. Ia hanya perasaan rindu seorang anak pada ibunya yang telah pergi. Takkan tak pernah rasa rindu kat mak ayah kott?

Dan bila kawan sy cakap macam tu, sy rasa itu adalah one of the way nak tolak pergi rasa kehilangan itu. Walaupun majoriti kawan2 sy tak sempat kenal arwah (dia pergi masa sy form 3), tapi dengan doa2 itu pasti arwah mak sy gembira sangat. Dan sebab tu bila sy post kt facebook tentang arwah, sy akan minta kawan2 doakan sekali utk dia. Sebab doa2 itulah penyelamat dia..mane tahu boleh jadi 'top-up' untuk doa saya yg tak cukup :)

Saya post bukan nak tagih simpati kawan2 dekat sy yang dah takde mak ni..bukan post nak show off oh sedihnye saya atas kehilangan itu..sebab bila awak dah melalui situasi ini awak akan tahu sejauh mana pun awak berlari untuk mengetepikan rasa sedih ini..awak takkan mampu. Sebab mak orang yang paling kite sayang. Orang yang paling faham kite. Orang yang mampu terima kite seadanya. Bila dia takde, separuh kekuatan kite akan jadi lemah. Itulah yang sy rasa. Takpe, Saya ni tabah hati. Dan sy akan terus memperasankan diri sy macam tu. Saya tabah hati, saya kuat, saya cekal..sebab tu Allah uji.

Tak perlu lah suruh saya sabar, jangan sedih bagai ya? Ia tak mengurangkan sedikit rasa pun. Tapi dengan doa yang awak hulurkan untuk arwah, semestinya itu menguntum senyuman di hati saya. Doakan juga saya terus diberi ketabahan hati dalam perjuangan hidup di dunia ini..Terima kasih sangat2. Semoga Allah memberkati awak di dunia dan akhirat. Dan semoga juga awak2 yang lembut hati ini dianugerahkan jodoh pertemuan yang panjang dengan ibu kalian :)

2 ulasan:

nadirah yusof berkata...

yup. hanya doa dari kita sume yg terbaek untuk dia :)semoga arwah ibu kamu sentiasa tenang di sana.

btw, gud luck for exam, ya!

Tulip Chantek berkata...

thanks nad! same goes to you :)