بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 31 Ogos 2009

Baju Melayu Untuk Abah

Fisrt time beli baju untuk abah. haha. Sepasang baju melayu n kain 'plekat'. kaler ijau you...tp x bg abah lagi..nak gosok cun2 dulu..ngehehh..next wik nak ajak abah datang shah alam la..ley bukak pose same2 then bg baju melayu ni..huuuu

dah lame gile babeng x jumpa abah. harap call n msg je. isk.

harap harap abah suka.





p/s: kamera aku da rosak. malas nak fikir dah. nak kumpul duit. nak beli nikon.

Ahad, 23 Ogos 2009

Bermimpi ke Syurga?

Pagi tadi aku mimpi pelik. Mimpi macam dunia nak musnah. Mula mula Allah tarik nikmat air. Habis dunia kering kontang. Pastu Allah tarik nikmat udara. Semua tumbuhan macam dibekukan. Pastu aku pun lari lari nak selamatkan diri. Tatau la nak selamat kan dari apa kan. Mimpi bukan jelas sangat pun.

Pastu agaknya masuk scene kedua kot, aku dah mati. Aku tatau aku ada kat mana tapi tempat tu cam satu tempat yang terapung coz xde bende yang menahan or menggantung tempat tuh. and tempat tuh orang sederhana ramai dan mungkin semuanya Islam sebab pastu ade Imam mengimamkan solat kami. Tapi aku tak nampak pun muka Imam tu tp dalam mimpi tuh beliau cam seorang pemimpin yang sangat dikagumi dan dihormati.

dah habis semayang, kitorang nak dibawa ke satu tempat. ada pintu. dari celah pintu dah nampak cahaya. pastu tetibe dalam mimpi tu aku rasa sedih sangat. sebab aku teringat yang aku mati xde sape pon yang tau. family aku semua tatau yang aku dah mati. mesti dorang sangat seday.

then tak lama pastu aku tersedar. macam da dekat nak mati je rasa. takut gila feel cam ni...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Sahri Ramadhan...

aku rindu nak balik rumah. last aku balik mase cuti tetibe ritu je. after dat, aku tak penah balik langsung.

aku rindu abah. dah lama x jumpa abah.

hari ni hari yang sebak. bukan hari ni je. memang selalu dah macam ni. bila ingat abah rasa sedih. rasa nak nanges. pastu tangkap leleh sorang sorang. iskk..nape ntah?

ritu aku bg msg kat abah,
"abah sihat? i love you."

sure abah terkejot gile. da 20 taon aku idop first time kot cakap camtuh kat ayah sendiri. selama ni x pena pon. tau contact abah sebab nak mintak duet je. ish burok gile pangai.

tatau nape selalu sangat tingat abah kebelakangan ni. nak jumpa abah tapi tamao balik umah. trauma. sedih. takut.

harap sangat puasa hari pertama esok dapat bukak pose sama sama ngan abah.

harap harap abah sihat selalu.

hari ni gak amat rasa rindu pada kakak n abang abang aku yang lain. macam dah lama sangat rasa x jumpa dorang. harap msg n call je yg menghubungkan kitorang.

aku tak suka dengan apa yang aku rasa sekarang.

macam ade satu perpisahan abadi akan menyapa.

Ahad, 2 Ogos 2009

i'm gonna miss lil kaka sooo muchhhh :)


aku da sampai kolej since semalam, jumaat.

malam terakhir kat umah cousin, kaka yang comel tetibe kamceng gile plaks ngan aku. rajin cite ape2 ntah kat aku. bace buku la. melukis la. tengok gambar la. celoteh macam2. layann je la. rindu kat sore kaka yg comel. kuat gile laa btw kan.

dalam 1 am camtu, kaka memang bese x tido lg. cite die sume panjang2 gile. report berjela jela aktiviti seharian die. aku on laptop ajak die tengok upin & ipin. adoyai..sore dorang da cam serupe je aku dengar. cam nak gigit je rase tengok dak2 comey ni bercakap.

pastu layan plak lagu kanak2. kaka da menari sakan gile dah. gelak berguling guling aku. terus segar balik. kaka ajak men ketapi plak. layannn. layannn. bukan senang nak wat kaka kamceng ngan aku tau.

pastu dalam kul 2 aku da mabuk mabuk ayam dah. suh kaka baring, aku tepuk2 die. alahai manjas gila. bawak bantal busuk die baring sebelah aku siap pusing ngadap aku lagi. pastu rapatkan pale die ngan aku. cucuk2 pipi la, hidung la. then sengeh sorang2. sweet gilas dak nih. haha.

macam tau2 je aku nak blah. mula laa semangat nak manje2 ngan aku kan...

esoknye bile aku nak gerak, kaka kiss aku. muke da bajet seday. seday lak aku kan. pasni lame laa plak da x dgr sore kaka. hukhuk. rindu kt die.

ariesha zulaikha

lil kaka yg comey :)