بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 29 Oktober 2009

Saya Pelajar Fakulti Kejuruteraan ^^,

Tipu je.

Tapi fac engine ala ala fac aku lah gak bila time time final exam cam skang ni. hari hari g engine skang. terasa gak la macam banyak ilmu masuk dalam kepala tapi letey badan tuh bile da tetiap hari g bley tahan gak la. ni skang da rasa letey gila sampai macam blur je. adoyai.

hari tuh merasa gak la stay up kat engine sampai 6 pagi ngan jah n yah. tp tido lebey tekun dari study la.

hari ni paper qmt. not bad. macam gembira gak lah jawab. agak smooth cuma stuck kat 2 soklan tuh. kalo salah sumer ilang la 20 marks aku oi T_T

oh tadi masa nak tulis fac apa kat ketas soklan tetiba rasa macam sebak. i'm not an accounting student anymore...

hari ni gembira. ada kenangan yang manis >.<>

Jumaat, 23 Oktober 2009

Minggu Ini Minggu Terakhir Semester Ini

Semalam kelas terakhir PD..dan bila dengar kata kata terakhir lec, rasa macam sedih laa juga. baru sedar yang sem ni da berakhir. Next sem jumpa lec lain plak, classmates lain, subjek lain yg confirm confirm makin susa punya.
One thing yang kurang bila wat degree ni, aku xde class yg betol2 aku permanent. subjek ni kelas lain, subjek tu kelas lain. classmates pon bersepah sepah sampai tak ingat dia ni, dia tuh classmates tang mana. kadang kadang macam seday jugak selalu tak alert ngan class, fac etc. tp nak wat cane..da jadual memang tak sama. ade subjek part 1, 2 and 3. so sah sah laa tak sama dengan mereka mereka yg ikut normal path kan. Heh. Takde ape la.
Aku tak sempat salam salam ngan cik mashitah sebab aku tak pegi pon kelas last die. padan muka aku. lepas tu menyesal. warkkk. masa last kelas ngan pn aini ritu pon cam seday jugak. aku suka sangat sensei ni. hopefully dapat jumpa dia lagi walaupun assessment mark aku rendah je. 32. arghhhhh. tp dalam semua paper yg aku amik sem ni, aku paling suka qmt. slack, lec ajar tara paham. haih. susa ati betol.
Final exam lagi 6 hari je oi. Cuak cuak jugak. Study study jugak. Tapi faham n mampu tak apply tuh tatau la kan. Doakan aku weh T_T
Semoga korang korang semua pon success jugak final exam nanti k. Mintak mintak kita semua tak keras tangan laa nak tulis jawapan yang macam panjang panjang tuh kan. Otak pon hope tak beku lah dalam aircond. Heheh
Gambatte kudasai!!!

Khamis, 22 Oktober 2009

Congrats On Your Convocation, buddies :)

Pegi konvo dak2 fsg ari ni. Sebenarnya berniat tanak pegi. Tatau lah kenapa. Agaknya sebab major kawan kawan aku yang konvo rini semuanya lelaki, macam segan lah jugak. Haha. Poyo tak ayat tuh?
Din tetiba sms aku dalam kul 10 pg. Masa tuh aku baru je bukak buku nak study. Die sms,
"aku konvo"
oh my! aku sangat lupa. then aku paham lah kan da die msg tuh takkan laa aku just nak wish congrats je. so dengan segala gelabah nya, sms kawan kawan yang ade, ajak g konvo sekali. hehe.
Aku sampai 1 jam lepas dorang da kua dewan. Nasib lah din ade lagi kat foyer. Konon konon g sana nak jumpa Din n Eddy. Din jumpa lah. Siap gambar2 lagi tp Eddy, haram. Kenapa ntah asyik terhalang je nak jumpa beliau ni. Frust jugak lah tak dapat tengok dia pakai jubah. Hurmm.
Pastu jalan jalan kat foyer, sempat jugak lah jumpa kawan kawan lain yg konvo jugak. Dan sempat aje amik2 gamba. Da laa guna kamera pinjam, pastu wat cam harta sendirik plaks. Adeyh.
So here the list of them, CONGRATS FOR YOUR CONVOCATION!!!!
:: aizuddin ahmad imran ::
:: nurul redzuan mansor ::
:: nur farhana yusoff ::
:: shida aka redzuan's gf ::
:: wan mohd faidhi wan azeland ::
semoga korang korang semua akan terus success dalam idop k :D

Jumaat, 16 Oktober 2009

mahu pergi dan lupa kan semua

sudah lelah dengan semua ini. sudah puas untuk lara.

maaf untuk segalanya

menyesal kenal kamu.

Ahad, 11 Oktober 2009

Doa Buat Bonda Yang Tercinta...

Ya Allah,
hari ini aku berdoa buat ibuku yang tercinta
ibu yang telah melahirkan dan mendewasakan aku
ibu yang telah banyak berkorban dalam menjadikan aku seorang manusia yang sempurna
yang mungkin datang dari keturunannya
namun lebih tepat datang dari kesungguhan dan kesabarannya dalam mendidikku
yang selalu melakukan yang terbaik, dengan penuh kecintaan
dalam melenturkan sikap sikap buruk yang ada dalam diriku.

Ya Allah,
rahmati ibuku
untuk waktu waktu yang telah dia korbankan
dan juga tenaga yang telah dia laburkan untuk anak seperti aku
yang pastinya tidak mampu untuk aku hitungkan.
Rahmati ibuku untuk segala pengorbanannya buatku
yang selalu dia korbankan untuk mencapai impiannya
hanya kerana mahu aku dapat menggenggam mimpiku.
Rahmati ibuku yang tidak pernah gagal berada di sampingku setiap saat aku perlukannya,
setiap saat aku perlukan keselesaan, galakan, atau hanya sekadar pelukan mesra.
Rahmati ibuku yang telah menyediakan tempat tinggal buatku
di mana aku berasa teduh di situ, aku merasa aman dan juga aku merasa ada nya asal usulku.

Yang paling utama, Ya Allah,
rahmati ibuku untuk cintanya yang tidak punya sempadan terhadapku
yang selalu mencintaiku walau dalam apa keadaan sekalipun
dan juga tanpa jemu menunjukkan rasa cintanya kepadaku
yang membuatkan aku rasa amat bernilai dan dihargai.

Ya Allah,
rahmati ibuku dengan cintaMu
anugerahkan lah rumah yang indah buat ibuku di alam sana
sepertimana yang telah dia anugerahkan buatku
tempatkan lah dia di taman Syurga yang bahagia
sepertimana aku selalu merasa bahagia di samping dia
dan lindungilah dia dari seksa api neraka dengan cintaMu
serta mandikan lah dia selalu dengan rahmatMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
terlalu banyak pengorbanannya untuk ku kira,
terlalu mulia cintanya untuk aku nyatakan

Dan sesungguhnya Ya Allah,
aku mencintai ibuku, aku mengkagumi ibuku, aku menghormati ibuku,
dan aku selalu berharap agar Engkau kembalikan dia padaku...

kesah spageti :)

hari ni aku n ja g umah ema. semata nak masak spaghetti. plan da lama. tapi after 2 weeks baru ade masa nak masak. yelah. masak spageti je da 2 jam. haha

xde la menarek mana pun cuma nak bagitahu macam best sangat kerjasama masak masak kat dapo. wahaaa. x pena pena pon laa nak rasa before this kan. agak lama gak la nak masak since semua cam x pro agy kan. aiseh. then siap wat 'meatball' lagi weh. x ley blah. idea aku tuh. ngeh3. tp x lah sehebat pizza hut ke ape kan tapi yang penting housemates ema cam suka lah kan 'meatball' aku tuh. haha

pastu air plaks wat laici susu. sumpah la sedap gile. ja buat. hoho. boleh dah la nak kawen pasni :p

mood xde lah skang nak bebel panjang2. isk. tuh je la nak btau. gembira dapat spent masa dengan sahabat sahabat. oh nadia xde sebab dia pose :)

bye.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Second Evaluation Have Done!!! :))

Sangat gembira dan syukur.

Second Evaluation dah lega. Orang kelima present. Wohoooo. Dan yang paling suka, most of them love my slides. Dan ade sorang buddy tuh bitau, she amazed seeing my slides. Suka3x.

Yelah. The first evaluation was sucks la kate kan. So need to revenge on the second presentation lah kan. Haha.

Madam said, "your topic is interesting, your slides is good but u didn't make it fun because u didn't move"

ape ape je lah. yang penting dah lepas. lega ^^,

oh paling best, i am the only yg present betol2 tepat 8 minit. Good time management ryte? haha

p/s: kedukaan minggu ni macam dah pergi. Alhamdulillah :)

Khamis, 8 Oktober 2009

Gamat :)

Hari ni, first time dalam hidup, g tengok teater. GAMAT.

Haha. Macam x percaya je oh. Macam x penah teringin pon nak g tengok teater. Tapi ade keinginan nak tengok orkestra. Boleh tak macam tuh?

Teater Gamat best. Tak rugi tengok. Dan pas tengok teater tuh terus rasa tingin nak tengok teater lagi. Haha. Gila lah.

Aku suka Udang Galah. Kakak Gamat comey. Gamat lagi la comey. Pastu cam teruja gak lah tengok Amy Mastura aka Ibu Gamat n Natasya Hudson as Ikan Buntal.

Aku g ngan classmates Personal Development. Oh oh oh demi nak tengok teater ni semangat gila kot g beli baju baru. Kemeja you. Macam smart gila je rasa. Selama 3 tahun belaja ni macam x pena je pakai kemeja. Har3. Tapi ok lah kan. Pegi Istana Budaya kot. Proper la sket kan. But as usual, untuk masa masa sekarang ni, aku xde gambar g mane2 pon. Seday! :(

Tapi da view was amazing. Aku suka seni lah.

Tengah bayangkan diri sendiri hidup dalam dunia seni. Wahhh...indah :)

Sabtu, 3 Oktober 2009

Tugasan Bulan Ini

  1. 06102009 - test 2 QMT 425
  2. 07102009 - teater GAMAT, ini assignment MGT 543
  3. 08102009 - test 2 OPM 530
  4. 09102009 - evaluation 2 BEL 492 (mungkin kena)
  5. 12102009 - group presentation OPM 530
  6. 13102009 - test 3 QMT 425
  7. 14102009 - writing test BJP 401
  8. 16102009 - submit group project report OPM 530
  9. 16102009 - test 4 QMT 425
  10. 21102009 - listening test, submit group project report BJP 401

*speechless. banyak gila benda nak kene settle before FINAL EXAM weh...