Berjanjilah,
Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.
Berjanjilah,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.
Berjanjilah,
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA “kenapa”..
Berjanjilah,
Bahawa,
Walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya,
Bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
Seperti suatu masa dahulu.
Berjanjilah,
Bahawa,
Walau apa pun yang terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.
Berjanjilah,
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.
Berjanjilah,
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
Tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.
#Janji pada diri.
via seorang insan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Khamis, 22 November 2012
Rabu, 13 Jun 2012
Kenapa Awak Pilih Saya?
Sebab awak bawa saya kembali pada Tuhan.
Dan dengan awak, saya rasa tenang.
*******************************************
Sejarah kita pasti jauh berbeza, perjalanan kita pasti jauh tak sama.
Tapi kita pernah hidup dalam satu dunia jahiliyyah yang mana hanya diri kita dan Tuhan yang mengerti.
Dan kita bukan manusia sempurna, untuk terus meninggalkan kejahilan kita selama lamanya. Tetapi saya yakin, bahawa kita berusaha keras untuk istiqamah, dan terus terusan memperbaiki diri.
Dan cukup lah bagi saya, bahawasanya saya redha dengan agama dan akhlak yang ada pada awak, selama tempoh kita mengenali.
Dan awaklah yang pernah saya lihat untuk menjadi imam, pemimpin kepada saya dan seterusnya. Dengan izin Allah SWT. Awaklah yang sabar dalam memberikan nasihat, awak lah yang kasih dalam meleraikan salah faham.
Sungguh, saya tidak ada sebab lain untuk jatuh cinta melainkan awak lah yang saya lihat akan memimpin tangan ini bersama sama menuju redha Allah dengan agama & peribadi yang awak miliki. InsyaAllah.
Dan maafkan saya meminta untuk menjadi pendamping pada seseorang yang saya tidak yakini kedudukan saya selayaknya dengannya. Tetapi sedang saya berusaha memantapkan diri agar saya lah insan yang akan membahagiakan hati.
Dan maafkan saya meminta untuk menjadi pendamping pada seseorang yang saya tidak yakini kedudukan saya selayaknya dengannya. Tetapi sedang saya berusaha memantapkan diri agar saya lah insan yang akan membahagiakan hati.
Semoga Allah izinkan.
Langgan:
Catatan (Atom)
