بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 19 Julai 2012

Mutabaah Amal

Dengan izin dariNya, Sabtu ini bertemu lah kita dengan bulan kemuliaan yang penuh rahmah dan barakah, Ramadhan Al-Mubarak. 

Dan Ramadhan kali ini ternyata berbeza. Sudah bekerja, tetapi hidup sendiri. Sudah habis belajar, dan tidak ada lagi sahabat sahabat yang akan bersama sama iftar dan terawih. Kesederhanaan yang dilalui ketika di UiTM dulu telah pun berlalu. Rindu :')

Okeh. Tak payah nak touching sangat. Mengada. Hakhak.

Actually I have something to share. Mutabaah amal. Apakah itu? Buat yang tatau, mutabaah amal ni kira macam checklist amal ape yang kite dah buat. Tujuan dia supaya kita ukur amal diri sendiri dulu sebelum nak sebok ukur amal orang lain. Ewah. In other words, nak melatih kita istiqamah. Nanti tengok la result memasing bila dah kat hujung jadual yang kita buat tu. Huhu. Mudah-mudahan ada peningkatan dalam amal. InsyaAllah.

Dan secara jujur tulusnya, diri sendiri pun baru tahu tentang mutabaah amal ni sebab baca Contengan Jalanan, by Hlovate. Agak agak rasa nak boost spirit Ramadhan, buat diri rasa duduk tersentap sehari dua, boleh la baca novel tersebut. Cerita kehidupan. Tak rugi baca. Hlovate is totally a different writer. Dakwah dia sempoi. :)

Dan dah pung pang pung pang pasal mutabaah amal ni, kalau kalau rasa nak download je kot kot nak tengok contoh, boleh la klik sini. Halal untuk dimuat turun. InsyaAllah.

Ada lagi ni benda nak update ni tapi gaya kena postpone dulu. InsyaAllah.

Kot kot jugak tak sempat nak update before Ramadhan, makanya saya dengan ini mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H!
Mohon maaf zahir batin atas segala kekhilafan diri ini. Moga beroleh malam Lailatul Qadr! 
Amin Ya Allah.


notakaki: eh, dekat mutabaah amal tu kat aktiviti lain lain ade tulis RM kan, jangan ingat Running Man pulak. Itu Raheeq Makhtoum ye. 

Dan lagi satu, untuk mendapatkan Ramadhan yang lebih mantop, rasanya tulisan Hilal Asyraf yang ini sangat baik untuk rujukan. KLIK KLIK.

Update.

Update update.

Rabu, 11 Julai 2012

Facing the Giants

Just watched this movie. Murobbi yang suggest. 

Lately, I feel so down. Down with everything that happened to me. A thing that could not be explained, a thing that I have no idea how to share. Memanglah mengadu pada Tuhan, tapi ada macam macam cara Dia nak tenangkan hati kita, selain dari solat, doa dan baca ayat ayat cintaNya, Dia kirimkan jugak kita sahabat dan keluarga untuk tenangkan hati dia melalui cinta kepada Dia kan. Bukan ke hanya cinta kepada Allah yang akan membahagiakan, dan menenangkan hati? :')

Okay, back to the main topic. Facing the Giants. A story about a man, who is a loser. Nothing going to what he want. Nak anak, tak dapat. Jadi coach, tak pernah menang selama 6 tahun berturut turut. Tak mampu nak pay bills etc. In short, he is in a condition where everything seems so worst. Sampai la satu hari dia berdoa, bercakap dengan Tuhan. Sure, he believe in Jesus and he read bible. And the moment dia bercakap cakap dengan Tuhan, sangat menyentuh hati. Betapa fitrah seorang manusia itu adalah berjiwa hamba, dan hamba itu perlukan tuannya untuk guide hidup yang berbilion dugaan ini. Dan tuan kita, adalah Tuhan Yang Esa, Allah SWT. Tidak ada yang setara denganNya dan hanya kepada Dia kita menyembah dan memohon pertolongan. 

Kenapa kita tak letakkan kepercayaan kita yang paling utama hanya kepada Dia?

Do not feel incapable. For nothing is impossible. Put your faith on Him. Believe.


And I love his words the most, 
     "if we win, we will praise God. And even if we lose, we will praise God. Give our best and let the result be on him"



hebat kan hamba yang meletakkan seluruh kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. Dan juga lebih hebat apabila dia memberikan yang terbaik yang dia mampu, bukan sekadar doa & percaya bahawa Tuhan akan mengubah nasibnya. Bukan ke Allah dah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd,13:11;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."



Find your strength back. And put your faith.


"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
Al-Fatihah,1:5-7


notakaki: tontonlah movie ini ye. kat youtube ada. hihi