بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Rabu, 13 Oktober 2010
Musafir Rawan
Isnin, 4 Oktober 2010
Sabar lah Cik Hati...
Okay…hari ni aku dah penat bergenang-genang cuma air mata je yang tak mahu keluar. Penat fikir apa masalah sebenar seorang hamba Allah ni dengan aku. Penat dengan egonya, penat dengan hati kerasnya. Dan dia bagi aku, sangat “berbahaya” dalam diam. Ya Allah, beri aku kekuatan menghadapi ujianMu ini. Aku percaya ujianMu adalah menguji keimananku dan keimananku adalah kecintaan dan keyakinan aku padaMu Tuhan Yang Maha Adil Yang Maha Mengetahui. Sungguh, aku ini hamba yang lemah.
Aku yakin, dia dah lama pendam. Pendam rasa tak suka, tak puas hati.. dan bahayanya orang seperti ini, sampai satu tahap dia dah tak mampu nak hold, akan jadi begini. Sangat kecewa. Aku tahu tak semua orang suka aku. Itu memang kenyataan yang pasti dan tidaklah itu yang menjadi kesedihan. Fitnah itu satu perkara yang sangat menyakitkan. Fitnah mungkin bahasa yang agak kasar tapi bila kita dituduh satu perkara yang kita tak buat, yang kita langsung tak berniat atau bermaksud sama dengan tuduhan itu, apa bezanya dengan fitnah? Dan obviously dia sedang “membalas dendam” dengan penuh psycho. Segalanya dah menjadi satu perkara yang diungkit-ungkit. Macam petang tadi dia hanta sms mintak share bayar harga fotostat. Tak pernah pulak rasanya selama ni kalau orang mintak bayar aku buatbuat tak reti nak bayar. Tapi hujung sms dia, “dah tak mampu nak print info untuk korang for free…” ape ni? Selama ni print out info semua dia simpan sorang2..memang la kitorang xde reason pon nak bayar kat dia. Sebab dia tak penah plak fotostat kan sekali. But that’s not the case la kan. Nak suh bayar, mintak je. Tapi tak yah guna ayat macam selama ni kitorang take advantage kat die. Before tuh plak, die ada sms lagi, “siapkan past year then submit slide kat saya”. Oh bagus ade orang yang rajin nak compilekan tapi boleh tak ayat tuh elok2 sikit. Dah macam bagi titah perintah ni kenapa? Bel pon sama. Suh submit kat die. Bia die nak touch up. Apehal tamak sangat nak wat keje ni? Macam aku tak boleh buat slide. Jawapannya mudah. Dia tak percaya teammate die. Dia rasa die sorang je wat kerja perfect, buat kerja betol. Slide yang aku buat tak pernah okay bagi die walaupun aku spend berjam2 nak siapkan. Sadis kan? Tak dihargai. Nevermind.
Okay…okay…izzah…jangan emo..jangan merungut..jangan mengeluh…dan aku tak pasti apa kesudahannya. Cakap nak menyindir je. Menanah dah mata telinga ni nak dengar n tengok. Hai susah kan berdepan ngan orang ego? Behave la yourself. Die cakap pasni die nak bertegas ngan aku dan itu bermakna idea2 aku akan ditolak mentah-mentah demi nak mempertahankan ego dia. Ahah. Aku sedar aku adik. Adik memang kena beralah kan?
Thanks for hate me.