بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 29 Disember 2010

Relationship.

*senyum*

Serius. Saya tak tahu macam mana nak mulakan dan saya tak tahu apa yang saya nak taipkan. Saya hanya ikut arahan otak dan hati :)

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih pada dia. Terima kasih sebab dalam ramairamai gadis kat luar sana dia pilih saya untuk disukai. Terima kasih sebab dalam kesombongan saya yang begitu dingin dalam mereply setiap sms yang dikirim, dia masih tak jemu untuk terus menghubungi saya. Terima kasih sebab pernah ajak saya kahwin sebanyak dua kali. Terima kasih. Terima kasih sebab tak memahami.

Saya sangka semuanya sudah selesai bila masa saya katakan pada dia yang hati saya telah dimiliki. Hubungan saya dengan dia tak mungkin akan menjadi lebih dari seorang kawan. Dan belajarlah lupakan saya. Nampaknya dia betul2 degil dan tak faham bahasa :)

Hal hal yang berkaitan dengan perasaan, hati itu semua bukanlah dalam kawalan kita. Maksud saya, kalau dah hati kita terberkenan kat seseorang, bukanlah senang2 kite je nak matikan perasaan tu. Sebab kita tak pilih untuk jatuh cinta, tapi hati kita yang pilih. Saya rasa macam tu la kot. So, perasaan dia dekat saya, mungkin datangnya sebab dari diri saya sendiri jugak. Siapa tahu? Dan mungkin apa yang saya perlu buat, tolong dia untuk pergi jauh dari saya. Saya betul2 letih. Letih.

Saya tak kisah kawan dengan siapa. Kalau rasa boleh in dengan saya, then go on. Saya faham kadang2 bila kita rapat dengan seseorang, kita boleh jatuh suka kat dia. Kalau suka sama suka, jadilah kita pasangan bercinta. Dan kalau suka sorang2, jadilah kita bertepuk sebelah tangan dan nangis lah sorang2. Dan saya, sama ada saya suka atau tidak, biarlah saya simpan dalam hati. Biarlah buat masa ni ayat2 sweet saya hanya untuk girlfriends sahaja. Jangan lah mimpi saya tibatiba sms bagitahu sy rindu walaupun masa tu saya memang tengah teringat. Saya tak mahu saya, dia atau awak (yang sedang membaca ini) dibuai perasaan yang tak sepatutnya itu. Saya betul betul nak rasa keindahan cinta itu selepas kahwin. Walaupun bunyi macam impossible je kan...

Bercakap tentang perkahwinan, semua orang tahu ia perkara besar yang bukan boleh nak dipandang remeh. Ia bukan sekadar melibatkan kos yang menelan belanja ribuan ringgit. Tapi lebih dari itu. Ya. Perkahwinan menyempurnakan separuh dari agama. Kita dinikahkan bukan semata mata sebab menyatukan dua hati yang bercinta, tapi disatukan kerana kita saling melengkapi untuk menyempurnakan agama Allah. Suami membimbing isteri dan isteri bersedia dipimpin suami. Bakal suami mempersiapkan diri untuk menjadi imam kepada keluarga yang bakal dibina, dan bakal isteri mempersiapkan diri untuk menjadi suri dalam rumahtangga. Dan untuk diri saya sendiri, mungkin perjalanannya masih jauh ke arah ini.

Sekiranya ditakdirkan saya telah bertemu dengan jodoh saya buat masa ini (yang saya sendiri tak tahu siapakah beliau), saya cuma mampu minta pada Dia Yang Maha Mengetahui, tetapkan lah hati saya pada dia. Kuatkan lah hati saya untuk menerima baik buruk dirinya. Bukakanlah pintu hati saya untuk mensyukuri nikmat kurniaanNya dan peliharalah hati saya dari hanyut dengan keindahan semua ini. Bagi saya, segala perasaan itu biarlah saya simpan sendiri. Jaga elok2 dari pengetahuan dia. (apsal bunyi macam dah ade seseorang ni...ngaaa)

Sebab untuk involve dalam hal2 serius seperti relationship ini biarlah masa tu masing2 dah bersedia untuk ke arah itu. Maksud saya, buat masa ini kita berkawanlah. Segala rasa dalam hati yang indah2 itu kita simpan lah. Supaya kalau kita terjerumus dalam zina hati sekalipun, biarlah kita sorang je yang tanggung dosa zina tu. Jangan kita ajak orang yang kita sayang sama2 join zina hati tu. Kalau mungkin kita ni dah bersedia untuk bernikah, kita risiklah dulu orang itu samaada bersedia atau tidak. Kalau dia tak bersedia, kawal lah nafsu. Mungkin jodoh tu ada tapi belum sampai masanya. Yakin lah dengan aturan Ilahi. Ia semestinya terbaik buat kita, dan buat dia yang kita sayang. Paling penting, jagalah hati kita baik2. Walaupun sebenarnya sangat sangat susah kan...

Dan buat masa sekarang ini, jangan lah ajak saya kahwin. Semata mata sebab tahu yang saya ni tanak couple2 maka itu tidaklah melambangkan desperatenye saya untuk berkahwin. Terima kasih jika meletakkan saya sebagai calon untuk menjadi permaisuri hati. Tetapi selesaikan lah dulu komitmen2 yang lain. Komitmen pada keluarga dan kerjaya terutamanya. Jangan lah rasa terdesak untuk menikahi saya kerana risau ada yang lain berjaya memiliki saya. Yakin lah dengan jodoh pertemuan di tangan Allah. Walaupun saya tahu perlu ada usahanya juga, tapi biarlah usaha berpada2. Janganlah dirindu rindukan saya sebab saya memang tak mampu membalasnya melainkan kepada yang berhak - suami saya.

Saya membayangkan percintaan yang mudah. Berkawan. Mengenali hati budi. Sampai tiba masanya bila dah bersedia (dari segi mental & fizikal, ekonomi etc), risiklah. Sama ada masing2 ada hati kepada diri masing2, bersediakah untuk bersatu sebagai suami isteri. Maka kita teruskan langkah ke alam pertunangan sekiranya mahu untuk melihat lebih keserasian antara kita. Dan seterusnya, bernikahlah. Segala cintan cintun sweetie2 things pegang tangan dating hugs & kisses dan segala macam lah yang the other sweet couple always did, we make it after we become marriage couple okay? :) Tapi kalau dah tak berjodoh tu, kita doakan lah kebahagiaan masing2. Walaupun sangat sakit nak melepaskan yang tersayang pergi. Tapi siapa tahu hebatnya perancangan Allah? Kita kecewa kehilangan dia, atau dia kecewa kehilangan kita, dan Allah gantikan seseorang yang dapat membuatkan kita tersenyum dikala hati berduka, yang sentiasa berusaha membahagiakan hati kita lebih dari orang lain cuba nak membahagiakan kita. Yang setia di samping kita saat susah dan senang, yang sentiasa berusaha untuk memahami hati kita yang kadang kadang kita sendiri pun tak faham. Siapa tahu?

Hormatilah pendirian saya supaya saya mampu menghormati bakal suami saya. Dan cukup lah for those words love thingy rindu sayang muah2 jom dating bagai yang menggelikan jiwa.

Yes. Maybe I'm not found that one yet so that's why I feel like geli2 etc right? I know that's what you're thinking.

Sahabat2 saya yang berhati mulia, tolong ingatkan saya selalu bahawa cinta yang dibenarkan dalam agama kita adalah cinta selepas nikah dan tolong tarik saya andai saya mula hanyut dengan nikmat cinta bisikan iblis.

Guide me on the right path.

Semoga hati hati kita semua terpelihara. InsyaAllah.


notakaki: dia yang diceritakan pada awal2 entri tuh rasanya tak tahu pun kewujudan blog ini. Haha. Oh btw, am I matured enough to talk about this relationship thingy? Ngaaaa~

Selasa, 28 Disember 2010

Yang Aku Rindu :)

27 hari yang indah. Tiga hari di rumah ema, lapan hari di desa Padang Rengas, dan selebihnya di bandar Alor Setar. Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk melalui hari hari yang indah ini.

Aku paling suka pemandangan hijau sawah padi dan birunya langit. Walaupun sepanjang kat negeri jelapang padi ni hampir setiap hari aku dapat tengok pemandangan ini, tak pernah rasa jemu. Sentiasa mendamaikan. Tenang.

Lebih kurang 2 minggu kat rumah kakak, tak pergi berjalan mana pun. First weekend, balik kampung pegi kenduri kahwin kak Irni & abg Razmy. Second weekend, masak2 since tak jadi pergi jambatan gantung. Third weekend, aku kat kampung. Lagi laa duduk terperap je langsung tak ke mana. Fourth weekend, pegi Penang. Yang ni je la rasa berjalan. Pergi DinoTrek 2 kat Seberang Prai & makan Char Kuew Teow kat Sungai Dua. Oh marvelous! It's okay then. Since the moment we are together is more precious than everything else. Oh kenapa kakak kerja jauh? Balik lah KL. Balik!!

Sila lah jangan emo.

Dan beberapa hari kat kampung, betul2 buat aku rasa sangat rindu. First time rasa bila balik kampung ramai anak dara. Biasa anak teruna je yang bersepah sepah. Aha. My niece, Tikah n Timah dah besar. Dan pandai kerek ngan maksu dorang. Sabar je lah. Aktiviti harian kat rumah tu ape je. Tengok Putera Katak, rebut2 nak online (walaupun laptop aku privately own by myself tapi haruslah consider since aku guna wifi free kot kat rumah tuh...hoho..so tak boleh selfish la kan...), buli Toy & Bulat sampai aku rasa Toy bila nampak aku je akan rasa tension. Ngeh. Kucing rasa tension? Aha but I'm so in love with Toy gedik yang sombong. Dia tak suka oh orang nak belai2 dia, main2 ngan dia. Bajet hilang macho la tuh kononnya. Pastu muka nak control je manjang. Cett. Geram aku. Tapi bila lapar memang tak boleh blah. Mula la nak datang dekat, gesel2 sampai habis melekat bulu2 dia kat baju seluar aku..adoii..dan paling kritikal kalau tak layan dia time tuh, sure dia akan cium pipi! Auwww...gatal la Toy ni! Dan Bulat, kucing yang sentiasa membebel. Dari kecik, sampai dah berapa kali beranak, still bising. Tapi comel :)

Bulat. Bunting aje.

Toy hensem.

Toy???? Erkkk.


Okay. What else aktiviti di desa indah permai? Pergi kubur mak, jalan2 pusing kampung. Jalan berdua ngan Ayang. Dan baru perasan dah lama rupanya aku tak berjalan2 melihat desa ni. Tau2 je kalau balik dok umah Mak Long. Teruk betul la. Borak2 ngan Ayang, cerita kenangan2 lama masa kecik2. Raya pusing satu kampung la, takut dengan labah2 la, dan paling yang confirm aku ngan Ayang takkan lupa, kitorang pernah jatuh basikal atas kubur lama. Sebenarnya tak lah seram pun sebab masa jatuh tu bukannya tahu pun jatuh atas kubur. Tapi yang menjadikan seram tuh sebab aku langsung tak cedera apa2 tapi kat betis aku ada kesan tapak tangan yang sangat besar! Aku ingat lagi lelaki2 dalam rumah semua dok compare size tapak tangan tu but seriously, its too big! oh seriau kott. Btw, Ayang is my cousin. Nama dia Nadia.

Sungai kat belakang rumah.

Jalan nak menuju ke rumah Mak Long. At the end of this road, is the house :)
Dan dan aktiviti paling best dengan sepupu sepapat dan anak saudara, masa tidur. 5 orang tido berhimpit dalam satu bilik yang katil dia besar sikit dari single tapi tak sampai ke size queen. kaki pun sampai terjulur keluar. Tapi yang muat atas katil 4 orang je la. Haha. Sempit gile. Langsung tak boleh nak kalih tapi kitorang okay je tido dalam keadaan macam tuh. Borak2 as usual before masing2 pengsan ke alam mimpi. Ajak tido bukan main awal tapi biasa dah dekat pukul 2 baru la senyap. Borak tak habis2. Sambil2 online, dengar lagu dan main game. Memang hebat! Really. I miss that sweet moments. tido sama2, bangun sama2. Never feel lonely. Tengok cerita hantu kat youtube sambil pejam2 mata, pura2 busy ade keje nak buat (aku laa tuh sebab tak suka tengok cite camtuh tapi dipaksa tengok...warghhh). haih. I miss Ayang much since most of the time I spent with her more. Takpe laa nanti balik kampung or dorang datang KL boleh je jumpa kann.. *smile*

****************************

Masa kat rumah Ema, tak banyak sangat aktiviti yang dapat dibuat. Plus aku kat sana kejap je. Tapi sempat lah g jalan2 kat Pekan Rabu & City Plaza lepas tunggu bas hampir sejam lamanya sampai rasa nak terbakar belakang badan..panas sungguh. Tengok Ngangkung. Kelakar. Tapi ending tak boleh blah. Banyak masa habis kat rumah. Borak2 semestinya. Haha. Bunyik cam aku ni talkative person plak. Maybe with the whom I'm comfortable with... :) Tengok movie sama2 kat laptop. Listen to each others stories and updates. Ema, my first best friend bila jejak kaki kat UiTM empat tahun lalu. She is one of the best person that have come to my life. And I am so glad she is one of the chapter of my life. Terima kaseh, sahabat :)

With her birthday gift :)

****************************

Now, I'm badly missing my sis. My only sis in this world. And hereafter. Kakak yang dah banyak berkorban untuk adik dia yang senget ni. Dari aku kecik sampailah sekarang. Especially bila mak dah takde, she's the one yang berkorban untuk kebahagiaan adik2. Tanak adik2 hidup susah. I know it. I realized it. Long time ago. She's the only who always ask for my opinions, the one who will listening on what I'm going to say. We share the same interests, we love to do things together. Walaupun beza umur jauh. 10 tahun. I'm glad that currently, she comes to me when she have difficulties through life. I am a woman after all right? dah dewasa. Dah boleh faham cabaran hidup menjadi seorang dewasa. Walaupun mungkin kadang2 masih immature & budak2. Still, I am a young 21 years old lady. Haha. Dan bila aku bagitahu kakak yang dah tiba masa untuk aku kembali ke Gombak ini, she's being upset. Even she's never show it. She's trying her best to spent much more time with me while it still left. Dan hari terakhir itu, kami sempat tengok cerita Kak Limah walaupun I'm not happy at all. Lawak la kan. Takkan la tak lawak. Lepas tu kakak belikan aku kasut baru as she promised me before. Oh sure. I really love that sweet cutie shoes! It's simple but it's value. That the most important for me. Terima kaseh, kakak. Terima kaseh sangat2. Kakak sangat berat hati nak bagi aku balik malam Isnin tu so it makes me really sad okay. Dalam bas dah bergenang dah tengok kakak kat luar tunggu sampai bas gerak. But it's time now. I need to go home to prepare myself for the next semester..course registration etc. Lagi lambat aku balik lagi la tertekan agaknya nak lawan rindu. So I hope I will feel better after this. InsyaAllah.

Kakak & me.

Pusat Sains Cawangan Utara :)
Biasalah kan. Perpisahan itu lumrah hidup. Aku bersyukur adanya pertemuan. Pertemuan untuk aku menghargai hidup dengan lebih baik. Pertemuan yang sekejap tapi cukup berharga.

Semoga orang2 kesayangan bahagia selalu :)

Isnin, 27 Disember 2010

Melodi Hati

Ku teringat hati yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi, cinta?
Perjalanan sunyi yang kau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati, cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku, cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu, cinta

Sebelum Cahaya, Letto.
(Lagu ni sangat sesuai untuk aku...haha...so aku selalu imagine someone will sing this song to me...someone who see the loneliness in me...)

**********************************

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Ditempah bersendirian
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahNya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun jenuh hidup di palu
Pasti bertemu tenangnya....

Segenggam Tabah, Inteam
(Lagu yang menghiasi hari ketika hati menjadi lemah dengan dugaanNya...segenggam tabah dalam melawan arus dunia yang tak berkesudahan...semoga insan2 yang tersayang juga dianugerahkan ketabahan yang tinggi dalam kesabaran menempuh cabaran hidup...)

**********************************

It doesn't matter if I'm lonely
Whenever I think of you
A smile spreads across my face
It doesn't matter if I'm tired
Whenever you are happy
My heart is filled with love.
Today, I might live in a harsh world again
Even if I'm tired, when I close my eyes
I only see your image.
The dreams that are still ringing in my ears
Are leaving my side towards you
Everyday my life is like a dream
If we can look at each other and love each
I'll stand up again.
To me, the happiness of those precious memories
Will be warmer during hard times.
For me, hope is a dream that never sleeps.

Hope Is A Dream That Never Sleeps, Kyuhyun (SuJu)
(Suara Kyu Hyun ni best sangat...Walaupun lagu ni dalam bahasa korea tapi melodi dia memang cam best...lagu ni tatau la ditujukan pada siapa..just love the lyric and its melody...)

**********************************

Menjadi diriku dengan segala kekurangan
Menjadi diriku atas kelebihanku
Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Menjadi Diriku, EdCoustic
(Aku memang minat hampir semua lagu2 edCoustic...walaupun lirik dia simple dan ringkas tapi maksud dia mendalam...macam lagu ni...terimalah diri sendiri seadanya...sebab kalau kita tak mampu terima diri kita seperti mana yang telah diciptakan...macam mana orang lain nak terima kita macam yang kita harapkan..betul tak? jadi...bersyukurlah...)

**********************************

Siti Khadijah, srikandi sejati
Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang
Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Siti Khadijah, Inteam
(Lagu ni indah sangat...walaupun bakal suami aku nanti bukan lah seorang lelaki semulia Muhammad SAW, tapi sikap terpuji srikandi ini sewajarnya dijadikan ikutan buat bakal isteri seperti aku kan? Siti Khadijah, tokoh wanita Islam yang paling aku kagumi...dia kekuatan buat suaminya yang tercinta...yang sentiasa yakin dan percaya dengan dakwah suami...yang mempunyai keimanan yang teguh...oh dia wanita hebat!)

**********************************

Take every moment; you know that you own them.
It's all you can do, use what's been given to you.
Give me a reason to fight the feeling
that there's nothing here for me.
Cause none of its easy,
I know it wasn't meant to be.
I know it's all up to me.
It's all up to me.
So what am I gonna do with my time?
I'll take every moment, I know that I own them.
It's all up to you to do whatever you choose.
Live like you're dying and never stop trying.
It's all you can do, use what's been given to you.
All of the moments you didn't notice;
gone in the blink of an eye.
And all of the feelings you couldn't feel
no matter how you try.

Live Like You're Dying, Lenka.
(Appreciate the time that you have...before you lost everything in just a blink of an eye...betul laa...kita hidup kat dunia ni kejap sangat...banyak yang kita mungkin tak sempat nak buat kan bila dah janji sampai dulu...so apa yang kita dapat..walaupun mungkin tak sama dengan apa yang kita mahu...we must appreciate it..it's a precious gift from Him...I believe that...setiap perkara pasti ada hikmahNya..has its own miracle...)

**********************************

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Bila Rindu, Ruffedge.
(Lagu untuk mak...lagu yang bagi aku sangat rindu kat seseorang yang sememangnya sangat jauh...yang sukar nak digapai lagi...bawalah aku dalam pelangi, melepasi batas diri ini...mungkinkah?)

**********************************

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing
Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule 'cause there's nothing between you and your dreams

No Boundaries, Kris Allen
(Thanks for nadia yang memperkenalkan lagu ni kat aku...spirit! As long as you believe in your dreams, then nothing can make it a limit...melainkan takdir Allah...so selagi mampu, berjuanglah hingga ke akhir hayat selagi perjuangan itu di atas jalan yang benar...insyaAllah..the future is belongs to those who believe in the beauty of their dreams...isn't it?)

**********************************
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Muhasabah Cinta, edCoustic
(Kadangkadang dalam kelalaian dengan keindahan dunia..kecintaan pada manusia selalu membawa kepada pengakhiran yang mengecewakan...kalau kesakitan itu yang dapat mengeratkan tali percintaan kepada yang berhak, biarlah kesakitan itu disampingku..biar ia menjadi penawar dosa..biar ia menjadi jambatan kepada cinta yang hakiki...pimpinlah aku ke jalanMu yang benar dan lurus, Ya Rabb!)

**********************************

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

Always Be There, Maher Zain
(Lagulagu Maher Zain ni hampir semuanya best dengan suara & melodi dia yang sangat kena dengan jiwa...sure lagu For The Rest of My Life & InsyaAllah antara yang feveret...mungkin feveret semua orang jugak kan..lagu for the rest tu tak layak lagi untuk aku...so nak berangan pun segan..haha..lagu Always Be There, as a reminder. Untuk diri yang selalu lupa bahawa Dia Maha Mengetahu, Maha Mendengar. Kehidupan yang kita rancangkan, Dialah yang mentakdirkan. Jadi, pasti ada rahsia di sebaliknya..jika kita bersabar & beriman dengan rukun iman yang ke enam...insyaAllah)

**********************************

Bila aku sudah tiada
Simpan semua laguku jangan ditangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku
Siapa yang sangka bila tiba saat kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga jika saat ini Tuhan tentukan akulah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika kita mampu hidup selamanya

Bila Aku Sudah Tiada, Hujan
(Nanti, bila sampai masanya aku dah takde nak hiburkan hati korang, nak dengar ceritacerita korang, bila dah takde lagi update pasal aku...ingat la lagu2 yang aku suka..sebab kadang2 lagu yang kita suka melambangkan jiwa kita, diri kita yang tersirat..sebenarnya banyak je lagi tapi cukupcukup lah tuh kan...jangan rindu aku...sebab aku tak mampu nak balas dah nanti..okay?)

Done.
3.02 am.
27 Disember 2010

notakaki: aku rindu lah.



Jumaat, 24 Disember 2010

Saya Okay

Saya post entri ni untuk ingatkan kepada siapa siapa yang lupa,

sila faham bila saya bagitahu,

"saya okay"

means that,

saya tanak cakap dah pasal sesuatu isu itu. Sebab kalau ada siapa siapa yang lebih faham, itu hanya akan lebih melukakan saya.

Bila saya sedih dan saya balas dengan senyuman seperti ini --->> :)
maksudnya saya tak mahu berkongsi sebab saya tahu tiada yang nak mendengar.

Saya sebenarnya tak lah cool sangat. Mungkin lebih kepada buat buat cool.

Saya tak suka orang tahu kesedihan, kekecewaan saya.

Percayalah bahawa saya kuat dan tabah. Macam yang kebanyakan orang selalu cakap kat saya.

Ya. Saya wanita gagah.

Saya suka entri ini.

Khamis, 23 Disember 2010

I Am Okay.

I got the message just now. It's not the message that hurt me the most, or the sender that made me cry. Its just me. Feel bad for my bad attitude. Yes. I'm not a good person. And I don't need somebody else to tell me how bad I am.

I never been someone's special girlfriend and I never allow myself to declare in any love relationship. And is it a problem if I stay like I am for this 21 years? Is it a fault for me making friends with men where at the first sight I never know that he was taken by the other sweet lady?

Aku dah bosan kena maki. Just because everybody knows that I am a single lady so girls out there sangat susah hati when they get knows that I get along with their loved ones. Aku murah sangat ke? Aku ni jenis perempuan gatal ke? Am I the type that suitable for the gedix2 one? Am I ruin someone's relationship? Am I that bad?

The message is came from a man. Telling me that he loves his girl too deeply and hope me to understand him, and leave them alone. tibatiba okay. tibatiba. I got shocked. Aku kat luar. Hanging out with my sister. We are talking and laughing and all of sudden that messsage came.

He is my old friend. Knowing since childhood but getting closer with him about a year ago and I already know he is in a relationship before he disclose it to me. I know who is she too and we had a great conversation before. I'm not falling in love with him but I admit I do like the friendship that we have. As he is already taken, I never hope their relationship to be end as they are really suit to each other. She's is too much pretty as compared to me and I know I really not suitable for him. But yes, he is a good friend of mine. He listen to me where nobody would like to hear.

I don't like to involve in a fight. Especially for the things that sounds stupid for me. I rather to keep quiet or say something with a good words. We both know that we are not always keep connecting with each other. Aku sendiri lupa bila kali terakhir kitorang texted each other. And I know, it's not him that text me. Maybe it's her.

So I reply, asked him back if among our friendship days, is it I'm trying to stole him from her or ruin the relationship? I feel bad for him to think me that way as I never have intention to do so. But it is up to him to think about me that way. I won't try to change his mind as we already knows each other for years. Then I got the idea, as someone has told me before, telling him that my heart is already taken and my sweet words doesn't have any special feelings. He is only used to be my very good friend. I wish both of them are happy together. thanks.

And he didn't reply me back. And I didn't wish he will to.

Tapi die reply jugak. asking for apology for the words before and telling me its not him that text me, it's her. I got the point. And serious, I don't get mad because of these but he keeps saying sorry again and again sampai buat aku rasa sedih! I know who I am, and I know myself better. As you know that I am a cool person, yes I am. I'm not easily got panic. I'm not easily showing that I am hurting. I'm not easily to show my tears. Don't you get it? I am okay.

Its may change the friendship of us but its ruin the relationship between you and her. Don't worry about me as I am not going to die for you to leave me. I am a friend of yours and maybe our chapter has arrived to the end. I maybe hurt to lost my very good friend, but don't hurt her heart again. I know to heal myself. She is a good person as you told me right? and I believe that also.

If you read this, don't feel guilty okay? I'm not hurting because of you or her. I'm the one who hurting myself. Thanks for wake me up. Have a good days.

minum

Jumaat, 10 Disember 2010

Syukur

Hari ini dapat result semester 4. Walaupun tak mencapai target, tapi peningkatan memberansangkan.

Syukur. Alhamdulillah :)

Hati dah lapang selepas berterus terang. Walaupun rasa nak berpeluh-peluh menaip. Tipu sunat. Demi menyelamatkan diri. Semoga segalanya selesai. Terima kaseh pelangi :)

Syukur. Alhamdulillah.


notakaki: tahniah buat sahabat2 yang berjaya score untuk exam kali ini...dan kepada mereka yang mungkin kecundang...jangan dikecewakan sangat. masih ada masa, harapan untuk majukan diri. semoga kita sama2 muhasabah. kuatkan semangat.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.”
An Nisaa : 79

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432h

Alhamdulillah. Sudah 1432 tahun selepas peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang membawa seribu pengertian.

Hijrah. Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik.

Dan bersempena masuknya tahun baru hijrah ini, aku mahu menuju kepada perubahan yang lebih baik. Menuju kesempurnaan dalam kekurangan. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1432H :)

Khamis, 2 Disember 2010

Teh O Panas & Biskut Kering

Buat aku teringat kat bilik 3b0439, kolej melati. bilik tingkat 4 yang tiada kemudahan lift. yang membuatkan penghuni2 aras itu berat hati nak melangkah turun melainkan untuk ke kelas, pergi makan dan berfoya2. bilik 3b0439, penghuninya 4 org. sue, nadia, izzah n piqah. tp atas persetujuan bersama piqah berpindah bilik sebelah dan kami seludup ema menjadi penghuni keempat. bertentang dengan katil izzah.

kami memang setia bermastautin dalam bilik. terutama dalam jajahan katil masing2. tambah2 semua ada laptop dan hiburan tersendiri. sorg suka online, sorg suka layan movie atau lebih tepat lagi segala jenis video berkenaan super junior, sorang hantu game zuma, dan sorang lagi suka golekgolek. cuba teka aku yang mana satu? keh3

tapi dalam kesibukan kami dengan aktiviti2 hebat masingmasing, ada satu perkara kami bersatu hati. bila bab lapar dan dahaga. yang tuh komunikasi terbaik dalam bilik. jam 10 malam biasanya, seseorang akan bersuara,

"minum teh jom."

sambil jeling2 sue pembekal teh. izzah pembekal cerek elektrik pula akan bersuara,

"masak lah air"

sambil jeling2 sue & nadia kalau2 ada bekas air yang kosong. selalunya kalau takde pun akan ada kan jugak demi aktiviti khas kami di malam2 yang dingin terutama ketika musim final exam hari itu.

berkelah dalam bilik. bancuh teh o panas. ada teh sabah, teh lipton, dan paling best yang menjadi feveret - teh strawberry dari tanah cameron. mabeles. sambil minum sambil berbincang isu2 kedai kopi malaysia. merepek meraban. bergurau berketawa gembira. macam masing2 dah mahir dengan subjek peperiksaan yang bakal diambil. tapi 'perkelahan' yang paling kenangan, agaknya masa kerjasama empat penghuni balut hamper kecil untuk adik2. penuh keriangan. penuh kerjasama. walaupun tiga penghuni lain masih banyak exam yang belum diambil.

sungguh laa. rindu.

tadi bancuh air teh. tapi bukan teh o panas dari tanah cameron. united kingdom mari. raspberry and peach. boleh tahan.

tapi aku tetap cinta teh tanah tinggi cameron. dan suasana minum bersama rumet2 kesayangan.

weh, tak rindu aku ke?

Rabu, 1 Disember 2010

Bye Gombak!

Alhamdulillah. Dah sampai bumi Alor Setar jam 6 pg tadi. Weee...bye gumbak! Naik transnasional kat Duta diiringi abah buat julung2 kalinya. Terharu! Selama ni kalau hantar aku naik bas g mana2 tak penah la plak nak tunggu sampai naik bas. Tak kesah la bas pukul berapa pun biasanya abah tinggal je. Tapi semalam abah yang bawakkan beg dan sama2 tunggu sampai bas datang. Abah yang sebok tengok no plat bas supaya aku nanti tak tersalah bas. Walhal ada 2 biji bas je yang jam 12.30 malam. Abah tunggu walaupun aku just kena tunggu setengah jam pun. Sebelum naik bas tu sempat la salam abah sampai rasa macam naik bas nak balik asrama plak. Isk. Dalam kereta pun banyak la jugak sembang2 ngan abah. Doa makbul kan bila kita usaha dan doa? tanpa putus asa. walaupun makan masa bertahun-tahun. Alhamdulillah. Abah, Ija sayang abah :)

Hari pertama di rumah kakak. Jakun tgk tv. Pagi2 terus menatap MHI walaupun bukan tahu isi apa. huhu. Seronok tengok ada satu peti, dalam tu ada orang gerak2 - tv. haha. ape aku merepek ni? line broadband kat sini tak kuat. tak bestnye. susah la nak update lepas ni. chat pun asyik ter'off' je. so nampaknya kena lah aku menghabiskan masa dengan marathon movie (tu pun kalau ada rasa nak tengok), baca buku (rajin aku skang ni baca buku-musykil), main masak2 (kakak semangat tuh beli barang dapur suh aku masak...warghhhh) dan tido! hehe. Rumah ni sejuk. Kalau tido memang berat hati la nak celik balik. Huhu.

Sebenarnya hari ni rasa tahap sabar dah sampai limit. Dah hampir2 dah nak sound sedas dua. Tapi bila ingat yang aku ni tak suka layan orang2 nak provoke2 ni, psiko ngan isu2 basi lagi membosankan. Tapi dalam hati rasa nak marah la juga. Bila perempuan ni nak berhenti ganggu hidup aku???!! Ya Allah, sabarkanlah aku...jangan sampai aku tengking gak perempuan ni karang. Ni memang dah sabar tahap tertinggi dah ni rasanya. Dua tahun! Dua tahun menghantui hidup aku. Betul. kadang2 dah sampai ke tahap trauma bila dapat sms dia, ym die yadda2. huuu...kritikal.

Okaylah, sila jangan jadi emo.

Oh, gombak, saya mungkin kembali seminggu sebelum bukak semester. tapi tengok lah dulu macam mana. lepas ni nak lepak kampung plak. wifi free beb. tapi...tapi..tapi...sian cik nadiahalim. bertabah lah ye. if needed, I can call you. tapi aku tahu, kamu mesti nak cakap depan2 kan? nak nangis2 lagi. wuwu. bertabah. bertabah! tak boleh nak janji bila mahu pulang semula ke bumi gombak. huhu. take care!

dah lah. takde cerita menarik pun. bosan sungguh. ngantuk dah pun. *nguap2*

selamat malam. mimpi indah :)