بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sabtu, 7 Februari 2009

"When you think it was your last, you will do your best"


Aku selalu fikir, apa yang aku buat sekarang, adalah kali terakhir aku buat semua ni.

Aku dah nak mati kot.

Skang ni, bila aku bersama dengan orangorang yang aku sayang, aku akan cuba dapatkan masa masa terbaik supaya ada satu kenangan tentang aku yang kekal dalam ingatan dorang.

Orang buli buli aku, suruh aku wat itu ini, aku redha je. Sebab aku fikir, mungkin itu kali terakhir aku tolong dorang wat sumthing. Mungkin, itu kali terakhir khidmat aku diperlukan. Walaupun apa yang aku bagi xde laa bagus mane, at least aku cuba yang terbaik yang aku mampu. Because I think it would be my last.

Pelik kan. Ada fikiran macam ni?

Kadang kadang aku rasa nak marah bila ada sumthing happen yang x kena dengan apa yang aku nak. Tapi aku biasanya cepat cepat suruh calm, kalo marah pun marah diam diam. I hate argument. Tapi ramai orang suke gado ngan aku. Ahaha.

Dan, bila kita berhenti berharap, tiada impian tiada harapan, itu bermakna kita menuju kematian.

Aku kot?




Takutnya. Asyik rasa nyawa dah x panjang je nih. Amal ibadat tak cukup lagi. Tuhan, berilah aku peluang untuk bertaubat :(

Khamis, 5 Februari 2009

Back to School

*Memories Never Can Be Erased*


Betul tak?

Hari ni, 5 feb 09, genap dah 8 tahun usia persahabatan kami,
"kanak kanak 3rd batch hostel SMKSP yang kini semuanya sudah semakin dewasa" :D

Dan masuk tahun ni, dah hampir 4 tahun kami tinggalkan zaman sekolah.

Cepat je masa berlalu kan?

Sekarang ni, semua dah ada haluan masing masing. Nak contact pun kadang kadang masing masing busy dengan life. Ngan assigment, exam, yadda yadda. Tapi kita tak lupa each other kan? walaupun kadang kadang jumpa kat ym tapi langsung tak bertegur, tapi kita masih ingat yang kita ni kawan kan?? :)

Teringat pulak masa mula mula masuk sekolah ni dulu. Aku kelas 1 Rasional, kat blok A tingkat 3. Masa tu aku rapat ngan Ein, Faiz n Hadi. Selalu gelak gelak ngan dorang nih. Gado gado pon ye jugak. Paling nyata, semua suka membuli. Tido dalam kelas, feveret jugak tuh. Heheh. Aku rapat jugak ngan Nazirah. Selalu rehat sama sama ngan dia. Sampai laa die jadi prefect, masa rehat dah tak sama lagi. Then, hujung form 1, shanad masuk kelas kami. Pindah sekolah from Kuantan. Dan jadi lah kami bestie sampai sekarang :)

Masa form 2, mungkin kenangan paling manis untuk dikenang. Especially masa sambutan kemerdekaan ke 45 kat sekolah. Kelas kami buat persembahan kat dewan besar. Lagu Perjuangan Belum Selesai dalam bentuk Pantomin. Tatau lah macam mana nak cakap, tapi aku rasa persembahan tuh best sangat sangat. Hoho. Dimulakan dengan 2 orang kanak kanak bermain di desa yang permai (sarah & amal) mereka diganggu dengan kedatangan penjajah. Negara dijajah Jepun (diketuai Zahid dan tali barutnya Segar..heheh) dan orang Melayu hanya mampu menagih simpati dan bantuan. Mereka dihina, disepak macam xde maruah. Kemudian, sekumpulan orang Melayu cuba memberontak tetapi tetap kalah dengan kuasa yang ada di tangan penjajah. Lalu, muncullah 3 orang pejuang tanah air (Zul,Meor & Ihsan) berlawan dengan 3 orang penjajah (Amir,Omar & Zack). Seronok gila part lawan ni. Especially masa Zul kalahkan Amir dengan laungan Allahukbar, rasa macam betul betul tengah memperjuangkan kemerdekaan. Then berpuluh puluh tahun lepas tu, bila negara dah maju, muncullah kami, pembawa sepanduk, yang bertuliskan kemajuan kemajuan yang telah dicapai negara. Dan akhir sekali, kami berbaris sebagai tanda bersatu padu sambil Hadi & Faiz mengibarkan bendera Malaysia sebagai penutup persembahan penuh nostalgia kami. Sumpah, best gile!

Masa hari usahawan pun best jugak. Kami wat kelas ala ala restoran. Ada kebab, ice blended, etc. Walaupun aku cam x membantu sangat tp best tgk kita semua work so hard aite? Then ada hari sukan ape bende ntah. Kelas kite menang kan? pastu gado gado ngan kelas Rajin. Haha. Dulu Rajin & Rasional selalu tak ngam. Tapi bila masuk form 4, bila dah habis sekolah, kite dah x sebut dah Rajin, Rasional neyh. Semuanya dah panggey batch. 3rd batch hostel. :)

Erkk banyak agy nak cite nih...tapi rase mcm membosankan je...huhu

So, kawan kawan 3rd batch yg bace blog sy nih,

I wish you,

HAPPY 8TH ANNIVERSARY
050201-050209
"FRIENDSHIP FOREVER"
&
"GOODLUCK IN EVERYTHING YOU WANT TO ACHIEVE IN YOUR LIFE"


LOVE U GUYS!!

Selasa, 3 Februari 2009

Kawan Lama

Aku kenal dia masa form 1.Member satu kelas.
Dan kami hanya rapat pada tahun itu sahaja - 2001.
Sebenarnya, bukan lah rapat baik. tapi rapat sebab selalu gaduh. haha
Aku duduk belakang dia. Dan aku tatau kenapa kami suka sangat cari pasal each other.
Aku selalu panggil die botak. Dan die amat marah. Haha
Die suka suh aku panggil die n kawan kawan die abang sebab aku dak lompat tapi aku x pena ikot. Gedik.
Beg die selalu jatuh atas kaki aku then bila aku tersepak die marah. Aku wat bodoh je.
Dan disebabkan aku selalu sangat cari pasal ngan die, die pena hentak meja aku sekuat hati sebab aku cabar die. Kecut perut aku time tuh. Tapi sesaat je die marah. Then die gelak like syaitan sebab berjaya takutkan aku. Siot betol.

Haha. Bile ingat ingat balik kenangan nih wat aku rasa nak gelak & senyum je.
Kenangan nih x mungkin dah berulang. Sampai bila bila.
Tadi, kawan lama aku nih call. Lama jugak. Pukul 10.49 pm td.1 jam 19 minit. Hikhik.
Borak borak macam macam perkara. Tentang dia. Tentang aku.
Dan jugak kenangan kenangan yang ada. Then gelak sama sama.
Kite bodoh kan time tuh? kanak kanak betol. haha.
Aku dah lama x jumpa dia. Since beginning of 2003, bila dia pindah sekolah.
We never meet again. Hanya phone je yg hubungkan aku dan die.
Die dah 3 kali tuka number. Tapi die tak pernah lupa nak bagitahu aku num baru die.
Aku baru sekali tuka number. and for sure laa aku bagitahu die kan. hee

Aku sayang friendship aku ngan die.
Kitorang rapat dalam masa setahun je. Itupun banyak dihabiskan dengan bergaduh hal ntah apa apa.
Bila masuk form 2, kitorang dah x tego tego dah each other.
Jumpa pon wat bodo even still classmate.
Then bila hujung form 2, kecoh pasal die nak tuka sekolah.
Masa tuh sedih gile gile kot. Hilang seorang sahabat.
Tapi bila die dah blah baru lah kitorang start contact balik.
Aku yang start call die. Sebab die bagi phone umah kat aku.
Dari situ kitorang selalu call each other.
Cite pasal sekolah, pasal life. Anything we want to share.
Sampai sekarang.

Kadang kadang aku rasa terharu sebab die jadi kawan aku.
Walaupun semakin dewasa semakin jarang kitorang contact,
but once we're on the phone,
aku rasa die x pena berubah.
Still kawan yang aku kenal macam dulu.
Sempoi. Boleh cite segala jenis bende. Slumber je.
Paling penting, we never forget each other n tiap kali contact ade je update. haha
oh ya, he always said,
"You are the one who always connecting with me. Even my birthday you never failed to wish"
Opcoz I do, buddy. Bukan senang tau nak dapat kawan baik cam ko. Takkan laa sesenang tuh je aku nak lupe :)

Dan sekarang, masing masing semakin busy.
Die blaja kat perak. Tahun akhir.
Teringin nak jumpa die. Die dah pesan dah kalau aku datang Ipoh jangan lupe gtau die.
Yelah. Yelah. Kang jumpa depan depan due due kelu :p

Hurmm..wherever u are..whatever u do..
I wish that Allah will always bless you..
Goodluck in everything..
Be strong no matter what happens ok.
Dan terima kasih sebab jadi kawan yg understanding n care.

Ko slalu risau pasal aku tentang 3 perkara,
1. kesunyian hidup aku selepas arwah mak meninggal
2. possibility kene jangkitan sebab pakai lens
3. i'm alone now at home

respect tol aku kat ko sebab orang lain cam rileks je bile tahu.

Terima kasih. Kau buat aku rasa hidup :)

Ahad, 1 Februari 2009

kalau kita ni kawan,
kita tak perlu wujudkan satu satu topik baru kita rancak berbual.
kita tak perlu tiap tiap kali bercakap diakhiri dengan soalan.
kalau kau dan aku kawan,
aku atau kau tak perlu tanya,
"nak apa?"
"kenapa call?"
dan diam.
dan sekiranya kita ni kawan,
pasti akan ada sekurang kurang nya satu perkara untuk kita kongsikan.
mungkin, sebab dah lama sangat x borak borak, main sms,
aku dan kau jadi janggal.
atau,
mungkin kerana kesilapan masa lalu,
aku dan kau menjadi semakin janggal.
i just want to say goodbye properly to you.
i hope you noticed once now,
we will never meet again.
never.