Bismillah...sebelum menuju laju kepada isu, izinkan saya melahirkan rasa banyak punya terharu & amaze kepada rakan rakan bloggers yang masih link kan url blog ini di blog masing2. Sungguh. Macam nak terbelalak gak mata bila lihat ade beberapa kesan tapak kaki di sini, terima kasih. Terima kasih. Terima kasih kerana masih sudi memberi kata kata semangat..terima kasih masih sudi mengirimkan doa. Moga Allah merahmati kalian sebanyak banyaknya. Amin. :) Dan terima kasih juga pada yang bukan blogger, tapi masih mengingati url blog ini. Syukran jazilan! :')
***************************************
Jaga anak. This is a new journey. And a new chapter. But I am not yet married. Sila jangan salah paham sesuka hati.
Dan ini adalah satu projek tarbiyah yang diamanahkan kepada saya, iaitu tarbiatul aulad. Maksudnya mendidik anak anak. Dalam bahasa yang lebih mudah, nursery la lebih kurang. Okay, tak payah nak terkejut sangat yeee. Nursery ini, nursery bergerak. Dimana bila ikhwah akhawat yang dah berbaitul muslim ni ade program kat mana mana, di situ lah akan wujudnya nursery ini. Mak ayah memantapkan ilmu agama, dan anak anak juga akan dapat manfaatnya dari tarbiatul aulad ini, insyaAllah dari kami. Dan syukur juga ke hadrat Ilahi, bahawa team akhawat untuk tarbiatul aulad ni super awesome. Alhamdulillah. Boleh dah semua nak jadi zaujah. InsyaAllah.
Hari ini, 5 Mei 2012 adalah hari pertama projek tarbiatul aulad ni dijalankan. Kami buat di Serdang. Tapi sebab permulaan, kami bagi budak budak ni main lahhhh dulu sepuas hati. Sampai ke detik dorang dah rasa mesra dengan kita, barulah mula sikit sikit nak mendidik. Ya Allah..first timeeee. First timeeee! Join dorang main, ajak baca buku. Buku apa? Jom baca Quran di mana kita berada. MasyaAllah. Mak budak ni yang rasa teruja. Sambil main, sambil cuba mendidik. Walaupun tak banyak, sekurang kurangnya ada. Didik mereka supaya menjadi manusia yang baik :) Semoga anak anak ini mengenal Allah dari usia yang masih suci, agar kelak mereka menjadi soleh dan solehah. Amin Ya Allah.
Dan doakan lah kami diberi kekuatan untuk meneruskan projek ini. Anak anak mudah dididik hatinya, dan kami juga diberi pengetahuan yang luas untuk sama sama berkongsi ilmu berkenaan agama Allah. InsyaAllah.
Errr kena bayar ke? InsyaAllah tidak. Cukuplah sekadar mendoakan dimurahkan rezeki agar perjalanan ini dipermudahkan dan diredhai Ilahi. Dan niat kami pun bukan nak berbisnes, sekadar nak memudahkan ibu bapa anak anak ini memantapkan ilmu di dada. InsyaAllah.
Dan terima kasih akhawat dan ikhwah sekalian. Kerana meletakkan kepercayaan kepada kami yang sesungguhnya terlalu banyak kekurangan untuk memimpin pahlawan pahlawan dan serikandi serikandi kecil ini. Syukran.
Jazakumullah khairan.
Ukht Izzah.
4 ulasan:
wah bagus seyyhh
kadang2 parents terlalu bz dan lupa nak didik anak dengan quran dari kecil.
semoga program ini tak berhenti di tengah jalan :)
InsyaAllah e. Moga Allah permudahkan. Besar tanggungjawab ni. Jom join team kite :)
e tak pandai layan budak kecik TT
ye laa tuuu...e ngan niece/nephew okayy je..hihi..kite lg laa tak reti. nebes kot. hihi
Catat Ulasan