بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 23 Februari 2011

Current Life

Sambung entri sebelum ni. Tadi berhenti sebab menjalankan tugas sebagai suri rumah. Silap. Suri kolej. Eceyh.

Habis tak jalan segala kerja aku malam ni. Bagi cik otak rehat kejap sambil melepaskan tekanan yang semakin tertekan ni ya?

Minggu lepas minggu test. Minggu ni minggu presentation. Semalam presentation kelas mfk. mfk tu lecturer, bukan subject. Mungkin faktor beliau tak sihat, mood tak berapa baik maka beliau tak puas hati dengan presentation kami. Kena marah -_-" Ah silap kami. Benda ni dah lama. Kerja sebelum cuti mid term hari tu. Tapi sebab dua minggu berturut2 kelas cancel, baru semalam dapat present. Slide okay, tapi explanation kurang. Sebab takde effort kan..xde discussion. Memang dapat la sebijik ngan beliau. Aih, manusia memang sering melakukan kesilapan. Tapi aku tak suka kesilapan yang disengajakan. Dalam kelas tu, group aku antara his favorite. Selalu die datang menjengah kat group bab2 beliau bagi kerja2 ringan. Sebab group aku yang selalu take action. Tak best weh bila lecturer punya mood dah macam bengang je tengok student tak buat kerja. Bukan suh angkat kayu balak pun, kerja2 mudah je pon. Tapi ramai yang buat selenga. Skang ni dah tambah satu job lagi. islamic finance news. malas la nak cerita. ni assignment every week. -_-" tapi mfk, a very concern lecturer, lepas abes present tu terus beliau datang kat kami, "what happened to you guys??" aku pun tak percaya performance merundum2 jatuhnye...kitorang senyap je..kene present balik jumaat ni. lalala~

hari ni pulak present sukuk kelas en amirul. hurm, en amirul n mfk ni ofismate. muda. maka agresif mereka boleh tahan gak la bab2 mengerah tenaga otak student. en amirul ni baru 27 tahun. muda sangat okay. masa tengah present tadi kantoi aku tak dapat jawab soalan dia. senyum sumbing je lah kan. lepas tu ade sorang student lak nak tanya. kantoi lagi tak dapat jawab. pastu en amirul tambah satu lagi soalan. tiga2 soalan kami jawab dengan senyuman kelat. tapi lepas abes present en amirul terus cakap good. *senyum bangga* tapi jumaat ni kene present lagi sebab gagal menjawab soalan. -_-"

siap satu kerja bertambah 2,3 kerja. sibuk. sebab tu blog ni jadi berhabuk. kalau nak kata aku online tu, ya, memang hari2 online. kalau ada yang perasan, lepas isyak tu mulalah hijau kat chat facebook aku tuh kan. sebab aku malas nak appear offline. lagipun bukan ada pun orang chat ngan aku so benda tu tak jadi annoy pun la bagi aku tapi maybe annoyed bagi orang lain yang tengok aku ni macam rileks je asyik online kan...aku perlu on facebook & yahoo messenger bukan sebab semata2 nak bersosial bagai komen itu ini, tapi kadang2 aku discuss ngan mate aku guna dua benda alah tu. dan kadang2 aku dapat info melalui facebook jugak. kadang2 kawan2 chat ngan aku discuss academic. yang komen2 aku tu memanglah nampak macam riang gumbira je kan, but it doesn't means aku sedang menggoyangkan kaki sambil nyanyi lagu kaho naa pyaar hai. aku memang perlu online sebab banyak kerja based on internet. yelah. teknologi di hujung jari kan. tapi bukan online semata2 mengadap facebook tunggu orang komen. kerja jalan gak even lambat sikit la kan. ni aku sentap la ni bila orang cakap aku dok online facebook je mengomen bagai, sombong la bila orang nak chat saje2 aku tak layan. aaa jangan pandang course aku sebelah mata je. jangan pandang aku student yang main2. aku susah hati ni banyak kerja tak siap2 lagi. ade mase aku boleh la entertain. ni aku takde masa, tido dah tak menentu, makan pun lari dari jadual asal, ni belum lagi tambah masalah2 yang aku malas nak fikir, kalau aku langsung la x berhibur kat fb tuh, jumpa aku next time dah jadi zombi agaknya. tak pun kak limah.

mfk punya kerja memang tak pernah tak banyak. yang paling utama sekarang ni ada dua assignment tengah menungggu2 nak kena submit. yang kerja kurang utama, banyak. tak tersenarai. assignment en amirul boleh kata settle 70% tapi since jumaat ni kena present balik so kerja berganda dua. assignment advance fiqh muamalat ada empat. 1 kerja group, tiga lagi individual. qawaid fiqhiyyah, tunggu masa nak present dan hantar report. yang menjadi susah, sebab assignment2 ni berkaitan dengan hukum2 Islam, shariah, fiqh, company etc. Kalau tak berkaitan pun memang tak boleh buat main, maka memang tak boleh lah nak main2. Test? yang tu lain cerita.

lecturer baik. suka semua. takde masalah pun dengan dorang. just kerja banyak dan masalah dalaman yang tatau lah apa. praktikal? haha. yang tu kelamkabut jugak. see? how busy my life currently.

Besar cabaran menjadi student final semester -_-"




4 ulasan:

zyra j berkata...

Ak dah lalui. ak phm. xpe, kuatkan smgt! nnt bbaloi rsenye dpt grad. :) if anythg blh share ngn ak. ak pn jrg nk kco ko sbb tau ko bz. xkan nk bgosip je mmanjang kn? hahahha

Tulip Chantek berkata...

okay. aku akan ganggu hidop ko pasni. ko dah balik kinabalu kan? hoyeahh. boleh wat sesi luahan hati ;p

zyra j berkata...

ak bsedia dganggu. T.T huahahha boleh2!~

Tulip Chantek berkata...

hehe..sayang kamoo :)