بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 25 Mac 2013

Negeri Darul Naim

Last weekend, dengan izin Allah dapat jejak ke negeri ni, negeri Darul Naim. Alhamdulillah. Boleh kata first time la kiranya jejak bandar Kota Bharu, apatah lagi daerah Ketereh, dalam tu ada tempat nama Kok Lanas. Balik rumah keluarga Nanad.

It was totally different. And me myself dunno how to act actually. Dah bertahun tahun tak jumpa. Last jumpa tahun 2007. Masa tu si kecit Aliff pun baru 4 tahun..skang ni dah darjah 4 dahh. 

Awkward gila ngan family Nad boleh takk. Dan yang menambah rasa lagi awkward tu sebab otak sebenarnya tak berapa faham Kelantanese language. Sobs sobs. Ada setengah cite tu faham tapi lebih banyak tak faham. Jadi hanya mampu dengar sambil tumpang senyum dan ketawa bila orang lain pun dok senyum dan ketawa sekali. Dah kenal seluruh keluarga Nad, even skang dah termasuk atok nenek sedara mara keluarga 69 bagai. Nama je tatau. 

So called bestie lah kiranyaaa.

Datang umah Nanad, niat asalnya nak ziarah arwah abah Nad. I mean, ziarah arwah masa masih hidup. Tapi Allah lebih cinta untuk bertemu arwah secepatnya, Khamis lepas arwah dah pergi dulu. Jadi, niat ziarah tu ditukar kepada nak ziarah pusara. Sayangnya, both niat tu tak tercapai. Dengan izin Allah, niat tu tak tercapai. Mungkin Allah nak izinkan sekali lagi jejak negeri Darul Naim ni untuk berziarah kot. InsyaAllah.

Mungkin sebab Allah tahu, sebenarnya tak lah tabah mana nak tengok pusara orang lain. Tengok pusara orang tak berapa kenal pun hati dah sebu semacam, ni pulak nak tengok pusara pakcik Hasdi, tatau la rasa tu macam mana. Entah entah anak anak dia rilek je tapi yang so-called-pelancong ni pulak tacing lebih. Mana tahu kan. Maybe Allah tak izinkan supaya keadaan camtu tak berlaku. Takpe. Prasangka baik je :)

Tapi dapat tengok gambar arwah masa beberapa jam sebelum bertemu Ilahi. Masa tengok gambar tu tengah dok menyebok sekali tumpang dengar ngan sedara mara Nanad borak ape tah (al-maklum la otak kejap paham kejap tak =____=) and then Nad tunjuk gambar tu. Nad ni pun la nak tunjuk time tak feeling, memang tengok pun camtu je la -.-". Takkan nak buat drama air mata tetibe time orang tengah borak borak kosong tak sentuh pasal arwah pun. 

Tengok gambar tu, terkejut. Lama jugak menatapnya. Lain sangat. Allahu Allah. Macam tak percaya itu orangnya. Rasanya bagus jugak la tak dapat pun jumpa sebab..tak tabah. Buat teringat arwah mak masa saat saat akhir. Lebih kurang camtu la. Kurus sangat sangat sampai tinggal tulang. Hari yang terakhir dengan mak tu, memang sampai bila bila pun takkan lupa kot. Camtu jugak lah dengan Nad. Kenangan tu akan segar dalam ingatan, sebab tu kenangan yang terakhir. Walau sakit untuk dikenang. 

Jumpe Nad dan keluarga Nad, semacam memberi lebih kekuatan untuk aku, untuk lebih kuat macam mereka. Lihat ketabahan Nad, redha dia melepaskan ayahanda tercinta pergi dahulu, buat aku rasa lebih redha dengan hakikat kehidupan ni. Macam tu jugak bila lihat keluarga Nad, butir bicara umi Nad. It gives me strength. Bukan aku ke yang patut bagi kekuatan kat dorang? =.=

Dan ayat umi Nad aka acik Tipah yang buat aku ingat selalu,

"Allah dah takdirkan dia pergi waktu tu. Kalau dia tak sakit pun, Allah tetap akan amik dia jugak pada waktu itu. Sakit tu hanya penyebab je."

Memang betul pun. Sebab ketetapan mati tu dah memang tertulis. Kira orang yang meninggal sebab sakit ni, even yang melihat pun rasa sakit sebab tengok penderitaan tu, tapi hikmahNya Allah bagi peluang, untuk keluarga dan yang terdekat untuk bersedia bahawa mungkin dengan kesakitan itu menandakan sudah dekat perpisahan dunia dengannya. Berbanding dengan orang yang meninggal dalam kemalangan, hal tu berlaku tiba tiba, dan mungkin sebenarnya lebih sakit untuk keluarga arwah menerima kenyataan.

"Memang betul lah orang yang dah kehilangan je dapat rasa dan faham apa sebenarnya rasa kehilangan tu.." [Nanad]

Aku jumpe Nad, aku tak peluk erat erat pun. Aku dengar cerita Nad yang bersahaja, dari mula dia dapat berita arwah dah pergi, sampai arwah dikebumikan, aku dengar pun gaya bersahaja. Nad tak bergenang air mata, aku pun tak. Aku tak pegang pun tangan Nad untuk bagi aura kekuatan. Aku layan sembang macam biasa. Sambil selit selit kisah arwah mak aku dulu macam mana. Aku tanak buat macam tu kat Nad sebab aku tak mahu dengan tindakan emotion tu akan meruntuh kekuatan yang Nad tengah bina dalam jiwa. Aku tahu Nad kuat, dan aku tahu Nad sedih dan lebih sakit untuk terima kenyataan ni. Dan Nad ada Allah. Dan cukup lah Allah untuk pujuk hati Nad.

Well, both were passed away because of cancer. Walaupun keadaan tu tak sama which means abah Nad terbaring je since mula sakit dan mak aku pulak lumpuh masa saat akhir, aku dan Nad sama sama dah rasa dan lalui perasaan tengok parents sendiri terlantar sakit tu macam mana dan akhirnya pergi mengadap Ilahi. Perasaan tu, yang melalui je akan lebih faham dengan jiwa, bukan dengan rasa simpati.


Tak menangis, cool, hidup macam biasa, memang tu satu lambang kekuatan hati. Dan juga redha dengan takdir Ilahi. Tapi pada yang menangis, yang selalu sebut, bukan pula lambang tak redha. Setengah orang yang tak merasa, menghalang orang orang sebegini untuk berkongsi kisah satu pengalaman perjalanan hidup, kerana rasa mengenang akan menambah duka. Tapi percayalah, jika seseorang itu bercerita dalam keadaan bersahaja, hakikatnya dia redha, dan dia cherish the moments yang Allah bagi kesempatan untuk rasa. Cerita tu tak buat sedih or pilu or what so ever negative feeling pun, tapi sebenarnya dapat melepaskan rasa yang terbuku. Kalau orang nak cerita, biarkan. Dengarkan. Dan jika yang mengalami itu tidak membuka mulut untuk berkongsi, maka biarkan. Beri dia masa. Jangan desak untuk tahu keseluruhan cerita. Kerana menerima kenyataan ini, perlu kekuatan diri yang besar. Dan yang penting, jangan melihat dengan rasa simpati. Itu akan buat orang yang diuji rasa lebih berat. Allah dah takdirkan begitu, dan adakah takdir Allah itu tidak baik hingga perlu kita melihatnya dengan simpati. Beri dia kekuatan. InsyaAllah. 

Aku memang bukan lah jenis manusia yang penuh perasaan depan orang. Dan Nad pun macam tu. So bila dua manusia yang susah nak terjemah perasaan dalam hati tu bertemu, cukuplah masing masing faham betapa gagahnya kekuatan hati masing masing. Cukuplah berkongsi kisah untuk menyuntik semangat kekuatan. Cukuplah rasa yang ada tu dipupuk untuk menambah redha. Dan aku memang tak mampu lah nak berjanji manis if you need anything you could reach me anytime anywhere tapi bila diperlukan maaf tak free. Tu memang bukan aku nak berjanji manis sedemikian. Dan aku pun tak mampu nak janji aku ada telinga untuk dengar segala kisah tapi bila bercerita telinga aku buat endah tak endah nak mendengar. Pulak lepas tu aku siap tukar cerita untuk telinga orang lain pulak tadah aku punya kisah. Dan aku lagi tak mampu nak offer bahu kalau nak menangis boleh datang singgah untuk tumpahkan air mata.

Aku memang tak mampu nak offer apa apa kat manusia even bestie aku sendiri sebab aku hamba Tuhan, kekuatan aku bergantung padaNya. Tapi aku harap, walaupun aku orang terakhir yang cuba dijejak, masa tu aku harap Allah bagi aku kekuatan untuk bagi kekuatan pada orang lain. Aamiin.

Aku cuma ada jiwa yang besar. InsyaAllah.

------------------

Notakaki: Tajuk entri Negeri Darul Naim tapi cerita mungkin 1/4 je kot dari whole entri. Aku memang tak niat nak berjalan bersiar siar Kota Bharu walaupun nak jejak sini makan masa lebih 8 jam. Cramp sebelah kaki. Tapi Allah bagi gak peluang tu untuk aku melihat bandar Kota Bharu dengan Jaja & kak Wardah & Nanad sekali yang aku kasihi kerana Allah. Alhamdulillah. Aku rasa gembira sangat dan syukur macam mimpi dapat jumpa dorang kat kampung halaman dorang, siap sempat datang rumah Ja untuk tumpang solat. Memang keluarga arwah cool je, dan maybe tak kisah pun aku berjalan jalan just sebagai saudara sesama Islam aku menghormati rasa kehilangan yang baru dirasai, jadi aku lebih utamakan niat untuk berziarah walaupun sudahnya aku mengalami masalah komunikasi. Seriously aku fail 200% loghat Kelantan. Percayalah walaupun dulu aku pernah belajar kat Terengganu. Sungguh sadis rasanya oh. Aku harap Allah bagi peluang ni sekali lagi kat aku dan bagi jugak peluang untuk aku sama sama bacakan tahlil untuk arwah dengan Nad. Dulu masa mak aku baru pergi, Nad antara manusia yang selalu join tahlil untuk arwah mak masa kat hostel. Aku harap dapat buat perkara yang sama jugak untuk arwah abah Nad. Aamiin.

[punya panjang lah notakaki ni baik tak yah kateee notakaki =____=]

Sayang kau lah bestie. Harap botol ayat ayat cinta tu dapat bagi kau lebih kekuatan. InsyaAllah.


Jumaat, 15 Mac 2013

14.03.13 | And She Lost Her Dad.

Malam tadi, waktu sedang riang ria di facebook, Lela tiba tiba tanya Nanad ada kat mana sekarang. Tanpa prasangka, terus kongsikan khabar yang sehari sebelum tu ayah Nanad sesak nafas, Nanad ada kat Kelantan sekarang. Jom sama sama doa. 

Lela reply,
"eh u tau x ayah dia da mninggal?"

Berderau jantung. Apa? Meninggal?

Terus laju mencari handphone. Ada satu sms dari Nanad.

"Salam..jijah aku jz nk bgtau, ayah aku dah xde..baru je td. Mintak maaf sangat2 tak sempat bawak ko datang ziarah. Tq ye atas doa ko selama ni."

Inna lillahi wa inna Ilaihi rojiunn.

Teruk betul rasa, dah dekat sejam baru baca sms tu. 

Doa aku tak makbul lah Nad.

Masa ko bgtau ayah ko sesak nafas tu, aku terus mintak kat Allah, andai waktu ayah ko dah tiba, bagi kesempatan waktu untuk ko dan keluarga untuk jumpa dia, tengok dia pergi depan mata. At least, bagi kesempatan waktu untuk ko sampai, untuk tengok dia pergi. 

Tapi ko tak sempat tengok dia pergi.

Cuma Allah bagi kesempatan waktu untuk ko jumpa dia dalam keadaan masih ada nyawa. Harap ko hargai peluang yang Allah bagi tu :')

Maafkan aku Nad. Takda kat sisi nak berkongsi rasa, nak bagi kata kata ketabahan yang mungkin.

Moga Allah izinkan plan kita jadi kenyataan, nak balik ke kampung ko hujung bulan ni. Takpe lah takde rezeki aku nak ziarah arwah masa hidup, moga Allah izinkan aku ziarah arwah di pusara yang masih merah.

Ko tabah sangat, aku pulak yang menangis.

Almost half a year ayah Nad sakit. Rasanya sebelum Ramadhan. Sakit kanser buah pinggang. Stage 4. Tapi tak sekali pun aku datang ziarah. Hanya bertanya kaba keep on update dari Nad. Nak contact mak Nad pun tak tersempat sempat. Procrastination. Itulah sikap.

Ayah Nad sakit lebih kurang sebulan rasanya kat Gombak. Lepas tu bawak balik ke Kelantan, sampai Allah jemput kembali ke rahmatullah.

Ayah Nad pergi malam Jumaat. Hari yang berkat. Hari yang mulia. Moga Allah muliakan Ayah Nad, atas perjuangan dan pengorbanannya selama ini.

Apa yang Nad lalui hari ini, adalah keadaan yang lebih kurang sama yang pernah aku lalui 10 tahun dulu. Hidup pasti akan berubah selepas ini. Keadaan dah tak sama. Dan hidup sebenarnya dah lama pun berubah, sejak bermulanya insan tercinta tu jatuh sakit.

Aku tak harap kau untuk tabah, Nad. Sebab kau yang aku kenal memang dah dilahirkan tabah dan kuat. Tapi di sebalik sebalik itu aku tahu ada waktu waktu nya kau lemah dengan ketentuan takdir, dengan ujian Ilahi. Moga dengan kesabaran & kekuatan yang kau ada ni, Allah pilih kau untuk jadi hamba yang selalu dekat dengan Dia. Allah bukan takat sayang kat ayah kau je, tapi Allah sayang kau, keluarga kau. Dalam ujian ini, moga Allah ampunkan sebahagian besar dosa dosa yang ada.

Hayat kita kat dunia ni, memang sungguh la sekejap. Ibarat satu jam setengah je kite hidup kat dunia ni nak dibanding dengan akhirat sana. Sampai masanya nanti, kau akan ikut jejak ayah kau dan aku pun akan ikut jejak mak aku. Ketentuan yang pasti.

Moga Allah melimpahkan kekuatan untuk kau dan keluarga. Aliff, moga moga dewasa sebagai lelaki yang gagah. Aliff baru sepuluh tahun, aku doakan dia kuat macam kakak kakak dan abang dia. Aamiin.

Doa aku untuk arwah ayah ko, insyaAllah berterusan walaupun dia dah takde. Dulu aku doakan kesembuhan dia, sekarang ni aku doakan kesejahteraan dia. Aku tak mampu nak janji yang aku akan sentiasa ada untuk kau, tapi doa doa aku untuk kau, InsyaAllah tak pernah putus lagi Nad.

Sayang kau Lillahi Ta'ala, sahabatku. 

Al-Fatihah. 
Allahyarham Hasdi bin Mohamood.
14 Mac 2013