بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 28 Februari 2011

Dugaan Hari Isnin :)

Okay...aku tanak marah. Nak senyum je ni :) dugaan tu biasalah kan? lumrah manusia yang lemah. Emo gila oh aku entri yang sebelum ni. haiyoo. mintak maap.

Yang keje2 incik mfk dan en amirul dah settle. walaupun masa representation hari jumaat ritu incik mfk tak puas hati sampai kami2 terpaksa berdiri nak dekat 1 jam kat depan. Lenguh gila oi diri. Aku bukan present pon. Group aku divide tugas 3 orang je yang present. Aku tak present sebab aku yang buat slide. Hohoho. Takpe laa. Inche mfk treat macam tu sebab beliau nak didik kami. Lepas ni semua dah nak masuk industri. For sure dugaan & cabaran lebih besar kan...so anggap je latihan dari sekarang~ takpe. lepas ni saya akan make sure kan incik mfk berhenti membebel. just take a look at our job. hohoho~

en amirul? huishh..senyum mengembang aku. hakhak. pendek cerita, dia puas hati. dan telinga aku sempat la mendengar beliau cakap, "very good" :) representation okay. representation. kalau berani beliau kate tak okay, memang aku hentak2 kaki.


Ni salah satu slide yang aku buat untuk en amirul. tido kul 4 pagi babe.


Okay lah. Itu cerita jumaat lepas. Hari ini punya cerita, memang dugaan.

Subuh tadi celik2 je mata tengok rumet tengah berteleku depan pintu. Bilik aku sekarang tinggal 3 orang je. Tersentak la jugak tengok dua2 rumet macam tengah berdiskusi depan pintu. Kejadah? Dengan rakusnya aku bangun dalam keadaan mamai, "kenapa tu?"

"pintu tak boleh bukak." jawab rumet2 aku.

"ek? apakah?"

Haa ape ke nama entah benda kat pintu tu..selak? yang kunci tuh haa..tetibe tak leh nak pusing. berpeluh semua terkunci kat dalam. Cuba try test bagai dengan macam2 usaha, gagal jugak..jam dah 6.40 pagi. Nasib lah jugak rumet2 aku bukan jenis panik, so dengan dugaan subuh2 hari ni kitorang cuba rilek, tarik2 napas sket, bertenang. Last2 rumet aku amik sudu, dia jolok macam mana tah last2 dapat gak bukak pintu. tapi...tapi...pintu tak leh kunci! satu masalah gak. Lubang kunci dah berpusing 270 darjah. Tapi nak tanak kenalah jugak try kunci kan. So, lepas terketar2 try kunci, dapat lah kunci sebelum nak pegi kelas jam 2 petang. Masalahnya pulak lepas tu, dah boleh kunci takleh nak bukak balik plak. Aigooo...rasa nak pelempang je pintu ni nak main2 plak haa.

Then jam 2 petang tu pegi kelas macam biasa, kelas risk. ada test. tapi kitorang pegi lambat sket sebab jumpa puan KP. so dengan langkah yang agak tergesa-gesa, kitorang pon jalan lah dengan selaju mungkin nak sampai kelas konon2 on time. Masa dah sampai depan pintu kelas tu terserempak ngan 2 orang classmate laki. Selama ni tak pernah la pulak nak bertegur sape tetibe yang sorang tu tanya, "korang nak g kelas ape?" dengan pandangan sekilas tajam kepada beliau, aku terus melangkah masuk dengan konfidennye ke dalam kelas itu tanpa menjawab pertanyaan beliau. Jawab aku dalam hati, 'kelas risk laaa..itu pun mau tanya ka. dah depan kelas kott'. tapi sejurus melangkah, aku nampak incik mfk tengah berdiri kat meja pensyarah.

"ekkk???"

ape ke hal tetibe incik mfk ajar risk plak ni? ingat sekolah ke ade guru ganti? kami bertiga blur. yang budak2 dalam kelas tu pulak, dimana kesemuanya kami kenal dok sebok cakap ulang2, "kelas RM xde. kelas RM xde."

Amendenya kelas RM? kitorang datang kelas risk kot. Sejak bila pulak kitorang amik RM dua kali? (bagi kami RM stand for Research Methodology. dah amik masa part 3). mungkin ade yang memahami kesengalan kami...sebab walaupun semua orang cakap kelas RM xde, tapi kitorang nak gak terpacak dalam kelas tu. Maka adalah seseorang ini berkata,

"kelas risk takde. korang tatau ke?"

Haa??? kelas risk xde??? *hentak2 kaki*

terus blah sebelum mfk nampak.

eeee nape xde sape pon bagitahu? sampai nya hati. tak kesah pun dah 'terdatang' fakulti tapi at least bagi la tahu kelas xde. malu gila woo salah kelas. yang kelas ade incik mfk tu kelas ganti. sebab tu dorang datang. yang kagumnya, ingat pulak dorang yang kitorang ni bukan kelas dorang subjek mfk tu. Sabor je lah. tak pernah lagi rasa pengalaman salah masuk kelas ni. yang paling tak leh blah tahap konfiden tu. memang harus direspek. *malu*

balik dari kelas, pintu bilik masih jugak begitu. tak sempat jumpa orang opis. so, sekarang ni aku ngan rumet2 aku bergilir2 jaga bilik. tak sape berani kunci pintu T____T

esok ade TIGA test. whoaa! abes test aku nak g berfoya2 kat 3 serangkai. letih jadi nerd weekend hari tu. hoyeahhh.



notakaki: ade tak aku bagitahu kat level blok aku ni dah seminggu takde air? dugaan lagi :)

Rabu, 23 Februari 2011

Current Life

Sambung entri sebelum ni. Tadi berhenti sebab menjalankan tugas sebagai suri rumah. Silap. Suri kolej. Eceyh.

Habis tak jalan segala kerja aku malam ni. Bagi cik otak rehat kejap sambil melepaskan tekanan yang semakin tertekan ni ya?

Minggu lepas minggu test. Minggu ni minggu presentation. Semalam presentation kelas mfk. mfk tu lecturer, bukan subject. Mungkin faktor beliau tak sihat, mood tak berapa baik maka beliau tak puas hati dengan presentation kami. Kena marah -_-" Ah silap kami. Benda ni dah lama. Kerja sebelum cuti mid term hari tu. Tapi sebab dua minggu berturut2 kelas cancel, baru semalam dapat present. Slide okay, tapi explanation kurang. Sebab takde effort kan..xde discussion. Memang dapat la sebijik ngan beliau. Aih, manusia memang sering melakukan kesilapan. Tapi aku tak suka kesilapan yang disengajakan. Dalam kelas tu, group aku antara his favorite. Selalu die datang menjengah kat group bab2 beliau bagi kerja2 ringan. Sebab group aku yang selalu take action. Tak best weh bila lecturer punya mood dah macam bengang je tengok student tak buat kerja. Bukan suh angkat kayu balak pun, kerja2 mudah je pon. Tapi ramai yang buat selenga. Skang ni dah tambah satu job lagi. islamic finance news. malas la nak cerita. ni assignment every week. -_-" tapi mfk, a very concern lecturer, lepas abes present tu terus beliau datang kat kami, "what happened to you guys??" aku pun tak percaya performance merundum2 jatuhnye...kitorang senyap je..kene present balik jumaat ni. lalala~

hari ni pulak present sukuk kelas en amirul. hurm, en amirul n mfk ni ofismate. muda. maka agresif mereka boleh tahan gak la bab2 mengerah tenaga otak student. en amirul ni baru 27 tahun. muda sangat okay. masa tengah present tadi kantoi aku tak dapat jawab soalan dia. senyum sumbing je lah kan. lepas tu ade sorang student lak nak tanya. kantoi lagi tak dapat jawab. pastu en amirul tambah satu lagi soalan. tiga2 soalan kami jawab dengan senyuman kelat. tapi lepas abes present en amirul terus cakap good. *senyum bangga* tapi jumaat ni kene present lagi sebab gagal menjawab soalan. -_-"

siap satu kerja bertambah 2,3 kerja. sibuk. sebab tu blog ni jadi berhabuk. kalau nak kata aku online tu, ya, memang hari2 online. kalau ada yang perasan, lepas isyak tu mulalah hijau kat chat facebook aku tuh kan. sebab aku malas nak appear offline. lagipun bukan ada pun orang chat ngan aku so benda tu tak jadi annoy pun la bagi aku tapi maybe annoyed bagi orang lain yang tengok aku ni macam rileks je asyik online kan...aku perlu on facebook & yahoo messenger bukan sebab semata2 nak bersosial bagai komen itu ini, tapi kadang2 aku discuss ngan mate aku guna dua benda alah tu. dan kadang2 aku dapat info melalui facebook jugak. kadang2 kawan2 chat ngan aku discuss academic. yang komen2 aku tu memanglah nampak macam riang gumbira je kan, but it doesn't means aku sedang menggoyangkan kaki sambil nyanyi lagu kaho naa pyaar hai. aku memang perlu online sebab banyak kerja based on internet. yelah. teknologi di hujung jari kan. tapi bukan online semata2 mengadap facebook tunggu orang komen. kerja jalan gak even lambat sikit la kan. ni aku sentap la ni bila orang cakap aku dok online facebook je mengomen bagai, sombong la bila orang nak chat saje2 aku tak layan. aaa jangan pandang course aku sebelah mata je. jangan pandang aku student yang main2. aku susah hati ni banyak kerja tak siap2 lagi. ade mase aku boleh la entertain. ni aku takde masa, tido dah tak menentu, makan pun lari dari jadual asal, ni belum lagi tambah masalah2 yang aku malas nak fikir, kalau aku langsung la x berhibur kat fb tuh, jumpa aku next time dah jadi zombi agaknya. tak pun kak limah.

mfk punya kerja memang tak pernah tak banyak. yang paling utama sekarang ni ada dua assignment tengah menungggu2 nak kena submit. yang kerja kurang utama, banyak. tak tersenarai. assignment en amirul boleh kata settle 70% tapi since jumaat ni kena present balik so kerja berganda dua. assignment advance fiqh muamalat ada empat. 1 kerja group, tiga lagi individual. qawaid fiqhiyyah, tunggu masa nak present dan hantar report. yang menjadi susah, sebab assignment2 ni berkaitan dengan hukum2 Islam, shariah, fiqh, company etc. Kalau tak berkaitan pun memang tak boleh buat main, maka memang tak boleh lah nak main2. Test? yang tu lain cerita.

lecturer baik. suka semua. takde masalah pun dengan dorang. just kerja banyak dan masalah dalaman yang tatau lah apa. praktikal? haha. yang tu kelamkabut jugak. see? how busy my life currently.

Besar cabaran menjadi student final semester -_-"




Hidup Yang Sibuk

Jangan tengok hidup aku dari kaca mata facebook. Itu boleh dikatakan bahagian positif dalam diri aku. Hidup yang dilalui sekarang, banyak yang susah dari yang senang, banyak yang kecewa dari yang gembira, banyak yang sakit dari yang sihat, yadda yadda. Saje malas nak tunjuk. Annoying. Takpe. Ujian je semua ni kan? o_O

Pasal jari aku, terima kasih untuk yang bertanya. Alhamdulillah keadaan dia kadang2 okay, kadang2 menggelupas jugak. Cuma dah tak teruk la. Maybe sebab merajinkan diri bubuh krim, losyen bagai yang geli2 tu, lama2 jari ni dah okay sikit. Gatal2 pun dah kurang. Alhamdulillah.

Hidup bahagia je tapi kerja banyak sesangat. Haha. Boleh tak nak cakap aku sedih? Hari ni nak berhenti sejenak menjadi positif.

Semester ni prestasi aku jatuh sikit. Bukan sikit, banyak kot. Tu yang agak pressure. Rasa cam takde masa nak bergurau senda tak kira masa. Minta maaflah bagi yang terasa. Ada sesuatu dalam diri aku yang hilang. Dan belum dapat make sure lagi apakah itu. Masih tercari-cari.

Tapi satu yang aku mungkin jumpa, mungkin sebab aku tersentap kot. Aha. Entah lahh labuu. Dari first semester degree lagi aku memang agresif. Mungkin tak nampak di mata kasar sebab aku ni jenis diam je, suara pun dengar2 tak dengar bila bercakap. Nerd. Serius tak tipu. Tapi aku agresif dari segi buat kerja kot. Aku tak boleh kalau submit assignment yang aku rasa macam cikai2 je hasil kerja. Grammar salah, vocab salah, ejaan tak betul, aku tak suka. So dari dulu lagi aku selalu jadi tukang compile assignment betulkan apa2 yang patut. Pendek kata, nak bagi lecturer tengok student dia buat kerja sungguh2 walaupun mungkin hakikatnya malam nak hantar assignment baru terkedek2 nak pergi print.

Jadi mungkin disebabkan sikap ini, menjadikan aku sebagai leader dalam group work. Aku laa yang paling alert, nak kena buat apa, bila nak submit, arrange kerja yadda yadda. Semuanya boleh dikatakan smooth je sampai la last semester. Takdelah semua kerja aku lead, just macam aku ni penggerak la kepada sesuatu assignment. One of the reason, selain dari sikap aku sendiri, sebab aku ni gelabah, lambat paham soalan so kalau buat kerja last2 minute memang sawan la aku. Macam yang tengah dilalui sekarang -_-

Haih, tersentapkah aku? Aku bukan jenis makan dalam pun. Takde lah nak pegi psycho2 balik orang2 yang pernah sakitkan hati aku. Take revenge ke ape. Memang tu jauh menyimpang la dari diri aku. Tapi apa yang berlaku sekarang, menunjukkan macam aku tersentap. Haih. Menyesal pernah tahu.

Last semester, ade interpersonal conflict sikit dalam group aku. Bendanya settle tak settle senyap macam tuh je la. Tapi effectnya kat aku, aku jadi terlebih berhati2. Mungkin aku jadi takut, atau mungkin sebenarnya aku ni jenis yang suka beralah. Haih. *mengeluh lagi* Aku ade gtau kan, aku nye sikap agresif tu camne, then groupmate aku tersentap lak dengan cara aku sampai dia pena cakap kat the other mate yang lepas ni dia takkan dengar dah cakap aku, n dia akan pastikan lepas ni dia yang lead. Fine. It's not my choice to be a leader. Ya. Aku memang tersentap pun dengan statement itu. Sebab apa yang aku buat selama ni bukan sebab nak show off konon2 aku buat kerja hebat gila ke ape, it's for the sake of group assignment. Kate nak assessment mark tinggi, serius, boleh kata setiap semester most subject yang kitorang amik carry mark memang tinggi2, just depends kat final exam boleh perform more better atau tak je.

Dan semester ini, mungkin kerana kesentapan itu, aku dah tak agresif. Dah jadi diam balik macam zaman diploma dulu. Dah tak alert. Selalu tak ingat assignment2 yang bersusun. Buat2 jugak tapi tak serakus dulu. Dulu, sebok tanya itu ini. Make a date bila patut siapkan assignment itu ini, ajak discuss kat library, paksa groupmate stay for the sake of nak markah tinggi assignment dengan buat muka serius 'jangan bantah' dan macam2 lagi la. Tapi sekarang? Nothing. Nothing. Tak patut kan aku buat macam ni? Aku bukan tak sedar, sedar. Tapi rasa tak gembira la jugak nak buat kerja kalau mate aku sentap rupe2nya dengan aku...kerja dah la susah, kalau nak layan sentap2 ni memang tak jalan laaa...sekarang ni assignment buat je. sampai due date menggelabah macam nak sawan siapkan gila2. sebelum ni group aku tak pernah rasa macam ni. at least malam before nak submit tuh dah siap print, dah boleh senyum lega. lagi 2,3 hari before submission, dah sebok compile, betulkan balik apa2 yang kureng, tapi sekarang, 'aku hambik je keje kau, okay tak okay lantak je laa'...wuuu x seronok. aku bukan pandai sangat nak score gila2 time final nanti :(

Susah hati. Semangat aku macam hilang. Mungkin sebab kerja terlalu banyak kitorang tak dapat nak siapkan awal tapi, aih I know something going wrong in my teammate. Tak salah meluahkan apa yang kita tak puas hati, sebab mana lah ada semua perkara kita terima dengan hati terbuka. Kan? Tapi untuk kebaikan semua pihak, adalah lebih baik kita jadikan rasa tak puas hati tu kepada perbincangan kot. Capai kata sepakat. Dan aku pun tatau la camne nak settlekan ni. Sebab aku tahu ni pun dari orang lain, so memang tak best la. Nak tanya dia? Adoiii. Mungkin bagi dia, dah settle. Sebab dia dah tunjukkan apa yang dia tak suka, tak puas hati. Tapi aku dengan mate lagi sorang camne? Obvious gila dua2 sentap tapi malas nak cakap je.

Penat jadi positif walaupun hati rasa gembira. Sebab kadang2 bila tengok diri sendiri macam positif je manjang rasa macam hipokrit plak. Haha.

Dan disebabkan masalah 'jiwa' aku ni, dah banyak kali gak la aku cam terkena 'pop' test. Means, esok nak test malam tu baru aku tahu. Sawan okay. Sawan. Test 1 confirm2 dah marks macam budak tak pernah belajar.

Izzah, find yourself back!!



Dah lah. tanak tulis panjang. Ni pon dah cam sebak. thanks baca. Kalau sudi, komen. Tak sudi takpe. Hari ni tulipchantek jadi manusia biasa yang lemah.

Khamis, 10 Februari 2011

Sakit :'(

Sedih rasanya melihat nasib jari. Sungguh kritikal. Ini bukan sakit yang dibuat main main, ni sakit sampai mengeluarkan air mata. Alergi dah ditahap maksima. Sedih. Dan sangat sakit. Jari jemari di tangan kanan menggelupas habis. Empat jari semuanya. Ibu jari je yang masih dalam keadaan selamat. Jari kelingking dah macam tak berupa. Luka teruk. Mana tah datangnye? Jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan tapak tangan semuanya menggelupas, luka, kering dan berdarah. Wuuu. Wuuu. Alergi sabun. Sebelum ni setakat sabun basuh baju tu je tapi sekarang shower foam pun dah boleh buat aku serba salah nak letak kat tangan. Sakit ya amat woo time mandi. Tu belom lagi kalau aku guna pinggan mangkuk cawan yang perlu dibasuh. Pedih gila. Okay sarung tangan tak beli lagi sebab tak sempat nak keluar. Dah letak ubat. Pedih! Pedih! Ni keadaan alergi paling teruk sepanjang aku hidup! *menangis*

Aku ni right handed. Anak melayu. Nak menulis haruslah menggunakan tangan kanan. Mujurlah bukan musim test bagai sekarang ni maka takdelah tangan ni aktif sangat menulis tapi kadang2 tu bila buat kerja harus jugak tulis nota kan? Tak tahan lama. Gatal semacam jari jemari ni. Makan? Dah berapa hari dah ni makan tak guna tangan. Means, guna sudu garfu lah kan. Sungguh tak nikmat. Rasa macam nak beli sudu garfu pakai buang je. Senang. Tak payah cuci. Tak payah menambah sakit. Ini bukan alasan orang malas ye. *kembali menangis*

Dah banyak hari jugak ni jari jemari berada dalam keadaan kritikal. Semua yang lihat nak buat muka ngeri. Aku yang dapat sakit ni lagi la ngeri kott? Walaupun dah bubuh ubat tanpa jemu hingga melekit2 tangan...euwww..tapi maybe kurang berkesan jugak sebab aku perlulah kot mandi setiap hari sekurang2 nya dua kali sehari. Maka dah shower foam pun buat aku pedih takkan mandi guna air semata? Gila. Cuci muka? Haha. Sakit weh. Tak tipu. T_____T

Ni jari kelingking dah sampai kejang. Luka kat dalam. Aigooo. Sentuh pun sakit. Harus tindakan apakah? Jumpa doktor sudah. Letak ubat sudah. Tak tahan ni. Sakit. Sakit sangat sangat.


Jari, cepat sembuh ya?



*sambung nangis*