JANUARI
Sememangnya meninggalkan kenangan yg cukup manis untuk aku. 26 Januari yg terindah dlm sejarah hidup. Aku, Nadia, Nur, Ili, Shaza, Hana n Hazim melakar kenangan di Genting Highlands theme park ms birthday aku yg ke-19. Tak lupa juga Tira & Andy yg join tp terpisah sebelum sm2 menjejak kaki ke Genting. Genting yg enjoy. Genting yg penuh memori. Tak mungkin aku lupekan jeritan ketakutan Nadia masa naik Pirate Ship. Larian Marathon Nur masa dikejar clown. Haha. Jgn mara kawan :). A moment we talked, laughed, taking pictures. Sweet sangat!!
Januari juga mengeratkan hubungan kami 8 beradik. Nur, Anis, Ili, Aku, Hana, Nadia, Dina sama sama merancang surprise party untuk Shaza masa birthday dia yg ke-20. Perancangan yg agak susah direncanakan sebab Shaza selalu datang bilik. dan juga dengan pelbagai idea utk menjadikan surprise itu betul betul menjadi kenyataan. Finally, we did it! Wakaf kat Tasik Shah Alam menjadi korban utk kami meraikan Shaza yg sememangnya tak sangka akan akan ada kejutan seumpama itu. so meriah. so happening. hopefully, kenangan itu juga menjadi yg terindah buat Shaza sepanjang 2008.
FEBRUARI
Gathering 3rd batch hostel SMKSP di Berjaya Times Square juga adalah kenangan yg cukup indah untuk kami setelah hampir 3 tahun x bersua muka. Especially aku yg suka bg alasan busy. Heheh. Ramai jugak yg dtg walaupun sebenarnya saje saje ajak jumpa. Main bowling kat Ampang Bowl. And aku antara orang yg tercorot dlm game tuh. Yeay yeay..I dun like boling. Alasan? Tangan saya yang punya jari pendek ni rasa bola mana mana pon berat. lagipon saya main macam buang duit je sebab bola saya cintakan longkang. That's why I don't play bowling..after dat kami g makan kat food court. dan masa tuh barulah terasa kemeriahan berjumpa. borak borak. taking pictures. as usual camera aku menjadi bahan penting. haha. x sangka plak aku sorang je yg bawak kamera. mentang mentang laa hangpa semua da pakai handphone canggih canggih, kamera pon jadi lupa bawak yer. haha. thanks a lot buddies. lepas balik gathering tuh rasa nak nangis pulak. bila lah lagi dapat jumpe korang lagi. sad. sad.
Aha..bulan ini jugak menyaksikan perselisihan faham aku ngan one of my best buddies, Nadia. Persengketaan yg tidak menggunakan kata kata. Hanya diam dan saling tidak mahu memandang. Egoistik. Dan akhirnya pertelingkahan ini berjaya diselesaikan masa awal intersesi, sekitar bulan lima kalau aku x silap. itupun dengan bantuan Hana. Hana selalu ajak aku datang bilik. Suro aku borak borak ngan dia. Aku pulak masa tuh rasa segan je sebab Hana and Nadia rumate. Sampai laa one day Hana ajak aku, Nadia n beberapa kawan lain sama sama pegi pasa malam. Bermula dari situ, persahabatan aku n Nadia kembali jernih. Yadda Yadda.
MAC
Awal bulan ini..aku dikejutkan dengan satu masalah besar yg ditimbulkan oleh ex bf best buddy aku. Rencana yg mampu menjatuhkan maruah dan mencemar duli seorang perempuan. Ikutkan hati mahu jugak aku tikam tikam lelaki itu x pon carik carik muka dia sebab berani sungguh ugut best buddy aku. lagi membuatkan aku gentar bila lelaki itu beritahu yang dia kenal abang aku sebab satu sekolah. wahh menggelupur itik aku cerita perihal lelaki itu terus kepada abang aku. Tak sanggup aku kalau aku pula yg difitnah dia. Maklumlah, aku pernah je gaduh ngan dia sampai dia kata nak datang Shah Alam sebab nak jumpa aku-satu satunya perempuan yang berani cabar dia. Ala last last die x dtg pon. Penat aku je menggelabah cuak. haha.
APRIL
Bulan exam kalau x silap aku. Exam yg menentukan layak ke tidak aku melangkah kaki ke degree untuk semester july 2008 nanti. Oh bulan ini juga ulang tahun pemergian arwah emak ke rahmatullah, 19 April 2003 yg lalu. dah 5 tahun mak pergi. isk isk isk. dan disebabkan malam itu aku agak sedih n emosional..aku mendapat perhatian yang sangat aku hargai...ketika itu aku ditemani sms sms dari ema, eddy, aizuddin imran, berry n ewang. ade yg menyentuh topic berkenaan arwah mak n condition aku tp aku lebih senang msg dgn eddy masa tuh. sebab kami bercerita tentang luar topic. bercakap ttg apa aku dah x igt tp bukan pasal arwah mak. din pon sama. thanks buddies :)
MEI
Cuti. Huh..makin susah pulak aku nak igt peristiwa peristiwa yg berlaku. urm kalau x silap bulan ini lah bermulanya intersesi. Aku rumate dgn Ili. Nur n Anis plak sebilik. Sebelah bilik aku je. Dina rumate ngan Shaza n Hana plak rumate ngan Nadia. Mase ni pon happening gak. Kawan ngan Nur, Anis n Ili memang meriah. Ade je bahan utk diborakkan, diusikkan. Kenangan..sweet sangat. Disebabkan kami berempat agak close mase tuh..ade plak panggilan tertentu utk kami. Anis sebagai Kak Long, Nur sbg Kak Ngah, Ili sbg Kak Chik n semestinya aku sbg adik yg bongsu. heheh. Xde sgt bende menarik yg blaku rasenye. Oh mase ni aku Class D kot...ke C? ntah. aku pon ingat ingat lupa. yang aku ingat aku classmate ngan Gee, Ema, Tira, Zirin dll. Asal habes class je Gee, Ema n aku laa org paling first kluar. Wajib! Ntah apa yg dikejar sangat pon aku tatau. haha.
Lupa, bulan Mei bulan sejarah untuk warga Fast Track Accountancy Batch July 2006. Kami adakan dinner di Hotel Quality, boleh jalan kaki dari Sacc Mall. Jujur, dinner ni best untuk org yg menganjurkan, yg dikenali, yg dpt makan banyak, yg photographer amik gamba dorg time pose cantik ensem, yg dpt anugerah, dan yg seangkatan dengannya. For me, I hate everything about dinner. Sorry kalau ada yang terasa.
JUN
Result untuk final sem diploma aku akhirnya diumumkan. Masa dpt result aku diam je. Aku x cerita pada siapa siapa. Bila jumpa kawan kawan, tengok mata mereka da bengkak bengkak menangis, aku masih diam. Pura pura macam aku x tengok lagi result aku. Jujur, aku susah sangat nak berterus terang. Akhirnya setelah semua desak desak suro aku tengok result, akhirnya aku mengaku. Failed 3 subject. Yadda yadda. Aku seorang je yg x nanges. Still diam macam biasa. Bila balik bilik malam tuh rasa sedih, kecewa mula merajai hati. setelah agak lama aku pendam kekecewaan tuh barulah aku lepaskan tangisan dalam kegelapan malam. kebetulan, rumate aku xde mase tuh. so line clear laa kalau nak nanges kuat kuat pon. Aku tahu result aku masa maghrib. dan aku simpan je rasa tuh sampai masa aku nak tido. Sumpah, sakit gila!
Mase bulan ni jugak diadakan farewell party untuk Zirin. Katenya, x continue study for degree. Nak keja dah. N geng aku plak masa ni berhadapan dengan konflik yg agak rumit. Misunderstanding. Haih. Malam tu jugak menjadi sejarah untuk aku n Dina. We're open tonight. Agak suspen pada mulanya. Kami berjumpa di hujung tangga blok mana ntah. Selepas sesi soal jawab dan jujur menjawab..akhirnya kami sama sama minta maaf dan menangis. Seday sangat rasa time tuh. dan macam biasa untuk aku yg semakin susah mengalirkan mata di hadapan manusia, aku hanya mampu bergenang air mata je. Ahaha. Sesi open ni aku rasa x sampai sejam pon tp kami berteleku kat tangga tuh hampir 3 pagi! Thats nothing to say, aku percaya Dina. Thats all. Habis bual bicara ngan Dina, aku sambung plak ngan geng aku yang lain. As a conclusion, malam itu kami semua menangis. Dan aku mengalirkan air mata ketika lampu dipadamkan, aku balut badan dengan selimut sampai tutup seluruh wajah, akhirnya aku teresak esak juga sekali lagi dalam kegelapan malam.
JULAI
Sem baru bermula. Aku tidak lagi bersama dengan kawan kawan masa aku mula mula menjejakkan kaki ke UiTM Malaysia ini. Mereka dah melangkah ke dunia sarjana muda perakaunan yang lebih mencabar. Cuma aku bersama beberapa orang teman yang ketinggalan dalam menyempurnakan diploma fast track yang menyesakkan jiwa. Mula mula melangkah masuk ke kelas junior punyalah malu. Kelas pertama aku adalah audit. Audit yang tak pernah mudah. Tapi aku bersyukur sebab aku dapat lecturer yang bagi aku sangat best n bagus. PM Zuraidah Mohd Sanusi. She's sporting, suke wat klaka dan x pernah didik kami bahawa audit itu mudah. Ahaha. The other two subjects pon dapat lecturer yang bagus. Pn Noor Aishah Anan untuk Law n Pn Norli Ab Talib untuk Investment.
Permulaan sem sangat merumitkan. Aku jadi rendah diri dengan kawan kawan yang pernah seangkatan dengan aku. Seboleh mungkin aku mengelak dari terserempak dengan mereka. Seboleh mungkin aku mengelak untuk memulakan bicara. Mereka x pernah pula pandang hina or sinis pada aku yang dah tertinggal ni tapi riak simpati mereka lebih membuatkan aku sedih. Asal jumpa je tanya kelas macam mana? lecturer ok? study ok? oh oh oh soalan soalan lazim itu sangat lah membuatkan aku rasa ada jurang antara aku dan mereka. kan lebih baik bercerita tentang sesuatu yang diluar topik itu. xpon kalau bertanya biarlah hanya sekali. tapi x ape, sy tahu kamu semua ambil berat kan? terima kasih.
Dan disebabkan pelbagai rasa negatif ini, akhirnya aku sendiri yang membina tembok antara aku dan kawan kawan satu batch. aku rasa aku x hipokrit ketika ini. semua orang nampak yang aku sentiasa mengelak dan lebih banyak diam bila diajak berbual.
OGOS
Ogos pula menyaksikan perselisihan faham antara aku dan Gee tentang cerita masa lalu. Terkejut cicak aku masa dapat msg dia yang tiba tiba berbaur marah. Tanpa sebarang sebab, tanpa apa apa permulaan tiba tiba aku dituduh menghasut seseorang supaya berhati hati dengan Gee. Aku tak ingat aku pernah cakap macam itu. Mungkin pernah. Mungkin ketika itu aku marah. Mungkin kerana aku tak puas ati. dan mungkin juga aku saja nak bergurau lantas terkeluar kata kata itu. Malam itu jugak aku settlekan dengan Gee. Alhamdulillah, setelah masing masing berkata benar (mungkin) aku dan Gee kembali berkawan seperti biasa. Jujur di sini, aku rasa terhina bila aku diperlakukan begitu. Mana mana pun orang suka mengata, mengumpat. Aku tahu jugak apa yang orang pernah cakap pasal aku, tapi xde la pulak aku nak serang. Lagi membuatkan aku sedih, malam sebelum aku menerima msg dr Gee, aku baru je merana sebab kamera aku rosak kerana terjatuh. Kamera tuh hang yang membuatkan aku fikir tamatnya riwayat kamera kesayangan aku. Mau tak menangis aku malam tuh. Siap hentak hentak barang lagi sebab terlalu marah. Aku tak salahkan Gee, cuma aku rasa terkilan kerana timbulnya cerita tentang itu. Mengapa? Sebab tak puas hatikah dengan tindakan aku yang tiba tiba pulang awal? yang tidak mahu berkata apa apa ketika majlis berlangsung? atau sebab layanan aku yang dingin ketika itu? untuk orang miskin macam aku, harga sebuah kamera digital yang dihadiahkan ketika ulang tahun kelahiran aku tidak ada galang gantinya. Thats why I am so sad n terus menangis di khalayak ramai!
Ok. Enough. Dah macam emo plak. Urm kalau x silap bulan ni jugak bermulanya al kisah aku dengan Persatuan Mesra Masyarakat (PERMATA). Aku sertai bersama Ema, Ja n Nadia. Mulanya agak kekok juga sebab selama ni aku hanya kenal student Accounting je n ada laa beberapa orang dari FSG n FKM. Tapi da lama lama ok juga. Program pertama aku bersama PERMATA, Warna Warni Malaysiaku sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-51. Aku jadi biro publisiti bersama Nadia, Iffah n Qila. Sumpah, penat. Pegi Pusat Islam, HEP, Seksyen 2, Kolej Anggerik, FSPU, DC yadda yadda. Memang amatlah penat tp pengalamannya tak mungkin aku lupa. Sayangnya bila program ini dianjurkan aku tidak turut serta. Aku berada di kampung ketika itu kerana keluarga aku mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah mak.
Bulan ini juga aku mendapat berita dari Abang Fadh yang Kak Ika (Rusyka Hana) telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya. Innalillah wa Inna Ilahi Rojiun. Sungguh aku tak percaya bahawa hilang sudah seorang Rusyka Hana yang ceria, salah seorang kawan yang agak rapat ketika aku bekerja dulu. Al-Fatihah.
SEPTEMBER
Sekali lagi gathering untuk 3rd Batch Hostel SMKSP. Tapi lebih kepada gals. Ala tak ramai mana pun. Masa ni Fara da nak fly. Saje kua ramai ramai jumpa borak. Yang datang masa tuh Hana, Aku, Shanad, Fat, Nazirah, Farah, Izzanis, Ein and adik Ein. Gather kat Pizza Hut KLCC, buka puasa together. Paling kenangan, aku belikan kek untuk Fara n Shanad. Shanad, untuk birthday dia n Fara sebagai tanda farewell. Then, staff kat Pizza Hut tu raikan bersama sama kami. Dorang nyanyikan lagu birthday. So so happening! Haa masa ni Ema n Nadia temankan aku tapi dorang gedik tamao makan sama sama jadi dorang berdua duaan buka puasa kat KFC. Huhu. Anyway, thanks to all yang melakar tarikh 6 September 2008 sebagai kenangan manis buat kita semua yang meraikannya :) termasuk juga untuk Cik Ema n Cik Nadia yang tanpa jemu menemani daku. Eceyh :p
Haa masa bulan ni 2 kali aku wat surprise kat Pizza Hut KLCC. Second time is for my beloved sis. Surprise for her birthday. Semua siblings aku ade termasuk bakal sis-in-law aka girlfriend Alang aku. Hoho. N since that bile makan kat sana je aku mesti cari sorang pekerja nama Dafi. Hoho, kalau awak awak pegi sana sampaikan salam saya kat Abang Dafi ye. Ekeke. Dia nampak biasa je tp saya suka. Lalala.
20 September pula sekali lagi aku menyertai program anjuran PERMATA. Kali ini diberi nama Tautan Ukhwah Permata yang diadakan di Rumah Orang Orang Tua, Kuang, Selangor. Kali ini aku memegang amanah sebagai Biro Program bersama Sarah di mana aku rasa aku lah biro paling x guna dan tidak menyumbang apa apa melainkan sentiasa hadir tiap kali ada meeting. Di sini juga aku sempat mengenali seorang nenek yang kami panggilnya Mak Lang. Uniknya, Mak Lang hanya mahu bercakap dengan aku je. Ketika aku mula mula datang dan kebetulan lalu depan katil dia, Mak Lang terus menunjuk ke arah aku dan mencium aku berkali kali. Pelik! Tapi aku biarkan sahaja. Mungkin raut wajah aku mengingatkan dia pada seseorang. Aku hanya mampu senyum dan cuba berbual bual dengan dia. Tapi Mak Lang lebih suka menatap wajahku yang ayu ni (ayat tambahan..hikhik) sambil terus mencium seluruh wajah aku. Mak Lang kate kan aku lawa, comey. Adoyai. Malu saya tau. Sebenarnya Mak Lang ni ada penyakit Alzheimer. Dah nyanyuk pon. Tapi Mak Long (tuan rumah) kata, Mak Lang memang penyayang. Cuma peliknya masa tu Mak Lang tak pulak aku nampak borak borak ngan orang lain. Ntah laa. Cuma aku harap Mak Lang diberi kesihatan yang baik dan teruskan kehidupan dengan hati yang tabah. Sedih tengok atuk atuk nenek nenek yang tinggal kat situ. Mereka cuba senyum walaupun dalam hati aku tahu semestinya mereka sedih menjalani ibadah puasa tanpa anak anak di sisi...
OKTOBER
Raya yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup. Buat pertama kalinya dalam hidup aku meluahkan apa yang aku rasa terhadap abah. Dan semenjak itu aku terus takut balik rumah. Haha. Sampai lah sudahnya kakak beritahu abah berpindah rumah barulah aku berani melangkah pulang. Abah tak marah pun. Tak ungkit apa apa pun. Aku je yang suke menggelabah kamben. Dan rasanya hubungan aku n abah pun bertambah baik kot selepas itu. Terkesankah dengan luahan hati seorang anak?
Rasanya bulan ni takde bende sangat kot. Dah nak final pon. First paper aku law, 29 Oktober. I'm struggling like a dog masa jawab soalan law. tak cukup masa pon. ada 1 soalan 15 markah aku x sempat nak goreng apa apa n ada 1 soalan 30@40 markah yang aku x sempat siapkan. Huhu
NOVEMBER
Bulan ni agak tertekan sebab still dalam mood final exam. Abes je final weekend tuh aku terus g jalan jalan kat Melaka dengan sis aku. Sebenarnya, aku temankan dia menjalani kursus di sana. Pendek kata, aku jalan sorang sorang la. Masa di sana aku banyak berhubung dengan Wan n Zirin sebab dorg je kawan aku dari Melaka. Hari pertama aku bersama kakak melawat Taman Mini Malaysia. Hari kedua, aku membuang masa di Melaka Mall kot name pasaraya tuh. Sangat bosan. Aku asyik ulang alik je dari Jusco n Melaka Mall. Last last aku tgk Igor. Wayang paling membuangkan masa yang pernah aku tengok. Haih. Esoknya pulak aku kua ngan Zirin pegi Bandar Hilir. Sempat laa aku g A Famosa, Bukit St. Paul, Istana Melaka dan shopping shopping complex yang ade di persekitaran dataran Pahlawan tuh. Tu je rasanya tempat yang aku sempat pegi kot.
Ha masa aku kat Melaka family aku dikejutkan dengan berita yang abang sulung aku dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mujurlah tiada apa apa. And aku x sempat pon nak melawat dia sebab bila aku balik KL dah kua hospital pon siap lepak lepak kat Johor lagi main ngan anak dia. Sabau je lah aku. Neway, Alhamdulillah sebab Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Abang.
DISEMBER
Bulan paling stressed sepanjang tahun. Tiga minggu pertama aku dibebani dengan masalah harga diri dan maruah seorang perempuan. aku sangat stressed sebab hari hari aku dengar kata kata yang macam mulia dari lelaki lelaki itu dan perempuan perempuan ini. Sampai pening aku. Jujur, aku x pernah berhadapan dengan masalah ini. Ketidaksucian. Aku rasa bingung bila sang lelaki dengan mudah berkata tentang perkara itu, dan yang perempuan pula mengaku. Tapi masih mengulang perbuatan yang sama. Masa ini juga aku mula tahu apa itu Pekida, Double 7. Dunia underground. Dunia penipuan lelaki dan perempuan. Dan aku tak sabar sabar nak keluar dari belenggu ini sebab sememangnya bukan masalah aku tapi aku pulak yang terbeban kerananya.
Minggu keempat, aku menjejakkan kaki ke Negeri Jelapang Padi. Lama sangat dah aku x pegi Kedah. Kali terakhir mungkin ketika arwah Mak Nyah kembali ke rahmatullah, 6 tahun yang lalu. Di Kedah, aku menempek di rumah Ema. Sempat lah kami jalan jalan di Pekan Rabu, Muzium Negeri, Muzium Padi dan Kuala Kedah. Sempat jugak tolong Ema bakar ikan kat umah dia. Menarek ^^, agak lama aku stay kat sana..lebih kurang 7 hari dan 1 hari aku habiskan bersama kakak. 25 Disember kakak bawak aku jalan jalan ke Langkawi. Seronok. Tapi amatlah letih. Macam macam tempat jugak kami pergi like Galeria Perdana, Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Pusat Kraf Malaysia, Pekan Kuah yadda yadda. Shopping coklat. best! Beli barang2 kamera, beg, amik gambar. All best! Naik feri, naik cabel car. Fuhh, syok! even penin penin sket. heheh. Hurmmm..Kedah meninggalkan kenangan manis yang x mungkin di lupa!
Finally, the hot story is coming. Yang aku rasa ramai orang tertanya tanya. Aku telah ditawarkan oleh UiTM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan bagi sessi Dis-Apr 2009 di UiTM Shah Alam. Aku sepatutnya mendaftarkan diri di DSB pada 27 hb yang lalu. The truth is, aku langsung x datang untuk mendaftarkan diri. Thats why I'm still here at home :)
Itu sahaja ceritera 2008.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca :)