بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 29 Julai 2009

Blues Again~

Lantak la korang nak kate or rasa ape bile bace entri2 aku kali ni. sebab aku x mampu nak menanges di hadapan umum, so kat sini je laa aku mampu gtau ape yg aku rase. [walaupun da cam berazam tanak cite seday2 kat sini..haih]
skang ni aku menumpang kat umah cousin aku agy. maybe sampai abes cuti la kan. n abah masih tatau ape yang blaku kat aku. tatau harus ke tak gtau abah...
i am not belong to gombak anymore. T_T
selama ni aku rajin balik umah sebab nak jumpa abah je. itu pun bukan selalu dapat. biasa time aku merengek suh abah amik kat putra, n masa aku merengek suh abah anta aku balik shah alam. tu je chance aku nak jumpe abah. xpon kadang2 abah bawak g lunch. susah. nak jumpa ayah sendiri pon susah. tp xpela. mungkin memang itu yang Allah aturkan. hubungan aku ngan abah baik apa...
aku rasa aku memang dah ada penyakit trauma yang baru skang ni. bila aku rasa instinct macam ada lelaki yang marah, automatically aku rasa kecut perut. tetibe rasa cam vibrate satu badan. n tetibe rasa nak nanges.
aku rasa hubby cousin aku x brape suke aku stay lame2 kat sini.
aku dah mula fikir nak beralih tempat ni. tapi nak duduk kat mana?
oh sedih gila jadi 'penumpang jalanan' nih...
aku selalu takut ngan hubby cousin aku. die cepat marah, muke masam x bercakap. kalo die cakap pedih gile ayat. aku pena kot kene sound sbb wat anak die terjaga dari tido walaupun aku sangat x sengaja. bergenang tros aku kene mara dpn org ramai. T_T hurmm..die dah ade gaya cam x brape suke aku kat sini. yelah. aku dok sini xde benefit ape pun. menyusahkan lagi ade la kan.
nak harap adik beradik yg lain semua jauh. kakak still ngan induksi die lg kat penang. alang dok hostel tmpt keje die. sumer laki. xkan nak tido sebilik plak kan? sumbang mahram laa plak. abg sulung aku x tau laa die da tau ke x pasal aku ni. senyap je. aku pon tatau nak cite kt die cane.
haih. abang n abah manusia paling protector untuk aku. dorang x ley tengok aku hidup susah. pak long n mak long lagi la. x izin aku menanges. ni pon dorang tatau gak. isk sedih gile kalo dorg tau aku sampai camni.
macam mana aku nak cite kat dorang yang nurani aku sangat terluka?
siapa yang suka hidup menumpang? siapa? siapa yang suka meraih simpati orang? siapa?
kalo tengok in real aku ok je. relaks je ley gelak2. tp bile sebut pasal rumah, diam. aku tengah pk kalo orang tanye aku asal mana, maybe pasni aku kene gtau aku asal malaysia je kot. pandai2 lah kau pilih aku nak asal mane. best gak tuh.
hope pasni da xde cuti panjang. xtau nak merempat kat mane. cey, selfish gila request. orang lain semua ada umah la...kau sorang je xde umah izzah T_T
tak sabar nak balik kolej. cepat lah abes cuti.

Isnin, 27 Julai 2009

Dah. Dah. Takde guna nak sedih. Semua pun dah berlaku. Marah atau sedih macam mana pun takkan mampu ubah sejarah. Memang dah berlaku. Sedih untuk orang yang pentingkan diri sendiri, ego macam tu memang satu kerugian. Rugi. Dan kalau kalau aku diberi kesempatan dan kekuatan pasni, harapharap dapat hentak kepala dia. Tapi aku takkan buat pun. Orangorang yang akal pendek, fikiran sempit je akan wat tindakan macam tuh.

Nak tahu cerita?

Aku kena pukul dengan seorang lelaki. kelmarin. die sepak, terajang aku macam orang gila. menjerit jerit macam akal dah putus. die halau aku keluar dari rumah atau die akan pukul aku dengan lebih teruk lagi. nitemare. aku sangat takut. sebab, dalam rumah tu hanya aku dan dia je. die serang masa aku dalam bilik. aku nak lawan tapi sejauh mana kekuatan seorang perempuan? aku tak nangis pun masa keluar rumah. aku bawak duit ngan handphone je masa tuh. die suruh aku angkut semua barang aku tapi siapa dia nak halau aku?

kenapa dia marah?

sebab aku tegur sikap dia. sorry. aku lupa orang selfish, ego memang pantang ditegur. dan maybe itu akibat terbaik untuk aku.

tapi aku bukan tegur secara kasar. aku cuma tanya je. cuma silap sebab aku yang paling muda dalam keluarga, aku selalu salah dalam memberi pendapat. mana mana aku pergi pun pendapat aku selalu salah. kenapa ntah?

mungkin aku sepatutnya diam. jangan luah apa yang aku rasa. supaya nanti aku jadi macam dia. dan mungkin kau. pendam dan dendam.

siapa dia?

.

.

.

.

.

.

.

.

abang aku.

tak percaya? percaya je. aku tak tipu pun. memang dari dulu dia tak suka aku. jangan lah tanya kenapa sebab aku pun tak pasti apa jawapan sebenarnya.

dia adalah abang yang seharusnya aku seorang adik boleh berharap perlindungan daripada dia. dia seharusnya menjadi seorang lelaki yang mengerti kaum hawa sekuat mana pun, segagah mana pun mengharungi perit getir hidup tetap masih seorang hamba yang lemah yang akan selalu berharap kaum adam untuk melindungi bukan untuk menyakiti. dia adalah amanah dari dua roh yang telah bersatu menjadi ibu bapa kami yang mengharapkan kami hidup dengan aman dan damai setelah ketiadaan mereka. tapi hakikatnya, itu tidak pernah berlaku.

dia membuat aku sangat takut kepada kaum adam. dia buat aku teramat terkejut dengan suara yang meninggi. dia membuat aku berasa gementar bila mengingati tendangan, sepakan dia terhadap aku. dan pasti, dia membuat aku trauma.

aku tak pernah dihina sebegini sepanjang aku hidup.

jika lelaki seperti ini yang akan menjadi pendamping aku, mampukah hawa yang lemah seperti aku berdiri teguh dalam mempertahankan hak aku?

dia telah menghalau aku keluar dari rumah yang ibu bapa kami sediakan untuk perlindungan kami. dia telah membuat aku malu pabila tetangga mendengar suara teriakan kami. suara tengkingan dia yang menggila.

adik beradik aku yang lain semuanya jauh. dan cerita ini masih belum sampai ke pengetahuan abah. jika abah tau, akibatnya pasti menjadi sejarah. seboleh mungkin biarlah abah tatau. abah dah cukup bersusah hati bila aku tak dapat kolej masa register dulu. hidup menumpang sana sini. dan kini aku menumpang lagi. hati ayah manakah yang tidak akan berasa sedih melihat anak perempuannya hidup sebegini?

shit. dah mula sedih.

dah tatau nak kata apa. cuma harap korang yang baca, doakan lah aku kuat dan tabah. juga sabar dan redha menghadapi semua ini....


mungkin lagu ni sangat sesuai untuk aku kot..

I couldn't tell you why she felt that way,
She felt it everyday.
And I couldn't help her,
I just watched her make the same mistakes again.

What's wrong, what's wrong now?
Too many, too many problems.
Don't know where she belongs, where she belongs.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.

Open your eyes and look outside, find the reasons why.
You've been rejected, and now you can't find what you left behind.
Be strong, be strong now.
Too many, too many problems.
Don't know where she belongs, where she belongs.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.

Her feelings she hides.
Her dreams she can't find.
She's losing her mind.
She's fallen behind.
She can't find her place.
She's losing her faith.
She's fallen from grace.
She's all over the place.
Yeah,oh

She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.

She's lost inside, lost inside...oh oh yeah
She's lost inside, lost inside...oh oh yeah




Ahad, 26 Julai 2009

Ya Allah
ketika aku hidup di dunia ini
Kau uji aku
dengan sukarnya mencari tempat untuk aku berteduh
tempat untuk aku berlindung
Kau uji aku
sehingga aku menangis di malam hari
kerana rapuhnya hati aku menghadapi ujianMu ini
Ya Allah
rumah yang pernah menjadi kenangan buat aku
dan juga insan insan yang aku cinta
kini tidak lagi mampu membahagiakan aku
menggembirakan aku
mahu pun membuat aku rasa aman berteduh di situ
Ya Allah
andainya aku ini tergolong di kalangan hambaMu yang redha dalam menerima ujianMu
yang sabar menempuh ujianMu yang berat untuk aku pikul
dan andainya aku berhak untuk meminta sesuatu dariMu
kau makbulkan lah pinta ku ini
Ya Allah
apabila telah sampai janji ku untuk meninggalkan dunia ini
kau dirikan lah aku sebuah rumah yang indah
di mana di dalamnya terisi kebahagiaan, keamanan dan ketenangan
supaya ketika aku berada di dalamnya
aku akan sentiasa merasa cinta
jadikan lah ia sebuah rumah dimana tidak mungkin aku akan merasa hiba dan kecewa
sepertimana yang sedang aku rasakan kini...
Amin Amin Amin

Khamis, 16 Julai 2009

Permulaan Hidup

Nobody can go back
and start at a new beginning
but EVERYONE can start today
and make a new ending...

Aku dah mulakan hidup baru dengan melupakan sejarah sejarah hidup yang aku benci. Tapi permulaan hidup bukan untuk mencari musuh, bukan untuk memutuskan sebuah hubungan. Aku selalu hidup dengan terikat pada janji dan harapan. Hidup macam ni selalu buat langkah aku tersekat,selalu buat aku rasa serba salah. Tapi aku tak pernah rasa hidup macam itu seperti salah, tetapi lebih menjadikan aku seorang yang memendam apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Dan bila yang terpendam melebihi muatan sepatutnya dan ditambah dengan masalah masalah yang tak pernah reti nak blah, emosi akan menguasai akal.

Aku memang menyampah ingat perjalanan hidup aku 1 minggu lepas. Ia bodoh. Sangat bodoh. Hari hari pindah barang. Hari hari menangis. Call kakak, menangis. Call member, menangis. Sebelom tido, meleleh lagi. Bukan tanak terima dugaan Allah tapi masa tu mungkin emosi lebih menguasai akal, aku x leh nak terima, face dengan someone yang bagi aku sangat ego, selfish & irresponsible. Aku x dapat terima melihat diri aku sanggup bersusah untuk orang lain tapi at the end yang susah tu masih jugak aku.

Sebab tu aku benci dengan janji janji ni. Aku tak leh nak paksa semua yang berjanji ngan aku wajib tunaikan no matter wat but at least kalau dah x dpt nak tunaikan tuh, bgtau la. jangan lah da sampai last minute atau sampai aku sendiri yang tanya baru nak gtau. macam lah aku nak mengamuk kalau gtau cancel pon. pastu agak2 aku cam bengang tuh jangan lah lagi nak cari pasal macam aku plak yang salah. aku rasa bende cam nih mmg bende paling aku pantang skali la. berat mulut ke berat tangan ke berat hati ke or berat segala bende nak gtau aku "that plan is cancel". tipu lah kalau aku kate aku x frust, but at least bgtau awal2. then ask for apologize. susah kah?

about the faculty, aku rasa cam bersepah2 orang yang aku kenal blaja kat "school" yg sama. quite interesting but a lil bit weird. haha. kat situ ade kak nadia, kak aiman, sha, aidil, andy, hus, hafiz, dila, sarah, azni dll yang aku ala ala x expect gak la terjumpa kat situ kan. hahah. tp yg satu course ngan aku aidil je lah. tu pon die da jadik senior aku 1 sem.

islamic banking is a quite interesting course for me. lecturers pon cam best gak, selalu ade tazkirah time break masa class. kasi tiup iman sikit dalam dada ni. huhuu. kawan2 pon ok la. yang rapat ngan aku azie, tasya n mas. n yes, i'm still da youngest. pastu selalu dpt soklan nape umo aku baru 20 da ade dip? aiya, pasni aku nak gtau aku dak stpm je la. mesti semua senyap pasni. huhu. malas aku nak explain aku ni lompat kelas n masa dip aku wat 2 thn setengah je. dats y aku grad masa umo 20. sekian...

oh aku degree ni tros masuk part 2. dpt wat pc lah katekan. ngeh3. tp course part 2 yg aku amik 1 je. operation management. tu pon terpaksa amek coz organizational behavior da dimansuhkan. cet. elektif plak tuh. pastu 3rd language tpaksa gak amik jepun (dalam rela..kahkahkah) sebab arab full.hurm.aku amik 6 paper all.so da major paper come from part 3. tu sebab aku kene drop 2 course part 2 sebab da full. dan dengan senang hati, kp aku suh wat intersesi next sem..haila haila.adeyhh..gile seram otak aku tgk course2 part 3 yg cam gile2 tuh gak. paling seram mesti la presentation skills n personal development kan coz byk presentation n project. tp ritu blaja qmt pon da serabut gila. menganga je tara paham lec aja ape. adoyai. risonye aku. pale otak da macam lembab je ngan nombor. ke da memang semula jadi lambat?huishh jangan...

kelas plak mmg campo gile2 la. ade part 1,part 2,part 3..mmg haram la nak igt nama. muka mungkin, tu pon blur nak igt dak ni, dak tu kelas mana. senang ckp, mmg tak penah lah aku rasa life camni. classmate bertuka2 every subject. bukan every sem tau. ke life degree mmg camni? bahaha. sadis gile aku br nak rasa...

jadual? jumaat paling x best. kelas dr pagi smpai kul 5. tp slase ade 1 clas je. 8.30 pg. pastu ley ronggeng2. hahah.

k lah. saje nak merepek. da lama x merepek kat sini. thanks for reading. n sorry pada sesape yg da berbulu lebat kot sentap ngan ayat2 aku kan. hahah

oyasumi nasai!! :D