Perfect.
Hari ni datang je office memang tengah tahan perasaan nak muntah. Sepanjang jalan yang bersesak sesak tu memang aku diam je dalam kereta tak berkata apa sebab rasa macam nak terkeluar segala apa dalam perut. Sampai office jam 7.55 pagi, terus laju laju pergi toilet. Muntah. Lepas tu terus confius tatau puasa batal ke tidak. Tapi aku teruskan je puasa walaupun rasa macam dah batal. Takpelah. Nanti ganti je la balik kalau tak yakin kan. Sebab nak bukak puasa pon cam takde bende nak makan plus rasa cam pelik je tak puasa tapi solat. Err tak pelik ke?
Sakit kepala betul. Campur dengan batuk yang tak berhenti henti ni. Mujur suara dah ada sikit walaupun masih serak macam hape je bunyi. Alhamdulillah syukur. Hari tu 3 hari takde suara. Sampai ke tahap tak berbunyi la kirenye walaupun cuba bercakap. Dan selama 3 hari tu jugak lah berkomunikasi melalui sign language & berbisik bisik. Baru tahu camne sunyinye hidup seorang bisu. Syukur rasanya dilahirkan sempurna sifat. Alhamdulillah.
Dan hari ni betul betul bekerja mengadap pc tanpa henti dari pagi sampai lah waktu habis kerja. Buat senarai nama pelanggan yang cecah ribuan tu. Dan untuk hari ni aku sempat siapkan dalam 820 nama je. Aku tak rasa terbeban pun walaupun rasa lah jugak macam buat keje ntah hape langsung tak relate dengan knowledge tapi relate lah kot dengan kemahiran excel. Okay. Positif. Dan disebabkan hari ni tak sihat maka takde mood nak gaduh dengan encik supervisor. Lagi pun semalam beliau eksiden. Tak terperasan pun lagi kat mana beliau cedera. Tak sempat nak pandang belek belek memandangkan sekarang ni aku di luar beliau di dalam. Ceh. Yang aku tahu lutut dia sakit. Kasihan. Jalan tergedik gedik. Cepat sehat ye encik Aizat. Nanti bila dah sama sama sihat kita gaduh sungguh sungguh.
Tapi hari ni nak jugak beliau cari pasal. Dan macam biasa aku buat tatau je. Orang orang kat sini suka tengok aku pakai baju songket hitam dan kebetulan hari ni aku pakai (sebab dah takde baju yang berbasuh..ahaha). Maka beliau pon mungkin agaknya suka juga tapi kata beliau muka aku ni masam je rini. Macam tak kenalah ngan baju songket yang kononnya cantik itu. Haih. Bukannya aku nak bermasam masam tapi sejak dari pagi dah muntah 2 kali. Batuk lagi. Pastu badan panas pulak. Macam tak tersedar yang rini aku kelihatan moody. Aduhai. Dan nasiblah ada Kak Ya, beliau lah yang bagitahu encik supervisor yang aku hari ni tak sihat, dah macam nak demam. Tapi aku buat biasa je tak tertoleh pon bila kak Ya cakap camtu. Nak tahu ape reaksi encik supervisor?
“Ohh tak sihat ke…nape tak pakai sweater? Kalau nak guna yang saya punya pun boleh. Ada kat kerusi. Pergilah amik”, kata beliau seraya berlalu pergi kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
“Ek? Pinjam sweater encik aizat?” desis aku di dalam hati pura pura tak rasa apa. Sementara beliau di bawah terus laju laju aku capai sweater kak Siti dan sarung ke tubuh walaupun sweater tu besar kemain sampai menggelebeh memakainye. Bila encik supervisor nampak aku dah pakai sweater beliau sempat senyum mesra dan riaknye berpuas hati tengok aku dah pakai. Kalau tak aku rasa macam dia akan offer je sweater dia kat aku..oh tidak…Cukuplah hari pertama aku di unit pembiayaan aku duduk kat tempat dia dan simpan hand bag aku kat situ lepas tu dah rasa menggelabah panik tatau nak buat ape. Panik sebab masa aku duduk tu dia takde lagi dan elok je aku nak menulis..pap! suara beliau kedengaran. kelamkabut lah kan nak memblahkan diri sebab menumpang tanpa izin lepas tu tertinggal pulak handbag kat kawasan beliau. Warna merah hati okay. Aku berserah je letak handbag kat tempat dia dan lepas tu aku duduk luar. Kira cam aku bagi ‘amanah tak langsung’ kepada beliau untuk menjaga beg aku. Wah wah wahhh. Beliau simpan elok tahu. Segan gileeee.
Dan bila encik Aizat tahu yang hari ni aku tak sihat, beliau tak cari gaduh dah. Boleh je cakap elok elok dengan senyuman bagai. Masa aku nak rehat aku pegi mintak izin dia, lemah je rasanya suara aku. Dia pandang aku, cepat cepat aku senyum menandakan aku okay. Dia senyum kembali & membalas okay juge. Dan memang lepas tu beliau senyum je lah walaupun hari ni masing masing tak cakap sangat. Bertuah kan aku dapat supervisor macam tu? Alhamdulillah.
Notakaki: Lepas ni nak cuba tanak gadoh ngan dia. Haih. I need to respect him more. He treat me well walaupun garang macam naga. Menci tau. Ngan aku sorang je cakap ganas ganas. Dan mungkin, aku perlu banyakkan senyum. Risau dan sasau hati aku melihat orang orang unit pembiayaan ni. Semua macam dah jadi ‘supervisor gelapku’. Huwaaaa.
Eh eh eh hari ni dapat duit raya. Encik Aizat bagi. Secara tiba tiba