بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 17 Februari 2015

2015

Aku tahu dah masuk setengah bulan dua dah pun tapi sebab blog ni dah seratus tahun tak update so 2015 still new for me. Hiks.

Dan Alhamdulillah merasa dah kita ke tahun 2015. 2015 ni kira permulaan hidup yang baru la jugak untuk aku. Sebabnya, aku berhenti kerjaaa wohoooo. Hmm. Aku tak expect pun aku akan berhenti kerja. Paling paling pun bertukar syarikat bekerja bukannya berhenti terus. Kadang kadang bila toleh belakang rasa macam tak percaya je dengan keputusan yang aku ambik ni. But still before decide to quit, aku dah discuss dulu dengan kakak & close friends. Dan jugak solat & doa.

Kenapa aku berhenti? Aku anggap itu hanya asbab untuk aku mulakan hidup baru. Mungkin, jika aku tak diuji macam tu sampai ke tahap depression (aku mengalami kemurungan ok), aku tak berani buat decision ni dan terus stay dalam comfort zone aku yang tak comfort pun sebenarnya.

So dengan hati yang berat, dan pasrah, dan jugak redha (aku harap), aku mulakan hidup baru pada usia 26 tahun. Work from home. Most people said it's best to work from home, but only those who are wearing the same shoes know how it feels. Lalala. Aku buat bisnes. Jual alQuran atas label suratchenta. Aktif kat instagram je. Jemput follow. Eh.

Work from home. Tu memang satu cita cita la jugak. Aku dibesarkan oleh seorang ibu yang kerjayanya adalah suri rumah. Jadi, melihatkan itu menjadikan aku ingin berada di situ. Menjaga keluarga, erat dengan anak anak dan suami. Betapa indahnya rumah yang dihiasi dengan kehadiran seorang ibu. Ye. Aku ada ijazah. Tapi at the end memang harapan aku nak bekerja dari rumah. Dan bila orang mengharapkan aku berkerjaya hebat dan bergaji besar, agak menyedihkan aku la selama ni. Sebab benda benda tu memang takde dalam aim aku. Aku cuma nak cari apa yang aku boleh buat untuk aku bekerja dari rumah. Lumayan ke tak lain cerita, asal kita tak berhenti berusaha. Kan?

Dan Alhamdulillah aku diketemukan dengan perniagaan menjual alQuran dan jujurnya aku sangat suka melakukan ini. Bahagianya aku rasa bila bertemu dengan pembeli yang benar benar mencari, pembeli yang muallaf, pembeli yang menjadikan alQuran sebagai hadiah, dan yang paling membahagiakan sudah tentu - sis, tadi saya baca alQuran yang sis jual. Saya suka sangat. Terima kasih sis. - hati mana yang tak berbunga ye dak? Alhamdulillah.

Bukankah Allah dah kata tidak ada yang diberikanNya adalah sia sia?

So for 2015, I start myself as entrepreneur, that selling alQuran. And step by step I will achieve my dreams. InsyaAllah.

Nanti lah ye update lagi. InsyaAllah.
Assalamualaikum!