بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 28 Februari 2011

Dugaan Hari Isnin :)

Okay...aku tanak marah. Nak senyum je ni :) dugaan tu biasalah kan? lumrah manusia yang lemah. Emo gila oh aku entri yang sebelum ni. haiyoo. mintak maap.

Yang keje2 incik mfk dan en amirul dah settle. walaupun masa representation hari jumaat ritu incik mfk tak puas hati sampai kami2 terpaksa berdiri nak dekat 1 jam kat depan. Lenguh gila oi diri. Aku bukan present pon. Group aku divide tugas 3 orang je yang present. Aku tak present sebab aku yang buat slide. Hohoho. Takpe laa. Inche mfk treat macam tu sebab beliau nak didik kami. Lepas ni semua dah nak masuk industri. For sure dugaan & cabaran lebih besar kan...so anggap je latihan dari sekarang~ takpe. lepas ni saya akan make sure kan incik mfk berhenti membebel. just take a look at our job. hohoho~

en amirul? huishh..senyum mengembang aku. hakhak. pendek cerita, dia puas hati. dan telinga aku sempat la mendengar beliau cakap, "very good" :) representation okay. representation. kalau berani beliau kate tak okay, memang aku hentak2 kaki.


Ni salah satu slide yang aku buat untuk en amirul. tido kul 4 pagi babe.


Okay lah. Itu cerita jumaat lepas. Hari ini punya cerita, memang dugaan.

Subuh tadi celik2 je mata tengok rumet tengah berteleku depan pintu. Bilik aku sekarang tinggal 3 orang je. Tersentak la jugak tengok dua2 rumet macam tengah berdiskusi depan pintu. Kejadah? Dengan rakusnya aku bangun dalam keadaan mamai, "kenapa tu?"

"pintu tak boleh bukak." jawab rumet2 aku.

"ek? apakah?"

Haa ape ke nama entah benda kat pintu tu..selak? yang kunci tuh haa..tetibe tak leh nak pusing. berpeluh semua terkunci kat dalam. Cuba try test bagai dengan macam2 usaha, gagal jugak..jam dah 6.40 pagi. Nasib lah jugak rumet2 aku bukan jenis panik, so dengan dugaan subuh2 hari ni kitorang cuba rilek, tarik2 napas sket, bertenang. Last2 rumet aku amik sudu, dia jolok macam mana tah last2 dapat gak bukak pintu. tapi...tapi...pintu tak leh kunci! satu masalah gak. Lubang kunci dah berpusing 270 darjah. Tapi nak tanak kenalah jugak try kunci kan. So, lepas terketar2 try kunci, dapat lah kunci sebelum nak pegi kelas jam 2 petang. Masalahnya pulak lepas tu, dah boleh kunci takleh nak bukak balik plak. Aigooo...rasa nak pelempang je pintu ni nak main2 plak haa.

Then jam 2 petang tu pegi kelas macam biasa, kelas risk. ada test. tapi kitorang pegi lambat sket sebab jumpa puan KP. so dengan langkah yang agak tergesa-gesa, kitorang pon jalan lah dengan selaju mungkin nak sampai kelas konon2 on time. Masa dah sampai depan pintu kelas tu terserempak ngan 2 orang classmate laki. Selama ni tak pernah la pulak nak bertegur sape tetibe yang sorang tu tanya, "korang nak g kelas ape?" dengan pandangan sekilas tajam kepada beliau, aku terus melangkah masuk dengan konfidennye ke dalam kelas itu tanpa menjawab pertanyaan beliau. Jawab aku dalam hati, 'kelas risk laaa..itu pun mau tanya ka. dah depan kelas kott'. tapi sejurus melangkah, aku nampak incik mfk tengah berdiri kat meja pensyarah.

"ekkk???"

ape ke hal tetibe incik mfk ajar risk plak ni? ingat sekolah ke ade guru ganti? kami bertiga blur. yang budak2 dalam kelas tu pulak, dimana kesemuanya kami kenal dok sebok cakap ulang2, "kelas RM xde. kelas RM xde."

Amendenya kelas RM? kitorang datang kelas risk kot. Sejak bila pulak kitorang amik RM dua kali? (bagi kami RM stand for Research Methodology. dah amik masa part 3). mungkin ade yang memahami kesengalan kami...sebab walaupun semua orang cakap kelas RM xde, tapi kitorang nak gak terpacak dalam kelas tu. Maka adalah seseorang ini berkata,

"kelas risk takde. korang tatau ke?"

Haa??? kelas risk xde??? *hentak2 kaki*

terus blah sebelum mfk nampak.

eeee nape xde sape pon bagitahu? sampai nya hati. tak kesah pun dah 'terdatang' fakulti tapi at least bagi la tahu kelas xde. malu gila woo salah kelas. yang kelas ade incik mfk tu kelas ganti. sebab tu dorang datang. yang kagumnya, ingat pulak dorang yang kitorang ni bukan kelas dorang subjek mfk tu. Sabor je lah. tak pernah lagi rasa pengalaman salah masuk kelas ni. yang paling tak leh blah tahap konfiden tu. memang harus direspek. *malu*

balik dari kelas, pintu bilik masih jugak begitu. tak sempat jumpa orang opis. so, sekarang ni aku ngan rumet2 aku bergilir2 jaga bilik. tak sape berani kunci pintu T____T

esok ade TIGA test. whoaa! abes test aku nak g berfoya2 kat 3 serangkai. letih jadi nerd weekend hari tu. hoyeahhh.



notakaki: ade tak aku bagitahu kat level blok aku ni dah seminggu takde air? dugaan lagi :)

7 ulasan:

viorviolet berkata...

sabar sabar sabar..
best part yg class RM tuh..konfiden terlampau.haha

zyra j berkata...

hakhakhak :D :D :D
kelaka laa. wat ak nk gelak guling3 je. tehee sorry. eh gdluck test. :P

Aanis Alexis berkata...

sabor la dgn dugaan yg melanda....

Tulip Chantek berkata...

vior: kalau ko ade sekali tgk tahap konfiden & muke blur kitorang lagi la ko gelak gile2 kot. malu gile wehhh!!

zyra: haha. sengal gile. konfiden yg x leh blah tu. adoyaii.lawak gile igt2 balik

anis: trimasss :)

hikariee berkata...

hehehe.kelaka.baca post ni tringat kena dr sdr part shortform nama subjek tu.XD

hikariee berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Tulip Chantek berkata...

haha. tu lah. belajar lah dari kesilapan yang sengal ni ye =p