بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 8 Julai 2014

Ramadhan

Dah hari yang kesepuluh. Tinggal lagi dua puluh hari. InsyaAllah.

Tapi, aku dah rugi sepuluh.

Ramadhan tahun ini hambar. Tak ada persiapan, melalui ala kadar, rasa macam kosong nya jiwa ini. 

Tak ada semangat.

I have a fight with myself.

A fight to be a better Muslim. Tahu tak susah? Lagi susah bila orang dah expected so that nobody would remind you. You have to do it by your own. You fight alone. Dan bila kadang kadang tergelincir kecundang -- orang hanya akan kata, eh takkan kau macam tu? eh takkan kau tak buat (amal soleh beribu)? takkan la kau tak tahu? etc etc.

yelah kak. yelah bang. aku bukan ustajah tahu semua benda. aku bukan bidadari nak sempurna tiap segala.

It's not a fight to impress others. But a fight to win the mardhatillah, dengan sokongan orang orang yang bersama di atas jalan ini terutamanya. Futur dah ke aku ni..aku pun tak tahu..

Dan benda ni memang masalah yang paling berat. T__T

But then, on first Ramadhan, bertelagah pulak dengan partner project. Yang end up dengan penyesalan. Kenapalah aku marah dia. Kenapalah aku tak sabar. 

Yang sebenarnya aku tekanan.

Sehari sebelum ramadhan, abah masuk wad kecemasan kejap. Benda macam takde apa tapi...susah hati tak boleh nak tipu. Walaupun masuk wad hanya untuk kurangkan darah tinggi je, but still la rasa macam lain macam je. Tapi bukan reti jenis tunjuk kasih sayang depan depan. Petang tu aku ziarah abah kat rumah dia, dia nampak macam okay. Tapi tak tahu lah kan..

Ramadhan ke tiga ke empat tah, aku berbuka kat rumah abah. Lepas tu abah nak pasang lampu. Panjat meja. Panjat okay tapi bila nak turun dah payah. Dah tak kuat. Aku masa tu pandang tepi je mata aku dan dan pulak tu nak bertakung. Abah letak tangan atas bahu aku nak perkukuh kedudukan supaya dia tak jatuh, aku tahan je apa aku rasa masa tu. Aku teringat kat mak. Mak dulu masa dah dekat hujung hujung nikmat nyawa, dah tak kuat. Nak kena berpegang tangan, nak kena berpimpin. Masa tu pun aku telan je apa yang aku rasa. 

Lepas tu semalam abah whatsapp aku kata dia tak larat nak amik aku. Abah bagitahu dia cirit birit sampai terkena seluar. Letih sangat katanya. Tapi dia teruskan jugak puasa. Masa tu aku kat office. Ajar adik praktikal ni yang baru masuk department Sales. Sebelum ni department Account dengan aku. Aku duduk belakang reply whatsapp abah. Semoga cepat sembuh. Tu je yang aku reti. 

'Abah dah tak kuat..' detik hati aku. Bila aku terbayangkan semua ni aku jadi sedih. Sedih sebab aku tak tahu aku nak buat apa. Sedih sebab aku tak dapat nak jaga abah sendiri. Sedih sebab aku tak dapat spent banyak masa dengan abah. Sedih. Orang label aku volunteer, I called myself a volunteer, tapi aku tak mampu jadi volunteer untuk ayah aku sendiri. My own parent. 

Dan hari ini abah whatsapp aku lagi. Katanya bengkak gusi pula. Semalam tak tidur sebab cirit, sampai tak tidur. Lapar tak sahur tapi sayang nak tinggal puasa.

Okay lah. Aku nak pergi menangis bawah meja kerja. 


1 ulasan:

rosnzrj berkata...

Babe,

Lepas raya jumpa k. Be strong. Jaga abah baik2. Tunjuk2kn syg walau tak biasa. Jgn sampai ralat.

Aku sentiasa doakan ko.
Love u.