بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Memaparkan catatan dengan label Omong Kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omong Kosong. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

Muntah, Batuk & Demam

Perfect.

 

Hari ni datang je office memang tengah tahan perasaan nak muntah. Sepanjang jalan yang bersesak sesak tu memang aku diam je dalam kereta tak berkata apa sebab rasa macam nak terkeluar segala apa dalam perut. Sampai office jam 7.55 pagi, terus laju laju pergi toilet. Muntah. Lepas tu terus confius tatau puasa batal ke tidak. Tapi aku teruskan je puasa walaupun rasa macam dah batal. Takpelah. Nanti ganti je la balik kalau tak yakin kan. Sebab nak bukak puasa pon cam takde bende nak makan plus rasa cam pelik je tak puasa tapi solat. Err tak pelik ke?

 

Sakit kepala betul. Campur dengan batuk yang tak berhenti henti ni. Mujur suara dah ada sikit walaupun masih serak macam hape je bunyi. Alhamdulillah syukur. Hari tu 3 hari takde suara. Sampai ke tahap tak berbunyi la kirenye walaupun cuba bercakap. Dan  selama 3 hari tu jugak lah berkomunikasi melalui sign language & berbisik bisik. Baru tahu camne sunyinye hidup seorang bisu. Syukur rasanya dilahirkan sempurna sifat. Alhamdulillah.

 

Dan hari ni betul betul bekerja mengadap pc tanpa henti dari pagi sampai lah waktu habis kerja. Buat senarai nama pelanggan yang cecah ribuan tu. Dan untuk hari ni aku sempat siapkan dalam 820 nama je. Aku tak rasa terbeban pun walaupun rasa lah jugak macam buat keje ntah hape langsung tak relate dengan knowledge tapi relate lah kot dengan kemahiran excel. Okay. Positif. Dan disebabkan hari ni tak sihat maka takde mood nak gaduh dengan encik supervisor. Lagi pun semalam beliau eksiden. Tak terperasan pun lagi kat mana beliau cedera. Tak sempat nak pandang belek belek memandangkan sekarang ni aku di luar beliau di dalam. Ceh. Yang aku tahu lutut dia sakit. Kasihan. Jalan tergedik gedik. Cepat sehat ye encik Aizat. Nanti bila dah sama sama sihat kita gaduh sungguh sungguh.

 

Tapi hari ni nak jugak beliau cari pasal. Dan macam biasa aku buat tatau je. Orang orang kat sini suka tengok aku pakai baju songket hitam dan kebetulan hari ni aku pakai (sebab dah takde baju yang berbasuh..ahaha). Maka beliau pon mungkin agaknya suka juga tapi kata beliau muka aku ni masam je rini. Macam tak kenalah ngan baju songket yang kononnya cantik itu. Haih. Bukannya aku nak bermasam masam tapi sejak dari pagi dah muntah 2 kali. Batuk lagi. Pastu badan panas pulak. Macam tak tersedar yang rini aku kelihatan moody. Aduhai. Dan nasiblah ada Kak Ya, beliau lah yang bagitahu encik supervisor yang aku hari ni tak sihat, dah macam nak demam. Tapi aku buat biasa je tak tertoleh pon bila kak Ya cakap camtu. Nak tahu ape reaksi encik supervisor?

 

“Ohh tak sihat ke…nape tak pakai sweater? Kalau nak guna yang saya punya pun boleh. Ada kat kerusi. Pergilah amik”, kata beliau seraya berlalu pergi kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

 

“Ek? Pinjam sweater encik aizat?” desis aku di dalam hati pura pura tak rasa apa. Sementara beliau di bawah terus laju laju aku capai sweater kak Siti dan sarung ke tubuh walaupun sweater tu besar kemain sampai menggelebeh memakainye. Bila encik supervisor nampak aku dah pakai sweater beliau sempat senyum mesra dan riaknye berpuas hati tengok aku dah pakai. Kalau tak aku rasa macam dia akan offer je sweater dia kat aku..oh tidak…Cukuplah hari pertama aku di unit pembiayaan aku duduk kat tempat dia dan simpan hand bag aku kat situ lepas tu dah rasa menggelabah panik tatau nak buat ape. Panik sebab masa aku duduk tu dia takde lagi dan elok je aku nak menulis..pap! suara beliau kedengaran. kelamkabut lah kan nak memblahkan diri sebab menumpang tanpa izin lepas tu tertinggal pulak handbag kat kawasan beliau. Warna merah hati okay. Aku berserah je letak handbag kat tempat dia dan lepas tu aku duduk luar. Kira cam aku bagi ‘amanah tak langsung’ kepada beliau untuk menjaga beg aku. Wah wah wahhh. Beliau simpan elok tahu. Segan gileeee.

 

Dan bila encik Aizat tahu yang hari ni aku tak sihat, beliau tak cari gaduh dah. Boleh je cakap elok elok dengan senyuman bagai. Masa aku nak rehat aku pegi mintak izin dia, lemah je rasanya suara aku. Dia pandang aku, cepat cepat aku senyum menandakan aku okay. Dia senyum kembali & membalas okay juge. Dan memang lepas tu beliau senyum je lah walaupun hari ni masing masing tak cakap sangat. Bertuah kan aku dapat supervisor macam tu? Alhamdulillah.

 

 

 

Notakaki: Lepas ni nak cuba tanak gadoh ngan dia. Haih. I need to respect him more. He treat me well walaupun garang macam naga. Menci tau. Ngan aku sorang je cakap ganas ganas. Dan mungkin, aku perlu banyakkan senyum. Risau dan sasau hati aku melihat orang orang unit pembiayaan ni. Semua macam dah jadi ‘supervisor gelapku’. Huwaaaa.

 

Eh eh eh hari ni dapat duit raya. Encik Aizat bagi. Secara tiba tiba Angel

Selasa, 7 Jun 2011

Random 070611




~inche result akan menunjukkan wajahnya lebih kurang 10 hari lagi. Mak oiii dekat dahh rupanye! harap harap handsome kacak menawan hati lah kan. tapii tapii entah lah labu. rasa macam kena jumpa inche result lagi pun ade. haih. entah ape lah yang aku merepek masa jawab exam ritu. paper risk. rasa macam tu yang paling teruk selain islamic capital market gamaknya. tak tido malam time tu. cuak sangat. last2 masa jawab mengantuk gile tenggiling. huwaaa...tamao ingat dah! tunggu je la 17 jun nanti ye. tolonglah berwajah kacak wahai inche result pujaanku...ecehhh!



~bila cuti, memang jaranglah aku ni wujud kat kota. macam pelik kan? rumah kat gombak tu je haa. ayah pun duk sane. tapi bila cuti je aku dok bertenggek kat kampung takpun kat negeri jelapang padi ni haa. tahan pulak budak bandar macam aku ni dok kampung ye? dulu aku tak macam ni pun. bila cuti ade je aku terpacak kat rumah. beronggeng ronggeng bagai. tapi segalanya berubah sejak tahun 2009. setiap kali cuti semester memang aku akan tinggalkan gombak. dan balik pun selalunya bila dah dekat2 nak abes cuti. so cuti pun cam tak guna gak la tak dapat nak jumpe member2 lame, bile time belajar memang lagi mimpilah nak jumpe bagai kan. haha. so secara lebih jelas dan nyata, sejak aku amik degree, cuti sem aku memang dihabiskan di luar kota. walaupun hakikat yang sebenarnya aku rindukan kehidupan di gombak. rindu nak jumpe nanad, syira, nazira yadda yadda. tambah2 lak skang ema ngan nadia pun ade kat sane tapi apakan daya... =)


gambar yang tak berapa nak berkait rapat *sigh*


~dah seminggu batuk teruk plus sakit tekak. sakitnya hanya Allah je la yang tahu. memang sampai termuntah2 jadinya bila dah batuk teruk sangat. tidur jadi tak lena. makan minum pun susah rasa macam nak tersedak je manjang. ade sekali tu kahak sampai berdarah. tak tahu la. dah brape jenis ubat dah habis kena telan. makan madu dengan perahan limau nipis, makan gula2 woods, ubat batuk klinik, fisherman's friends, hurix's, minum air suam etc tapi rasa macam batuk semakin teruk je mengape??? sakit hoo dada ni menahannya. pergilah wahai penyakit batuk! T____________T


okbai.

Khamis, 10 Februari 2011

Sakit :'(

Sedih rasanya melihat nasib jari. Sungguh kritikal. Ini bukan sakit yang dibuat main main, ni sakit sampai mengeluarkan air mata. Alergi dah ditahap maksima. Sedih. Dan sangat sakit. Jari jemari di tangan kanan menggelupas habis. Empat jari semuanya. Ibu jari je yang masih dalam keadaan selamat. Jari kelingking dah macam tak berupa. Luka teruk. Mana tah datangnye? Jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan tapak tangan semuanya menggelupas, luka, kering dan berdarah. Wuuu. Wuuu. Alergi sabun. Sebelum ni setakat sabun basuh baju tu je tapi sekarang shower foam pun dah boleh buat aku serba salah nak letak kat tangan. Sakit ya amat woo time mandi. Tu belom lagi kalau aku guna pinggan mangkuk cawan yang perlu dibasuh. Pedih gila. Okay sarung tangan tak beli lagi sebab tak sempat nak keluar. Dah letak ubat. Pedih! Pedih! Ni keadaan alergi paling teruk sepanjang aku hidup! *menangis*

Aku ni right handed. Anak melayu. Nak menulis haruslah menggunakan tangan kanan. Mujurlah bukan musim test bagai sekarang ni maka takdelah tangan ni aktif sangat menulis tapi kadang2 tu bila buat kerja harus jugak tulis nota kan? Tak tahan lama. Gatal semacam jari jemari ni. Makan? Dah berapa hari dah ni makan tak guna tangan. Means, guna sudu garfu lah kan. Sungguh tak nikmat. Rasa macam nak beli sudu garfu pakai buang je. Senang. Tak payah cuci. Tak payah menambah sakit. Ini bukan alasan orang malas ye. *kembali menangis*

Dah banyak hari jugak ni jari jemari berada dalam keadaan kritikal. Semua yang lihat nak buat muka ngeri. Aku yang dapat sakit ni lagi la ngeri kott? Walaupun dah bubuh ubat tanpa jemu hingga melekit2 tangan...euwww..tapi maybe kurang berkesan jugak sebab aku perlulah kot mandi setiap hari sekurang2 nya dua kali sehari. Maka dah shower foam pun buat aku pedih takkan mandi guna air semata? Gila. Cuci muka? Haha. Sakit weh. Tak tipu. T_____T

Ni jari kelingking dah sampai kejang. Luka kat dalam. Aigooo. Sentuh pun sakit. Harus tindakan apakah? Jumpa doktor sudah. Letak ubat sudah. Tak tahan ni. Sakit. Sakit sangat sangat.


Jari, cepat sembuh ya?



*sambung nangis*


Khamis, 20 Januari 2011

20012011

Oh sangat lah rindu nak membebel kat sini walaupun sebenarnya jadual kehidupan sangatlah sibuk. Ahaks.

Okay update laju laju.

Hari ni kan, UiTM black out! Dari pagi around 8 am sampai lah 8 pm. Bangun awal hari ni sebab tido berpeluh. Ingatkan mimpi seram ke ape rupenya kipas kat siling dah berhenti berkhidmat! Sabor je lahh. Lepas tu terus bangun siap mandi yadda yadda around 11 pg hangout ngan Nadia kat 3 serangkai. Eheh. Nadia?

Ya. Nadia was here. Dalam bilik kecik tingkat 4 ni. Dia sampai semalam & tumpang tido kat sini. Hee. Macam mimpi. Excited bukan main. Bercakap tak berhenti sampai nak dekat jam 3 pagi. Sampai rasa macam mulut je yang gerak. Mata pejam mulut bercakap. Tuh la. Nak jumpa selalu susah. Masing masing ade hal sendiri nak kene settle. Sekali jumpa memang macam ni lah gayanya.

Really. It's quite difficult for me to move on here without her besides me. Bestfriend. Banyak sangat susah bersama. Maka, kadang2 bila face difficulties here, macam agak blank tak tahu nak buat apa. Tapi tu lah realitinya kan? Hope both us gagah, tabah & cekal for the time being. For her, doing the practical training. And for me, doing my best for this final semester. Hopefully, this friendship remains strong and we keep support each other no matter how difficult this life we need to face.

Bahasa Inggeris aku makin teruk? Abaikan.

Cite pasal assignment plak. Oh ingatkan nak tabahkan hati siapkan kerja AAM masa petang tadi sebab beliau nak handwriting tapi memang tak tabahlah nak buat kerja berpeluh bagai. Bahang sungguh. Kerja MFK memang tak lah nak handwriting. Haruslah proper kan. So tunggu punya tunggu nak ade elektrik balik, da nak dekat Isyak baru lah boleh start. Banyak gile plak haa keje MFK bagi. Esok presentation. Lucky tak lucky je la kene present ke tak. Random kate beliau. Tapi potensi nak kene present macam agak tinggi since beliau tak tahu lah kenapa dari last sem suke benor kat group aku. Mengapakah?

Takpe lah en faizal. dah siap dah pun. kerja last minute. sangatlah tak suka.

Attitude aku sangat teruk semester ni. Maka itu menjadikan aku susah hati dengan sikap diri sendiri. Sila muhasabah, berubah, dan bertaubat.

Okay lah. Ngantuk. Esok kelas pagi. Always kelas pagi. Ha-ha.

Oyasumi nasai.


Selasa, 11 Januari 2011

11.1.11

Oh tarikh cantik sekali lagi. Selamat hari lahir, kak siti nurhaliza. isteri kesayangan datuk khalid tu haa.

Rajin aku updet blog skang ni. Macam kurang percaya pulak rasanya. Eheh. Hari ni takde kelas lagi senanye. For the whole day again. Tapi malas pulak nak show off kat facebook. So aku online je la bila bintang dah keluar. Eheh. Bintang? :p

Tiga kelas cancel hari ni. Macam nak menganga ke melangak dah aku rasa. Seronok la kot kan. Tipu betul kalau student kata tak seronok takde kelas. Kan? Tapi jujur ni. Tak best takde kelas. Walaupun encik inspirasi dah takde, tapi semangat nak belajar tuh masih tinggi. Eceyh. Seronok apa dengar nasihat2 free dari para lecturer. Kadang2 sharing pasal hukum relationship tuh, celik mata tau. Ni dah 2 hari tak jejak fakulti. Huu semacam je rasa. Penat gosok baju licin2. Eee ayat overdose gile.

Oh mungkin jugak rasa semangat nak belajar sebab ade aura dari seorang guru yang suka & semangat nak mengajar maka terberi aura nak belajar kepada pelajar seperti aku? ade kaitan?

Skarang ni fb musim describe2 orang kan. Menarik gak eh. Tapi aku baru mintak berapa orang je. Cam segan je nak mintak ramai2. Hoheh. Jap ek. Tunjuk Seket :)

syg dia dua kuasa lima! haha
ah nak baca aku punya pasal dia pegi la sendiri kat sini :p
dia memang sahabat all the time :)

yang ni aku rasa jujur sangat terlebih gula.
fakta last sekali agak tepat tapi sekarang mungkin dah tidak kot. eheh.
btw, unik ek suka simpan apa yang dirasa? ke pelik? haha



okay, ade sape2 lagi sudi nak komen pasal aku? tapi yang 3 ni je la yang aku publish. oho. nombor aku 261 :)

inbox facebook okay if u want me do the same too ;p

Isnin, 10 Januari 2011

Rumet :)

Eheh. Aku ni tak rajin nak updet cerita banyak kali. Ramai dah ni tanya rumet baru camne. Okay ke tak okay. Course ape. Budak mane. yadda yadda. Jadi di sinilah ceritanya. Takde ulangan okay.

Katil depan aku, budak sains gunaan. amik bio-composite merangkap junior cik kenit, ex rumet aku last semester. dia asal perak. tapi macam tak ingat pulak celah mana. yang pasti bukan kuala kangsar atau ipoh laa. muda setahun dari aku. okay dia lawa. dan ramah.

katil sebelah aku, amik QS - quantity surveyor. haha. maafkan lah aku kalau salah eja. huhu. urm umur dia macam tua 4 tahun dari aku tapi tak panggil akak la pulak. oghe kelate. dan mendengarkan loghat die tuh membuatkan aku rasa cuak. baru aku tahu rupanya kefahaman aku tentang loghat kelate ni sangat lemah! yelah. biasa dengar pun orang KL celup cakap sane. mudah lah sikit nak faham kan. macam english orang malaysia compare dengan english pure orang kat UK. kan beza tuh. die pun ramah jugak. tinggi orangnye.

rumet lagi sorang pulak, amik mechy. yang ni tua setahun. ni la yang paling rajin sembang ngan aku yang overdose pendiam ni kot. adehh. malas betul nak bercakap. bukan senang kot nak sharing2 ni. blog ni pun, aku tak gemar kalau jadi fofular. takde ape pun kan. cerita kebanyakan pasal melankolik seorang gadis kesepian je. euwww geli gile. okay berbalik kepada rumet yg ini, dia asal selangor la lebey kurang. kat branang tu. dia baik. heheh. dalam makna tu tau. sebab iron die pasti akan selalu menjadi mangsa pinjaman aku. hehe.

kesimpulannya, aku rasa dapat rumet yang baik2 lah jugak. Alhamdulillah. Yang boleh la nak ajak sembang2. dan soalan2 lazim seperti 'esok kelas pukul berapa' akan mula berkumandang di dalam bilik ini. eheh. janggal rasanya.

tu je la kot nak cite. malas nak cite panjang2. (saje nak tunjuk aku busy. oheh.)




nadia,
esok kau kelas pukul berapa?



haha.

Isnin Yang Boring

Hari ni takde kelas. Sepatutnya ada jam 2.10 sampai 6 petang. kelas berisiko tinggi & qawaid fiqhiyyah. tapi cancel sebab lecturer meeting. Esok pun kelas berisiko tinggi cancel. jam 2 petang. kelas advance fiqh esok pun cancel jugak. jam 8.30 pagi. yang mungkin ada kelas islamic banking & financial services. tu pun kalau en faizal berkobar2 nak mengajar sebab beliau pun meeting gak esok. aigoo. nak buat ape takde kelas ni?

Okay. sebenarnya aku ade kerja. google google grameen bank kat bangladesh tu, amik tahu sikit pasal fractional reserve banking yang deposit2 money tp boleh withdraw tu haa, baca tafsir yang berkaitan dan soalan paling best sekali nak kena jawab, apa yang bertuahnya aku dan kamu dilahirkan sebagai seorang Muslim? dan sambil2 itu aku google pasal haid wanita - senggugut. okay, aku post nanti bila dah dapat info cukup dan olahan yang menarik. eheh.

busy kan aku? tipu betul cakap isnin yang boring. haih.



Isnin, 27 Disember 2010

Melodi Hati

Ku teringat hati yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi, cinta?
Perjalanan sunyi yang kau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati, cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku, cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu, cinta

Sebelum Cahaya, Letto.
(Lagu ni sangat sesuai untuk aku...haha...so aku selalu imagine someone will sing this song to me...someone who see the loneliness in me...)

**********************************

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Ditempah bersendirian
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahNya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun jenuh hidup di palu
Pasti bertemu tenangnya....

Segenggam Tabah, Inteam
(Lagu yang menghiasi hari ketika hati menjadi lemah dengan dugaanNya...segenggam tabah dalam melawan arus dunia yang tak berkesudahan...semoga insan2 yang tersayang juga dianugerahkan ketabahan yang tinggi dalam kesabaran menempuh cabaran hidup...)

**********************************

It doesn't matter if I'm lonely
Whenever I think of you
A smile spreads across my face
It doesn't matter if I'm tired
Whenever you are happy
My heart is filled with love.
Today, I might live in a harsh world again
Even if I'm tired, when I close my eyes
I only see your image.
The dreams that are still ringing in my ears
Are leaving my side towards you
Everyday my life is like a dream
If we can look at each other and love each
I'll stand up again.
To me, the happiness of those precious memories
Will be warmer during hard times.
For me, hope is a dream that never sleeps.

Hope Is A Dream That Never Sleeps, Kyuhyun (SuJu)
(Suara Kyu Hyun ni best sangat...Walaupun lagu ni dalam bahasa korea tapi melodi dia memang cam best...lagu ni tatau la ditujukan pada siapa..just love the lyric and its melody...)

**********************************

Menjadi diriku dengan segala kekurangan
Menjadi diriku atas kelebihanku
Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Menjadi Diriku, EdCoustic
(Aku memang minat hampir semua lagu2 edCoustic...walaupun lirik dia simple dan ringkas tapi maksud dia mendalam...macam lagu ni...terimalah diri sendiri seadanya...sebab kalau kita tak mampu terima diri kita seperti mana yang telah diciptakan...macam mana orang lain nak terima kita macam yang kita harapkan..betul tak? jadi...bersyukurlah...)

**********************************

Siti Khadijah, srikandi sejati
Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang
Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Siti Khadijah, Inteam
(Lagu ni indah sangat...walaupun bakal suami aku nanti bukan lah seorang lelaki semulia Muhammad SAW, tapi sikap terpuji srikandi ini sewajarnya dijadikan ikutan buat bakal isteri seperti aku kan? Siti Khadijah, tokoh wanita Islam yang paling aku kagumi...dia kekuatan buat suaminya yang tercinta...yang sentiasa yakin dan percaya dengan dakwah suami...yang mempunyai keimanan yang teguh...oh dia wanita hebat!)

**********************************

Take every moment; you know that you own them.
It's all you can do, use what's been given to you.
Give me a reason to fight the feeling
that there's nothing here for me.
Cause none of its easy,
I know it wasn't meant to be.
I know it's all up to me.
It's all up to me.
So what am I gonna do with my time?
I'll take every moment, I know that I own them.
It's all up to you to do whatever you choose.
Live like you're dying and never stop trying.
It's all you can do, use what's been given to you.
All of the moments you didn't notice;
gone in the blink of an eye.
And all of the feelings you couldn't feel
no matter how you try.

Live Like You're Dying, Lenka.
(Appreciate the time that you have...before you lost everything in just a blink of an eye...betul laa...kita hidup kat dunia ni kejap sangat...banyak yang kita mungkin tak sempat nak buat kan bila dah janji sampai dulu...so apa yang kita dapat..walaupun mungkin tak sama dengan apa yang kita mahu...we must appreciate it..it's a precious gift from Him...I believe that...setiap perkara pasti ada hikmahNya..has its own miracle...)

**********************************

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Bila Rindu, Ruffedge.
(Lagu untuk mak...lagu yang bagi aku sangat rindu kat seseorang yang sememangnya sangat jauh...yang sukar nak digapai lagi...bawalah aku dalam pelangi, melepasi batas diri ini...mungkinkah?)

**********************************

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing
Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule 'cause there's nothing between you and your dreams

No Boundaries, Kris Allen
(Thanks for nadia yang memperkenalkan lagu ni kat aku...spirit! As long as you believe in your dreams, then nothing can make it a limit...melainkan takdir Allah...so selagi mampu, berjuanglah hingga ke akhir hayat selagi perjuangan itu di atas jalan yang benar...insyaAllah..the future is belongs to those who believe in the beauty of their dreams...isn't it?)

**********************************
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Muhasabah Cinta, edCoustic
(Kadangkadang dalam kelalaian dengan keindahan dunia..kecintaan pada manusia selalu membawa kepada pengakhiran yang mengecewakan...kalau kesakitan itu yang dapat mengeratkan tali percintaan kepada yang berhak, biarlah kesakitan itu disampingku..biar ia menjadi penawar dosa..biar ia menjadi jambatan kepada cinta yang hakiki...pimpinlah aku ke jalanMu yang benar dan lurus, Ya Rabb!)

**********************************

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

Always Be There, Maher Zain
(Lagulagu Maher Zain ni hampir semuanya best dengan suara & melodi dia yang sangat kena dengan jiwa...sure lagu For The Rest of My Life & InsyaAllah antara yang feveret...mungkin feveret semua orang jugak kan..lagu for the rest tu tak layak lagi untuk aku...so nak berangan pun segan..haha..lagu Always Be There, as a reminder. Untuk diri yang selalu lupa bahawa Dia Maha Mengetahu, Maha Mendengar. Kehidupan yang kita rancangkan, Dialah yang mentakdirkan. Jadi, pasti ada rahsia di sebaliknya..jika kita bersabar & beriman dengan rukun iman yang ke enam...insyaAllah)

**********************************

Bila aku sudah tiada
Simpan semua laguku jangan ditangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku
Siapa yang sangka bila tiba saat kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga jika saat ini Tuhan tentukan akulah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika kita mampu hidup selamanya

Bila Aku Sudah Tiada, Hujan
(Nanti, bila sampai masanya aku dah takde nak hiburkan hati korang, nak dengar ceritacerita korang, bila dah takde lagi update pasal aku...ingat la lagu2 yang aku suka..sebab kadang2 lagu yang kita suka melambangkan jiwa kita, diri kita yang tersirat..sebenarnya banyak je lagi tapi cukupcukup lah tuh kan...jangan rindu aku...sebab aku tak mampu nak balas dah nanti..okay?)

Done.
3.02 am.
27 Disember 2010

notakaki: aku rindu lah.



Jumaat, 24 Disember 2010

Saya Okay

Saya post entri ni untuk ingatkan kepada siapa siapa yang lupa,

sila faham bila saya bagitahu,

"saya okay"

means that,

saya tanak cakap dah pasal sesuatu isu itu. Sebab kalau ada siapa siapa yang lebih faham, itu hanya akan lebih melukakan saya.

Bila saya sedih dan saya balas dengan senyuman seperti ini --->> :)
maksudnya saya tak mahu berkongsi sebab saya tahu tiada yang nak mendengar.

Saya sebenarnya tak lah cool sangat. Mungkin lebih kepada buat buat cool.

Saya tak suka orang tahu kesedihan, kekecewaan saya.

Percayalah bahawa saya kuat dan tabah. Macam yang kebanyakan orang selalu cakap kat saya.

Ya. Saya wanita gagah.

Saya suka entri ini.

Selasa, 2 Disember 2008

Sakit laa pulakk...

aku demam.
tension betol lah. da laa sorg2 kat umah..susah nak uruskan diri..ni pon pakse2 gak wat keje..penin ah. flu agy. adoyy. br telan actifast sebiji.


hurmm..kan best kalo mak masih ade. ble gak aku gedik2 mintak mak masakkan bubur.


be strong gal! Crying 1

Selasa, 18 November 2008

Satu

ok..this is not my first blog..urmm aku sendiri kurang pasti yg ni blog aku yg ke berape ntah (haha) sebabnye..aku mmg suke tuka2 blog..tuka2 url..sampai aku sendiri lupe..tp kali ni hope tak lah kan..coz skang ni aku da bwat due blog active..satu private n satu lg public. yeah..this blog is for public! :)

aku pon takde idea sangat nak ckp pasal ape..dats why name blog ni omong kosong. heh. n skang ni aku br je stat cuti. so pandai2 laa aku cr bahan nak menyemakkan blog aku ni. haha

n to anyone..tahniah sebab berjaya jumpe blog ini :p