بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sabtu, 21 September 2013

The Reflection of Me

Izinkan aku menulis sesuatu untuk tarbiyah kita bersama.

Lama aku tak menaip. Mungkin tak ada masa, mungkin tak ada idea, mungkin malas nak menaip, mungkin itu mungkin ini, tapi hakikatnya macam macam hal yang berlaku. 

Tarik nafas dalam dalam dan hembus. 

Setiap apa yang berlaku, baik dan buruk, semua tu ada tarbiyah dari Allah. Ada hikmah orang selalu cakap. Tapi kita sebenarnya lebih senang nak cakap yang kita berprasangka baik dengan Allah daripada dengan manusia. Walhal kebanyakan ujian Allah tu datang dari manusia jugak. Manusia macam kita. Hamba Allah. Yang kita sendiri sedar diri kita tak pernah perfect. Macam orang lain. Tapi bila sekali diuji, musibah datang, salahkan orang. Kan?

*ketuk kepale laju laju. wuuuu*

Well, always remember that setiap orang ada kenangan, ada pengalaman, ada sejarah. Senyum riang macam mana pun dia, dia tetap ada sesuatu yang dia sendiri je yang rasa yang susah nak diterjemah pada orang lain. If they don't share, don't ask. If they did, then listen. 

Banyak yang berlaku. Sampai tatau nak mula dari mana. Tapi ada suatu hal yang aku belajar dari sebuah perjalanan, atau lebih tepatnya sebuah hubungan. Tak kira lah hubungan apa pun, kawan baik, suami isteri, anak & mak abah or even orang yang sedang berusaha nak mendirikan masjid, ada suatu hal yang orang susah nak praktis tapi sepatutnya kena ada.

When you are soooo afraid about the reality, you make others being afraid to tell you the truth.

Apakah itu?

Berterus terang. Jujur. Dan berbincang.

Tak ramai yang mampu. Sebab realiti selalu menyakitkan jadi orang tak sampai hati maka biar lah makan hati sampai bila bila. 

Aku pun pernah hidup dalam harapan. Harapan yang kita takkan kehilangan. Harapan yang moga bahagia yang kita rasa ni tak reti nak berhenti. Sebab harapan la jadikan aku rebah ke tanah, kalau boleh rasa nak gali lubang dan masuk ke dalam terus sampai kerak bumi, kambus. Dia punya rasa kecewa patah hati malu tak payah tanya. Dan Tuhan jugak lah yang tahu betapa susahnya nak bangkit dan kembali senyum. 

Senyum untuk terima kenyataan bahawa Allah nak aku belajar banyak perkara.

Dan kenapa aku rasa macam tu? Dan mungkin kau jua?

Sebab kita lupa hakikat 'the end of chapter'. Bila chapter tu nak habis, ada macam macam cara Allah beri. Ada chapter tamat dengan kematian, tapi mungkin lebih ramai yang tamat dengan perpisahan. Dan kita jadi macam ni sebab kita tak rela dengan sebuah perpisahan. Siapa pula yang rela melainkan dah tak suka? Tak gitu? Kan?

Aku ada sebuah kisah. Dan kisah ini banyak memberi tarbiyah pada aku. Mungkin aku tak mampu nak terjemah semua dalam tulisan, tapi inilah apa adanya yang aku mampu. 

Sebelum aku dijentik tarbiyah melalui usrah, aku pun cuma manusia biasa. Yang jahilnya mungkin lebih teruk dari yang pernah disangka. Tapi aku ni jenis takut yang buat salah, yang buat sesuatu jelas itu adalah dosa atau perkara yang tak baik. Tapi disebabkan manusia, aku buat jugak dalam takut takut aku tu. Macam aku rasa couple tu salah, tapi aku ada jugak kawan dengan lelaki. Aku ada jugak pernah keluar dengan lelaki. Tapi fitrah manusia yang asalnya suci tu akan menjentik jentik hati memberitahu this is not a right wayyy. 

Aku cari jalan. Turning point mungkin. Tapi tak jumpa. Aku sambung ijazah perbankan Islam. Dari situ aku mula kenal hadith dan hafal terjemahan Quran. Dalam bahasa Inggeris. Lepas tu baru aku beli Quran dengan terjemahan Melayu/Indon. Aku baca, tapi aku tak faham. Tak best sungguh rasanya masa tu belek Quran. Tak faham terjemahan cerita apa. Jadi aku pun teruskan hidup aku dengan jahil dunia dan jahil akhirat. Tapi dalam hati aku masih jugak berkate kate this is not a righttt wayyy. 

This is not a righhttt wayy sekalipon, aku tetaplah jugak dalam dok diam tu dok syokkk kat sorang hamba Allah ni. Aku punya syokkk sangat kat dia, sampaikan aku jadi seronok la nak jadi baik. I learnt a lot from him. Seriously. Masa aku mula mula rasa minat kat dia tu, dia ada gelpren dah ponn. Tapi aku tak kesah pon sebab aku masa tu takat syokk je bukan nak kawen dengan dia pon. Dan aku punya syokk tu berlanjut sampai nak dekat 4 tahun la jugak dalam aku tak sedar. 

Aku tak pernah sangka orang yang aku saja saja dok syokkk suka suka ini, adalah orang yang ubah diri aku 180 darjah. Allah ketemukan aku dengan orang baik seperti dia, sebab Allah nak aku jadi Izzah yang lebih baik. InsyaAllah. Atau mungkin Allah makbulkan hajat aku nak berubah tu melalui dia. Dia lah orang yang usulkan pada aku untuk sertai usrah. Dia lah yang mengenalkan aku usrah itu apa kebenda apa yang menarik sangat dengan usrah kenapa nak kena join usrahh boleh ke tak boleh ni haa nak join usrah etc. 

Dia ajar aku jadi sabar saat orang datang menyusahkan aku.
Dia ajar aku jadi pemaaf saat orang menyakitkan aku.
Dia ajar aku untuk senyum saat diri sendiri serabut dengan masalah.
Dan dia jugaklah yang ajar aku solat taubat dan tatacara melaksanakan.

Dan bagi aku semua yang dilakukan ni, adalah kerana kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang yang bukan untuk diterjemahkan sebagai tanda cinta yang bertujuan jodoh, tapi sebagai seorang daie, seorang sahabat, atau pun at least sebagai seseorang yang mahukan orang lain dapat rasakan keseronokan berbuat baik. Dulu aku penerima dan dia yang lebih banyak memberi.

Sekarang, Allah dudukkan aku di tempat dia, untuk aku lebih mengerti hakikat semua ni.

Dalam hidup ni memang akan ada seseorang yang kita jumpa, is the best man for me. Man tu refer kepada manusia. Tambah pulak kalau orang tu bawak kita ke jalan Tuhan, lagi la dia the bestest. Ataupun dia dah memang di jalan Tuhan, dipertemukan dengan kita. Oh my, ini satu peluang yang sangat nikmattt. Dan kadang kadang nikmat ni tak berakhir dengan penyatuan. Itu yang kita kecewakan.

Move on. And move on is never be easy. And move on jugak adalah satu usaha. Usaha bukan hanya terletak pada kemahuan untuk bersatu, tapi usaha jugak bererti kerelaan pada sebuah perpisahan. Perasaan aku yang takat syok syok tuu lama lama bertuka pada keinginan untuk berjodoh dengan dia. Siapa tanak berjodoh dengan orang baik?

Tapi Allah tak izinkan. Allah izinkan dia untuk menikahi orang yang dia dah lama cinta, dan Allah ketemukan aku dengan seseorang lain yang jauh lebih baik, insyaAllah. 

Menerima hakikat bahawa dia akan menikahi seseorang yang aku juga kenal, yang pernah juga menjadi classmate aku, yang pernah juga dihubungi aku minta diajar thesis, adalah hal yang sangat sukar. Kerana apa? kerana dia tak pernah berterus terang tentang pilihan jodohnya. kerana apa? kerana aku yang menggantung tinggi harapan agar ada sebuah penyatuan. Dan kerana itu dia melihat aku meletak harapan yang tak sepatutnya ada dan menjadikan dia tak punya kekuatan untuk berterus terang.

Kerana aku lah orang itu.

When you are soooo afraid about the reality, you make others being afraid to tell you the truth.

Tapi takde lah pergi bunuh diri pun bila dah tahu. 

Belajar la untuk berterus terang. Even pahit.

Belajar la untuk jadi, the real you.

**to be continue.