بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 30 April 2012

Hitam Pekat

Sungguh gelap blog ini. Dan begitulah rasa gelapnya hidup ini. Bila gelap, apa pun tak nampak. Terkapai kapai. Sepertimana yang dirasai sekarang.


Bercakap tentang kerja,  masih tak cukup rasanya nak panjatkan syukur. Tapi, masih juga bertapi, cabarannya Ya Tuhan, seakan lemah seluruh sendi otak. Benar aku ingin membantu. Tapi dalam keadaan kurang upaya apa lagi yang aku mampu lakukan melainkan doa diberi kekuatan?


Life challenges are much more greater than before.


Dan yang paling rasa gelap dan sunyi tu semakin bercambah, sebab bila dah kerja automatically ada rasa lonely tu. Tak ke? Bila balik rumah yang ada hanyalah bilik sendiri, dan kosong. Yang ada cuma laptop. Tak normal ke ada rasa lonely tu? Sebab bukan tu fitrah manusia ke berkeluarga? Takde perempuan nak jadi rakan sembang.


Jujur, rinduuu yang teramat sangat kat mak. Dan rindu tu sakit kan. Dan bila rindu tu betul betul datang mencengkam apa lagi yang mampu dibataskan melainkan deraian air mata? Aih. Umur dah 23 tahun tapi masih menangis macam kanak kanak.


Macam macam benda berlaku. 


Saya senyum. Tapi saya tak lah tabah sangat.


(:

Dia

Dan dia menulis,
semua tentang sebuah kehidupan.

Dan dia mencatat,
semua tentang sebuah perjalanan.

Hidup dan perjalanannya,
bukan hamparan permaidani indah.
Bukan rumput-rumput hijau yang indah dipandang, enak dipijak.

Hidup dan perjalanannya,
berbeza.

Dan dia menulis,
bukan rekaan semata-mata.

Dan sebahagian besar penulisannya,
adalah sebuah rasa yang dia sembunyikan,
adalah sebuah bicara yang dia tak tahu pada siapa harus dia khabarkan.


Ahad, 29 April 2012

Kembali.

Lama dah dunia blog ini ditinggalkan. Dan harap harap ni laa blog yang terakhir. InsyaAllah.

******************************************

Cukup la banyak tu je ye mukadimah? :)


Alhamdulillah. Life is better. Even if it is not better, I still want to say it, better. 


Dah 4 bulan ditarbiyah. Masih baru. Masih belajar. Masih mengenali. Walaubagaimanapun, syukur. Allah bagi peluang sementara masih muda, masih banyak tenaga, masa otak masih berfikir rasional. InsyaAllah.


Hidup yang berbeza. Sangat.


Dan ujian masih juga datang silih berganti. Cuma yang bezanya cara penerimaan. Dan cara penyelesaiannya juga.


Empat bulan perjalanan ini adalah langkah permulaan yang paling manis. Terima kasih ya Allah atas kesempatan untuk berkenalan dengan mereka, hamba hambaMu yang berusaha keras menggapai redhaMu. Moga aku juga akan mengikut jejak mereka. Amin Ya Allah.

******************************************

Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang orang yang beriman.


Amin Ya Allah.


Khamis, 10 November 2011

Penghujung Pertemuan

Pantas masa berlalu. Hanya tinggal lagi seminggu je nak habiskan praktikal. Atau lebih tepat, lagi enam hari. Whoa! Dah 19 minggu!

 

Orang orang kat opis pun dah mula sibuk tanya bila last day, bila last day. Lepas tu aku pon mula la nak bagi jawapan sentap,

“Tau laa tak suke saya…saya nak benti dah la ni..18hb ni…”

 

Ceh. Poyo tak poyo ayat tu kan. Hoohoo. Tapi dorang takde la bermaksud camtu pun kan. Kalau ye, memang mak sentapp noks! Eheh.

 

Berakhirnya pertemuan yang singkat ini, pasti ada masanya disulami rindu.

 

Mungkin rasa rindu pada perasaan menyampah dengar deringan telefon yang tak pernah berhenti dari pagi sampai lah senja.

Mungkin rasa rindu pada perasaan cuak & gelabah setiap kali nak berhadapan dengan para pelanggan.

Mungkin akan rasa rindu untuk bancuhkan air kepada mereka semua.

Mungkin rasa rindu untuk susun file.

Mungkin rasa rindu untuk buat surat, tukar format ikut citarasa sendiri. Ekeke.

Mungkin rasa rindu untuk scan specimen yang beribu ribu ribu lemon itu.

Mungkin rasa rindu untuk borak borak mengenai hal hal kedewasaan.

Mungkin rasa rindu untuk dengar perjalanan kehidupan seorang wanita yang sedang mengandung. Tips bagai.

Mungkin rindu pada tekanan diganggu setiap hari oleh abang abang senget.

Mungkin rindu sesi luahan perasaan dengan rakan rakan sebaya dan akak akak sempoi.

Mungkin rindu perasaan tension bila dibuli & dikutuk.

Mungkin rindu pada perhatian ikhlas seseorang yang bergelar abang & kakak.

Mungkin rindu untuk berbakti.

Rindu lah. Macam2. Letih pulak nak taip semua.

 

Tapi satu perkara yang pasti dirindu dan tak mampu diubati ialah,

takkan jumpa dah orang macam dorang.

 

Tak mahulah sedih. Segalanya baik. Permulaannya baik. Dan InsyaAllah, penghujungnya nanti pun baik. Winking smile